Jangan Lakukan! Strategi Meniru Semasa Peperiksaan

By Eppy Ismail - 2:58 PTG

Assalam :)

Ok,hari ni exam Kimia dan ia absolutely susah. Dah.Tak nak citer panjang-panjang. Otak dah cukup heng memikio dari tadi. So,sempena bulan exam yang mulia ini iaitu exam PMR,saya dengan segalahka hormatnya ingin memberi peringatan kepada calon-calon peperiksaan agar JANGAN MENIRU!!!!!!

Sebab apa?? Sebab nanti kantoi,susah doe! Memang mati kena goreng lah korang.Masak habis-habisan lah alamatnya. Tapi kat sini I nak bagi tau lah macam mana modus operandi orang-orang yang melanggar hak asasi manusia ni. UNTUK TELADAN! BUKAN MENGAJAR YER!



SEBAB NI LAH HANDPHONE TAK BOLEH BAWAK GI SEKOLAH!


Pertama : Tulis nota dalam save item SMS. Ataupun ambik gambar nota-nota terus save dalam handphone. Cara dorang nak baca nota ini ketika perperiksaan ialah ketika pengawas peperiksaan sedang leka berbual hal AF di belakang. Para peniru perlu berani mati ketika ini. Ketika tangkap. mati.

Kedua : Suruh kawan yang tak ambik paper masa tu, standby kat rumah dengan buku teks. Bila si penjawab dah stuck, segera lah ke tandas, dorang akan hantar mesej kepada member yang kat rumah. Member tersebut dapat je, terus cari jawapan dalam buku teks tadi. Semua operasi ini biasanya dilakukan bawah 5 minit untuk mengelakkan para pengawas peperiksaan curiga dan was-was.

P/S : Kerajaan tak sepatutnya memansuhkan larangan bawa handphone gi sekolah tahun depan..kalau tak...hancurlah negara..mesti melambak jer budak yang berlagak pandai sebab excel atas paper jerk..huhu.. 

GILA! NOTA BAWAH SLIP PEPERIKSAAN?!

Slip periksa perlu dibawa sebagai bukti si pengambil kertas ini mengambil kertas yang betul. Untuk dorang mangadaptasi teknik ini, memerlukan keberanian tahap dewa ketujuh. Hal ini kerana slip periksa itu cuma sehelai. Macam mana nak selitkan nota dibelakangnya. Caranya? Dorang akan serta-merta masuk ketika pelajar lain berpusu-pusu ingin masuk ke dewan. Biasanya akan ada pak guard menjaga pintu dewan. Tapi kalau dah ramai-ramai masuk, mana sempat dia nak tengok sorang-sorang.

Dah masuk terus ambik tempat duduk. Biasanya kertas soalan dan kertas jawapan dah tersedia atas meja. Sejurus sahaja duduk, dorang terus selitkan nota tadi dibalik kertas-kertas soalan tadi. 

EE!!TULAHNYA! LETAK NOTA KAT TANDAS?!

Untuk kaedah ini pulak, para peniru akan meletakkan nota lebih awal dari waktu peperiksaan yang dijadualkan. Datang awal ke dewan, pergi ke tandas dan dorang akan letakkan nota di balik tangki tandas jamban tu. Kemudian keluar semula ke tempat orang berkumpul dengan perasaan yang tak berdosa dan muka innocent macam tak de apa-apa berlaku.

Masa peperiksaan berlangsung hampir satu jam dan dorang sudah ketandusan jawapan, pergilah toilet di mana nota telah dorang selitkan. Proses membaca nota ini harus dilakukan bawah 5 minit. Kalau tak,kantoi ler..


TATTOO KAT TAPAK TANGAN DER!

Ini merupakan salah satu teknik yang paling mengarut tapi masih ada yang aplikasikannya. Bayangkanlah, tapak tangan kita tu besar mana untuk di tulis nota. Tapi ada jugak yang gunakan teknik ni.

Cubalah perhatikan sekeliling anda sewaktu menunggu detik untuk masuk ke dewan peperiksaan. Mesti ada tangan yang penuh dengan tattoo. Tapi bukan tatto naga atau harimau, tattoo tersebut berunsurkan tulisan.



So,ini semua adalah untuk peringatan kita semua. Sekarang,kat sekolah aku (tak tahulah kat sekolah lain,ada ke tak..tapi mustahil tak de) semakin berleluasa gejala ni. Tolong korang..kesian kat kawan korang yang tak meniru tu.Diorang berusaha jawab dengan kepala hotak dorang sendiri tapi korang? Ikut suka mak bapak dia jer meniru..kang kalo dia tak puas hati,senyap-senyap dia laporkan kat cikgu,kang baru padan muka..terus 0 markah..OK? Aku tau korang ni orang baik jadi kita kena ingat..kita semua ada yang merati!



  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen