Husnuzon,sayang

By Eppy Ismail - 2:15 PG

Assalamualaikum :)



Husnuzon,sayang. Husnuzon. Hati aku selalu memujuk aku untuk berhusnuzon. Walaupun aku dapat rasakan sesuatu yang sangat strong di dalam bone. Aisehmen. Dalam bone? Hehe. Okayy. 

Apa itu husnuzon?

Husnuzon itu adalah bersangka baik. Berfikiran positif. Adakalanya memang sesuatu yang kita sangkakan baik itu didn't turn out macam apa yang kita sangkakan,jangan terus berprasangka buruk dan terus berputus harap. Setelah apa yang kita harapkan tidak menjadi,teruskan berhusnuzon.

Kepada siapa?
Tentunya,Allah SWT. Dia Maha Memberi lagi Maha Mengasihani.

Tapi berhusnuzon sahaja tidak cukup,sayang. Iringi dengan doa. Rendahkan hatimu pada Allah SWT dengan solat. Basahkn lidah dengan zikrullah.

Insyaallah. Kunfayakun. :) Allah akan makbulkan apa yang kita doakan. 

Aku ingin menceritakan satu kisah. Kisah bila mana aku mengajar diri aku untuk selalu berhusnuzon. Aku sememangnya seorang yang sangat optimis. Kalau aku ingin melakukan sesuatu,aku pasti akan lakukan. Tak kira apa pun. Dan berusaha sampai ke lubang cacing agar berjaya. *tapi bukan dalam semua perkara,hanya yang betul-betul aku minat. :)

Jadi,dulu aku hanya optimis. Apa beza optimis dan husnuzon? Optimis adalah yakin sesuatu yang baik akan berlaku,hanya berkongsi pada diri sendiri. Berbeza dengan husnuzon,kita bersangka baik pada sesuatu yang akan berlaku serta menerima keputusan yang sebaliknya dengan tetap bersangka baik pada Allah SWT. 

Yakinlah,sayang.
Kamu tidak akan merasakan kesedihan mahupun kekecewaan yang teramat sangat kerana kamu sudah siap sedia menerima. Mengetahui bahawa pilihan dan rancangan yang Allah aturkan itu sangat adil dan padan dengan diri kita.

Husnuzon banyak mengajar aku,sayang semua. Rakan-rakan ramai bertanya,mengapa aku sangat bersahaja. Jawapannya mudah. Husnuzon. Tapi tentulah sebelum dan semasa husnuzon itu kita tetap berusaha,berdoa dan bertawakal. 

Lalu,dari sikap optimis,prinsip aku bertukar kepada husnuzon.
Dari husnuzon,aku mula mempersoalkan banyak benda.
Mengapa hanya setakat husnuzon? Orang kata kemanisannya lebih terasa jika sempurna solat.

Aku sekarang ke arah itu. Amin. Doakan agar aku tawaduk sentiasa.

Manusia tidak pernah sempurna. Even practice won't make perfect. It will only make it almost perfect. Kesempurnaan tidak pernah wujud. Begitu juga dengan aku. Banyak cacat celanya. Tapi percayalah. Doakan diri kita untuk berubah,mintalah kemaafan kepada kedua-dua ibubapa,mungkin dengan itu kita akan merasakan sedikit demi sedikit kehidupan kita berubah. 

Rezeki murah.
Hati terang.
Tidak mudah marah.
Lebih senang memaafi.
Lebih banyak memberi.
Lebih menghargai masa ; ibadah fardhu ain,kifayah,yang wajib,sunat,makruh,harus dan haram dilakukan.

Yang paling penting,solat. Sampai suatu masa,jika kita merasakan manisnya solat itu,bestnya solat,kita akan rasa kekurangan. Seperti kita sengaja lupa untuk memberus gigi guna ubat gigi Kodomo Lion yang manis lagi sedap itu. Hehe. Mesti mulut rasa tak selesa,kan? Macam tulah. Lagi dahsyat kot? :)

Apa-apa pun yang kita lakukan,jangan berputus asa. Husnuzon itu perlu. Barulah jiwa tenang,hidup tenteram.

p/s : Esok ada test 1 chemistry dan kuiz 1 maths. Jaga-jaga! Jangan kena ngap dengan soalan sudah. :o

Selamat malam,sayang.
Assalamualaikum. ;)

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen