Warkah untuk Pensyarah Bahagian 1
By Eppy Ismail - 5:04 PTG
Assalamualaikum :)
Ke hadapan pensyarah asasiku,
Semasa aku menulis entri ini,aku masih berada di asasi.
Ya,menunggu detik tiga minggu untuk berlalu,tamatlah hikayat hidup sebagai
pelajar Asasi Unimas Batch Kelima. Semakin hari,perasaan ini tidak seperti
dulu,sejujurnya aku katakan. Kalau dulu,menunggu setiap saat untuk menghabiskan
sisa-sisa perjuangan di sini terasa sungguh lama. Sungguh memenatkan dan
menjerihkan. Tapi,semua itulah yang mengisi erti sebenar hidup seorang pelajar.
Memori yang ada tak mungkin kita lupakan. Akan kekal abadi dalam
ingatan,sungguh. Warkah ini juga akan ku postkan khas pada hari guru,16 Mei.
Memetik kata ayahku,hari-hari adalah hari ibu,hari-hari jugalah hari guru.
Apalah makna kehidupan jika nilai menghargai ditinggalkan walaupun sehari.
Pensyarah pertama yang amat ku hargai,Sir Mohd Alhafiizh
Zailani,
Pada hari pertama MAP,aku telah ditempatkan dalam kumpulan
mentor mentee. Aku cuma mendengar nama tanpa melihat perwatakan sir. Tidak
sekalipun berjumpa sehinggalah perjumpaan Ko-K yang pertama. Semakin lama aku
hidup dalam komuniti mentor mentee kita,aku menyedari bahawa aku adalah antara
insan yang sangat bertuah kerana mendapat mentor yang saling tak tumpah seperti
ayahanda kami sendiri. Maafkan aku andaikan terlalu sering aku menangis di
hadapan ayahanda. Semua itu berlaku secara spontan kerana kadang-kadang
perasaan sebak tak dapat ditahan.
Maaf. Semua yang aku katakan adalah benar. Dilema dalam
hidup. Sememangnya semua benda yang berlaku dalam hidup ini tak mungkin boleh
dikongsikan dengan semua orang,tapi aku ingin berterima kasih kerana telah
memberiku banyak dorongan dan nasihat yang sangat berguna. Tak lupa juga
panduan supaya aku tak tersilap langkah,walaupun sudah terlajak ke
UNIMAS,tetapi hikmahnya tetap ada. Antaranya ialah dapat mentor yang sangat
baik hati dan penyayang dan prihatin. Kawan-kawan mentee yang lain juga.
Ayahanda Alhafiizh yang terbaik. Ayahanda (dengan izin),semoga sentiasa
bersemangat untuk mengajar junior-junior yang akan datang. Jangan putus asa.
Kadang-kadang,tak semua benda melepasi jangkaan kita tapi kita harus
berhusnuzon dengan rancangan Allah. Yang penting,semua usaha dan keringat sudah
dikerah sepenuh,tiada apa yang perlu dirisaukan dan dirasabersalahkan. Haa.
Hehe.
Kepada pensyarah Biologiku,(Sir Amin,Sir Razif,Sir
Ikhwan,Sir Fhaizal,Sir Ridwan,Miss Roberta,Miss Christha,Mdm Rohaiza),
Pertama sekali aku ingin meminta maaf kerana dalam kedua-dua
midsem aku gagal untuk lulus. (Serius?) Tak,midsem sem 1 sahaja. Haha.
Gurau-gurau. Midsem pertama aku gagal dan terpaksa masuk kelas intensif. Satu
perkara yang sangat aku kagumi ketika memasuki asasi ini adalah keazaman para
pensyarahnya yang sanggup mengadakan kelas intensif. Walaupun kadang-kadang
banyak tugas lain yang perlu dilakukan,kelas intensif tetap diadakan agar para
pelajar tidak kecundang buat kali kedua. Pelajar asasi patut berasa beruntung
kerana mendapat kalian sebagai tenaga pengajar. Sir Amin dengan kisah-kisah
teladannya yang lucu dan sering membuat aku dan kawan-kawan ketawa sepanjang
kuliah,sir Razif yang sering memberi info-info tambahan yang menarik,yang tidak
pernah pun pelajar ambil tahu,tak lupa,ada Pop Quiz yang tak dijangka (emoji
mengeluh) Haha. Sir Ikhwan juga. Dengan gaya selambanya,ditambah pula dengan
sarkastik pedasnya yang kadang-kadang membuatkan student ouch #deep,Sir Fhaizal
dengan lawak internationalnya,yang mengambil masa 5 saat setelah lawak
dilakukan barulah student ketawa. Dia menggelar kami “moist”,kami menggelarnya lawak
hambar dan ketawa atas sebab satu : memang tak lawak pun,dua : kalau lawak
pun,saja nak gelak sebab tengok renungan dia macam tunggu kami ketawa. Haha.
Sir Ridwan juga,yang jadi pujaan ramai student perempuan dan bila dia
gelak,student perempuan mesti gelak sama entah hape hape,Miss Roberta dengan
gaya jalan modelnya. Aku ingat lagi,dia selalu pakai wedges oren dengan baju
kebaya moden warna hijau corak pua kumbu,selalu bagi nasihat dan hint untuk
sesi PBL yang seterusnya sampaikan PBL mates,Amir Asyraf merapu tak tentu pasal
sebab dah tak tahu nak cakap pasal apa. Berlaku masa PBL Evolution. Menipulah.
Every PBL Session pun Amir merapu. Miss Christha yang cantik sporty dan makin
hari makin tegas. Aku suka potongan rambut Miss yang baru,square paras
bahu,yang suka suruh student salin apa dia cakap walaupun lajunya 200km/h. Bila
dia tanya am I too fast?,student pun jawab no sebab masing-masing mengantuk dan
perut dah lapar nak makan. Tak lupa Mdm Rohaiza yang dulu sem 1 baca
slide,sejak sem 2,dah pandai buat lawak. Kalau bawang dah habis kat
dapur,bagitahu kat mak,”Mak,allium cepa
dah habis,”. Lately,madam pakai contact lens. Patutlah mata nampak macam kartun
anime. Cantik mata madam. Thanks,my Biology Lecturers.
Kepada pensyarah Kimiaku (Sir Mohd Alhafiizh,Sir Abdul
Al-Hafiz,Sir Dhana Jay,Sir Chieng,Dr.Melody,Miss Sharifah Mona,Miss Sharifatun
Handayani,Madam Wan Roslina)
Sejak aku masuk ke asasi,Kimia adalah salah satu subjek kegemaranku.
Waktu paling best adalah bila study chemistry bila tak lama lagi nak exam. Aku
akan sedaya upaya selesaikan semua soalan tutorial dan perasan bahawa aku terer
chemistry padahal satu soalan tukar density ambil masa setengah jam untuk selesaikan.
Tapi walaubagaimana keras sekalipun usaha untuk mencelikkan diri dalam subjek
Kimia ini,ternyata dalam setiap ujian final aku hanya layak mendapat B-. Aku
sangat sedih sebab tidak mencapai target minimum B sebab aku inginkan jurusan
nursing untuk kemasukan ke degree. Tapi tak mengapa,itu semua belakang kira
sebab aku sangat bersyukur dapat pensyarah yang sangat arif dalam Kimia dan
sangat arif dalam tolong memahamkan student. First appreciation tentulah kepada
mentor ku sendiri,Sir Alhafiizh,yang sangat teliti dan teknikal terutamanya
dari segi penulisan simbol dan formula kerana menurut pakar Kimia yang cerewet
ini,markah akan ditolak jika tak ikut apa yang dia cakap. Sir Dhana Jay pun
sama tapi dia ni agak lembut sikit cara penyampaiannya tapi tetap mendatangkan
kegerunan dalam kalangan pelajar. Dia juga pernah mengadu mengapa bas UNIMAS
yang baru berwarna ungu. Mengapa sama macam warna bas yang satu lagi?
Mukadimahnya tidak pernah mengecewakan. Sir,sorry juga sebab selalu tidur dalam
kelas. Turut terlibat sama dalam skandal pakar Kimia ini adalah Sir Abdul
Al-Hafiz. Sir suka post gambar makanan dalam instagram sampaikan kengkadang aku
terpaksa curi-curi stalk sebab nak tengok makanan pelik2 yang nampak sedap.
Dulu dalam kelas,sebelum aku tertidur,aku selalu bayangkan orang yang mengajar di depan
aku adalah seorang pembaca berita TV3 sebab bila diamati betul,memang ada ciri2
suara Kamarudin Mape. Sir,sorry juga dulu sebab tak fokus dalam kelas. Asyik
nak tidur je. Sir Chieng pernah ajar masa mula-mula masuk ASASI dulu. Dulu
bebudak curious sangat sampai sir terangkan berkali-kali beza celcius dengan
kelvin. Miss Mona ni,aku minat cara jalan dia. Waja,gagah,perkasa,berkarisma.
Muka comel tapi kawan-kawan lelaki aku komen dia lagi sesuai tak pakai
eyeliner. Nampak lagi lawa. Hehe. Miss Yani,pensyarah tutorial aku. Pernah satu
hari,kengkawan tutorial maklumkan yang dia tak nak masuk tuto kalau semua tak
siap tuto. Sampai hari ini aku tak tahu samada berita itu betul atau angin
sepoi-sepoi saja. Minggu itu juga,aku berhempas pulas naik turun katil siapkan
tutorial. Bila dia masuk tuto,tak ada benda hukum menghukum ouch mengouchh deep
mengdeep pun yang berlaku. Semuanya macam air tenang. Tapi yang bagusnya dia
ni,dia sangat sporting. Thanks miss,mula-mula masuk dulu kelas nampak hambar
kan? Tapi dah lama-lama,jadi okay pula. Untuk Madam Ina,madam suka tanya-tanya.
Selalu rasa insecure bila masuk kelas dia ni. Sebab aku ni slow sikit kalau nak
jawab on the spot. Kalau bagi masa sehari,okay lah juga. Hehe. Tapi tak
mengapa. Madam Ina pun power juga kalau mengajar. Fighting,Madam Ina! Thanks to
all my Chemistry lecturers!
0 67 komplen