Bila Awang Abdullah ber"KECEK"..
Assalam :O
Aku datang lagi. Kali ini,dengan semangat berilmiah pulak. Dengan semangat menyedarkan dan membawa masyarakat di Malaysia menghargai dan mencintai kesusasteraan. Bajet skema kononnya lah~
Apa kaitannya dengan Awang Abdullah. Siapa pulak si Awang Abdullah ni? Apahal pulak dia nak berkecek-kecek kat kita? Apa semua ni? Apa ni? Apa ah? Apa?!!
Sabar.
Sabar kan separuh dari iman.
Aku pun belum habis kecek lagi kat mu,mu dah nak naik angin.
Sapa kenal Awang Abdullah dengan KECEK-KECEK dia tu,mu memang molek lah. Bereh boh. Tapi yang tak kenal tu,mai sini aku nak cerita sikit apa masalah mamat yang bernama Awang Abdullah yang pandai-pandai nak berkecek dengan kita.
Ok,sebenarnya dia ialah seorang penulis sajak. Sajaknya bertajuk Kecek kurungan Lima Angka Roman. Cuba korang tulis guna simbol. Itulah tajuk sajak yang sebenar. Haha. Macam ni bah,Kecek (V). Apa maksud huruf Roman tu pun aku tak tahu,yang aku tahu ialah Kecek. Bahasa Kelantan. Bahasa Melayu standard,bercakap.
Alang dah menyeluk nyeluk dalam Google ak cari bahan untuk pembentangan Selasa depan,elok lah kiranya aku kongsikan sikit aku punya kajian terhadap sajak ni. Sajak ini,asalnya dari majalah Dewan Sastera tetapi dinilai dan seterusnya diangkat menjadi sebuah sajak kajian untuk SPM dalam antologi Dirgahayu Bahasaku. Kalau generasi dulu,antologi Kerusi,sekarang dah tukar. Silibus baru. :)
Ok,sambil korang bersajak,sambil tu kita kaji,ok?
- Persoalan
sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
- Persoalan
golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah.
- Persoalan
setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh
Allah.
- Sinis
- Nilai
amanah dalam memjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan
dengan penuh amanah.
- Nilai
bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal. Bertanggungjawablah
untuk mencari yang halal.
- Nilai
kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan
melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
- Nilai
simpati terhadap nasib golongan kurang berada. Perasaan ini perlu wujud
terhadap golongan kurang berada.
- Nilai
rasional dalam peredaran kehidupan. Untuk menjalani kehidupan,
kerasionalan amat diperlukan.
- Kita
hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
- Kita
hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang
halal.
- Kita
tudak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
2 67 komplen
hehe bersastera kita harini...apa2 pun mmg terbaik pasal siap buat analisis lg tu...
BalasPadam@Hatimi Tahirruddin thanks..act,ni kajian komsas antologi ting 5. so,nak share kat kengkwn form 5 satu malysia yang nak dok spm thun ni. smoga dpt score A+!
BalasPadam