Kerana Malam Tadi..

By Eppy Ismail - 12:51 PG

Hujan renyai-renyai masih kedengaran di luar. Jendela masih terbuka,membiarkan angin menderu masuk,menyerang kalbu Asriq yang turut memendam rasa di hati. Dia hanya terbaring di atas katil sejak dari pagi tadi. Mata tidak juga mahu tutup. Mungkin kerana terlalu dingin sedingin hatinya yang sedang ligat memikirkan sesuatu yang sudah lama bersarang.


"Asriq,kau takde kelas ke pagi ni?" Teman sebiliknya,Nasrul,baru bersuara sejak dari malam tadi. Dia sudah bersiap-siap untuk pergi ke kelas. Asriq tidak menjawab. Tetap membisu tanpa jawapan. 

"Sudah-sudahlah tu. Pi mandi lah. Dah. Aku nak gi kelas. Jangan lambat pulak engkau,"
Nasrul terus berlalu meninggalkan bilik untuk pergi ke kelas. Pintu bilik dihempas kuat,menyedarkan Asriq dari lamunan yang membuai khayal dan risaunya. Dia seakan masih tidak percaya dengan kejadian malam tadi.

"Aku mimpi kah? Tipu. Aku tak mimpi. Semua ni benar belaka. Tapi tak mungkin," Asriq mengomel sendirian. Dia lihat dengan mata kepalanya sendiri semalam. Tak mungkin dia perasan. Marissa tak mungkin buat begitu. Tidak. Dia tak mungkin begitu. Dia cuma crush. Crush. Lagi pula,dia tak pernah pandang lelaki lain dengan pandangan sebegitu. Pandangan yang tak boleh dia tafsirkan dengan kata-kata yang mulia. Yang paling dahsyatnya adalah dia mengucapkan "I love you" dengan bisikan yang paling halus pernah aku dengar. Mak aku pun tak pernah bisik dengan cara sedemikian rupa kepada aku. Meremang bulu romaku.

Asriq sebenarnya gembira dengan perkara itu. Tapi..

"Tapi gara-gara dia,aku tak tidur semalam. Dan gara-gara dia,aku rasa aku tak siap sesuatu. Jap? Shit death! Assignment Miss Roberta belum siap!"

Asriq terus mencapai jam loceng di sisi katilnya. Jam menunjukkan pukul 7.58 pagi. 

"Ermm,pasrah jelah. Ponteng kelaslah alamatnya harini. Kalau dia tanya kenapa,cakaplah bangun lambat. Hah. Baik aku sambung tidur,"

Dia segera menarik selimut,menutup mata sambil tersenyum memikirkan kejadian yang pada anggapannya adalah antara yang termanis sepanjang 19 tahun dia hidup di muka bumi. 

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen