Status Racist
Assalamualaikum :)
Banyak berkat kan bulan puasa? Makan sikit saja masa berbuka pun dah buatkan kita kenyang macam dah makan 3 mangkuk besar sup tulang. *Sup tulang? Ehem. Abaikan. Hehe.
Sebenarnya,saya terpanggil nak buat entri ni tiap kali saya buka fb. Tapi,lupa pulak. Hehe. Tapi sekarang dah ingat. Jadi,saya tulis. Seperti yang kita semua sedia maklum,fb ni tempat untuk kita make friends,medium for a better communication among us dan orang-orang yang jauh kan? Tapi,semakin saya scroll ke bawah,kepala saya makin pening,otak saya makin celaru,hati saya semakin sakit.
Sebab itulah fb sekarang sangat jarang saya buka melainkan untuk ; 1) check info dekat centre pusat pengajian saya.
Lain-lain dari tu,saya buka untuk suka-suka. Daripada suka-suka,berubah pula jadi pening kepala. Haish.
Lately,recently dan sewaktu dengannya,newsfeed fb saya dipenuhi dengan status-status yang menyentap hati saya. Menyentap hati dengan cara yang membina supaya kita sedar akan kesalahan diri pun,takpelah juga. Ni tak,menyentap buat lagi marah. Status racist dan menyalahkan orang lain. Saya panggil status sebegini sebagai status bangau.
Saya sangat tidak faham dengan status racist. Ada antara mereka terus menyalahkan orang lain atau melabelkan sesebuah komuniti (especially agama) in a very disrectpectful way. Ada yang menyumpah,ada yang memburukkan kaum dan agama lain dan macam-macam jenis lagi yang boleh menimbulkan kemarahan kalau seseorang yang membacanya itu sangat tidak penyabar orangnya. Of course,mereka ada rakan-rakan fb yang beragama atau berbangsa lain. Pasti mereka yang lain juga terasa.
Dan tercetuslah perang status racist. Saling menyindir. Saling berbalah komen.
Adakah kita mahu terus hidup dalam situasi sebegini? Ada juga dalam kalangan orang sekeliling saya,yang melakukan perkara sebegini. Terus terang,saya berasa sangat sedih kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Bahkan ada yang makan minum duduk semeja,gelak tawa bersama dan buat kerja sama-sama. Saya hanya berdiam diri melihatkan status mereka. Bukan bermakna saya berdiam diri kerana tidak mahu mempertahankan bangsa atau agama saya sendiri,tetapi adalah sesuatu tindakan yang jauh lebih tidak bijak jika saya membalas balik kata-kata mereka.
Lagipun,ia hanya terkesan di hati saya. Tidak affect orang lain secara besar-besaran. Cukup sempurnakah saya dan orang-orang sekumpulan dengan saya untuk membalas balik teguran dan andaian racist mereka?
Tidak sama sekali kerana terdapat orang-orang kita yang perangainya tidak ubah seperti mereka.
Tapi adakah saya dianggap cukup baik dengan berbuat demikian? Tidak. Sesungguhnya tindakan ini adalah jalan terbaik untuk terus memelihara hubungan brotherhood dan keharmonian bersama. Bayangkan,jika terus sengketa,bagaimana hendak berkongsi-kongsi idea? Bagaimana mahu saling mendapatkan bantuan? Bagaimana saya hendak sama-sama memajukan negara bersama mereka?
Jika dua-dua pihak saling tegang,lama-lama akan putus jua. Jadi,satu pihak harus bertindak bijak,bukan berlagak baik atau menunjuk matang,tapi bertindak bijak.
Saya tahu isu ini tidak akan habis hingga ke kiamat dunia sekalipun,tetapi sekurang-kurangnya kisah kedukaan saya berkurangan jika kita saling respect dan still brotherhood. Make the world a better place to live. Hidup mesti dengan chentaaa. :)
Much love,
@imsopipahhh xoxo
0 67 komplen