Siti Aishah Enggan Pulang,Nafi Dihambakan

By Eppy Ismail - 3:32 PTG

Assalam :)

Kisah Siti Aishah ini telah menarik minat aku dalam beberapa minggu kebelakangan ni. Ini adalah kisah hak asasi manusia,fahaman dan ideologi dan kronologi peribadi hidup seseorang yang aku kira cukup menarik.

Wajah Siti Aishah semasa remajanya dan beberapa tahun lalu.
Bagi aku,

Siti Aishah Abdul Wahab,59 tahun,yang merupakan salah seorang daripada tiga mangsa perhambaan di Britain telah diselamatkan oleh polis Britain beberapa minggu yang lalu setelah salah seorang daripada mereka menelefon Badan Kebajikan negara terbabit. Sepasang suami isteri telah ditahan atas tuduhan memperhambakan mereka.

Siti Aishah merupakan pelajar cemerlang dari Sekolah Tunku Kurshiah sebelum mendapat biasiswa Rancangan Colombo untuk melanjutkan pelajaran di London. Beliau telah pergi ke sana bersama-sama tunangnya,Omar. Namun,beliau telah terjebak dan menjadi pengikut persatuan yang berhaluan kiri iaitu Maoist yang merupakan sebuah parti komunis di bawah pimpinan Mao Tze Sung yang asalnya dari China. Daripada peristiwa ini,beliau telah menjadi seorang pelampau politik sehingga sanggup mengabaikan pelajaran dan memutuskan hubungan dengan tunangnya,Omar.

Siti Aishah juga pernah menjadi buruan polis Malaysia pada tahun 70-an sebelum menghilangkan diri ke London. Menurut kakaknya,beliau juga merupakan seorang yang sangat degil,tetap pendirian tetapi sangat disayangi oleh ibunya.Terbaru,Kamar Mahtum,kakak kepada Siti Aishah,berjaya menemui beliau setelah mendapat keizinan daripada Suruhanjaya Tinggi London.

Namun,dalam pertemuan tersebut,Siti Aishah menolak dakwaan bahawa beliau diperhambakan. Penafian tersebut adalah berdasarkan ideologi Marxist yang dipercayainya.

Dalam pertemuan yang menyentuh hati tersebut,kedua-dua beradik tersebut mengalirkan airmata setelah lebih 30 tahun tidak bersua muka.

Perjalanan dari London ke tempat kawalan selamat polis yang dirahsiakan itu mengambil masa selama enam jam dan berlaku pertukaran kenderaan sebanyak dua kali. Pertemuan selama 40 minit itu dikawal rapi dan ketat oleh dua orang polis wanita dan lapan orang polis lelaki. Walau bagaimanapun,Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tidak dibenarkan menemani Kamar semasa pertemuan tersebut.

Semasa perjalanan ke London,Kamar Mahtum bertekad untuk tidak mahu pulang ke Malaysia selagi beliau tidak berjaya menemui adiknya itu.

Dalam pertemuan tersebut,Siti Aishah sempat bertanyakan tentang keadaan ibunya dan saudara mara yang lain. Namun,Kamar membalas pertanyaan tersebut dengan linangan air mata apabila beliau menyatakan bahawa ibunya sudah lama kembali ke rahmatullah. Kamar juga sempat memperingatkan Siti Aishah semula tentang asas agama Islam dan Siti Aishah memberitahu bahawa beliau mempunyai ramai sahabat Muslim di London.

Dalam pada masa yang sama,Kamar Mahtum telah mencuba sedaya upaya memujuk Siti Aishah agar pulang ke Malaysia untuk diperkenalkan kepada saudara mara yang lain tetapi beliau menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk pulang dalam masa yang terdekat tapi akan pulang juga ke tanah air suatu hari nanti. Kamar Mahtum juga sempat memperingatkan Siti Aishah tentang beberapa perkara. Siti Aishah juga diperlihatkan sebagai seorang wanita yang "extremely British".

Namun begitu,Kamar Mahtum dapat merasakan bahawa terdapat sesuatu dalam kehidupan peribadi Siti Aishah yang ingin beliau kongsikan tetapi tidak terungkapkan. Sebelum pertemuan tersebut berakhir,Kamar Mahtum sempat membuat permintaan kepada adiknya ; membaca Al-Quran,menulis surat kepadanya dan pulang ke tanah air.

Aku tak berapa mengerti beberapa perkataan English sebab yang ni aku translate saje. Tapi yang pasti,aku faham keseluruhan ceritanya,macam inilah. Sungguh besar impak fahaman ini kepada Siti Aishah. Sebagai hamba Allah yang ingin melihat hamba-hambaNya yang lain tidak terus terjerumus ke lembah yang hina,aku memohon kepada Allah SWT agar Siti Aishah ini kembali kepada ajaranNya yang sebenar. Aku juga berharap agar dia mahu kembali ke Malaysia dan tabah dengan dugaan yang mendatang. Berdasarkan ceritanya,aku pasti dia mampu mengharungi semuanya setelah apa yang dilaluinya selama lebih 30 tahun itu lebih memeritkan.

Untuk maklumat lanjut,sila klik di sini 



  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen