Kerana bosan muncul bicara
Muncul bicara timbullah rasa
Timbul rasa terbitnya cinta
Terbitnya cinta jalin ikatan
Jalin ikatan mesra mesraan
Mesra mesraan datang dugaan
Datang dugaan wujud sengketa
Wujud sengketa berpisah haluan
Berpisah haluan tidak keruan
Sembuh keruan kembali bosan.
Kepada pensyarah Matematikku (Sir Andy Chew Kui Tat,Sir
Abang Mohd Hudzaifah,Sir Ibrahim,Sir Ahmad Deedat,Madam Farah Liyana,Madam
Fazliana,Madam Hunaini,Madam Emmerline)
Matematik adalah subjek yang membuatkan aku ketagih kalau
berjaya selesaikan soalan dan buatkan aku berputus asa kalau berkali-kali buat
pengiraan tapi tak dapat jawapan akhir. Aku perlu akui bahawa aku bukanlah
seorang student yang bright dalam Matematik,yang boleh buat pengiraan pantas
sebab aku tahu pasti akan ada careless dalam jalan kerja jika mencuba-cuba
berbuat demikian. Tapi aku gagahi juga sebab Matematik adalah kursus teras dan
termasuk dalam kiraan pointer untuk ke degree. Hehe. Dimulai dengan Sir
Andy,yang sangat funny,bila gelak macam Maharaja Meijing,yang suka naik turun
tangga dan tak suka pakai mikrofon bila mengajar sebab suara dia sampai
whitehouse pun boleh dengar. Setiap kali kelas,dia pasti memberi gambaran
semasa tentang skop pekerjaan masa kini,situasi masa kini,kisah-kisah kawannya
yang berjaya melalui usaha keras dan nasihat untuk para pelajar yang sangat
memberi kesan. Dia juga seorang yang sangat emosional kalau projector rosak
atau pen plus tak dapat guna atau masa dia guna mikrofon,speaker tak nak
keluarkan suara dia. Haha. Sir Abang Mohd Hudzaifah atau nama glamornya,Sir
Hud,sangat tidak sukakan pelajar menconteng atau mengganggu barang-barangnya
terutamanya senarai kedatangan. Kadang-kadang nada percakapannya juga agak
sinis tapi dia pun pandai buat lawak. Aku tak berapa nak ingat dia buat lawak apa
tapi lawak lah. Tak lepas juga lah masuk kelas dia ni,mesti ketawa juga
kadang-kadang. Sir Ibrahim,ini idola. Sejak sem 2 boleh pula jadi idola. Siapa
tak kenal suaranya yang macho dan eksotik? Sejak dia mengajar bab
probability,paling aku tak boleh lupa contoh nasi lemak dengan nasi biryani gam
dia. Sampaikan bila dalam exam,soalan suruh bagi contoh not mutually exclusive
event,aku letak contoh tu. Sir Deedat pulak,mula-mula masuk asasi je aku jumpa
dia ni. Dulu kadang-kadang aku kesian juga kat dia. Sebab dia terangkan
berkali-kali tapi budak still tak faham sampai satu tahap tu dia geram
hentak-hentak kaki kat lantai macam budak kecik. Itulah aku,sebelum masuk asasi
banyak sangat makan maggi. Madam Farah ni pula suka semak kerja rumah yang dia
bagi. Siapa yang tak siap,dia suruh buat kat depan. Best dia ni mengajar.
Lembut saja suara dia. Madam Fazliana pun apa kurangnya. Haa,yang best pasal
madam ni,dia suka bagi student keluar awal. Hehe. Dia pun mengajar sempoi
jak,duduk je atas kerusi,bercakap. Memang power dia ni. Madam Hunaini pula,dia mengajar laju giler. Tapi dia sangat terbuka untuk menerima sebarang soalan daripada studentnya dan menjawab setiap satu nya dengan tabah dan sabar. Sekali sekala pun dia ni pandai juga buat lawak. Dan paling penting,Madam Hunaini pandai berpantun. I like! Hehe. Last sekali,Madam
Emmerline. Madam Emmerline tak suka kalau student ambil gambar or video dia
masa tengah mengajar. Dia pun tak suka budak ambil gambar slide yang dia suruh
salin. Dah dia suruh salin kan,budak-budak pun gedik nak snap. Kan dah kena
marahhh. Hehe. Thanks to all my Maths lecturers!
