Ibadat Puasa dan Adat Puasa
By Eppy Ismail - 11:41 PTG
Assalamualaikum J
Meniti hari-hari berpuasa yang semakin sampai ke
penghujungnya,ramai yang dah pakat hias rumah cantik-cantik,buat biskut kek
raya,beli barang-barang raya dan tak lupa juga kepada tukang jahit,siapkan baju
tempahan tepat pada waktu. Kelak dianok customer datang nak ngambik baju,baju
sik terpolah. Duhh nak,nakka piluk ati kawan beraya make baju lamak,rasa ati
tek nak bergaya make baju raya baru sik kesampaian. Tedah bah. Rasa ati kita
juak nak make baju raya baru. Hehe.
Ngerepak jadi kerr. Aiheh. Baiklah abaikan. Haha.
So,rasanya pagi tadi aku dengar radio local Sarawak which is
Cats FM. Tagline sikit? Nang antap. Yahh. Jadi adalah pesanan ringkas yang
disampaikan berkenaan dengan puasa ibadat dan puasa adat. Apakah maksudnya?
Puasa ibadat ini maksudnya kita sebagai umat Islam yang
berpuasa,bukan sahaja menunaikan ibadat puasa,tetapi juga mengerjakan
ibadah-ibadah mulia yang lain seperti solat terawih,membaca Al-Quran,menunaikan
solat lima waktu dan solat-solat sunat yang lain,bersedekah dan membayar zakat.
Puasa adat pula,obviously,berpuasa hanya sekadar untuk
memenuhi syarat sebagai umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Solat
terawih malas,baca Al-Quran malas,solat pun ekspres,kedekut pulak tu. Beraya nak sakan-sakan. Deep pulak ayat aku yang
nih. “-_-
Jadi,di dalam kategori yang manakah anda? Kalau ada yang
kesempitan masa atas sebab-sebab tertentu,at least dalam sebulan tu,adalah
sekali dua pergi terawih kan? Hehe. Tak terlambat lagi rasanya kalau kita ada
niat yang baik,terutamanya di bulan Ramadan ini,berbuat banyak amal kebaikan.
Lagi bagus dan elok sekiranya kita ada buat daripada langsung tak ada.
Maka,yarabbi,sia-sialah tahan lapar sebulan kalau menganggap puasa ni sebagai
suatu adat dalam hidup kita.
Moga dengan pesanan pendek (pendek ke? Macam panjang jer. Ragu-ragu
pulak.)ni,mampu sedikit sebanyak membawa kebaikan,walaupun sebesar zarah,alhamdulillah
ada pahala. Kan-kan-kan? Jangan dihitung pulak pahala tu,okay?
Renung-renungkan. ;) Sumber : google.com |
@imsopipahhh xoxo
0 67 komplen