First Entry as Degree Student
Assalamualaikum :)
Hai uolls! Lama sungguh rasanya hamba tidak menulis entri baru sejak masuk degree. Sibuk? Hmm,sangat sibuk. Tak macam asasi dulu,dua minggu sekali balik. Sekarang,sebulan sekali baru balik walaupun rumah dekat. Dekatlah sangat...Haha
This time,aku takkan tulis panjang-panjang. *katanya..* sebab lab report belum habis buat. Susah buat discussion semua benda nak kena cite. Sikit-sikit cite. Sikit-sikit cite. Sedihnya hati bila send kat turnitin,lebih 20% plagiarism. Biiaaacchh. Stress. Bila stress,pegi 7E tengah malam,makan aiskrim Magnum White Choc. Perggh. Haha. T_T
Tapi setakat ni,pengalaman aku yang paling best ialah dapat mewakili kolej untuk pertandingan akustik sempena Malam Rumpun Budaya (MRB). MRB ni ialah salah satu acara kemuncak untuk Minggu Aluan Pelajar UNIMAS. Alahh,orientasi week. Senang citer. Haha. Aku Kolej Allamanda. Kamonn,kolej paling gempak,paling harmoni,paling meriah dalam UNIMAS. Hehe. Dalam team akustik ni,aku jumpa kawan baru dan kawan lama. Kawan baru macam Serene,Mus,Dephna,Arjey. Kawan lama macam Izzat dan Nik Ameer. Tapi rezeki tahun ni tak berpihak kat kitorang,sekadar dapat tempat ketiga saja. Alhamdulillah,dapat juga bawa balik Piala Kenyalang which is piala pusingan MRB. Adalah sorang member akustik aku yang syiok kat aku, mula-mula ajak aku selfie berdua,kawan rapat sampai sekarang dah jadi...eh? Malas lah nak cerita. Haha.
So far,kelas okayy. Lecturer pun sporting. Dalam kelas plant physio,Dr. Hollena punya stail mengajar sebiji macam Miss Bertha. Muka pun lebih kurang. Dia ni rajin sangat buat praktikal walaupun time lecture. Kalau lecturer paling hensem,Dr. Chung. Muda lagi, Umur 30 tapi sorry guys,dia dah kawen. Haha. Kelab dan persatuan pun banyak kat sini. Aku masuk Artkal,kelab kebudayaan dan performance art untuk Kolej Allamanda dan juga De'Orator UNIMAS,kelab bahas,pidato dan MC UNIMAS. So far memang bz giler. Tapi bz yang best,bukan yang tak best. :')
Tapi itulah,degree life memang berbeza. Aku dapat rasakan 360 change in term of "friends" specificly. Cara hidup,pengurusan duit,makanan,kelas and so on pun berubah tapi tak seketara berubah macam kawan. It's okayy though. We're still friends but maybe sebab different course,kita jarang bertegur sapa. Nampak batang hidung pun tak selalu sekarang. Kamonn,kawan biar seribu. :)
That's all for today gais. I nak sambung buat lab report. Banyak lagi yang belum repharase. Nangis kejap. :'(
Jangan cakap akak dan abang akustik tak payung. Haha. Goodnight all! :) |
Much love,
@imsopipahhh xoxo
0 67 komplen