Rabu, 30 April 2014

Jenis Bisnes yang Sesuai Dibuat di Universiti,Kolej

Assalamualaikum.

Tak lama lagi korang nak masuk universiti kan? Sesiapa yang otak bisnes tu,sekarang ni mungkin dah berkira-kira dah nak buka bisnes apa kan? Yelah,kita budak nak belajar lagi. Takkan nak harap gaji mak pak je tiap bulan nak biaya. Licinlah kepala diorang. Mana nak tanggung adik-adik lagi. Kalau tak ada adik,untunglah kan. Mana nak tanggung keperluan lain lagi kan? Payah lah.

Jadi,alternatifnya,pandai-pandai sendiri lah cari makan kan?
Nak buka bisnes apa dekat uni?
Bukan ada masa pun nak handle..

Rilek lu.

Bisnes ni tak payah pakai masa banyak.
Tak payah guna tenaga banyak. 
Cuma keep cool dan buat sindiket.
Cuma perlu modal.
Dan modus operandi. Yang tak berapa nak modus operandi pun boleh juga.

Asal ada kemahuan,di situ ada 'ong' maa...hihi.


1. Be A "PRINTER CENTRE"

Kengkadang,budak-budak ni suka buat assignment last minute. Dan ada pula yang tak reti nak beli printer sendiri. Assignment siap,tapi terkocoh-kocoh pula cari tempat print. Kena pula ada kawan yang kedekut taik hidung masin. Koperasi pula buka cun-cun pukul 9. (Aku ikut time aku turun kerja. Aku memang malas sikit) Di situlah lubang untuk anda buat duit,bro. Keluar je duit PTPTN,buat modal beli printer jenis yang 3 in 1 (print,copy,scan). Jenama,terpulang. Asal anda bahagia memakainya. Dan anda boleh promote service print anda tu kat bebudak,sambil ketuk pintu bilik satu-satu, "Hai akak,saya ada service print copy scan 24hrs. Bleh contact saya kat num 0143567894. K. Bye", Itu jerk,ok? Buat promote elok-elok. Baru orang datang guna. Itulah namanya jasa kepada rakyat. Haha. Saya untung,anda bahagia.


2. Ejen TOPUP

Bisnes ni mungkin yang paling laku kot. Sebab semua orang guna hp. Dan semua orang guna prepaid. Sesiapa yang guna postpaid,korang sangat digalakkan baca sebab korang berpotensi untuk jadi ejen topup yang sangat berjaya. Sebabnya,anda tak ada nafsu nak gores topup yang anda jual untuk kepentingan sendiri. Kan? Betul kan? Melainkan korang ada awek atau batak yang tiap 2 jam minta anda isikan reload. Bisnes topup ini sepatutnya dijauhi. Bisnes topup ada banyak jenis. Ada jenis bayar yuran. Ada jenis beli kad reload banyak-banyak then jual balik. Itu kaedah anda boleh cari sendiri. Yang penting,pastikan topup yang dijual mampu untuk buat profit dan modal pusingan.


3. Raja MAGGI/JAJAN

Beli satu kotak besar MAGGI. Aneka MAGGI lagi bagoss. Ataupun satu kotak besar berisi jajan yang pelbagai jenis dan rasa. Dan korang akan untung besar bila ramai yang akan serbu bilik anda di tengah malam semata-mata untuk satu bungkus MAGGI atau jajan. Jual ikut strategi anda sendiri. Kalau terkantoi,that's it. Pandai-pandai sendirilah. Yelah,kalau nak buat duit,reka modus operandi sikit. Nak berniaga pun kena ada plan kan? Kalau main redah aje,tak ke sudah lah bisnes anda. 


Dah ada idea sekarang? Kalau korang rasa idea ni tak cukup gempak,mungkin korang ada idea yang lagi gempak. Kasi tau sikit. Mungkin aku boleh join venture sekali sebab aku ni ada plan nak masuk persatuan peniaga kecil di universiti. Manalah tahu rezeki. Kan ada di mana-mana...Hihi..
 

Isnin, 28 April 2014

Susah Sangat Ke Nak Senyum?!

Assalamualaikum.

Bila pakai broadband,line mesti macam ciput. Yelah,bila adik dah belasah bb buat main game online,hermm..memang ciput lah line. Susah kalau ada adik 6 tahun yang pandai main game tapi bila suruh belajar baca,malas nauzubillah. 

Okayy. Tok sah cakap panjang sal line buruk ni. Bersyukur apa ada. Asalkan aku dapat post entri,cukup.

Banyak orang cakap aku ni susah sangat nak senyum. Memang aku sendiri pun rasa macam tu. Aku pun tak tahu lah. Susahlah untuk aku buat macam tu kecuali kepada orang yang betul2 kenal aku. Kalau perempuan,boleh elok jer. Kalau lelaki,susah sikit lah. Memang tak dinafikan.

Aku memang nak sangat senyum kat orang. TAPI aku sebenarnya malu. Sesiapa yang pemalu,pasti faham perasaan aku masa ni. Nak senyum tapi rasa serba salah. Aku bukanlah seorang yang peramah sangat. Sporting,yess. Tapi nak kata tak peramah,tak jugak. Nak kata peramah sangat,tak juga. Tengah-tengah. Bak kata orang,berpada-pada. Aku memang seorang yang suka mengambil langkah berhati-hati dan berkecuali.

Aku tahu,yang senyum tu satu sedekah. Aku tahu sangat. Tapi macam mana nak kasi senyum kat semua orang? Aku sangatlah malu. Sebab tu orang cakap aku ni sombong dan garang walaupun hakikat sebenarnya tak. Aku tak nak orang label aku macam tu. Terdetik rasa malu dalam hati bila orang sekeliling gelar aku macam tu. Rasa macam maruah diri ni jatuh dari atmosfera bumi. Aku tak sombong. Aku tak garang. Please,jangan label aku macam tu. Korang tak kenal aku siapa. Kalau korang kenal,mungkin korang akan label aku gila. Ya,aku lebih suka dan gembira dilabel gila daripada dilabel sombong dan garang. 

Tapi bila aku senyum,timbul pula satu masalah. Adik aku bilang kalau aku senyum,aku nampak FAKE.

Bahh?? Dah tu? Kau nak aku senyum macam mana? Dah tulah senyum aku yang paling manis,natural dan paling penting,tak dibuat-buat. Dia tambah lagi,kalau aku tak senyum,lagi okayy kot rasanya.

Bahhh?? Aku malas dah nak bertengkar pasal senyum fake ke tidak. Yang penting,aku pandai senyum.

Seriusly,bila orang label dengan gelaran yang aku tak suka terutamanya tentang personaliti diri,aku sangat tersentap. Sebab aku rasakan sekarang,inilah diri aku yang sebenar. Aku tak perlu berpura-pura. Aku seorang yang baran. Memang satu perkara yang tak boleh dinafikan. Sebab itu mungkin aura senyum susah nak terpancar. 

Tapi tetap nak senyum juga. 

Tapi bila sedih,senyum adalah senjata untuk membunuhnya. Boleh dikatakan bila kita senyum,kita menipu otak kita untuk berasa gembira dan tenang. Reverse psychology lah kononnya. Betul ke penggunaan term tu? Kalau salah,tolong betulkan yer. Automatik,kita akan jadi happy balik. Walaupun kesedihan tu sangat perih untuk kita tanggung. 

Tetap kenaa senyum jugak.

Senyum adalah benda paling senang yang paling susah untuk aku buat. Mungkin juga untuk korang buat. 

Sesi Enam : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Actually,aku skip lagi dua sesi sebab aku belajar benda yang sama kat litar. Asyik cerita parking-bukit-parking-bukit. Tak syok aaa kan? So,aku concludekan kat sini,everything's fine. Hihi.

So,sesi enam ni,aku on the road pulak. Heyyy. On the road,babe. Exciting lah! Hihi.
Aku sangat excited masa tu sebab bawak kereta atas jalan raya betul. Eee,best giler bagi tau korang!

Sakai kan aku? Macam lah korang tak pernah bawak kereta...

Okayy,masa aku on the road,ada 3 laluan. Laluan A,B dan C. Pusing roundbout besar dan roundbout kecil. Tapi part paling tak best lah pusing roundbout. Betulll. Sebab apa tau? Nak tunggu kereta jalan sampai bahu jalan kat kanan kita kosong baru boleh go. Nak-nak kena tunggu lama kalau waktu belajar tuh waktu puncak. Macam mehhh la..

Yang lain semua okay..cuma bila baru nak start jalan tu,keluar dari tempat mula tu,belok pi jalan besar,lambat sikit nak tukar gear. Cikgu cakap kalau lambat tukar gear,fail. Okkayy. Itu satu problem. Lagi satu,kalau masa tukar gear tu,stereng senget atau ikut sama badan kita tukar gear,fail gak. OMG. Lagilah seram. Kalau bawak kereta bukan dekat tengah jalan,fail gak. Adussh. Kalau untuk beginner,memang pergggh lah.

Tapi sebelum apa-apa,kena atur tempat duduk dulu,check wiper,cermin pandang belakang,cermin sisi,pasang tali pinggang keledar. Last sekali,kalau semua okayy,baru boleh tekan clutch,masuk gear satu,lepaskan brek tangan. 

Tadaa..kereta pun jalan..

Hihi..

Buat masa ni,I dah bawa kereta smpai gear 4. Korang? On the road sampai tak gear 4 nih? Ke ada yang dah sampai gear 5? Salute lah. Aku bawa gear 4 pun dah rasa jalan raya licin giler. Laju gilerr. Kancil kan. Ringan pulak tu. 

15hb Mei ni aku test jpj. Hope everything's fine lah. Cikgu pun kasi aku test jpj 15hb tuh. So,work hard lah by now.. :)

**Buat silap sikit-sikit macam tak venture sangat kan waktu belajar kita? Tengoklah entri terbaru ni. Macam bosan saja. Masa mula-mula belajar dulu barulah best. Banyak gilerr benda lucu yang aku buat. Haha. Ambik mood lucu tu pi sini sikit lah. Sesiapa yang nak baca entri pasal sesi belajar memandu ni secara kronologi,boleh korek lagi entri bulan Mac April. Aku tak banyak tulis entri this few days. So,senanglah korang nak cari. Tak pe,baca je. Mana tau,untuk guide,tak pun,mengimbas memori silam masa belajar memandu dulu.. ^_^

Bangga + Bersyukur Ditawarkan Ke Kolej Matrikulasi Sarawak

Assalamualaikum.

Kadang-kadang,blogging ni nak kena ada moodnya juga. Kalau tak ada mood,memang tak akan jadi satu entri pun.Macam dua tiga minggu ni,memang berdebu. Singgah-singgah,memang ada saja 4-5 komen yang tengah tunggu landlady ni nak approve. Hehe. Sorry sangat. Tapi aku sangat suka bila tengok entri ataupun blog aku ada orang bagi komen. Aku rasa macam taklah aku blogging selama ni merapu sorang diri ataupun syok sendiri menulis benda yang aku sendiri je rasa macam..best. Orang lain tak rasa macam tu pun kan? Ke korang ada rasa perasaan atau emosi yang lain. Boleh komen lagi kat bawah. Hehe. Btw,thank you sangat sebab bagi komen. Even satu perkataan,aku sangat appreciate sebab itu jejak korang. Setiap komen,insya-Allah,akan aku balas. With highest honour.

Terus terang,aku sukakan komen. Haha.

Lupakan pasal komen. Okayy,itu hari,hari Khamis,24 April 2014. Result matriks keluar daa. Malam sebelum tu,asyik tengok jam jer. Alahai..kenapalah masa ni berjalan lambat sangat...

Cek guna sms,awal pagi,pukul 6,aku dah bangun dah. Adik-adik semua dah bersiap nak pergi sekolah. Aku buat apa? Capai henfon,terus taip MOE jarak MAT jarak NO IC. Belom sampai satu minit kot aku hantar sms tu,datang satu mesej. 

Tong ting! Charming bell~
 
Masa aku slide kan sms baru tu ke bawah,aku tutup mata sambil buka pelan-pelan. Okayyy,aku memang sure dapat matriks. Tapi nak dapat kat mana...Labuan or Kuching?

****************

Malam sebelumnya.

Aku memang curious sangat pasal aku nak masuk matriks Labuan. Sebabnya aku boleh naik flight. Aku nak bawa mak aku naik flight. Aku nak bapak ajak mak ikut sekali. So,memang terfikirkan Labuan saja.

So,first aku call cikgu Chemist aku,Mdm Saydos. Then aku tanyalah. Anak dia dulu first choice matriks dekat mana. Dia jawab kat Labuan. Okayy..aku dah mula rasa cuak. Sebab biasanya kalau kita letak sesuatu tempat tu first choice,memang peluang untuk dapat kat situ tinggi. Aku? Aku letak Kuching. Sebabnya dia pilih Labuan first choice sebab kalau kat Kuching,prasarana,infrastruktur dan kemudahan semua belum lengkap. Tambahan pulak,Kolej Matrikulasi Kuching ni sekadar menumpang dekat Sekolah Menengah Teknik Sejingkat,Kuching. Itu memang tak dinafikan. Then,dia bagi tahu dekat matriks,everything is tough,you know.

Man,you better say nothing..

Sebab aku tak nak bina sebarang mindset yang negatif.

Lepas habis aku gayut dengan cikgu Kimia aku,aku gayut pulak dengan kawan aku,Alla namanya. Aku tanya dia,kakak dia dulu dapat matriks kat mana. Dia jawab kat Labuan. Oucch. Labuan lagi. First choice ke? Tak kot sebab dia dulu apply untuk Kuching tapi dapat kat Labuan. Maybe dia PDT (Program Dua Tahun). Kuching tak tawarkan lagi PDT. Kuching memang khas tempatkan budak PST.

Ya Allah,dalam hati memang nak sangat dapat kat Labuan. Tawakal je lah.

*********

Last,bila baca habis sms tu,aku ditawarkan dekat KM Sarawak. 3 kali berturut aku baca sms tu. Memang betul aku dapat kat KM Sarawak. Mula memang frust giler. Siap hempas diri ni kat atas katil.

Logo Kolej Matrikulasi Sarawak


Tapi bila aku fikir-fikir balik,aku niat nak sambung belajar kan? Aku memilih tempat sangat pasal apa? Bukan ke sama saja Labuan dan Kuching? Kalau kita betul-betul nak berjaya,tak kira tempat mana pun belajar,kalau kita rajin dan berusaha,pasti berjaya juga kan? Aku selama ni aku belajar kat SMK Gedong,boleh pun dapat 7A. Cuma kalau aku catch up dari Form 4,mungkin boleh je dapat 10A.

Kan?



So,sejak dari saat aku self-motivate,itu saja prinsip yang aku pegang supaya aku tak patah semangat. Pastu baru aku bagitau parents. Diorang kemain gembira lagi sebab takyah keluar belanja banyak sangat. Family pun tengah wealth prob. So,aku pun fikir mungkin ada hikmahnya juga. Aku pun taklah menyusahkan diorang sangat. 

Lagi satu,enroll pelajar di sini sangat-sangat limited. Batch 2013/2014,kolej ni cuma ada 80 orang students. So,tahun ni mungkin ada 140++ saja. Mungkin sikit daripada tu sebab nanti mungkin tak semua yang accept nak masuk matriks kalau ada tawaran yang lebih menguntungkan or tawaran ke oversea. Sapo tak nak kann?? Sangat-sangat limited. Maksudnya di sini,aku adalah salah seorang orang yang super duper bertuah. Hihi. Peace yaww! Nasib baek ada teman,Rowena,classmate I pun dapat kat sini. Yang lain sume pi Labuan. 5 orang pegi KML ; Asyraf,Stenley,Nurul,Alla & Fazlinna. Asyraf sorang dapat PST. Yang lain semuanya PDT. Kepada yang dapat FORM 6,congrates gak untuk korang. Tak kisah laluan korang macam mana,asalkan korang ada kemahuan nak berjaya,FORM 6 yang orang kata buang masa tu actually nothing lah. Sekejap je dua tahun tu. :)

Mulai dari saat tu,aku jadi gembira balik. Memang aku rasa bersyukur dapat tawaran matriks. Tawaran asasi UNIMAS pun menarik juga tapi aku rasa aku nak keluar dari Sarawak ni one day. Aku nak explore Semenanjung pula for few years before aku balik Sarawak dengan knowledge yang mungkin aku boleh guna untuk bimbing anak-anak bumi Sarawak. Cita-cita aku sangat tinggi. Aku nak jadi ikon Sarawak satu hari nanti. Dekat sini tanah tumpah darah aku. Aku nak jadi penyampai berita. Macam Rizal Zulkapli. Macam Ashwad Ismail. Kalau aku dapat capai cita-cita tu dan muncul dengan profesionalnya dalam kaca tv,aku akan jadi orang pertama dari Kampung Gedong,Daerah Simunjan,Bahagian Samarahan yang berjaya pecahkan tembok pembaca berita Malaysia. Aku juga secara tak langsung mewakili hometown aku,Kampung Teba'ang,Daerah Matu/Daro,Bahagian Mukah (Ni area belah mak,tempat lahir pun kat sini..)

Amiiin. Semoga jadi kenyataan.

So,sekarang tengah persiapkan diri nak masuk ke situ. Aku memang persetankan semua cakap-cakap manusia yang cakap KM Sarawak ni tak bagus. Tak baik cakap macam tu. Better sokong,try masuk dulu,rasa sendiri barulah komen. Kolej ni baru lagi. Memanglah orang pada awal akan pandang serong. BUT,you know what,Kolej Matrikulasi Sarawak antara kolej matriks cemerlang di Malaysia tau. Tak caya boleh baca kat SINI.

Apa-apa pun,kita tengok dan lihat apa yang berlaku lepas ni. Whether it's good or not. Hopefully semuanya akan okayy. Diorang kata chemistry susah. Seram juga bunyinya..

Arrgghh,Eppyyyy! Please stop that nonsense speculation. No negative mindset. ONLY POSITIVE. 



Positive,guys! ^_^


Rabu, 16 April 2014

Sesi Lima : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Entri kali ni agak lewat. Sebab sesi lima ni berlaku Sabtu lepas.
So..finally..

BELAJAR NAIK BUKIT!!

Yeayy! Haha. Gembiranya... Haha..Gembiranya...

Mula-mula,aku tanyalah. Buat apa? Belajar parking dulu. 
Alahhh??! Parking lagi? Jenuhh..Tak pelah..

Dua tiga kali pusing,dia suruh stop sebab dia nak ajar bukit. Wahh. Gembira kemain kepalang. First,dia memang bagi tahu lah nak buat apa. Tekan ini,tekan itu,lepas ini,tarik itu. Kann..sekali terang tak faham. Dua kali terang baru aku faham. Sikit. Tapi okayy lah kan daripada tak faham satu benda kann??

Tiga kali naik..arrgghhh..
Enjin matilah..
Brek tak tarik habislah..
Kereta geluncur bawah balik lah..
Macam-macamlah..

Tapi dua tiga kali lepas tu..wahh..lancar beb..naik cun,tayar tepat-tepat atas line kuning..rasa power lah kan..
Cunlah ada sorang lagi cikgu kat atas bukit tu,Cikgu Judson namanya..dia pi tanya aku..

"Dah pass kan naik bukit? Kalau dah pass,saya suruh cikgu sebelah awak ni keluar dari kereta,"

Pastu ketawa. Entah apa-apa. Suka hati dia lah. Huhu. Hairan pulak aku. Tapi aku tahulah,dia gurau. Aku pun buat muka hairan sambil ketawa kecik,haha.

Tapi tak lama lepas tu..

"Okayy,sudahlah. Belajar parking lagi,"

What the heh? Okayy,it's teacher's order. Nak tak nak ikut jelah. 

Parking pun parking lah kan? Tapi eee..best lah naik bukit..hehe..cam best jerr..cam best jer.. :)

Wordless Wednesday : My IG Followed By Rizal Zulkapli



Senarai Pemenang Segmen Mencari Bloglist By Eppy Ismail

Assalamualaikum.

Pertama sekali,saya nak minta maaf banyak-banyak dekat para peserta yang menunggu keputusan. Punyalah lama. Terima kasih atas kesabaran korang semua. Terlambat sangat sebenarnya nak umumkan keputusan ni. Jadi,hari ni,saya nak bagi tahu pemenang segmen ni,okayy?



5 TOP REFERRAL jatuh kepada...

Klik gambar untuk lebih jelas.

1. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html

5 PEMENANG RANDOM ialah..


Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jadi,mulai dari entry ini publish,anda merupakan senarai bloglist blog saya untuk SATU bulan,iaitu 16 April 2014 hingga 15 Mei 2014. Kepada yang kurang bernasib baik,boleh cuba lagi di lain kali. Insya-allah,dengan ke'sporting'an para blogger dan sambutan yang diterima,saya mungkin akan menganjurkan lebih banyak segmen yang lebih menarik tertarik kau memang da bomm yaww. 

Selamat berblogging dan salam perkenalan,bloggers! Teruskan usaha untuk menjadi seorang blogger sejati. Setiap kejayaan pasti ada pengorbanannya,bukan? :)


Ahad, 13 April 2014

Senarai Peserta Segmen Mencari Bloglist By Eppy Ismail

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,nampaknya pada hari pertama,penyertaan agak memberangsangkan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi join segmen saya. Harap-harap lepas ni lagi ramai yang join. Lagi ramai,lagi meriah. :)



Berikut merupakan senarai peserta yang join segmen saya. Sesiapa yang nak berblogwalking,boleh saja. Tiada larangan langsung daripada tuan punya blog #beautyandthebeat. Salam perkenalan dari Eppy!

10. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
11. http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
12. http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
13. http://hazelmerah.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
14. http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
15. http://yangbaik.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
16. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
17. http://roda-rondakehidupan.blogspot.com/2014/03/jangan-baca-entry-ini.html
18. http://kenny977.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
19. http://justforfund.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
20. http://akmakhaieri.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
21. http://dilakazuha.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
22. http://jantungk.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
23. http://nizinayla.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
24. http://akuayut.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
25. http://bittersweetmemoryofme.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
26. http://ibuafinaazfar.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
27. http://tengkushira.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
28. http://mamamursyid.blogspot.com/2014/04/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html

Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya saya tak buat segmen nak cari bloglist. Harap-harap dapat sambutan ramai. Sebab kebelakangan ni,saya tengok ada ramai blogger baru. Saya pun nak jugak kenal korang. Kita boleh share-share. Blogger otai pun,apa salahnya kan? Joinlah sama,mana tahu kenal antara satu sama lain,kan? Dalam pada masa yang sama,saya nak tambahkan bilangan bloglist saya. *dan followers. Hehek!



Syaratnya senang saja. Tersangatlah simple. Tak caya,tengok kat bawah.

1. Follow blog saya. Korang boleh guna Add Reading List kat dashboard korang. *WAJIB
2. Buat satu entri yang bertajuk "Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail"
3. Letakkan banner segmen dan backlink kan ke entri segmen saya.
4. Drop komen dan link entri korang kat bawah.
5. Ajak blogger lain untuk join through korang punya link entri supaya korang boleh jadi top referral.

SIAP!

Tak payah susah susah nak klik ini,klik itu. Okayy? Sangat simple. Korang tak susah,plus dapat jugak kunjungan dari blogger lain? Best kan?

Okayy,5 blogger top referral akan confirm masuk dalam senarai bloglist saya. Lagi 5 orang blogger akan dipilih secara random menggunakan random.org. Biar adil dan saksama. Siapa yang work hard,should deserve the better one kan? 

Senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa bagi memudahkan tujuan blogwalking. :)

Senang je kan? So,apa lagi? Jom join! Hope sangat dapat sambutan. Hope sangat-sangat. 

TARIKH TUTUP SEGMEN : 13 APRIL 2014,TEPAT JAM 11.59 MALAM.

Isnin, 7 April 2014

Berhari Ahad di Karnival Jom Masuk U Zon Sarawak @ CityOne Megamall,Kuching

Assalamualaikum..

Semalam,hari Ahad,aku menghabiskan masa cuti satu hariku pergi ke Karnival Jom Masuk U dekat CityOne Megamall,Kuching. Lagipun aku ni baru first time gak pegi sini. Maklumlah mall baru. Dekat kawasan elit Kuching pulak tu. Takutlah bapak aku nak pegi ajak satu keluarga. Nanti baru beli dua tiga bijik barang,dah habis gaji satu bulan. Faham-fahamlah,aku ni dari keluarga sederhana,adik beradik banyak..window shopping je boleh lah.. :)

Sampai sini,tengok banyak booth universiti dan IPTS,kolej apa semua tu. Banyak jugalah info yang aku dapat. Tak rugi pergi. Especially yang lepasan SPM/STPM/Matriks. 

First pergi kat booth matrikulasi. Diorang bagi tahu yang result matrikulasi keluar 24hb April ni. Take note yerr,korang..sapa-sapa yang ada minta kat matriks tu..then,kemasukan penghujung bulan Mei. Tarikh dia tak ingat pulak..hehe.. 

Lepas tu pegi booth UNIMAS. Dan aku tanyalah pasal program asasi yang diorang tawarkan. Memang aku minat tapi aku takut tak dok course yang aku minat nanti kat situ. 

Tapi yang bestnya..

Bila kita dah ditawarkan masuk asasi kat situ,perbelanjaan semuanya ditanggung pihak universiti. Kita enroll,masuk daftar,bak kain baju je. Tak kisah dah pasal kos sebab semuanya FREE. Best kan??

I nak masuk sini,dekat..tapi tak pasti lagi lah..macam mana ni.. :'(


Ini lah booth UNIMAS.
Kat bawah ni,booth UPSI. Dekat UPSI,kalau graduate tak semestinya jadi cikgu walaupun kita belajar dalam circle PENDIDIKAN. Hermm. Jadi kurang berminatlah pulak..


Rehat kejap..jalan2 dekat bangunan tu..cuci mata sambil survey harga barang kat situ..boleh tahan juga mahalnya woo..beg pameran,memang penuh satu tangan..hihi..


Dekat booth biasiswa sukan KPM,terjumpa pula si Bryan Nickson Lomas ni. Yang ni kali kedua bergambar dengan dia. Tahun lepas ada gak,tapi pakai baju sekolah. Tahun ni,mestilah nak pakai baju vogue sikit,barulah..boom! Haa.. dia pun ramah..rilek je..Thanks Bryan..setakat bergambar untuk kali kedua..tak macam tahun lepas..sakai..sebab first time tengok dia depan mata..haha..


Okayy..yang ni abang-abang PTPTN. Haa..biasalah..mulut manis ni diorang..tapi diorang baik..jangan risau..so,alang-alang dah singgah sini,aku buat teruslah akaun SSPN-i. Nasib baik diorang ni sporting sangat. Sempat gurau pulak dengan dorang. Encik Muhammad Faezi (sebelah kiri,yang muda tu),usik aku dengan assistant manager dia yang berdiri sebelah kanan aku tu. Haha..tolonglah..memang tak aahh..susah sangat nak senyum kot.. tapi bagi business card dekat I..sebab tu abang Faezi cakap,dia lain macam..haha..sebab dia tak pernah bagi business card dia kat abang Faezi. Apa-apa je lah...macam-macamlah yang diorang guraukan..kat bawah tu,I tak ingat pulak nama dia sapa..dia dengan abang Faezi 2X5 jerr..kaki gurau..katanya,kat opis,tak dapat nak gurau-gurau camtu..



Okayy,balik jerr dari karnival,singgah kejap dekat Giant Batu 10,Padawan. Tak de apa-apa kat sini sebenarnya. Cuma ni jelah tempat yang menarik..

Kedai jahit custom made..buat apa pun boleyy..

Rest n Go..boleh duduk mesin tolong urutkan..3 min = RM1


Stall cincin,pin baju dan aksesori..

Cekak rambut yang pelbagai..

Actually banyak yang aku dapat masa pegi karnival..terutamanya info yang sangat berguna..2 jam merayau kat booth tu rasanya tak puas..dan rasanya aku memang belom habis explore semua booth.. 

Ahad, 6 April 2014

Sesi Lima : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum..

Haaa...parking lagi! Haduuii!



Aku tak nak cakap banyak lah sebab apa yang aku buat sama macam entri sesi 3 dan 4. 

Tapi..

Cikgu aku..aduiii! Dia boleh ketawa pulak bila aku terkejut sampaikan enjin kereta mati!!
Haduii..cikgu..boleh pulak dia..sampai hati..berdekah-dekah dia ketawa..

Ceritanya macam ni..
Aku tengah keluar dari kotak parking..bila turn aku nak belok dan lepas clutch,kebetulan cikgu-cikgu lain dekat pondok sebelah menjerit sebab menang atau kalah olo,aku pun tak tau..masa tu lah aku terkejut..dahlah emosi aku tak stabil sebab lewat datang..ni tambah pulak dengan jeritan yang tak perlu..aku tak leh bawak kereta betul2 a.k.a FOKUS kalau mental tak sedia. Memang macam-macam perkara pelik akan berlaku. Contohnya,terkejut macam tahap melatah tapi tak mencarut lah,setakat terkejut biasa. 

Ketawa-ketawa cikgu aku tu,dia bagi tahu,"Belum kena jerit dengan JPJ,awak dah terkejut beruk macam ni,". Ya Allah,perasaan masa tu,malu sangat. Pastu dia sambung lagi,"Haha..haissh..belum pernah ada student saya macam ni sebelum ni..first time pulak saya ajar orang macam ni..haha," 

Okayy? Apa maksudnya tu? Saya ni slow learner?
Hello Cikgu Olldy Onna anak Lingga,kamek tok,masa blaja ngan kitak jak kamek ngembak kereta,aok? Sekda orang lain mok nyuroh kamek tok ngembak kereta sebab sidak sik arap. Maklumlah,baruk 5 kali ngembak,sikkan lah alu pande terus nak?? Haiyyaa.. 

Ishh3..

Hope tak berlaku lagi perkara macam tu lepas ni. Bikin malu saja. Next class,hari Sabtu,pukul 1 petang. What the fish kan..lagi lama gap dia bagi sebab schedule penuh..hermm..tunggu jelah labu...

Jenuh..

p/s : rasanya tak boleh lah nak test JPJ bulan 5 kalau macam ni nampak gayanya..masuk tempat parking serong..arrgghhh..jangan mengalah,eppy..teruskan usaha..dan paling penting,optimis. okayy? Okayy.

Sabtu, 5 April 2014

Maksud Melepaskan Batok di Tangga

Assalamualaikum.

Baru teringat nak buat entri pasal peribahasa ni. Lama dah terfikir tapi tak ingat. Hehe. 

Adalah satu hari tu,aku tengok tv. Tiba-tiba pulak iklan Osman Baku kat tv1 tu keluar. Dan rupanya-rupanya..

Peribahasa "melepaskan batok di tangga" bukanlah maksud zahirnya,bukanlah kita batok,ohok-ohok yang nak kena minum cap kelapa laut afrika bagai tu..bukan batok yang tu rupanya..

Batok yang dimaksudkan oleh peribahasa itu ialah alat yang digunakan untuk menjirus air dari dalam tempayan di halaman rumah..yang diperbuat daripada tempurung kelapa tu..yang tu nama 'batok' juga rupanya..

sumber : google.
Dapat juga aku google gambar batok ni. 

sumber : google



Astaghfirullahalazim..

Mati-mati selama ni aku ingat batuk yang ohok-ohok tu. Hehe. Bukan yang tu rupanya. Cikgu pun tak pernah pulak cakap yang batok dalam peribahasa tu batok lain. 

Kalau tak tengok Osman Baku,sampai ke sudahlah aku ingat batok tu batok yang ohok-ohok. Hehe. Thank you Osman Baku. 

sumber : google

Haa,sapa cakap tv1 tak relevan hari tu? Relevan..bab macam ni jelah..hehe.. :) Tapi memang betul,tv1 dan tv2 kena buat banyak perubahan dari segi grafik dan kandungan sebab RTM semua orang tengok..termasuk yang tak ada Astro kat rumah..beli tv biasa pun,pasang antena,buka,pap! Keluarlah muka Dr. Ridhuan Tee dalam Forum Perdana. 

sumber : google

Masih Dr. Ridhuan Tee ke sekarang? Rasanya tak,kan? Sebab hari tu tengok orang lain dah jadi pengerusi. Lama dah tak tengok Forum Perdana. Apa-apapun,semoga korang pun tahu info ni,sebab aku baru tahu..hehe.. :)

Rabu, 2 April 2014

Sesi Empat : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Semalam penat sangat. Sorry geng. Tak larat pula nak buka blog dan update senarai peserta. Tak apo. Keep on going dan ajak lagi reramai kengkawan korang untuk join. Tak rugi,followers korang pun akan bertambah kan? Tapi yang join semalam aku dah update tadi. So,bolehlah korang terjah,okay?

Semalam belajar memandu lagi. Masih buat benda yang sama iaitu..parking.

Tapi semalam,memang cikgu tak ada dalam kereta. Dia pi tengok dari luar saja. Dan aku sudah tak membengkokkan tiang guna tayar kereta dan melangkah ke atas beam jalan. Bwahaha.

Aku pun dah pass,keluar masuk parking pun laju saja. Bab yang paling aku takut pun aku dah dapat atasi. Iaitu masuk ke kawasan parking,bukan kotak parking okayy?

Selama 1 jam tu,I do it alone. Yeay! Dan boleh buat. Yeah! Gembira betul aku..

So,next class,cikgu cakap dah boleh dah. Dia akan ajar aku naik bukit pulak. Ahakks! Naik bukit. Serrr pun ada gak. Tapi kita kena optimis. Yupp! Optimis! Berusaha untuk buat yang terbaik! Chaiyok-chaiyok!

p/s : lenguh pangkal lengan sebab pusing stereng yang keras banyak kali!! tapi tak apa. tu namanya pengorbanan untuk kejayaan.. :)