Warkah untuk Pensyarah Bahagian 2

By Eppy Ismail - 12:58 PTG

Kepada pensyarah Matematikku (Sir Andy Chew Kui Tat,Sir Abang Mohd Hudzaifah,Sir Ibrahim,Sir Ahmad Deedat,Madam Farah Liyana,Madam Fazliana,Madam Hunaini,Madam Emmerline)

Matematik adalah subjek yang membuatkan aku ketagih kalau berjaya selesaikan soalan dan buatkan aku berputus asa kalau berkali-kali buat pengiraan tapi tak dapat jawapan akhir. Aku perlu akui bahawa aku bukanlah seorang student yang bright dalam Matematik,yang boleh buat pengiraan pantas sebab aku tahu pasti akan ada careless dalam jalan kerja jika mencuba-cuba berbuat demikian. Tapi aku gagahi juga sebab Matematik adalah kursus teras dan termasuk dalam kiraan pointer untuk ke degree. Hehe. Dimulai dengan Sir Andy,yang sangat funny,bila gelak macam Maharaja Meijing,yang suka naik turun tangga dan tak suka pakai mikrofon bila mengajar sebab suara dia sampai whitehouse pun boleh dengar. Setiap kali kelas,dia pasti memberi gambaran semasa tentang skop pekerjaan masa kini,situasi masa kini,kisah-kisah kawannya yang berjaya melalui usaha keras dan nasihat untuk para pelajar yang sangat memberi kesan. Dia juga seorang yang sangat emosional kalau projector rosak atau pen plus tak dapat guna atau masa dia guna mikrofon,speaker tak nak keluarkan suara dia. Haha. Sir Abang Mohd Hudzaifah atau nama glamornya,Sir Hud,sangat tidak sukakan pelajar menconteng atau mengganggu barang-barangnya terutamanya senarai kedatangan. Kadang-kadang nada percakapannya juga agak sinis tapi dia pun pandai buat lawak. Aku tak berapa nak ingat dia buat lawak apa tapi lawak lah. Tak lepas juga lah masuk kelas dia ni,mesti ketawa juga kadang-kadang. Sir Ibrahim,ini idola. Sejak sem 2 boleh pula jadi idola. Siapa tak kenal suaranya yang macho dan eksotik? Sejak dia mengajar bab probability,paling aku tak boleh lupa contoh nasi lemak dengan nasi biryani gam dia. Sampaikan bila dalam exam,soalan suruh bagi contoh not mutually exclusive event,aku letak contoh tu. Sir Deedat pulak,mula-mula masuk asasi je aku jumpa dia ni. Dulu kadang-kadang aku kesian juga kat dia. Sebab dia terangkan berkali-kali tapi budak still tak faham sampai satu tahap tu dia geram hentak-hentak kaki kat lantai macam budak kecik. Itulah aku,sebelum masuk asasi banyak sangat makan maggi. Madam Farah ni pula suka semak kerja rumah yang dia bagi. Siapa yang tak siap,dia suruh buat kat depan. Best dia ni mengajar. Lembut saja suara dia. Madam Fazliana pun apa kurangnya. Haa,yang best pasal madam ni,dia suka bagi student keluar awal. Hehe. Dia pun mengajar sempoi jak,duduk je atas kerusi,bercakap. Memang power dia ni. Madam Hunaini pula,dia mengajar laju giler. Tapi dia sangat terbuka untuk menerima sebarang soalan daripada studentnya dan menjawab setiap satu nya dengan tabah dan sabar. Sekali sekala pun dia ni pandai juga buat lawak. Dan paling penting,Madam Hunaini pandai berpantun. I like! Hehe. Last sekali,Madam Emmerline. Madam Emmerline tak suka kalau student ambil gambar or video dia masa tengah mengajar. Dia pun tak suka budak ambil gambar slide yang dia suruh salin. Dah dia suruh salin kan,budak-budak pun gedik nak snap. Kan dah kena marahhh. Hehe. Thanks to all my Maths lecturers!

Kepada pensyarah Bahasa Inggerisku (Madam Amee Joan,Sir Fairuz,Sir Jazlan)

