.inspirasi dan sweet satisfactory,perhaps
By Eppy Ismail - 7:24 PTG
Assalamualaikum :)
Di
petang yang hening ini, aku masih bergelut mencari inspirasi untuk menyiapkan
teks pidato aku. Aku harap aku boleh siapkan teks ini dalam masa yang terdekat
sebab aku perlukan masa untuk latihan dan menghafal teks. Ya Rabbi, umur
sekarang tak macam sekolah rendah dulu, satu malam boleh hafal dua ke tiga teks
sekali jalan. Sekarang, entah-entah satu perenggan makan masa satu malam. *Sigh
Aku
pilih tema pendidikan. Sifu aku cakap, pilih tajuk yang dekat di hati dan dekat
dengan kita. Aku dekat dengan pendidikan dan perpaduan. Aku suka tajuk
perpaduan. Tapi, di saat aku buntu memilih tema yang ingin aku ketengahkan, aku
teringat novel Sang Pemimpi karya Andrea Hinata, penulis Indonesia. Watak Aral
mengingatkan aku tentang bagaimana perjalanan hidup susah tiga sekawan di Pulau
Belitung yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading bersama-sama untuk
mengubah nasib hidup. Satu-satunya novel yang membuatkan aku menangis bila membacanya
sampai habis. Menyentuh hati aku. Bukan kerana gaya bahasanya yang sangat
agung, yang aku akui, aku pun takkan mampu sampai ke tahap itu, *itu masih
belum mampu membuat aku menangis* , tetapi kerana aku sudah blend dalam jalan
cerita itu.
Kesakitannya
aku rasa, aku tewas lalu ku menangis.
Kegembiraanya
aku rasa, aku girang lalu ku tersenyum.
Satu
lagi, aku teringat akan kata-kata kedua ibu bapa ku. Ibu aku pernah berkata,
tuntutlah ilmu tidak kira apa pun ilmu itu. Jika ditakdirkan kamu seorang
doktor dan melihat orang kesusahan di jalanan, kamulah wira mereka kerana
dengan ilmu, kamu bisa membuat apa sahaja, bahkan juga membaiki kereta.
Ayah
aku pula pernah berkata, menuntut ilmu di MRSM dan di Gedong, tiada bezanya
kerana silibus adalah sama. Yang berbeza adalah diri manusia itu sendiri. Sama
ada mahu berjaya atau pun tidak.
Macam
tu lah aku dapat inspirasi nak buat tema pendidikan ini. Niat aku cuma satu,
ingin mengharumkan nama UNIMAS, nama bumi Sarawak, nama Malaysia juga ingin
berkata pada dunia bahawa inilah suara hati saya kepada sahabat dan orang-orang
di luar sana. InsyaAllah, semoga tema ini memberi tuah kepada aku untuk
berpidato pada kali ini. Ini kali pertama aku berpidato di peringkat tinggi.
Semoga diberi kejayaan. Aku harap teks yang aku buat juga setanding dengan
teks-teks hebat yang lain. Amiin.
Much love,
@imsopipahhh xoxo
0 67 komplen