Bangga + Bersyukur Ditawarkan Ke Kolej Matrikulasi Sarawak

By Eppy Ismail - 8:00 PG

Assalamualaikum.


Kadang-kadang,blogging ni nak kena ada moodnya juga. Kalau tak ada mood,memang tak akan jadi satu entri pun.Macam dua tiga minggu ni,memang berdebu. Singgah-singgah,memang ada saja 4-5 komen yang tengah tunggu landlady ni nak approve. Hehe. Sorry sangat. Tapi aku sangat suka bila tengok entri ataupun blog aku ada orang bagi komen. Aku rasa macam taklah aku blogging selama ni merapu sorang diri ataupun syok sendiri menulis benda yang aku sendiri je rasa macam..best. Orang lain tak rasa macam tu pun kan? Ke korang ada rasa perasaan atau emosi yang lain. Boleh komen lagi kat bawah. Hehe. Btw,thank you sangat sebab bagi komen. Even satu perkataan,aku sangat appreciate sebab itu jejak korang. Setiap komen,insya-Allah,akan aku balas. With highest honour.

Terus terang,aku sukakan komen. Haha.

Lupakan pasal komen. Okayy,itu hari,hari Khamis,24 April 2014. Result matriks keluar daa. Malam sebelum tu,asyik tengok jam jer. Alahai..kenapalah masa ni berjalan lambat sangat...

Cek guna sms,awal pagi,pukul 6,aku dah bangun dah. Adik-adik semua dah bersiap nak pergi sekolah. Aku buat apa? Capai henfon,terus taip MOE jarak MAT jarak NO IC. Belom sampai satu minit kot aku hantar sms tu,datang satu mesej. 

Tong ting! Charming bell~
 
Masa aku slide kan sms baru tu ke bawah,aku tutup mata sambil buka pelan-pelan. Okayyy,aku memang sure dapat matriks. Tapi nak dapat kat mana...Labuan or Kuching?

****************

Malam sebelumnya.

Aku memang curious sangat pasal aku nak masuk matriks Labuan. Sebabnya aku boleh naik flight. Aku nak bawa mak aku naik flight. Aku nak bapak ajak mak ikut sekali. So,memang terfikirkan Labuan saja.

So,first aku call cikgu Chemist aku,Mdm Saydos. Then aku tanyalah. Anak dia dulu first choice matriks dekat mana. Dia jawab kat Labuan. Okayy..aku dah mula rasa cuak. Sebab biasanya kalau kita letak sesuatu tempat tu first choice,memang peluang untuk dapat kat situ tinggi. Aku? Aku letak Kuching. Sebabnya dia pilih Labuan first choice sebab kalau kat Kuching,prasarana,infrastruktur dan kemudahan semua belum lengkap. Tambahan pulak,Kolej Matrikulasi Kuching ni sekadar menumpang dekat Sekolah Menengah Teknik Sejingkat,Kuching. Itu memang tak dinafikan. Then,dia bagi tahu dekat matriks,everything is tough,you know.

Man,you better say nothing..

Sebab aku tak nak bina sebarang mindset yang negatif.

Lepas habis aku gayut dengan cikgu Kimia aku,aku gayut pulak dengan kawan aku,Alla namanya. Aku tanya dia,kakak dia dulu dapat matriks kat mana. Dia jawab kat Labuan. Oucch. Labuan lagi. First choice ke? Tak kot sebab dia dulu apply untuk Kuching tapi dapat kat Labuan. Maybe dia PDT (Program Dua Tahun). Kuching tak tawarkan lagi PDT. Kuching memang khas tempatkan budak PST.

Ya Allah,dalam hati memang nak sangat dapat kat Labuan. Tawakal je lah.

*********

Last,bila baca habis sms tu,aku ditawarkan dekat KM Sarawak. 3 kali berturut aku baca sms tu. Memang betul aku dapat kat KM Sarawak. Mula memang frust giler. Siap hempas diri ni kat atas katil.

Logo Kolej Matrikulasi Sarawak


Tapi bila aku fikir-fikir balik,aku niat nak sambung belajar kan? Aku memilih tempat sangat pasal apa? Bukan ke sama saja Labuan dan Kuching? Kalau kita betul-betul nak berjaya,tak kira tempat mana pun belajar,kalau kita rajin dan berusaha,pasti berjaya juga kan? Aku selama ni aku belajar kat SMK Gedong,boleh pun dapat 7A. Cuma kalau aku catch up dari Form 4,mungkin boleh je dapat 10A.

Kan?



So,sejak dari saat aku self-motivate,itu saja prinsip yang aku pegang supaya aku tak patah semangat. Pastu baru aku bagitau parents. Diorang kemain gembira lagi sebab takyah keluar belanja banyak sangat. Family pun tengah wealth prob. So,aku pun fikir mungkin ada hikmahnya juga. Aku pun taklah menyusahkan diorang sangat. 

Lagi satu,enroll pelajar di sini sangat-sangat limited. Batch 2013/2014,kolej ni cuma ada 80 orang students. So,tahun ni mungkin ada 140++ saja. Mungkin sikit daripada tu sebab nanti mungkin tak semua yang accept nak masuk matriks kalau ada tawaran yang lebih menguntungkan or tawaran ke oversea. Sapo tak nak kann?? Sangat-sangat limited. Maksudnya di sini,aku adalah salah seorang orang yang super duper bertuah. Hihi. Peace yaww! Nasib baek ada teman,Rowena,classmate I pun dapat kat sini. Yang lain sume pi Labuan. 5 orang pegi KML ; Asyraf,Stenley,Nurul,Alla & Fazlinna. Asyraf sorang dapat PST. Yang lain semuanya PDT. Kepada yang dapat FORM 6,congrates gak untuk korang. Tak kisah laluan korang macam mana,asalkan korang ada kemahuan nak berjaya,FORM 6 yang orang kata buang masa tu actually nothing lah. Sekejap je dua tahun tu. :)

Mulai dari saat tu,aku jadi gembira balik. Memang aku rasa bersyukur dapat tawaran matriks. Tawaran asasi UNIMAS pun menarik juga tapi aku rasa aku nak keluar dari Sarawak ni one day. Aku nak explore Semenanjung pula for few years before aku balik Sarawak dengan knowledge yang mungkin aku boleh guna untuk bimbing anak-anak bumi Sarawak. Cita-cita aku sangat tinggi. Aku nak jadi ikon Sarawak satu hari nanti. Dekat sini tanah tumpah darah aku. Aku nak jadi penyampai berita. Macam Rizal Zulkapli. Macam Ashwad Ismail. Kalau aku dapat capai cita-cita tu dan muncul dengan profesionalnya dalam kaca tv,aku akan jadi orang pertama dari Kampung Gedong,Daerah Simunjan,Bahagian Samarahan yang berjaya pecahkan tembok pembaca berita Malaysia. Aku juga secara tak langsung mewakili hometown aku,Kampung Teba'ang,Daerah Matu/Daro,Bahagian Mukah (Ni area belah mak,tempat lahir pun kat sini..)

Amiiin. Semoga jadi kenyataan.

So,sekarang tengah persiapkan diri nak masuk ke situ. Aku memang persetankan semua cakap-cakap manusia yang cakap KM Sarawak ni tak bagus. Tak baik cakap macam tu. Better sokong,try masuk dulu,rasa sendiri barulah komen. Kolej ni baru lagi. Memanglah orang pada awal akan pandang serong. BUT,you know what,Kolej Matrikulasi Sarawak antara kolej matriks cemerlang di Malaysia tau. Tak caya boleh baca kat SINI.

Apa-apa pun,kita tengok dan lihat apa yang berlaku lepas ni. Whether it's good or not. Hopefully semuanya akan okayy. Diorang kata chemistry susah. Seram juga bunyinya..

Arrgghh,Eppyyyy! Please stop that nonsense speculation. No negative mindset. ONLY POSITIVE. 



Positive,guys! ^_^


  • Share:

You Might Also Like

11 67 komplen

  1. Assalamualaikum eppy. :) Terjumpa blog kamu
    Tahniah cita2 kamu tinggi .
    Saya orang kedah dan InsyaAllah daftar KMKedah 25 Mei ini
    Moga Allah permudahkan urusan sambung belajar kita
    Good luck !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Amiin. Insya-Allah,Reen. Semoga Allah permudahkan urusan sambung belajar kita dan seterusnya boleh capai cita2 masing2. Samalah,kita pun daftar KMSwak 25 Mei ni jugak. Btw,salam perkenalan. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. thanks aaron avit! support our local foundation institution!

      Padam
  3. hye eppy sy ian first batch kmsw 2013/2014.... tahniah kerana dpt mnjd salah satu batch terawal matrik sarawak...bkn semua tau dpt rasa pengalaman cam kita...apa2 pun good luck n enjoy ur matric life ok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai ian..i'm sorry tp sy enroll masuk asasi unimas ats sbb2 yg tak dpt dielakkan. btw,dmna pun kita brada,asl ad kmahuan utk bjaya,kejayaan itu akn dtg dgn sndirinya. brkat usaha dan doa yg bterusan. okayy ? :)

      Padam
  4. wah kampung akak kat kampung tebaang. Mine's at Kg. Tian. Same story as yours kak, I wanna be a doctor so i'm targeting matrikulasi kuching as first choice while other choice is in semenanjung. but after my friend told me that matrikulasi kuching doesnt have a complete facilities i kinda worried at first. But InsyaAllah kalau niat baik everything gonna be great right? I also targeting to continue medic in unimas since it is near to my aunt's home. I want to ask you a question kak, what is the qualification for matrikulasi kuching? Going through a hostel life is not being a huge matter for me. It give me goosebumps everytime i think bout me. hope you reply kak. tq. :D

    BalasPadam
  5. Salam,
    I am a Sarawakian but been living in Ipoh since I was a kid. It has been my dream to study/work in Sarawak; because people keep on questioning my 'kenegerian'. Haven't got the chance just yet. Stumble upon your blog when I was searching for KMSW logo. Wishing you all the best in your future endeavors, may Allah SWT ease your journey towards Him :)

    BalasPadam
  6. Baru dpt pagi ni , memang hati nak labuan sbb ingin sngt nak pergi jaoh , tup tup dapat kat kuching ni . thanks perkongsian cerita tadi dah membuka hati saya sikit , mungkin ada hikmahnya saya x ditawarkan ke labuan . hmm . sedih , eh eh tak patut la bersedih sbb maseh ramai lagi kawan2 yang nak sngt masok matrik tapi x boleh , aku ni yang dah dpt . bersyukurlah even location dia . hmm ~ nak tau how life eppy dkt sana slepas tu . takde lagi ke crita eppy dok kat sana ? Hm hm

    BalasPadam
  7. Hai kak. Sy nak tanya kwn kkak yg dpt pdt tu kputusan mereka mcmana ye? sy harap2 dpt pdt juga. Result rayuan keluar hari sabtu ni. Takuttnyee

    BalasPadam
  8. KMSwians!!! Sememangnya bangga dan bersyukur sgt dpt msok kmsw.. Kenangan yg tak dpt dilupakan di kmsw... (kmsw batch5)👏

    BalasPadam