Kepada pensyarah Bahasa Inggerisku (Madam Amee Joan,Sir
Fairuz,Sir Jazlan)
Aku ingat lagi,masa mula-mula masuk kelas English,aku rasa
cuak sebab Sir Fairuz bagitahu yang dia boleh baca muka orang. Hurmmm. Dulu pun
ada English Placement Test. Nak tahu samada student tu patut ada dekat kelas
Advance,Intermediate atau Beginner. Aku dalam Advance. Tapi English aku rasa
macam level kindergarten bila masuk chapter Speaking. Walau
bagaimanapun,English di universiti mengajar aku untuk lebih tersusun
terutamanya dalam penulisan karangan dan luaskan vocabulary,walaupun tak berapa
nak luas. Disebabkan aku berada dalam kelas Advance,Madam Amee yang ajar. Dia
best,lembut macam golongan ibu-ibu yang mengajar. Dia suka buat kuiz grammar
mengejut lepastu dia cakap ini markah carry mark. Carry mark what the..? Lepas
cek mostly student dapat 7,8,9 per 20? Haha. Lepas tu,aku dan team buat report
writing,dia psiko giler-giler sebab nak tengok samada kami boleh pertahankan
pendirian kami samada nak markah tinggi atau tetap dengan markah rendah yang
dia bagi walaupun masa dia selak-selak report dia puji melambung-lambung,dia
tanya soalan pun,semua dapat jawab. Madam,tq sebab pernah bagi saya band 5
untuk speaking walaupun hakikatnya Cuma boleh dapat band 4 je. J Sir Fairuz lain pula
ceritanya. Dalam kelas,dia suka bagi nasihat,dorongan dan bayangan masa depan. Dia
suka cakap tentang masa depan dan dia juga tahu muka yang macam mana dapat jadi
doktor. Hmmmm. Sir Jazlan pula moodnya tak menentu. Kadang-kadang
gembira,kadang-kadang moody. Tapi bila Sir tengok kami berlatih drama,Sir
nampak gembira sebab mungkin Sir memang suka ajar seni berbanding English?
Idk,I guess. Walaupun macam tu Sir,Sir memang layak jadi Prince Charming bila
Sir tunjuk gambar tu kat kami dalam kelas. You know what I mean? Haha. Thanks my English lecturers!
Akhir sekali,kepada pensyarah Teknologi Maklumatku (Sir
Adrus,Madam Sinarwati,Miss CJ)
Seriusly,course ni agak tough untuk student 18 dan 19 tahun.
Membuat laman web,programming dan bina database sendiri. Tapi di sebalik semua
kesusahan itu,IT adalah course yang sangat menarik dan berupaya mendorong
pelajar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Yelah,kalau guna command ni
tak dapat debug,guna command lain,cari punca pangkal,kadang-kadang buang satu
koma je,pastu dapat debug. Sir Adrus dulu penyelaras IT. Masa mula-mula masuk
kelas,student perempuan semua tahan ngantuk sebab itu kelas Sir Adrus. Tengok
sir ngajar,semua senyum-senyum. Bila sir ngajar duduk atas meja,budak sebelah
bisik “Machonyaaa”. Tapi bila sir kahwin,popularity Sir Adrus jatuh merudum
dengan teruknya. Haha. Sir ajar programming. Pernah sekali,aku dan team pergi
jumpa Sir untuk booking tajuk projek. Mula-mula nak buat Information of Periodic Table. Tapi last
minute tukar sebab projek CGPA Calculator lagi menarik dan lagi senang. Senang
ke? Sejujurnya,tak. Heee. Madam Sinar pulak strict. Garang. Siapa dok depan,memang
main eye contact lah dengan dia ni. Kalau student bising,dia mesti panggil nama
pastu tanya soalan. Kalu student tak dapat jawab,dia akan membebel selama lebih
kurang 5 minit atau lebih. Hehe. Tapi itulah yang membuatkan student lebih
tekun untuk ulangkaji bab yang dia ajar sebab memang susah pun soalan yang dia
buat. Miss CJ ni pula sporting. Suka senyum. Tapi kalau miss tampil lebih
stylish pergi kelas,mesti lagi ramai student nak berdampingan dengan miss.
Dahlah pandai IT,maths pun pandai. Best Miss CJ ni,siapa cakap Miss CJ ni tak
best,memang jatuh derhaka lah orang tu. Dahlah baik. Hehehe. Kerana sir.miss
dan madam semualah saya dapat A- IT. Thanks to my IT lecturers!
Akhir kata,saya ingin berterima kasih kepada semua pensyarah
ASASI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK yang telah mengajar saya apa-apa sahaja yang
mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada saya. Kerana kalian,sekarang saya ada
asas berlakon,mungkin satu hari nanti boleh berlakon di samping Tom Cruise.
Kerana kalian,sekarang saya ada comm skill yang baik,mungkin boleh jadi pembaca
berita dan wartawan Astro AWANI. Kerana kalian,sekarang saya boleh mengarang
lengkap dengan citation,mungkin boleh jadi penulis artikel dan buku novel.
Kerana kalian,saya boleh menyanyi,mungkin boleh menang Anugerah Grammy. Dan
yang paling penting,kerana kalian,pengetahuan ilmiah saya semakin mendalam,adab
sopan sentiasa dipelihara,mungkin boleh mendapat gelaran Doktor Falsafah but
still down to earth dan berbakti kepada masyarakat,agama dan negara.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Walau 1000 tahun
lamanya,saya tetap pelajar kalian. Sayang kalian ketat-ketat.
Yang benar,Nur Afifah Ismail,A1400788,Hayat 2,Asasi Batch 5.
Assalamualaikum :)
Ke hadapan pensyarah asasiku,
Semasa aku menulis entri ini,aku masih berada di asasi.
Ya,menunggu detik tiga minggu untuk berlalu,tamatlah hikayat hidup sebagai
pelajar Asasi Unimas Batch Kelima. Semakin hari,perasaan ini tidak seperti
dulu,sejujurnya aku katakan. Kalau dulu,menunggu setiap saat untuk menghabiskan
sisa-sisa perjuangan di sini terasa sungguh lama. Sungguh memenatkan dan
menjerihkan. Tapi,semua itulah yang mengisi erti sebenar hidup seorang pelajar.
Memori yang ada tak mungkin kita lupakan. Akan kekal abadi dalam
ingatan,sungguh. Warkah ini juga akan ku postkan khas pada hari guru,16 Mei.
Memetik kata ayahku,hari-hari adalah hari ibu,hari-hari jugalah hari guru.
Apalah makna kehidupan jika nilai menghargai ditinggalkan walaupun sehari.
Pensyarah pertama yang amat ku hargai,Sir Mohd Alhafiizh
Zailani,
Pada hari pertama MAP,aku telah ditempatkan dalam kumpulan
mentor mentee. Aku cuma mendengar nama tanpa melihat perwatakan sir. Tidak
sekalipun berjumpa sehinggalah perjumpaan Ko-K yang pertama. Semakin lama aku
hidup dalam komuniti mentor mentee kita,aku menyedari bahawa aku adalah antara
insan yang sangat bertuah kerana mendapat mentor yang saling tak tumpah seperti
ayahanda kami sendiri. Maafkan aku andaikan terlalu sering aku menangis di
hadapan ayahanda. Semua itu berlaku secara spontan kerana kadang-kadang
perasaan sebak tak dapat ditahan.
Maaf. Semua yang aku katakan adalah benar. Dilema dalam
hidup. Sememangnya semua benda yang berlaku dalam hidup ini tak mungkin boleh
dikongsikan dengan semua orang,tapi aku ingin berterima kasih kerana telah
memberiku banyak dorongan dan nasihat yang sangat berguna. Tak lupa juga
panduan supaya aku tak tersilap langkah,walaupun sudah terlajak ke
UNIMAS,tetapi hikmahnya tetap ada. Antaranya ialah dapat mentor yang sangat
baik hati dan penyayang dan prihatin. Kawan-kawan mentee yang lain juga.
Ayahanda Alhafiizh yang terbaik. Ayahanda (dengan izin),semoga sentiasa
bersemangat untuk mengajar junior-junior yang akan datang. Jangan putus asa.
Kadang-kadang,tak semua benda melepasi jangkaan kita tapi kita harus
berhusnuzon dengan rancangan Allah. Yang penting,semua usaha dan keringat sudah
dikerah sepenuh,tiada apa yang perlu dirisaukan dan dirasabersalahkan. Haa.
Hehe.
Kepada pensyarah Biologiku,(Sir Amin,Sir Razif,Sir
Ikhwan,Sir Fhaizal,Sir Ridwan,Miss Roberta,Miss Christha,Mdm Rohaiza),
Pertama sekali aku ingin meminta maaf kerana dalam kedua-dua
midsem aku gagal untuk lulus. (Serius?) Tak,midsem sem 1 sahaja. Haha.
Gurau-gurau. Midsem pertama aku gagal dan terpaksa masuk kelas intensif. Satu
perkara yang sangat aku kagumi ketika memasuki asasi ini adalah keazaman para
pensyarahnya yang sanggup mengadakan kelas intensif. Walaupun kadang-kadang
banyak tugas lain yang perlu dilakukan,kelas intensif tetap diadakan agar para
pelajar tidak kecundang buat kali kedua. Pelajar asasi patut berasa beruntung
kerana mendapat kalian sebagai tenaga pengajar. Sir Amin dengan kisah-kisah
teladannya yang lucu dan sering membuat aku dan kawan-kawan ketawa sepanjang
kuliah,sir Razif yang sering memberi info-info tambahan yang menarik,yang tidak
pernah pun pelajar ambil tahu,tak lupa,ada Pop Quiz yang tak dijangka (emoji
mengeluh) Haha. Sir Ikhwan juga. Dengan gaya selambanya,ditambah pula dengan
sarkastik pedasnya yang kadang-kadang membuatkan student ouch #deep,Sir Fhaizal
dengan lawak internationalnya,yang mengambil masa 5 saat setelah lawak
dilakukan barulah student ketawa. Dia menggelar kami “moist”,kami menggelarnya lawak
hambar dan ketawa atas sebab satu : memang tak lawak pun,dua : kalau lawak
pun,saja nak gelak sebab tengok renungan dia macam tunggu kami ketawa. Haha.
Sir Ridwan juga,yang jadi pujaan ramai student perempuan dan bila dia
gelak,student perempuan mesti gelak sama entah hape hape,Miss Roberta dengan
gaya jalan modelnya. Aku ingat lagi,dia selalu pakai wedges oren dengan baju
kebaya moden warna hijau corak pua kumbu,selalu bagi nasihat dan hint untuk
sesi PBL yang seterusnya sampaikan PBL mates,Amir Asyraf merapu tak tentu pasal
sebab dah tak tahu nak cakap pasal apa. Berlaku masa PBL Evolution. Menipulah.
Every PBL Session pun Amir merapu. Miss Christha yang cantik sporty dan makin
hari makin tegas. Aku suka potongan rambut Miss yang baru,square paras
bahu,yang suka suruh student salin apa dia cakap walaupun lajunya 200km/h. Bila
dia tanya am I too fast?,student pun jawab no sebab masing-masing mengantuk dan
perut dah lapar nak makan. Tak lupa Mdm Rohaiza yang dulu sem 1 baca
slide,sejak sem 2,dah pandai buat lawak. Kalau bawang dah habis kat
dapur,bagitahu kat mak,”Mak,allium cepa
dah habis,”. Lately,madam pakai contact lens. Patutlah mata nampak macam kartun
anime. Cantik mata madam. Thanks,my Biology Lecturers.
Kepada pensyarah Kimiaku (Sir Mohd Alhafiizh,Sir Abdul
Al-Hafiz,Sir Dhana Jay,Sir Chieng,Dr.Melody,Miss Sharifah Mona,Miss Sharifatun
Handayani,Madam Wan Roslina)
Sejak aku masuk ke asasi,Kimia adalah salah satu subjek kegemaranku.
Waktu paling best adalah bila study chemistry bila tak lama lagi nak exam. Aku
akan sedaya upaya selesaikan semua soalan tutorial dan perasan bahawa aku terer
chemistry padahal satu soalan tukar density ambil masa setengah jam untuk selesaikan.
Tapi walaubagaimana keras sekalipun usaha untuk mencelikkan diri dalam subjek
Kimia ini,ternyata dalam setiap ujian final aku hanya layak mendapat B-. Aku
sangat sedih sebab tidak mencapai target minimum B sebab aku inginkan jurusan
nursing untuk kemasukan ke degree. Tapi tak mengapa,itu semua belakang kira
sebab aku sangat bersyukur dapat pensyarah yang sangat arif dalam Kimia dan
sangat arif dalam tolong memahamkan student. First appreciation tentulah kepada
mentor ku sendiri,Sir Alhafiizh,yang sangat teliti dan teknikal terutamanya
dari segi penulisan simbol dan formula kerana menurut pakar Kimia yang cerewet
ini,markah akan ditolak jika tak ikut apa yang dia cakap. Sir Dhana Jay pun
sama tapi dia ni agak lembut sikit cara penyampaiannya tapi tetap mendatangkan
kegerunan dalam kalangan pelajar. Dia juga pernah mengadu mengapa bas UNIMAS
yang baru berwarna ungu. Mengapa sama macam warna bas yang satu lagi?
Mukadimahnya tidak pernah mengecewakan. Sir,sorry juga sebab selalu tidur dalam
kelas. Turut terlibat sama dalam skandal pakar Kimia ini adalah Sir Abdul
Al-Hafiz. Sir suka post gambar makanan dalam instagram sampaikan kengkadang aku
terpaksa curi-curi stalk sebab nak tengok makanan pelik2 yang nampak sedap.
Dulu dalam kelas,sebelum aku tertidur,aku selalu bayangkan orang yang mengajar di depan
aku adalah seorang pembaca berita TV3 sebab bila diamati betul,memang ada ciri2
suara Kamarudin Mape. Sir,sorry juga dulu sebab tak fokus dalam kelas. Asyik
nak tidur je. Sir Chieng pernah ajar masa mula-mula masuk ASASI dulu. Dulu
bebudak curious sangat sampai sir terangkan berkali-kali beza celcius dengan
kelvin. Miss Mona ni,aku minat cara jalan dia. Waja,gagah,perkasa,berkarisma.
Muka comel tapi kawan-kawan lelaki aku komen dia lagi sesuai tak pakai
eyeliner. Nampak lagi lawa. Hehe. Miss Yani,pensyarah tutorial aku. Pernah satu
hari,kengkawan tutorial maklumkan yang dia tak nak masuk tuto kalau semua tak
siap tuto. Sampai hari ini aku tak tahu samada berita itu betul atau angin
sepoi-sepoi saja. Minggu itu juga,aku berhempas pulas naik turun katil siapkan
tutorial. Bila dia masuk tuto,tak ada benda hukum menghukum ouch mengouchh deep
mengdeep pun yang berlaku. Semuanya macam air tenang. Tapi yang bagusnya dia
ni,dia sangat sporting. Thanks miss,mula-mula masuk dulu kelas nampak hambar
kan? Tapi dah lama-lama,jadi okay pula. Untuk Madam Ina,madam suka tanya-tanya.
Selalu rasa insecure bila masuk kelas dia ni. Sebab aku ni slow sikit kalau nak
jawab on the spot. Kalau bagi masa sehari,okay lah juga. Hehe. Tapi tak
mengapa. Madam Ina pun power juga kalau mengajar. Fighting,Madam Ina! Thanks to
all my Chemistry lecturers!
