Come On! It's A Hits,Sex Appeal Free.
By Eppy Ismail - 4:04 PG
Assalamualaikum. :)
Well,well,well.
English aku tunggang langgang kan,kot ye pun nak tulis entri dalam English,tajuk
biar gempak,bebas typo dan grammatical error. Jangan risau,tajuk je English.
Hehehe.
Nak
kasi tahulah ni,pada suatu malam yang krik-krik,aku melayan lah perasaan bosan.
Jadi,aku bukalah siaran tv. Bila aku dalam keadaan yang sebegitu rupa,baru aku
faham perasaan orang yang cakap tv zaman sekarang bosan sebab hanya ada dua jenis program yang stesen tv tempatan tayang ;
1) siaran ulangan 2) cerita Melayu yang bosan tahap gaban. Mungkin lebih
daripada dua tapi aku malaslah nak ulas panjang-panjang. Nanti kena saman sebab
banyak cakap. Tapi entah kenapa,tiba-tiba,semasa aku melewati pertukaran siaran
yang membuatkan aku hampir berputus asa,aku terlekat dekat satu cerita omputih
ni. Aku memang pernah tengok cerita ni. Dulu aku minat hero nya. Masa tu,aku
kecik lagi,zaman aku masih tulis diari bengong-bengong. Sekarang pun
masih,bezanya dulu tulis dalam buku,sekarang tulis dalam blog. Haha.
Tajuknya
ialah The X-Files. Season 1. Wasehh. Macam best. Aku layankan juga sebab mata
rasa masih ringan lagi. Lama-lama aku asyik tengok. Addictive juga dibuatnya. Biarpun
aku ni bukanlah jenis yang suka sains fiksyen atau cerita-cerita pasal alien
atau history Roswell gitu,tapi X-Files wins. Bukan #LoveWins,okay?
Bagi
yang tak tahu cerita pasal X-Files ni,cerita dia pasal dua orang special agents,Agent
Mulder dan Agent Scully, yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes yang
dikategorikan sebagai X-Files. Kes-kes dalam kategori fail ni adalah kes yang
luar biasa dan tak dapat diselesaikan dengan kaedah konvensional tapi pihak FBI
nak juga selesaikan dalam kaedah tu dan nakkan final report yang logik di akal
orang biasa. Sah-sahlah tak boleh siasat,umpama menegakkan benang yang basah
a.k.a bengong. *Ni ayat Scully. Yang
lain-lain tu,tengoklah sendiri. Tak shiokk kalau aku bagitahu semua.
Tapi
itu bukanlah isi utama entri aku. Itu baru mukadimah. Haha. Untuk makluman
semua,X-Files ni ada 9 musim kesemuanya dan ada 2 movie dan pernah jadi phenomenal
TV Show suatu masa dahulu. Pakcik makcik yang dah tua pun tahu cerita tu. Kau
rasa? Jadi,berbalik kepada cerita asal. Aku pun pernah terfikir. Kenapa X-Files
ni boleh jadi hits sedangkan hero heroin tak seksi pun. Pelakon yang lain pun
tak seksi. Pakaian kemas formal cantik. Fuhh. Sedap mata memandang. Kalau dibandingkan
dengan CSI,Lost,mesti ada je perempuan lalu lalang guna bikini. Hits tu
memanglah hits tapi..agaknya zaman sekarang,sex appeal tu macam ajinomoto
kot,kalau tak ada,tawar hambar cerita.
Sebab
tu aku cakap cerita zaman dulu power. Salah satu contohnya ialah X-Files. Itu
kisah zaman 90’s. Apa lagi zaman 80,70’s? Contoh lain ialah The Cosby Show,Mork
& Mindy,MacGyver,The A-Team,The Golden Girls,Happy Days. Overall,komedi
show pada zaman ini lebih gempak dan menghiburkan hati daripada komedi show
sekarang yang lebih kepada komedi perumpamaan. What most important is,obviously
zaman ni,sapa yang kisah sangat pasal sex appeal dan outfit seksi? Gosh. Pffft.
Part
yang paling interesting ialah kalau cerita crime dan sains fiksyen macam
X-Files,bukan saja execution jalan cerita yang exhilarating,tapi juga setiap
dialog dan info untuk audience sangat dititikberatkan. Contohnya lah
kan,boleh-boleh info pasal feromon keluar masa dorang tengah borak-borak santai
pasal kes yang mereka nak selesaikan dalam ofis. Aku ketika tu rasa macam “Woosh,feromon! Benda yang aku belajar masa
lecture Bio Miss Christha,” Bapak excited sebab dah tahu. Bayangkan,aku
rasa budak-budak Western dah belajar benda tu masa high school lagi kot,tapi
bila ilmu sebanyak tiga suku kata tu applied dalam movie,worldwidely. Holy
crap. Satu dunia boleh jadi pakar zoology,at least dengan mengetahui salah satu
hormon dalam badan haiwan yang menarik pasangan sesama spesis untuk mating,which
is feromon. Wow,thanks to Miss Christha untuk ilmu baru,special thanks to
X-Files sebab kukuhkan ingatan. Haha.
Well,sebab
tu aku adore western in their creativity and effort to give beneficial
knowledge to mankind through movies and TV shows despite of lambakan element
sex appeal. Kalau pun pelakon yang holy hell handsome dan cantik gorgeous hot
medess tu pandai berlakon dan bawa watak,it should be okay,the story will be
nice enough. But somehow,aku nak juga tengok cerita Melayu kita sampai ke tahap
yang macam itu. Satu hari nanti kot. Husnuzon.
Much love,
@imsopipahhh xoxo
0 67 komplen