Aku ingat lagi,masa mula-mula masuk kelas English,aku rasa cuak sebab Sir Fairuz bagitahu yang dia boleh baca muka orang. Hurmmm. Dulu pun ada English Placement Test. Nak tahu samada student tu patut ada dekat kelas Advance,Intermediate atau Beginner. Aku dalam Advance. Tapi English aku rasa macam level kindergarten bila masuk chapter Speaking. Walau bagaimanapun,English di universiti mengajar aku untuk lebih tersusun terutamanya dalam penulisan karangan dan luaskan vocabulary,walaupun tak berapa nak luas. Disebabkan aku berada dalam kelas Advance,Madam Amee yang ajar. Dia best,lembut macam golongan ibu-ibu yang mengajar. Dia suka buat kuiz grammar mengejut lepastu dia cakap ini markah carry mark. Carry mark what the..? Lepas cek mostly student dapat 7,8,9 per 20? Haha. Lepas tu,aku dan team buat report writing,dia psiko giler-giler sebab nak tengok samada kami boleh pertahankan pendirian kami samada nak markah tinggi atau tetap dengan markah rendah yang dia bagi walaupun masa dia selak-selak report dia puji melambung-lambung,dia tanya soalan pun,semua dapat jawab. Madam,tq sebab pernah bagi saya band 5 untuk speaking walaupun hakikatnya Cuma boleh dapat band 4 je. J Sir Fairuz lain pula ceritanya. Dalam kelas,dia suka bagi nasihat,dorongan dan bayangan masa depan. Dia suka cakap tentang masa depan dan dia juga tahu muka yang macam mana dapat jadi doktor. Hmmmm. Sir Jazlan pula moodnya tak menentu. Kadang-kadang gembira,kadang-kadang moody. Tapi bila Sir tengok kami berlatih drama,Sir nampak gembira sebab mungkin Sir memang suka ajar seni berbanding English? Idk,I guess. Walaupun macam tu Sir,Sir memang layak jadi Prince Charming bila Sir tunjuk gambar tu kat kami dalam kelas. You know what I mean?  Haha. Thanks my English lecturers!

Akhir sekali,kepada pensyarah Teknologi Maklumatku (Sir Adrus,Madam Sinarwati,Miss CJ)

Seriusly,course ni agak tough untuk student 18 dan 19 tahun. Membuat laman web,programming dan bina database sendiri. Tapi di sebalik semua kesusahan itu,IT adalah course yang sangat menarik dan berupaya mendorong pelajar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Yelah,kalau guna command ni tak dapat debug,guna command lain,cari punca pangkal,kadang-kadang buang satu koma je,pastu dapat debug. Sir Adrus dulu penyelaras IT. Masa mula-mula masuk kelas,student perempuan semua tahan ngantuk sebab itu kelas Sir Adrus. Tengok sir ngajar,semua senyum-senyum. Bila sir ngajar duduk atas meja,budak sebelah bisik “Machonyaaa”. Tapi bila sir kahwin,popularity Sir Adrus jatuh merudum dengan teruknya. Haha. Sir ajar programming. Pernah sekali,aku dan team pergi jumpa Sir untuk booking tajuk projek. Mula-mula nak  buat Information of Periodic Table. Tapi last minute tukar sebab projek CGPA Calculator lagi menarik dan lagi senang. Senang ke? Sejujurnya,tak. Heee. Madam Sinar pulak strict. Garang. Siapa dok depan,memang main eye contact lah dengan dia ni. Kalau student bising,dia mesti panggil nama pastu tanya soalan. Kalu student tak dapat jawab,dia akan membebel selama lebih kurang 5 minit atau lebih. Hehe. Tapi itulah yang membuatkan student lebih tekun untuk ulangkaji bab yang dia ajar sebab memang susah pun soalan yang dia buat. Miss CJ ni pula sporting. Suka senyum. Tapi kalau miss tampil lebih stylish pergi kelas,mesti lagi ramai student nak berdampingan dengan miss. Dahlah pandai IT,maths pun pandai. Best Miss CJ ni,siapa cakap Miss CJ ni tak best,memang jatuh derhaka lah orang tu. Dahlah baik. Hehehe. Kerana sir.miss dan madam semualah saya dapat A- IT. Thanks to my IT lecturers!

Akhir kata,saya ingin berterima kasih kepada semua pensyarah ASASI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK yang telah mengajar saya apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada saya. Kerana kalian,sekarang saya ada asas berlakon,mungkin satu hari nanti boleh berlakon di samping Tom Cruise. Kerana kalian,sekarang saya ada comm skill yang baik,mungkin boleh jadi pembaca berita dan wartawan Astro AWANI. Kerana kalian,sekarang saya boleh mengarang lengkap dengan citation,mungkin boleh jadi penulis artikel dan buku novel. Kerana kalian,saya boleh menyanyi,mungkin boleh menang Anugerah Grammy. Dan yang paling penting,kerana kalian,pengetahuan ilmiah saya semakin mendalam,adab sopan sentiasa dipelihara,mungkin boleh mendapat gelaran Doktor Falsafah but still down to earth dan berbakti kepada masyarakat,agama dan negara.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Walau 1000 tahun lamanya,saya tetap pelajar kalian. Sayang kalian ketat-ketat.

Yang benar,Nur Afifah Ismail,A1400788,Hayat 2,Asasi Batch 5.

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen

  1. Wahh terima kasih akk sbb buat post ni. Saya batch 6 nnt, in shaa Allah ehehe

    BalasPadam