Berhari Ahad di Karnival Jom Masuk U Zon Sarawak @ CityOne Megamall,Kuching

By Eppy Ismail - 7:21 PTG

Assalamualaikum..

Semalam,hari Ahad,aku menghabiskan masa cuti satu hariku pergi ke Karnival Jom Masuk U dekat CityOne Megamall,Kuching. Lagipun aku ni baru first time gak pegi sini. Maklumlah mall baru. Dekat kawasan elit Kuching pulak tu. Takutlah bapak aku nak pegi ajak satu keluarga. Nanti baru beli dua tiga bijik barang,dah habis gaji satu bulan. Faham-fahamlah,aku ni dari keluarga sederhana,adik beradik banyak..window shopping je boleh lah.. :)

Sampai sini,tengok banyak booth universiti dan IPTS,kolej apa semua tu. Banyak jugalah info yang aku dapat. Tak rugi pergi. Especially yang lepasan SPM/STPM/Matriks. 

First pergi kat booth matrikulasi. Diorang bagi tahu yang result matrikulasi keluar 24hb April ni. Take note yerr,korang..sapa-sapa yang ada minta kat matriks tu..then,kemasukan penghujung bulan Mei. Tarikh dia tak ingat pulak..hehe.. 

Lepas tu pegi booth UNIMAS. Dan aku tanyalah pasal program asasi yang diorang tawarkan. Memang aku minat tapi aku takut tak dok course yang aku minat nanti kat situ. 

Tapi yang bestnya..

Bila kita dah ditawarkan masuk asasi kat situ,perbelanjaan semuanya ditanggung pihak universiti. Kita enroll,masuk daftar,bak kain baju je. Tak kisah dah pasal kos sebab semuanya FREE. Best kan??

I nak masuk sini,dekat..tapi tak pasti lagi lah..macam mana ni.. :'(


Ini lah booth UNIMAS.
Kat bawah ni,booth UPSI. Dekat UPSI,kalau graduate tak semestinya jadi cikgu walaupun kita belajar dalam circle PENDIDIKAN. Hermm. Jadi kurang berminatlah pulak..


Rehat kejap..jalan2 dekat bangunan tu..cuci mata sambil survey harga barang kat situ..boleh tahan juga mahalnya woo..beg pameran,memang penuh satu tangan..hihi..


Dekat booth biasiswa sukan KPM,terjumpa pula si Bryan Nickson Lomas ni. Yang ni kali kedua bergambar dengan dia. Tahun lepas ada gak,tapi pakai baju sekolah. Tahun ni,mestilah nak pakai baju vogue sikit,barulah..boom! Haa.. dia pun ramah..rilek je..Thanks Bryan..setakat bergambar untuk kali kedua..tak macam tahun lepas..sakai..sebab first time tengok dia depan mata..haha..


Okayy..yang ni abang-abang PTPTN. Haa..biasalah..mulut manis ni diorang..tapi diorang baik..jangan risau..so,alang-alang dah singgah sini,aku buat teruslah akaun SSPN-i. Nasib baik diorang ni sporting sangat. Sempat gurau pulak dengan dorang. Encik Muhammad Faezi (sebelah kiri,yang muda tu),usik aku dengan assistant manager dia yang berdiri sebelah kanan aku tu. Haha..tolonglah..memang tak aahh..susah sangat nak senyum kot.. tapi bagi business card dekat I..sebab tu abang Faezi cakap,dia lain macam..haha..sebab dia tak pernah bagi business card dia kat abang Faezi. Apa-apa je lah...macam-macamlah yang diorang guraukan..kat bawah tu,I tak ingat pulak nama dia sapa..dia dengan abang Faezi 2X5 jerr..kaki gurau..katanya,kat opis,tak dapat nak gurau-gurau camtu..



Okayy,balik jerr dari karnival,singgah kejap dekat Giant Batu 10,Padawan. Tak de apa-apa kat sini sebenarnya. Cuma ni jelah tempat yang menarik..

Kedai jahit custom made..buat apa pun boleyy..

Rest n Go..boleh duduk mesin tolong urutkan..3 min = RM1


Stall cincin,pin baju dan aksesori..

Cekak rambut yang pelbagai..

Actually banyak yang aku dapat masa pegi karnival..terutamanya info yang sangat berguna..2 jam merayau kat booth tu rasanya tak puas..dan rasanya aku memang belom habis explore semua booth.. 

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen

  1. wah ada tempat baru le nak jenjalan nanti bile gi Kuching nanti.

    BalasPadam