Pengalaman Gotong-Royong Buat Bubur Lambuk
By Eppy Ismail - 2:44 PG
Assalamualaikum. :)
Sebenarnya ni entri yang tertangguh. Hehe. Saja nak share. Aktiviti di bulan puasa ni. Bolehlah hilangkan bosan sedikit. Sedikit.
Memandangkan minggu ni adalah giliran kampung aku pulak nak buat bubur lambuk ni,maka aku pun turut serta dengan orang-orang kampung bergotong royong buat bubur lambuk. Suasananya macam biasalah,kopas bawang,cuci daging,cuci beras,gaul rempah ratus dalam daging.
Ni first time join orang buat bubur lambuk sebab sebelum ni duduk kat sekolah dan uni,biasanya dorang buat pada waktu pagi,jadi tak berkesempatan nak join. Hehe. Apa yang best tentang join aktiviti kampung macam ni adalah dia tak ramai sangat orang macam tolong orang buat kenduri (banyak kerja kosong available,so takdelah sampai-sampai sana,menengok orang buat kerja),dan juga paling penting dan paling best,dengar orang tua membebel dan bawa cerita yang pelik-pelik. Haha. Kiranya macam gosip golden girls lah.
Gosip golden girls lah ni |
Aduyaii. Bulan puasa pun nak mengumpat orang lagi yer makcik,nenek?
Ehh,aku tak mengumpat okayy. Aku dengar je. Dengar..astaghfirullahazim pipahhh..berdosa telinga aku.
Anyway,bestlah juga,walaupun tak bercakap dan dengar je cerita-cerita dorang,aku terasa seperti dalam komuniti dorang juga. Kadang-kadang bila kenduri,aku ni rasa isolated giler sebab bila semua geng golden girls ni dah berkumpul,takde nyer peluang nak dengar sebab bising. Itu satu. Satu lagi, Takde tempat duduk. Terpaksa lah duduk kat celah orang.
So,balik ke cerita bubur lambuk kite. Hehe. Bila dah siap,tunggu bubur lambuk sejuk dan kemudian,kerja-kerja pembungkusan pun dilakukan sebelum dihantar ke rumah-rumah di seluruh Kampung Gedong yang indah nan permai ini. Shift membungkus ni,aku dah balik sebab adik aku meragam di tempat kerja. Aku dengan mak bekerja,dia pun nak bekerja.
Sekian sahaja cerita bubur lambuk aku, Moga berjumpa di entri akan datang. Babaii. ;)
Much love,
@imsopipahhh xoxo
0 67 komplen