Rabu, 13 Julai 2011

Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak 2011(Peringkat Zon E : Kuching/Samarahan)

     Hye!!Jumpa lagi..adohai..lama betol dah rasanya tak update label pertandingan-pertandingan macam ni..so,khadiran sy ni..tau2 la..nak bercerita sikit dengan korang sume pasal PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI SARAWAK 2011 untuk ZON E : KUCHING/SAMARAHAN. Haaa..sebut je..mesti korang rasa boring bila sebut bhas..tak pe..sy cecita jer,k..baca jer walaupun tak suka..kot2 berguna di kemudian hari..=)
   So,once upon a time,sy,kawan sy iaitu Nasruddin,Wani n Kas telah dipanggil oleh cikgu bahas kitorang..sapa tak kenal C. Maribi,kn??(syok sendiri la tu,public mna tau spa dia..lain la kalo dia artis ternama mcm Dato' Siti,kn3??) N then,,kita ditawarkn untuk mnyertai pertandingan bahas ketua menteri pulak..??nape??kitorang pun tanya lh..yelah.bzz dgn klas tmbhn mana smpat nak buat bhan,kn??dia ckp..tak pe..kita try2 je..ambil sijil bha..chewahh..hehe
   So,dia buat skrip rupanya!!haha..gembiranya!!ok..berjuang dgn tajuk pertama iaitu " PENGAMBILAN PENDATANG ASING SEBAGAI PEKERJA DI MALAYSIA LEBIH BANYAK MEMBAWA KEBURUKAN DARIPADA KEBAIKAN" WOW!! sy sangka tu lah tajuk yg sgt mencabar..lawan pon..bukannya calang2..SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING..sy ulangi..SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING (SMS).. adoyai..memang kita tak harap nak menang pon..hehe..ok..kita jadi pembangkang..so,tugas sy..sebagai ketua pembangkang lah..dan sy memang benci kalau jadi pembangkang..sebabnya :
1) terpaksa buat bidasan
2) sy dulu yang terpaksa bentangkn penggulungan kemudian diikuti oleh pencadang pertama
Haha,,nasib badan lh kn??tak pe2..lawan punye lawan punye lawan..akhirnya kemenangan memihak kepada...KITORANG la!! Hehe..gembira plus susah hati lh jugak sb kena kerja keras lgi pas ni..lawan seterusnya..SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB (SHOAW)..
   Perlawanan kedua diadakn seminggu lepas tu..tajuk kali ni..hmm!makin berat!!"PBB GAGAL MEMPERTAHANKAN KEAMANAN DUNIA"..aduih..sakit bedebus rasanya bila tajuk tu yg kena kali ni..tapi tak pe..kerja kitorang jadi senang bila tajuk itu sebenarnya lebih memihak kepada kitorang..banyak evidens yg kitorang dpt drpd internet..haha..(mcm peguam la pulak..ahaks!) ok..tiba masa nak berbahas..(kita dpt pncdg..xcited nih!!)..ouch..boleh tahan jugak la diorang ni berbanding SMS yg kita lawan lepas..tapi hujah kitorang lebih mantap..so..kemenangan..sekali lagi..SMK GEDONG!!yuhoo!!!
   Dan disebabkan tak semua sekolah menghantar wakil...so,,sapa yang menang tajuk ni akn secara automatik masuk ke peringkat separuh akhir..haha..best nye..kita berehat selama sebulan lebih sebelum berjumpa dengn lawan kita yg seterusnya..(cuti tgh tahun..sb tu lh lama sgt tu..hehe=)
   Masa berlalu dgn cepat..sy telah berhubung dgn spy sy iaitu Ummi dr SMK Kota Samarahan..haha..dia memaklumkn bhawa kitorang jumpa SMK SEMATAN..emm...boleh tahan kot sekolah ni..itulh yg sy fikirkn..(tpi mmg boleh tahn pun). Kita masa cuti..relaks habis..haha..xbuat preparation pun..bila lusa nak btanding,baru sibuk nak buat teks..tajuk kali ni.."INSTITUSI KELUARGA LEBIH BERPERANAN DARIPADA INSTITUSI PENDIDIKAN DALAM MENENTUKAN KECEMERLANGAN SESEORANG PELAJAR". Santai je lawan diorang..tpi best sb jdi pembangkang yg kena pda tempatnya..(tajuk bpihak 95%!!) Hasilnya??Sekali lagi..MENANG dan mara ke peringkat akhir bertemu dgn SMK MUARA TUANG..
   Pada peringkat final..dgn tajuk "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEBIH BAIK DARIPADA PEPERIKSAAN AWAM" Tajuk yang ku kira xsepatutnya dibahaskn sb PBS tu belum dilaksanakan..apath lgi nak tgok kesannya lebih baik o tak berbanding peperiksaan awam..masih di peringkat cadangan..sekarang ni,dia masih seiringan dilaksanakn bersama peperiksaan awam..huh..(pendapat jer.hehe) kita dapat pencdang..(posisi yang boleh bunuh diri sendiri..=( akhirnya...keputusannya..OF COURSE LAH..KALAH....hmmm...tapi tak pe..pengubat duka???hehe..sy jadi pembahas terbaik..hehe..dpt duit RM 200..plus RM 100 daripada hadiah bpasukan..kn jdi RM 300??hehe..bes tu..so..sy smpn dlm tabung ASG sy je..buat simpanan masa depan..hehe..selain dripada tu,berbaloi jugak sy ikut pertandingn ni sb dpt ramai kwn...Pame,Ummi,Natalie,Jasmin,Hamdan,Nizam,Syiba,Josh,Raihan n banyak lgi lh..hehe..tu lh perjalanan kitorang team bahas 2011 masa pertandingan bahas piala ketua menteri..semoga lebih berjaya pd masa yg akn dtg..SALAM GEDONG DEDIKASI JAYA!!!









Ahad, 10 Julai 2011

Asal Usul dan Adat Resam Kaum Melanau


Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'.
Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.
'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.
Kiranya saudara berasal dari tempat yang penduduknya orang 'Melanau', janganlah berkecil hati apabila dipanggil orang 'Melanau' kerana ia bukanlah merendah martabat, pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh datuk-nenek moyang kita.
Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.

BAHASA


Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia. Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.

Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.

1. Kawasan Rajang:

- Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
2. Kawasan Mukah:
- Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat
3. Kawasan Balingian-Tatau:
- Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran
4. Kawasan Bintulu
- Sungai Kemena dan Sebiew

Dalam "Sarawak Gazzette" 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau. Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga, yang mempunyai banyak bunyi sebuta / y /, / z /, dan / q /.


Dalam kertas kerjanya bertajuk "Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal" yang dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu mempunyai hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau. Walaupun bahasa Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui pembelajaran, namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau kerana pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti adat resam.
 
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

Pengenalan


Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:


KELAHIRAN


>> Sewaktu Mengandung


Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.


Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.


>> Selepas Lahir


Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.


Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.


Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.


>> PERKAHWINAN


Pengenalan.


Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.


>> Merisik


Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.


>> Meminang


Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.


>> Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.


Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.


Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.


Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.


>> Bangsa Sembilan Pikul


Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut.


Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.


Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.


Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.


Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:


· Satu amas emas

· Tujuh biji manik kehet
· Lima manik tilak
· Sepasang gelang perak
· Empat bilah lembing
· Dua belas belan
· Sehelai kain lugi
· Tiga ketul damar
· Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)
· Bulang anyaman
· Sebilah lembing untuk mengikis damar
· Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.


>> Bangsa Tujuh Pikul


Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan diikat dalam kain hitam.
Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

>> Bangsa Tujuh Beritih


Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut.

Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).
Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.

>>> Peraturan Dalam Perkahwinan


Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:


· Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.

· Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.
· Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.
· Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Isnin, 4 Julai 2011

Novel Sang Pemimpi,Karya Andrea Hirata





Sang Pemimpi adalah novel kedua dalam tetralogi Laskar Pelangi karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pusaka pada Julai 2006. Dalam novel ini Andrea mengeksplorasi hubungan persahabatan dan persaudaraan antara Ikal dan Arai.

.::Sinopsis::.
Dalam Sang Pemimpi, Andrea bercerita di jambi tentang kehidupan ketika masa-masa SMA. Tiga tokoh utamanya adalah Ikal, Arai dan Jimbron. Ikal- alter egonya Andrea Hirata, sedangkan Arai adalah saudara jauh yang yatim piatu yang disebut simpai keramat kerana anggota keluarga terakhir yang masih hidup dan akhirnya menjadi saudara angkat dan Jimbron adalah seorang yatim piatu yang sangat obses dengan kuda dan gagap bila sedang berhadapan dengan sesuatu atau ketika gugup.

Ketiga-tiganya bersatu dalam kisah persahabatan yang terjalin dari kecil sampai mereka bersekolah di SMA Negeri Manggar, SMA pertama yang berdiri di Belitung bahagian timur. Bersekolah di pagi hari dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan ikan pada dini hari, dari ketagihan mereka menonton filem panas di panggung wayang dan akhirnya diketahui guru mengaji mereka , kisah cinta Arai dan Jimbron, perpisahan Jimbron dengan ikal dan Arai yang akan meneruskan kuliah di Jakarta yang akhirnya membuat mereka berdua terpisah tetapi tetap akan bertemu di Perancis. Hidup berdikari terpisah dari orang tua dengan latar belakang ekonomi yang sangat terhad namun mempunyai cita-cita besar , sebuah cita-cita yang apabila dilihat dari latar belakang kehidupan mereka, hanyalah sebuah mimpi.

.::Tokoh-tokoh::.


.::Tokoh Utama::.


  1. Ikal adalah anak kampung yang miskin, sahabat Arai sekaligus saudara jauh Arai. Dia ialah seorang pelari pecut di SMAnya, dia menampilkan kebolehannya ketika dia dikejar oleh Pak Mustar dkk.
  2. Arai ialah tokoh sentral dalam buku ini. Menjadi saudara angkat Ikal ketika kelas 3 SD saat ayahnya (satu-satunya anggota keluarga yang tersisa) meninggal dunia. Seseorang yang mampu melihat keindahan di balik sesuatu, sangat optimis dan selalu melihat suatu peristiwa dari kaca mata yang positif. Arai adalah seorang yang begitu spontan dan jenaka, seolah tak ada sesuatu pun di dunia ini yang akan membuatnya sedih dan patah semangat.
  3. Jimbron, anak yatim piatu yang diasuh oleh seorang paderi Katolik bernama Geovanny.Lelaki yang berwajah bayi dan bertubuh subur ini sangat polos. Segala hal tentang kuda adalah obsesinya, dan gagapnya berhubungan dengan sebuah peristiwa tragis yang memilukan yang dia alami ketika masih SD , dulu ayahnya nazak di depan matanya maka dia membawa ayahnya dengan basikal yang lajunya lama sampai di klinik ayahnya meninggal di depan matanya dan semasa ditanya orang-orang dia sudah terlanjur gagap kerana terlalu banyak menangis sampai terkedu-kedu. Dia selalu berfikir jika saja waktu itu dia menaiki kuda pasti ayahnya dapat diselamatkan. Jimbron adalah penyeimbang di antara Arai dan Ikal, kepolosan dan ketulusannya adalah sumber simpati dan kasih sayang dalam diri keduanya untuk menjaga dan melindunginya.

Tokoh Lain


  1. Pendeta Geovanny, ia adalah seorang Katolik yang mengasuh Jimbron selepas kepergian kedua orang tua Jimbron. Meskipun berbeza agama dengan Jimbron, beliau tidak memaksa Jimbron untuk turut menjadi umat Katolik. Bahkan beliau tidak pernah terlambat mengantar Jimbron pergi ke masjid untuk mengaji. Meski disebut Pendeta, Geovanny yang berdarah Itali ini adalah seorang paderi.
  2. Pak Mustar M. Djai'din. BA. adalah salah seorang pengasas SMA Negeri Manggar. Ia adalah wakil pengetua SMA Negeri Manggar, seorang yang baik dan cukup sabar namun berubah menjadi tangan besi ketika anaknya sendiri tidak diterima masuk ke SMA tersebut kerana NEMnya kurang 0.25 dari markah minima. Terkenal dengan peraturan-peraturan disiplin dan hukuman yang sangat berat. Namun sebenarnya beliau adalah peribadi yang sangat baik dan patut dicontohi.
  3. Pak Drs. Julian Ichsan Balia;Pengetua SMA Negeri Manggar. Lelaki muda, tampan, lulusan IKIP Bandung yang masih memegang teguh idealisme. Dia mengajar dalam bidang seni.
  4. Nurmala; Zakiah Nurmala binti Berahim Mantarum,gadis pujaan Arai sejak pertama kali Arai melihatnya. Nurmala adalah gadis yang pandai, selalu menyandang tempat pertama. Ia juga peminat Ray Charles dengan lagunya "I Can't Stop Loving You" dan Nat King Cole dengan lagunya When I Fall in Love.
  5. Laksmi; gadis pujaan Jimbron. Telah kehilangan kedua orang tuanya dan tinggal serta bekerja di sebuah pabrik cincau. Semenjak kepergian orang tuanya dia tidak pernah lagi tersenyum, walaupun senyumnya amat manis. Ia baru dapat tersenyum ketika Jimbron datang menunggang sebuah kuda putih milik Capo.
  6. Capo Lam Nyet Pho; Seorang yang menjadikan pelbagai perkara sebagai objek untuk bisnesnya. Bahkan ketika PN Timah hampir muflis, ia melakukan idea untuk membuka penternakan kuda meskipun kuda adalah haiwan yang asing bagi komuniti Melayu.
  7. Taikong Hamim; Guru mengaji di masjid di kampung Gantung. Dikenali sebagai seorang non-konfromis dan sering melaksanakan hukuman secara fizikal kepada murid-murid yang melakukan kesalahan.
  8. Bang Zaitun; Seniman muzik pemimpin sebuah kelompok Orkestra Melayu. Dikenali sebagai orang yang pernah mempunyai banyak kekasih dan hampir memiliki 5 isteri. Sebenarnya kunci kejayaannya dalam percintaan adalah sebuah gitar. Dia pun mengajarkan hal tersebut pada Arai yang sedang mabuk cinta dengan Nurmala.
  9. A Kiun; Gadis Hokkien penjaga loket panggung wayang.
  10. Nurmi; Berbakat memainkan biola, mewarisi biola dan bakat dari Neneknya merupakan ketua kelompok gambus di Gantung. Nurmi adalah jiran Arai dan Ikal, sebaya, dan dia adalah gadis yang sangat mencintai biola.
  11. Pak Cik Basman; Seorang tukang sobek karcis di sebuah panggung wayang di Belitong.
  12. A Siong; Pemilik kedai kelontong tempat Ikal dan Arai berselisih tentang penggunaaan wang tabungan
  13. Deborah Wong; Isteri A Siong dan ibu kepada Mei Mei. Perempuan asal Hong Kong yang tambun dan berkulit putih.
  14. Mei Mei; Gadis kecil anak Deborah Wong.