Jenis Bisnes yang Sesuai Dibuat di Universiti,Kolej
By Eppy Ismail - 10:28 PTG
Assalamualaikum.
Tak lama lagi korang nak masuk universiti kan? Sesiapa yang otak bisnes tu,sekarang ni mungkin dah berkira-kira dah nak buka bisnes apa kan? Yelah,kita budak nak belajar lagi. Takkan nak harap gaji mak pak je tiap bulan nak biaya. Licinlah kepala diorang. Mana nak tanggung adik-adik lagi. Kalau tak ada adik,untunglah kan. Mana nak tanggung keperluan lain lagi kan? Payah lah.
Jadi,alternatifnya,pandai-pandai sendiri lah cari makan kan?
Nak buka bisnes apa dekat uni?
Bukan ada masa pun nak handle..
Rilek lu.
Bisnes ni tak payah pakai masa banyak.
Tak payah guna tenaga banyak.
Cuma keep cool dan buat sindiket.
Cuma perlu modal.
Dan modus operandi. Yang tak berapa nak modus operandi pun boleh juga.
Asal ada kemahuan,di situ ada 'ong' maa...hihi.
1. Be A "PRINTER CENTRE"
Kengkadang,budak-budak ni suka buat assignment last minute. Dan ada pula yang tak reti nak beli printer sendiri. Assignment siap,tapi terkocoh-kocoh pula cari tempat print. Kena pula ada kawan yang kedekut taik hidung masin. Koperasi pula buka cun-cun pukul 9. (Aku ikut time aku turun kerja. Aku memang malas sikit) Di situlah lubang untuk anda buat duit,bro. Keluar je duit PTPTN,buat modal beli printer jenis yang 3 in 1 (print,copy,scan). Jenama,terpulang. Asal anda bahagia memakainya. Dan anda boleh promote service print anda tu kat bebudak,sambil ketuk pintu bilik satu-satu, "Hai akak,saya ada service print copy scan 24hrs. Bleh contact saya kat num 0143567894. K. Bye", Itu jerk,ok? Buat promote elok-elok. Baru orang datang guna. Itulah namanya jasa kepada rakyat. Haha. Saya untung,anda bahagia.
2. Ejen TOPUP
Bisnes ni mungkin yang paling laku kot. Sebab semua orang guna hp. Dan semua orang guna prepaid. Sesiapa yang guna postpaid,korang sangat digalakkan baca sebab korang berpotensi untuk jadi ejen topup yang sangat berjaya. Sebabnya,anda tak ada nafsu nak gores topup yang anda jual untuk kepentingan sendiri. Kan? Betul kan? Melainkan korang ada awek atau batak yang tiap 2 jam minta anda isikan reload. Bisnes topup ini sepatutnya dijauhi. Bisnes topup ada banyak jenis. Ada jenis bayar yuran. Ada jenis beli kad reload banyak-banyak then jual balik. Itu kaedah anda boleh cari sendiri. Yang penting,pastikan topup yang dijual mampu untuk buat profit dan modal pusingan.
3. Raja MAGGI/JAJAN
Beli satu kotak besar MAGGI. Aneka MAGGI lagi bagoss. Ataupun satu kotak besar berisi jajan yang pelbagai jenis dan rasa. Dan korang akan untung besar bila ramai yang akan serbu bilik anda di tengah malam semata-mata untuk satu bungkus MAGGI atau jajan. Jual ikut strategi anda sendiri. Kalau terkantoi,that's it. Pandai-pandai sendirilah. Yelah,kalau nak buat duit,reka modus operandi sikit. Nak berniaga pun kena ada plan kan? Kalau main redah aje,tak ke sudah lah bisnes anda.
Dah ada idea sekarang? Kalau korang rasa idea ni tak cukup gempak,mungkin korang ada idea yang lagi gempak. Kasi tau sikit. Mungkin aku boleh join venture sekali sebab aku ni ada plan nak masuk persatuan peniaga kecil di universiti. Manalah tahu rezeki. Kan ada di mana-mana...Hihi..
4 67 komplen
dulu jual megi+topup..smpai lupa blaja..hahaha..bagus bisnes kecik2 dr muda..cari pengalaman+duit poket
BalasPadamhaha..janganlah pulak sampai abai pelajaran..sesuai buka bisnes kecil2 macam ni kalau nak berjinak-jinak jadi bisnesman/bisneswoman..
PadamJadi ejen topup paling laku. Hahah.
BalasPadamkitak ejen topup kah kak? hihi..dapat jadi customer tok mun ada jual...hihi..
Padam