Sabtu, 5 April 2014

Maksud Melepaskan Batok di Tangga

Assalamualaikum.

Baru teringat nak buat entri pasal peribahasa ni. Lama dah terfikir tapi tak ingat. Hehe. 

Adalah satu hari tu,aku tengok tv. Tiba-tiba pulak iklan Osman Baku kat tv1 tu keluar. Dan rupanya-rupanya..

Peribahasa "melepaskan batok di tangga" bukanlah maksud zahirnya,bukanlah kita batok,ohok-ohok yang nak kena minum cap kelapa laut afrika bagai tu..bukan batok yang tu rupanya..

Batok yang dimaksudkan oleh peribahasa itu ialah alat yang digunakan untuk menjirus air dari dalam tempayan di halaman rumah..yang diperbuat daripada tempurung kelapa tu..yang tu nama 'batok' juga rupanya..

sumber : google.
Dapat juga aku google gambar batok ni. 

sumber : google



Astaghfirullahalazim..

Mati-mati selama ni aku ingat batuk yang ohok-ohok tu. Hehe. Bukan yang tu rupanya. Cikgu pun tak pernah pulak cakap yang batok dalam peribahasa tu batok lain. 

Kalau tak tengok Osman Baku,sampai ke sudahlah aku ingat batok tu batok yang ohok-ohok. Hehe. Thank you Osman Baku. 

sumber : google

Haa,sapa cakap tv1 tak relevan hari tu? Relevan..bab macam ni jelah..hehe.. :) Tapi memang betul,tv1 dan tv2 kena buat banyak perubahan dari segi grafik dan kandungan sebab RTM semua orang tengok..termasuk yang tak ada Astro kat rumah..beli tv biasa pun,pasang antena,buka,pap! Keluarlah muka Dr. Ridhuan Tee dalam Forum Perdana. 

sumber : google

Masih Dr. Ridhuan Tee ke sekarang? Rasanya tak,kan? Sebab hari tu tengok orang lain dah jadi pengerusi. Lama dah tak tengok Forum Perdana. Apa-apapun,semoga korang pun tahu info ni,sebab aku baru tahu..hehe.. :)

1 ulasan: