#vapeon : Vaping vs Smoking

By Eppy Ismail - 4:00 PTG

Assalamualaikum. J

Few days before,aku dihurung dengan perasaan curious yang teramat sangat dengan satu perkataan yang telah di ‘hashtag’ kan oleh salah seorang rakan Instagram aku,which is #vapeon.

What is #vapeon actually?

Aku googlekan lah. Takkanlah nak pegi tanya kawan tu “Hey,#vapeon tu apa? Apps baru nak edit gambar eh?” Syeikh. Dahlah kawan tu main follow,dia follow aku,aku follow balik. Jatuhlah martabat dan maruah aku sebagai seorang perempuan yang aktif di laman sosial. Aktif di sini maknanya silent reader. Haa. Nampak permainannya di situ? Hehe. Jadi,untuk menyelamatkan ego aku yang hampir tercalar itu,aku bertekad nak cari juga maksud #vapeon ni kat encik incredible,google. Manalah tahu,kalau apps edit gambar terbaru,beneficial juga untuk orang yang ambik selfie berkali-kali baru dapat best shot kan. Sapa yang cantik semulajadi tu,tung aaa..

Apa benda #vapeon ni?

#vapeon ialah sebenarnya perbuatan yang menggambarkan seseorang itu tengah vaping.

Sumber : google.com

Vape atau nama lain yang lebih common dia adalah e-rokok. Tahu kan?

Kandungan utama vaping adalah bahan cecair berasaskan Propylene Glycol atau Vegetable Glycerin,diadun dengan jumlah nikotin dan sedikit perasa makanan yang kemudiannya divaporisedkan di dalam small battery powered atomizer. Atomizer ni fungsinya adalah untuk heat up e-juice supaya bertukar jadi vapour yang kemudiannya disedut,sekaligus stimulate rasa seperti merokok. Proses exhale dan inhale nya sama seperti rokok tetapi apa yang disedut adalah berlainan which is vapour dan bukannya asap,menyebabkan term nya turut berubah daripada “SMOKING” to “VAPING”. Well...make sense juga kenapa terms berubah.

Walaupun para pengamal vaping ni bertegas mengatakan bahawa perbuatan vaping ini adalah tidak sama dengan merokok,tapi mereka juga tidak dapat mengesahkan bahawa ianya adalah 100% selamat. Katanya,specially designed untuk orang yang masih ingin merokok tapi mahu mengurangkan risiko bahaya tembakau berbanding menggunakan kaedah analog (rokok biasa). Walaupun vape ini tidak dikategorikan sebagai nikotin karsinogen,ianya tetap merbahaya dan boleh meningkatkan blood pressure dan kadar denyutan jantung manusia. Jadi,penggunaan vape ini adalah at your own risk. 

Menurut The New York Times,artikel bertajuk Is Vaping Worse Than Smoking,bertarikh 27 Januari 2015 pula,lima orang saintis dari Portland State University menyatakan bahawa daripada hasil penyelidikan mereka,apabila premium vaporizer dinyalakn dengan voltan yang tinggi untuk menukarkan e-juice ataupun liquid itu kepada vapour,mereka mendapati terdapat kandungan formaldehyde iaitu karsinogen berbahaya yang kebiasaanya terdapat dalam rokok yang dinyalakan secara langsung. Konsep ini akhirnya membawa kepada kesimpulan bahawa individu yang vaping adalah 5 hingga 15 kali ganda lebih berisiko untuk mendapat kanser berbanding perokok biasa. Ini menyebabkan ramai yang meninggalkan habit vaping dan kembali ke habit merokok biasa disebabkan kerisauan terhadap bahaya e-rokok ataupun vape yang telah diuar-uarkan. Laporan ini adalah berdasarkan kajian pada tahun 2014 yang telah diterbitkan dalam jurnal Nicotine & Tobacco Research. 

Namun demikian,ramai doktor pakar yang lain terutamanya Dr. Konstantinos Farsalinos,seorang saintis Greek dan juga pakar vape,menyangkal dakwaan tersebut kononnya manusia tidak akan dapat menyedut wap e-juice tersebut jika dipanaskan dengan voltan yang tinggi kerana rasanya yang tidak dapat diterima oleh deria rasa manusia. Michael Siegel,seorang profesor di Boston University,pula menyebut,jika suhu dan voltan dikawal dengan normal,formaldehyde tidak akan terhasil. Dua pendapat yang berbeza ni semestinya buat pengguna vape rasa ragu-ragu sama ada mahu meneruskan vaping atau kembali semula ke tabiat lama merokok. 

Tambahan pula,orang yang kuat vaping ni mesti banyak minum air daripada manusia normal memandangkan vaping ini boleh membuatkan mulut dan juga badan seseorang tu lebih cepat dehydrate daripada biasa. Nampak lebih menyusahkan daripada cubaan berhenti merokok kan?

Tapi,teenagers sekarang pun power sebab dorang tak pakai dah rokok-rokok bagai ni. Dorang vaping. In most cases,individu yang pada awalnya vaping sahaja ni convert pula jadi perokok betul. A real smoker. Sifat manusia kan,tak pernah puas dengan apa yang ada. Daripada cuba-cuba vaping,become a real vaper,then bila dah cuba experience vaping ni exactly macam rokok,nak cuba pula rokok rasanya macam mana. Sadly,that’s how it works. Kononnya,cuba nak membandingkan vaping dengan rokok. At last,mula-mulanya tadi taknak merokok jadi perokok.

In my opinion,apa yang pengguna vape ini cuba katakan ialah dorang cuba nak panjangkan umur dorang dengan vaping instead of smoking sebab vaping kesannya kurang merbahaya daripada rokok.

Ye ke kurang merbahaya? 

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangi jantung anda.
Sumber ; google.com


Much love,
@imsopipahhh xoxo

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen

  1. Amat berat sebelah hujah kamu.. Kamu hanya nampak posisi di mana orang yang tidak merokok, dan ambil vape bertukar menjadi perokok.. Tapi kamu tidak pula nampak di posisi orang yang tegar rokok bertukar hisap vape.. Ramai yang aku kenali sudah berhenti merokok kerana hisap vape.. Dan ini hujah2 aku yang kamu terlepas pandang serta berat sebelah.

    Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai kajian Farsalinos mengesahkan vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok.

    "Vapers tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada merokok. Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping," katanya.

    Malah ada kalangan perokok yang mendakwa kesihatan mereka bertambah baik selepas beralih kepada alat itu.

    Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah.

    "Selalunya perokok amat kurus dan tidak mempunyai selera makan. Jadi apabila berhenti merokok, mereka akan mendapati selera mereka bertambah kerana kandungan nikotinnya telah berkurangan," katanya ketika ditemui Astro AWANI.

    Dr Abdul Razak melihat perbezaan ketara antara rokok dan vape adalah kewujudan tar yang membahayakan kesihatan.

    "Kalau rokok biasa (tembakau) ini ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya.

    "Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja, untuk menyebabkan ketagihan. Jadi kalau berbanding rokok, e-rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa," jelasnya.
    Namun di sebalik trend yang kian meningkat, tegas beliau, kurang kawal selia terhadap vaping dibimbangi mengundang masalah lain.

    "Kebanyakan orang yang beli e-rokok ini, kita tidak tahu apa kandungannya, siapa pembuatnya dan apa yang dimasukkan dalam kartrij berkenaan.

    "Ada orang cakap boleh masuk syabu, ganja, dadah lain untuk bagi dia ketagih dan mungkin juga ada perisa-perisa yang berbahaya pada jangka masa panjang. Itu yang kami bimbang sekarang," kata Dr Abdul Razak.

    Berdasarkan kaji selidik Factsasia.org, 83 peratus perokok di Malaysia menyifatkan e-rokok sebagai alternatif lebih baik berbanding rokok dan ingin melihat penggunaan produk itu dikawal selia selain mahu akses lebih meluas kepada produk berkenaan.

    BalasPadam