Menghormati dan Dihormati

By Eppy Ismail - 5:10 PG

Assalamualaikum.


Kepala dah biul ni sebenarnya. Alih-alih tulis lah sikit entri. Haihh.

Dengan bazaar sejagat yang agak messy..
Dengan PBL yang belum siap..
Dengan presentation English yang perlu cari example konkrit..
Dengan photobooth yang last minute nak buat..
Dengan song request..
Dengan talent search student yang sekerat dua jer yang datang..

Aduh fifah..jangan mengeluh..tabahkan diri walaupun dah 4 hari tak cukup tidur. Nanti kerja lagi teruk,belajar degree lagi teruk. Ini baru permulaan,fifah.

Okayy,okayy.

Cukuplah dengan cerita biul. Haha. Btw,saya sebenarnya suka kerja dalam bahagian pengurusan yang melibatkan kerahan idea kreatif berbanding presentation ilmuwan yang sangat dry dan sangat bergantung dengan fakta dan pemikiran analitikal sepanjang masa. Boleh kejang otak. Hehe. Tapi itu pun bukan cerita sebenar yang saya nak sampaikan.

Cerita sebenarnya begini. Menghormati dan dihormati.

Mengapa kita menghormati orang lain yang tidak menghormati kita? Apabila permintaan kita tidak diendahkan malah ditentang dengan sesuatu yang tidak kita inginkan,bukankah jelas melanggar hak kita untuk dihormati? Aku sangat tidak selesa dengan orang sebegini. Pada dasarnya,aku  ingin sekali menghormati haknya dan mengharapkan agar sama-sama menuju ke arah perubahan yang lebih baik. Tapi sesetengah orang ini,masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Mungkin kerana masih belum MATANG,tindakan sebegini adalah tidak patut kerana kita diajar teras agama. Tetapi kematangan tidak boleh dijadikan alasan kerana kalau diikutkan usia,aku mungkin jauh lebih muda,takdelah jauh sangat tapi bolehlah..

Dan rasanya aku tahu kenapa orang ini masih bertindak sedemikian.
Nafsu.

Menyayangi orang yang kita hormati adalah sesuatu yang aku inginkan.. Tapi bagaimana harus aku terus menyayanginya kalau orang itu membataskan perasaanku yang ingin berubah dengan hijab nafsu? Harus memilih antara cinta insan dan ketaatan kepada sentiasa melihat dan menjagaku,Allah SWT. Sudah terang lagi bersuluh. Kalau sekali pun orang itu berputus asa kerana aku berkata "Tunggu,tunggu," aku harus pasrah kerana aku percaya di tanganNya ada yang lebih baik. 

Kan? Kan? 

Entahlah. Kalau benar cinta,jagalah. Bukan mengkhianati hak menghormati dan dihormati. Pliss. 
Makin biul otak aku tulis entri ni. Okayylah. Ciao. 

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen