Subuh
Waktu bayangan indah mencurah-curah
Bagai mengalir air di lurah-lurah
Membanjiri lembah-lembah
Hingga lewat empangan waktu untuk menyembah
Terlepas
Tersasar
Ke laut
Adakah kau ingin dosa bertan-tan di timbang Mizan?
Bahaya.
Jelingan mu buatku loya.
Termuntah-muntah kerana tak mampu menahan kimia mata.
Yang pantas menggoda.
Bahaya.
Sampai bila kau ingin meracuni hatiku
Yang memang rabak ini kau terus simbah asid bertalu-talu
Hingga satu saat hilang nafasku
Menahan pedih berlagaan hidungmu
Tapi sampai ke sudah kau tak matikan terus dengan I love you
Bahaya
Bila gas-gas cinta meresap ke mindaku
Partikel-partikel yang terlihat cumalah kamu
Mabuk huyung-hayang tersembur cerita setebal hikayat buku
Tiada elemen lain selain kamu
Kamu
Kamu
Kamu
Ohh. Bahaya ini seburuk-buruknya,lebih buruk jika kau berhenti berbahaya.
Mengapa?
Tidakkah kau tahu nanti bila semuanya tak lagi bahaya
Yang tinggal hanya mata berkaca
Akal tak siuman hati pecah hilang deria.
Assalamualaikum.
Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Perasaan aku sekarang,stress tak terhingga. Aku silentkan hp supaya aku tak perasan pun ada orang yang mesej,call atau whatsapp. Terutamanya..hmm.
Dia,yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku dulu,ingin get back. Ingin mulakan kembali hubungan yang terputus,yang pernah menjadi "bola" nya dulu. Tiap hari dia menghubungi aku,tapi aku tidak layan. Aku sudah tawar hati dengannya. Aku memang tidak mahu bersamanya lagi. Aku hanya ingin sendirian. Aku tidak mahu berdampingan dengan sesiapa kerana apa yang aku dapat hanyalah kekecewaan. Pada usia 18 dan 19 ini,aku mula memahami certain perkara. Mengapa begini,mengapa begitu. Sebab aku melaluinya beberapa kali.
Hari ini,aku putuskan untuk memberitahunya bahawa jangan menaruh harapan padaku. Aku sudah hilang harapan padanya. Lama sudah. Sampai sekarang aku sudah move on dan menyukai orang lain. Bukan kerana aku berharap pada orang yang aku suka itu. Aku sendiri juga maklum bahawa orang yang aku suka itu tidak menyuruh aku untuk berharap padanya. Aku tidak berharap pada sesiapa sekarang tetapi perasaan suka itu semakin tebal dan aku semakin sakit. Semakin sakit untuk ditahan-tahan. Apa lagi sekarang,dia juga mahu meneruskan hubungannya yang putus bersama bekas kekasihnya. Tidak mengapa. Aku mendoakan kegembiraannya bersama orang yang dia sayang.
Berbalik pada bekas kekasihku,aku menyuruh nya agar tidak menaruh harapan. Dia tidak mahu menerima keputusan itu,bahkan bertegas untuk menunggu aku. Bergantung harap padaku. Dia memberitahu kepada ibunya bahawa dia ingin menjadikan aku sebagai isteri. Ibunya setuju. Dan kalau boleh,dia ingin menghantar "tekol" kepada keluargaku,secepat mungkin kerana takut kehilangan aku. Katanya,dia tak mahu mengecewakan ibunya. Aku juga tidak mahu mengecewakan orang,meskipun aku telah mengecewakan dia dengan keputusan TIDAK aku,tapi bagaimana dengan perasaan aku? Aku tidak lagi punya perasaan terhadap dia. Aku tidak mahu mencuba-cuba untuk get back dan sepertimana dia katakan,perlahan-lahan.
Aku tak tahu nak cakap apa. Aku sangat stress sekarang ini. :'(
