Jurusan Pilihanku di UNIMAS

By Eppy Ismail - 3:23 PTG

Assalamualaikum :)


Kalau aku buka balik entri ni bila dah masuk degree nanti,mesti aku akan gelak sorang-sorang dan cakap macam ni,

"Macam ni rupanya pilihan aku dulu,"

Tengoklah,ramalan ni betul tak nanti. Aku gelak sorang-sorang. Biar aku ulas satu per satu kenapa pilihan jurusanku adalah seperti di bawah. 


Pilihan pertama - Jururawat
Disebabkan impian menjadi doktor punah berkecai hancur,hancur debu pun tak ada,so jururawat adalah pilihan pertama. Aku masih stick dengan plan nak jadi nurse sebab aku suka kerja yang baju seragamnya yang kemas dan suci mulia je nampaknya. Hehe. Lagipun,mak aku nak aku bekerja sebagai seorang doktor dulu. Walaupun tak dapat doktor,aku terus terang dengan dia,kalau jadi jururawat,mak senang hati tak? Dia cakap,takpelah,kalau jururawat yang kau mampu lakukan,kau lakukanlah..walaupun tak dapat jadi doktor. Nampak tak bunyi kecewanya di situ? Jadi,aku decide untuk jadi jururawat walaupun dengan result aku yang tak stabil sangat sekarang. Sebab aku sayang mak aku,tak nak hampakan dia lagi. 

Pilihan Kedua - Kimia Sumber
Hmm,yang ni,banyak saingan,sudah tentunya. Lagi banyak orang yang sangat terer kimia daripada aku. Tapi aku akan cuba yang terbaik sebab aku mula merasakan study kimia lagi best daripada study biologi or math. Dan aku dapat carry on dengan markah average dari sem 1 sampai sekarang sem 2. Insyaallah,kalau semangat macam ni boleh diteruskan sampai habis asasi,sampai degree pun kalau dapat course ni,pasti boleh carry on. Amiin.

Pilihan Ketiga - Bioteknologi
Jurusan ini adalah jurusan yang bapa aku mahu aku ambil. Sebab ada anak kawan dye yg sambung PhD biotech kat UNIMAS. Tanpa alasan yang kukuh sebenarnya,aku letak je biotech no 3.

Pilihan Keempat dan Kelima - Zoologi dan Tumbuhan
Sebab nanti boleh sambung master dan phd dan carik tempat jadi lecturer universiti. Haha.

Pilihan Keenam - Pengurusan Sumber Manusia
Sebab sekarang banyak company or kerja dekat bahagian human resources. So,mana tau prospek hrd ni boleh berterusan untuk beberapa tahun yang akan datang.

Pilihan Ketujuh -  Akuatik
Seriusly,tak minat. Letak jer.

Pilihan Kelapan - Sains Kognitif
Senior cakap susah sebab banyak main dengan komputer dan maths. Err. Memang wajar jadi pilihan terakhir sebab aku tak terer maths.

Itulah antara sebabnya. Mungkin tak berapa nak jelas sebab aku tak minat sangat sains. Tapi,bidang apa sekalipun kita belajar,kalau berusaha,pasti akan berjaya. Kalau rezeki,tak semestinya belajar sains jadi saintis,ada je jadi pelukis. Hehe. 

Yang penting,berani bermimpi. 

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen