#BeautyAndtheBeat by Eppy Ismail


"..aku...separuh wanita kerana separuh yang lainnya masih terobsesi di bawah erti kata KANAK-KANAK yang hampir mati keberadaannya..terkadang aku terpaling ke suasana yang mana wanita di dalamnya sakit tertancap kata cinta,lalu meraung.membazirkan zarah-zarah cecair untuk berluncur laju di pipi gebu..namun ada masanya aku lebih tertawan untuk meresapi rasa enaknya lollipop strawberi anggur,berlari ke bintang sambil tertawa bebas henti.."

   Eppy Ismail. Atau nama pena yang paling aku gemari,Bunga_Ibrahim14,kerana aku adalah bunga di hati pemilik nama Ibrahim Jobeli. Semakin hari aku semakin dimamah usia. Sekarang 17. Ya. Memang masih muda. Tapi hakikatnya,aku makin tua. Sudah pasti,aku masih seorang anak perempuan yang belum boleh merentasi batas kebebasan yang terlampau. Aku belum boleh atur jari capai notasi. Aku belum boleh duduk tegak atas kerusi,atas tempat tinggi,hala bibir ke pembesar suara,lalu sedia lontar suara. Sesekali aku senyum pada orang yang beratus. Ah. Berani sungguh aku bilang beratus. Satu dua mungkin sudah cukup. 

    Sudah tentu juga aku masih duduk di bangku perang,memandang sebuah papan berona hijau,ada juga hitam,setiap pagi hingga tengah hari. Kadang-kadang,petang lanjutnya. Biar pun begitu,sesekali juga aku harus tetap merobek norma itu dan keluar untuk mencapai sesuatu. Cinta. Aku manusia. Dan rasa itu tetap berlegar walau cepat atau lambat. Dan cukuplah aku buka sampai sini. Titik. :)

 
Aku belum kenal siapa diri aku. Seperti yang terpotret,aku punya alis mata yang indah,pipi buncit namun cukup seksi,bibir menggoda. Cuma hidung aku tampak ditenyeh lesung batu di situ. Tapi tak mengapa. Realitinya aku tak secantik itu. Percayalah. Aku cuma indah di mata orang yang mencintaiku. Yang tidak mencintaiku,kau boleh pergi jauh-jauh dan bermain dengan model syampu atau aiskrim yang bertaburan di jalanan. Pause .*Ketawa


    Jelas,aku kini masih menulis. Luah rasa. Macam-macam. Aku bukan seorang penulis yang bisa mengarang kata-kata indah. Dua tiga kata saja,lalu aku terus seperti orang gila yang tidak tentu arah. Berhenti jawabnya. Lalu? Tergantunglah. Kalau aku malas,sampahlah benda itu. Tapi aku tidak suka sampah aku dikitar semula. Kerana apa? Itu masih IDEA aku..Aku masih memeram hasrat untuk jadi seorang penulis novel atau cerpen atau sajak atau lirik lagu atau apa-apa saja. Cuma aku tidak tahu pada siapa harus aku kasi peraman hasrat itu supaya dapat dihadam dan dirasa lazatnya hasil yang aku garap. Mungkin benar-benar tawar,atau belum layak pun dipanggil tawar,tapi tidak salah untuk aku mencuba nasib. Siapa tahu,jika aku taruh disini,ada yang menawarkan aku sesuatu. Masa depan. Itu fiksi yang pasti yang sedang tertayang otomatis.  Jika takdir aku untuk jadi seorang penulis sajak,cerpen atau novel lalu menyanyikannya di jalanan atau stor DBP,tolong doakan agar aku tidak tembus ke luar petala normal hidup. Kekal begitu. Senyap. Cukup untuk beberapa ekor manusia saja yang tahu keberadaan aku. Aku bukan hipokrit. Aku cuma tidak mahu jadi bahan bakar dunia  kekal nanti. Siapa tahu.

    Sesiapa yang kenal aku,terima kasih. Budi itu pasti aku balas,bila mana ada kesempatan. Kalau tidak segera,tunggu sahaja. :)



                                                                                                                         Salam perkenalan,


  

  • Share: