Rabu, 23 Januari 2013

Sajak : Zaman Sekolah


Karya : Tangerine Putih

Adapun zaman dulu
Laki-lakinya bercelana rabak
Perempuannya berbaju hapak
Namun hadirnya tak pernah secupak
Walau yurannya setajam kapak

Adapun zaman dulu
Lantainya tanah berdebu
Atapnya lubang seribu
Namun syukurnya pada Yang Satu
Walau payah giat menyerbu

Adapun zaman dulu
Ajarnya hanya tulis baca
Tua mahupun muda
Ilmu itu berguna katanya
Kalau gagal tiada peluang kedua
Walau gurunya bukan warganegara

Yang ada zaman sekarang
Kain putih biru berbau Cina
Seluar hijau semurah jenama
Yang papa ada biasiswa
Yuran itu istilah lama
Yang lenyap tak diguna
Tiada sebab hadirnya sekali sekala

Yang ada zaman sekarang
Dinding konkrit terpasak teguh
Siling asbestos tak mudah runtuh
Pada ribanya disorong teknologi sentuh-sentuh
Tak berasas anak muda masih terjatuh

Yang ada zaman sekarang
Ajarnya pelbagai cabang
Dari abc hinggalah janjang
Uji diri boleh diulang
Guru molek bukan pendatang
Tiada sebab fahaman kontang

Wahai anak-anak muda sekalian!

Andai latih tubi yang kau geruni,
Andai hukum pagi yang kau tak senangi,
Andai tukar ganti baju yang kau benci,
Tunggulah..
Tunggulah bila tua kau menjengah
Sesalan kau tak akan sudah
Kau tak akan ada memori indah


Kerana remajamu bukan sekolah

**nukilan untuk majlis pelancaran JOM KE SEKOLAH esok. Tapi sajak ini aku rasa yang terbaik aku hasilkan selain daripada Penantian Ratu walaupun entah apa-apa bunyinya. Entri saja-saja untuk hilangkan rasa mengantuk tengah mengulang kaji mp Sejarah dan Bahasa Melayu untuk ujian Diagnostik esok. Belajar macam ginilah baru namanya LAST MINUTE NAK TERCIRIT-CIRIT sebab cikgu pun baru bagi tahu siang hari tadi dan paling malangnya,esok baru jadual exam KELUAR. "Perfecto" lah! Memang Perrgghh!

Korang yang tak sekolah,ada nak main gendang-gendang
cegini? Tak de nyer..




Sabtu, 19 Januari 2013

Demand Tak Habis-Habis

Assalam :)

Awal pagi dah update entri kan?

Hehe. Tapi bangun pagi awal tak begitu mengembirakan aku berbanding first time attend kelas tuisyen semalam. Kelas Tuisyen Add Math.

So,nak ceritalah apa yang berlaku masa kelas tuisyen semalam. Aku ingatkan ada orang yang aku kenal kat situ. Tapi semuanya budak Cina dan Iban. Aku senyum-senyum je kat dorang tapi tak tegur nor tanya nama padahal duduk sebelah-sebelah aje. Siot~

Dorang pon senyum balik tapi tak nak tegur balik jugak.
Mungkin takut kot tengok aku sebab aku ni mysterious sikit.
Kalau tengok-tengok orang tu,memang aku senyum.
Kat random orang pun aku senyum.
Tapi kalau aku dah belajar..
Serius giler.

Mungkin baru hari pertama masuk kelas. Rasa janggal jugak sebab aku tak pernah pindah sekolah dan jumpa environment baru dan kawan-kawan baru. Tak tahu macam mana nak mulakan perbualan kat orang sebelah,depan,belakang sebab masing-masing buat kerja masing-masing.

Kerja bercakap dengan kawan masing-masing. :)

Aku ok lagi buat masa ni. Aku sendiri pun tak kenal dorang. Cuma masalahnya sekarang,sampai bila aku atau dorang nak demand sapa dulu tegur orang ni. Kalau nak berkawan,sorang mesti mengalah. Aku nak aje mengalah tapi aku takut tak dilayan orang pulak. Kenapalah sifat penakut aku ni masih tak dapat dikakis dan dibuang?

Guna Clorox pun takkan hilang.
Suggest sikit nak hilang macam mana?
~

Harapan aku lah sekarang ni semoga kawan sekelas aku ada jugak yang nak masuk kelas tuisyen tu. Dapat jugak temankan aku nak berkenalan dengan dorang. Aku memang nak sangat berkawan dengan dorang. Pliss. Stenley,Syafiq,cepatlah register!

Pasal cikgu. Cikgu ajar tuisyen tu namanya Cikgu Matthew. Dia memang kelakar jugak orangnya. Mengajar kat SMK Tebakang. Bapa aku cakap dia ni pakar matematik sebab cikgu tu kawan dia masa mengajar kat sekolah yang sama jugak dulu. Cikgu Add Math kat sekolah aku pun bagi tau benda yang sama. Okkk,pakar matematik,tapi dia ajar pun,memang gaya pakar lah. Betul jugak kata orang,kalau orang bagi tau sesuatu benda tu bagus,mind set kita akan jadi macam tu jugak dan apa yang kita belajar memang kita sendiri akan rasa senang dan berkesan. Tapi mind set buruk memang susah nak dibuang. Betullah tu. Bila belajar tuisyen dekat cikgu tu,wahh..kenapa selama ni aku bangang sangat ek? Kenapa ek? Persamaan serentak padahal boleh bahagi je pon. Kalau persamaan 2 lagi besar dari persamaan 1,bahagi jelah. Macam tu jugak kalau sebaliknya. Apa yang siot sangat tak dapat buat?

Hmmmm~

Nak skor SPM.
A-patah lagi nak straight A.
+
Emm..
Semua subjek kena dapat 90 above.
Barulah.

Ah,gila ah!
Dapat rasanya buat ni.
Tapi..
Kena usaha lebih ah.
Aduh!
Masa tak cukup problemnya.

So? So? So?

Mana cerita demand tadi? Cerita sal yang tu sikit je pon. Saje je. Ok lah,add math ni bes jugak. Selamat mencuba lah kawan-kawan. Nanti aku cerita detail lagi. Yang penting korang SENYUM! :)

Sabtu, 12 Januari 2013

Penakut

Assalam :)

Hari yang ceria,dengan sinar mentari yang samar-samar dan angin dingin yang membuatkan diriku hampir membeku..sangat indah hari ini..terima kasih Ya Allah kerna masih membangunkan aku..Refleksi mode~

Ok,firstly thanks sebab buka entri yang tah apa2 ni.
Korang renung je,tak baca,aku salute kat korang.
Sebab korang rajin.
Stalk entry orang.
Perkara yang susah dibuat tu.
Terutamanya pada orang yang malas macam aku. :P

Aku pengawas. Pengawas sekolah. Tapi aku tak tahulah kalau aku layak jadi pengawas atau pun tak sebab bila cikgu HEM suruh angkat tangan,rasakan dirinya tak layak jadi pengawas,aku cuak pulak. Tapi bila buat pengakuan sorang diri macam ni,frank pulak aku. Aku pun hairan. Terlalu cuakkah aku?

Aku rasa aku telah lakukan satu kesalahan besar. Atau pun aku sedang menyelamatkan diri masa tu,aku pun tak tahu sebab aku belum belajar lagi taekwondo apa semua tu. Kalau pecah di mulut,memang perut aku pun pecah jugak rasanya.

Dah 3 tahun aku jadi pengawas,termasuk tahun ni,tapi cikgu tetap gak nak membebel kat pengawas.
Sebab tak kerja betul-betul.
Sebab budak biasa yang buat laporan kat cikgu.
Sebab budak biasa yang kritik pengawas tak betul.
Memang betul lah.

Satu hari,aku ni jaguh sikit kalau nak masuk competition. So,aku join pemilihan olahraga sekolah. Aku atlet jalan kaki. Untuk rumah sukan saja lah. Kalau keluar sekolah memang memey ah. Selalu dapat tempat ke 4 atau ke 5 daripada 6 orang peserta. Tak malu kan ngaku atlet? Biasalah aku. Memang mengada sikit kalau masuk bab-bab yang macam gini. Masa PJK,boleh pulak orang ke 2 yang sampai dulu berlari jarak jauh. Dahsyat~

So,berbalik kepada cerita asal. Aku kan pengawas. Mention lagi~ So,ceritanya bukan masa pemilihan olahraga. Tapi masa bila aku balik dari pemilihan olahraga tu. Saja nak bagi saspen pembaca. Haha. Tak kelakar ok? Ada beberapa ekor budak lain yang sama balik dengan aku. Ada seorang pempuan tu. Hok aloh.

Tak macam perempuan.
Duduk terkangkang~
Mulut pok-pek-pok-pek.
PALING BANGANGNYA.
Minta duit nak beli reload dari aku.

Aku apalagi..
Diam jelah.
Cakap takda duit.
Habis cerita.

Dia terus mintak lagi. Tak tahan jugak aku. Aku senyum je,buat-buat tak layan. Rasanya dia mengalah jugak time tu. Tapi lepas tu lagi teruk aku rasa. Mula pulak dia cakap mengarut. Lagi nayanya,bila dia buka cerita pasal pil-pil ni. Aku rasa,time tu dia memang "HIGH". Dia siap bagi tawaran kat aku,nak beli benda alah tu ke tak? Aku cakap;

"Hey kamonlah..aku tak layan ah menda alah tu..aku tak layan,"
Padahal kalau ditranslate ke bahasa sebenar perbualan masa tu,macam ni je jawabnya;
"Sory lah,saya tak nak. Terima kasih lah ek,"
Amboi sopan molek~ Huh.

Dia terus cakap lagi,"Bagi jelah RM10 kat aku,aku belikan untuk engkau. Yang terbaik dari ladang punya. Yang jenis "Royale",memang fuh..lebur lah kalau kau makan,". Oh,informatif jugak kau ni yek pasal benda macam ni. Kalau pelajaran,memang bebal otak kau. Tapi aku tetap tak nak. Dalam hati pulak cakap macam ni,"Oh,kau minta duit nak beli reload,tapi nanti bukannya nak buat beli reload sebenarnya,kau nak beli benda tu. Dah lah mahal. Sepeket baru 4-5 bijik. Bagus aku beli buku," Al-maklumlah,aku ni gila beli buku saja tapi bacanya tak.

Aku tak nak jugak. Last-last dia mengalah. Angel vs Demon lah kiranya ni. Tapi aku ni terlalu baik hati,aku bayarkan jugak tambang balik untuk dia. Setakat 50$,edeh! Aku tak nak berkira sangat.

So,for the rest of the day,aku tahu dia buat kerja macam tu tapi kenapa aku tak nak lapor kat lembaga pengawas?
Ah,lembaga pengawas sekolah aku bersidang 1 kali setahun.
Betapa tak effisiennya management tahun lepas.
Dengan ketuanya.
Bagi aku lah,aku tengok secara mata kasar.
Ada sikit mata hati.
Ketua yang macam luarannya saja macam The Next Imam Muda
Tapi dalaman macam tak ok.
Tapi cikgu semua say ok.
Aku pun ok sajalah.

Aku tak lapor. Sampai sekarang ni pun aku tertanya-tanya,aku sedang menyelamatkan reputasi diri aku sendiri atau aku merosakkan reputasi masyarakat sekeliling aku kerana orang yang macam perempuan tadi.

Kalau aku,jaga reputasi.
Kalau dia,bukan reputasi masyarakat saja.
Tapi juga moral,nilai kemanusiaan.
Segala yang positif.

Menyelamatkan reputasi aku sebab aku masih mahu dipandang orang sekeliling sebagai orang yang supportive,baik hati tak bertempat dan membenarkan semua yang orang lain lakukan padahal itu adalah sesuatu yang salah. Aku masih takut untuk berdepan dengan kutukan-kutukan bahawa aku ini bossy dan tidak membiarkan darah muda mereka mengalir dengan aman. Cuak untuk menegakkan keadilan.  Kesimpulannya,aku penakut.

Merosakkan reputasi masyarakat sekeliling sebab aku mengizinkan sesuatu keharaman berlaku. Evil is spreading. Kalau satu virus kecik saja menyerang,semua sistem akan lumpuh. Macam itulah. Kesimpulannya,aku selfish.

So,what I'm gonna do now? Aku masih berfikir.

Apa aku harus berubah?
Ya,demi ke arah kebaikan.
Apa aku harus begini saja?
Tak,aku mesti berubah.
Tapi bagaimana?
Itulah yang masih aku fikirkan sampai sekarang~

Sekolah cuma satu tahun saja lagi.
Dalam masa 11 bulan ini,aku harus buat sekurang-kurangnya satu aduan.

Kalau tidak dengan mulut,mata pena lebih berkuasa daripada mulut yang berbisa.
Dekat surat tu,akan tertulis,

Yang benar,
Anonymous.

Dengan itu,mungkin aku bukan lagi penakut.
Dah macam lagu Yuna bunyinya~



Jumaat, 11 Januari 2013

Bila Awang Abdullah ber"KECEK"..

Assalam :O

Aku datang lagi. Kali ini,dengan semangat berilmiah pulak. Dengan semangat menyedarkan dan membawa masyarakat di Malaysia menghargai dan mencintai kesusasteraan. Bajet skema kononnya lah~

Apa kaitannya dengan Awang Abdullah. Siapa pulak si Awang Abdullah ni? Apahal pulak dia nak berkecek-kecek kat kita? Apa semua ni? Apa ni? Apa ah? Apa?!!

Sabar.
Sabar kan separuh dari iman.
Aku pun belum habis kecek lagi kat mu,mu dah nak naik angin.

Sapa kenal Awang Abdullah dengan KECEK-KECEK dia tu,mu memang molek lah. Bereh boh. Tapi yang tak kenal tu,mai sini aku nak cerita sikit apa masalah mamat yang bernama Awang Abdullah yang pandai-pandai nak berkecek dengan kita.

Ok,sebenarnya dia ialah seorang penulis sajak. Sajaknya bertajuk Kecek kurungan Lima Angka Roman. Cuba korang tulis guna simbol. Itulah tajuk sajak yang sebenar. Haha. Macam ni bah,Kecek (V). Apa maksud huruf Roman tu pun aku tak tahu,yang aku tahu ialah Kecek. Bahasa Kelantan. Bahasa Melayu standard,bercakap.

Alang dah menyeluk nyeluk dalam Google ak cari bahan untuk pembentangan Selasa depan,elok lah kiranya aku kongsikan sikit aku punya kajian terhadap sajak ni. Sajak ini,asalnya dari majalah Dewan Sastera tetapi dinilai dan seterusnya diangkat menjadi sebuah sajak kajian untuk SPM dalam antologi Dirgahayu Bahasaku. Kalau generasi dulu,antologi Kerusi,sekarang dah tukar. Silibus baru. :)

Ok,sambil korang bersajak,sambil tu kita kaji,ok?


1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
Maksud: Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifannya
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
Maksud: Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusara nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
Maksud: Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
meencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
Maksud: Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.

ANALISIS SAJAK

Maksud kecek ialah

i. Cakap

ii. Celoteh

iii. Borak



Celoteh dalam sajak ini ialah tentang kelakuan manusia yang sering dilihat dalam masyarakat kini.



Secara umum sajak ini membicarakan dua kelompok manusia

yang terdapat dalam kehidupan kita.

I. kelompok pertama ialah golongan yang tidak jujur dan amanah sedangkan hidup sudah berada dalam kesenangan/GOLONGAN KAYA

II. kelompok kedua ialah golongan yang daif tetapi tidak terfikir untuk menipu/
GOLONGAN MARHAEN



Secara terus terang dan jujur penyajak memberi peringatan tentang balasan tuhan terhadap semua perbuatan manusia sama ada baik atau jahat.



Manusia tidak dapat lari daripada janji Tuhan iaitu pengadilan seadil-adilnya di akhirat nanti.


Tema:
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan:
  1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
  2. Persoalan golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah.
  3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah.
Bentuk :

1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd

Gaya Bahasa :

1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; di kampung

2. Diksi – mudah difahami
Contohnya: seorang nelayan

3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya

4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :di dalam pagar sengsara

5. Perulangan perkataan ’di’
Contohnya :di sebuah, di pantai

6. Metafora
Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara,
pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan

7. Perlambangan
Contohnya ; akaun, musim berlumut.

Nada:
  • Sinis
Latar Masyarakat :

i. Masyarakat yang berkuasa dan berpengaruh
Contoh; seorang pengarah yang mempunyai akaun semasa di bank

ii. Masyarakat yang miskin dan daif
Contoh: nelayan yang mempunyai sederet anak yang hidup susah
Petani yang mempunyai sedozen anak yang hidup susah

iii. Masyarakat yang tidak taat perintah tuhan
Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah: mengumpul wang orang lain ke dalam akaun semasanya


iv. Masyarakat yang jujur/ikhlas/reda dalam kehidupan
Contoh: nelayan tidak pernah mengambil kesempatan untuk menipu walaupun hidup susah

v. Masyarakat yang rosak akhlak
Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah dengan mengambil wang orang lain dan dimasukkan ke dalam simpanan peribadinya.

Nilai:
  1. Nilai amanah dalam memjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.
  2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal. Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal.
  3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
  4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada. Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada.
  5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan. Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.
Pengajaran:
  1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
  2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.
  3. Kita tudak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
So,sekarang,warga Malaysia yang 1Malaysia sekalian,adakah anda sudah mengerti? Bagus banget. Jadi renungilah sajak ini betul-betul dan fahami maksud sebenarnya agar kita menjadi seorang yang berguna kepada diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara. Bajet skema terus menyerang~




The King yang "Dramas" lah Sangat 1.0

Assalam :)

Baru lepas makan,kenyang,alhamdulillah..eerrkk..hehe.

Inspirasi pun manyak masuk bila dah lepas makan. Nak habaq kat hang,yang hari ni,walaupun aku tersenyum lebar tapi aku manyak vangang dengan The King yang "Dramas" lah sangat.

Vangang sebab apa? Sebab King-King tu lah.

Bukan burger king,ok?Kalau BK,aku lahap je trus.
Tak yah kasi post sini. Nak post nikmat makan
BK,boley la..


Lepas satu masalah,satu masalah saja timbul. Biasalah,bila sudah ada dalam politik ni,nak catur-catur pun kemain lah. Nak buat ni lah,nak kira ni lah. Macam-macam. Seksa jugak rasanya. Aku ni baru tengok saja,belum rasa.

Tapi aku vangang dengan satu king saja. Satu king lagi tu aku minat sebab dia dah berubah. Sekarang masalah dorang tengah berada dekat kemuncak. King baik vs King jahat tengah fight nak bagi kepercayaan rakyatnya nak tengok apa yang dorang dah buat.

Penat pulak nk fikir ayat power. Aku straight to the point jelah. Actually aku nak review satu drama Korea ni,yang aku rasa tak ramai orang yang nak tengok especially teenagers macam aku sebab hero dia middle age. Heroin pulak tak lah cun sangat,boleh tahan jer. Tapi ok lah sebab kisah ni tak berkisar pasal kisah cinta sangat. Dia lebih kepada percaturan macam mana seorang produser drama nak hasilkan drama dan risiko-risiko yang dia kena tanggung bila dia kena bersaing dengan syarikat besar penerbitan drama atau lebih tepat,bekas tempat kerjanya.

The King Of Dramas. Drama Korea.



Aku suka drama Korea sebab episodnya tak banyak. Banyak peristiwa yang dorang boleh compilekan dalam satu episod. Misalnya,ada a few scene-scene penting berlaku dalam satu-satu episod. I mean here is,there's always surprise dalam jalan cerita. Sangat jauh berbeza dengan drama-drama kebanyakan yang aku tengok,scene makan dalam kedai mamak lebih lama daripada scene konflik tarik-tarik rambut. Haha~

Ok,untuk drama ini,setakat episod berapa tah aku pun tak ingat sebb aku tengok cerita saja,memang menarik sebab semangat persaingan berlangsung dengan sangat ketat. Karakter heronya,Anthony Kim @ Kim Bong-Dal yang dilakonkan oleh Kim Myung Min sangat berkesan bila dia berjaya membuat persepsi aku sebagai seorang penonton,terikat bahawa yang real life dia pun seorang yang macam wataknya itu jugak. Seorang yang sangat gemarkan lifestyles kemewahan dan dingin. Semakin lama,kelihatan watak ini semakin menarik sebab perubahan nilai kemanusiaan dalam diri semakin kelihatan sejak kehadiran seorang wanita yang bernama Lee Go-Eun,lakonan Jung Ryeo-Won,iaitu seorang penulis skrip yang masih baru dalam bidang itu bersama-samanya menjayakan sebuah drama sejarah yang bertajuk "Pagi di KyeongSeong". Ok,pelakon-pelakon tu semua boleh google. Masak pulak aku nak letak link Wiki-Wiki kat nama dorang.

Watak pelakon lelaki cerita sejarah tu pulak dilakonkan oleh Kang Hyun Min yang dilakonkan oleh Choi Siwon SUJU. Bagi aku,dia ini adalah seorang pelakon yang agak bagus sebab aku langsung tidak dapat melihat perwatakannya di dunia sebenar dalam drama tu. Yang sangat ketara ialah mungkin darkside dalam dirinya iaitu seorang yang sombong dan egoistik.Tak lupa,seorang kedekut.

Cerita ini keseluruhannya adalah antara yang aku minati sebab setiap saat dalam episod drama itu aku nantikan dan tak pernah rasa macam,"Eh,scene ni,tak bes ah.Nak pi tandas kejap,". Semua scene nya sangat bes. Aku paling suka tengok bila watak pro dan kontra bertembung. Tapi sekarang,watak-watak tu hampir nak jadi pro+kontra sebab yang kontra who is heronya dah jatuh hati dekat heroinnya. Apalagi bila seorang penonton seperti aku yang suka melihat watak lelaki yang dingin dan tegas jatuh cinta pada seorang wanita yang perwatakannya biasa-biasa saja.

Aku ni bukannya pandai mengulas,so setakat bagi pandangan pada surface saja boleh lah. Yang negatifnya pasal drama ini ialah kekuatan lawannya yang nampak agak longgar dan goyah dalam melaksanakan misi jahatnya nak menghancurkan Anthony Kim ni. Nampak macam antagonis dia terlalu baik dan terlalu berhati-hati dalam melancarkan serangan balas ke atas Anthony menyebabkan Anthony yang cool tetap cool je bila masuk mahkamah or ditahan reman selama 48 jam. Mungkin sebab Anthony tahu cara bekas bosnya bekerja,jadi dia tahu setiap pergerakan dan percaturan yang bakal dibuat oleh bekas bosnya. Lagipun,serangan balas hanya akan berlaku selang 2 episod bila satu masalah selesai. Span antaranya tak lama. Maksud aku longgar ialah cara dia menghancurkan Anthony tak licik dan tak menyakitkan hati aku. Aku suka bila tengok cerita buat aku sakit hati bila lawannya guna cara paling licik nak kalahkan orang lain.

Bila watak antagonis licik nya tahap dewa..
Memang aku mencarut seorang diri depan tv.

Over all,aku tak nak komen-komen banyak sebab sekarang ni,cerita romantik belum mula lagi. So,akan ada updated version 2.0 nanti pasal review drama ni.

Nak tengok drama ni? *Pengguna Astro B.Yond saja. Buka channel 393,One HD,pukul 8.50 malam,setiap Isnin dan Selasa. Kalau nak tengok online pun boleh jugak,google saja,ok?

Tapi yang tak besnya,waktu operasi aku belajar akan berhenti bila drama ni start je sampai dia habis. Huhu~

Bila "Motherboard" Update Notis Berbaur Cemburu

Assalam :|

Well,I can't sleep because aku dah sleep dari petang tadi tak sedar-sedar,mak bangunkan baru nak angkat cuci muka. Haih!

Sekarang adalah masa yang paling baik untuk aku berblogging sebab siang tak ada masa nak handle semua ini. School is school.

So what now? Since aku tak ada teman yang betul-betul boleh bagi aku inspirasi and advice other else than my long-distance friend,Judith,so aku curhatkan dekat sini saja lah. This is an open diary. I can't tell to my mum because dia sendiri ada problem dan sakit-sakit dengan pregnancy dia. I tak nak bother. My sister? She always tells me her story but she will definitely gives me a short answer for my story when I'm asking her at the end. So,pokoknya,dia tak boleh pakai. How about my classmates? Emm..no comment. But I'm glad to see a few of them dah ada kesedaran dalam diri untuk belajar dan tak buat bising dalam kelas,girls especially. But boy,nah..

Siapa kenal motherboard? Motherboard ialah processor utama dalam CPU komputer. Kenapa pulak motherboard nak update notis berbaur cemburu? Faham-fahamlah,itu aku. Yang tulis entri ni. Saja nak kasi gempak tajuk. Belacan goreng. Memang sedap.

Sometime,aku jeles. With my sister. The one who is a year younger than me. Dia selalu dapat specialities. Friends,teachers,my mum,dad,everyone. Macam ada daya penarik dekat dia. Seriously,aku jealous.

Memang aku ini seorang yang pendiam dan tak mudah nak bergaul dengan orang bila aku tak rapat dengan orang. But for the third time,aku nak cakap jugak yang aku jeles. Firstly,my parent. Sometime,I feel yang aku ni tak dapat layanan macam yang adik aku dapat. For certain things. For example,when I want to enroll masuk ke asrama,they won't allow me. But my sister,they did. Why? I don't know. The worse thing is,only her yang dapat permission masuk asrama. Again,I don't know why.

Second,friends. Who is my bestfriend? I don't know. Who yang sanggup to save me from disasters and critical moment? No one. But I am the one yang sanggup buat kerja untuk mereka sebab aku tak percaya dengan kesungguhan mereka untuk lakukannya. They will do but tak seperti yang aku harapkan. Who will support me when I'm in problems? No. Yes,some of them mungkin lakukannya tapi tak sehebat macam kawan adik aku. They always being together and support each other. Dan tak buat bising bila cikgu mengajar. Dan tak kurang ajar. Macam kelas aku,controversial class. Teacher don't like us. They like my sister's batch.

Third,teachers. Aku jeles jugak dengan teachers sebab ada cikgu yang nak bawa adik and her gangs yang dapat A and B dalam PMR in his/her subject pergi makan-makan,main bowling. Such a great thing. Ada jugak cikgu yang borak-borak selamba dengan diorang macam kawan biasa. Tak macam pelajar lain,bila tanya satu,jawab satu. Aku jeles. Dapat A pun aku,tak pernah ada cikgu yang ajak aku sampai macam tu sekali. Bukannya tak bersyukur tapi aku jeles jer. Terpulang korang nak judge how. Tapi yelah,batch aku ni menjengkelkan. Cikgu-cikgu semua tak suka. Nila setitik,rosak susu satu gelas. I wish aku berada dalam batch yang selalu tak kena kutuk cikgu,tapi apakan daya. Certain orang yang tak bersalah pun dipersalahkan jugak,terasa hatilah.

Kes jeles menjeles ini memang dah lama berlaku dalam hidup aku. Sejak turun Adam dulu dah tapi aku dah sebati. Aku cuma perlu terima seadanya diri aku ni dan cuba perbaiki diri. Kalau cuma aku seorang yang berubah,orang lain tak,tak boleh lah. Orang lain masih belum ada kesedaran,asyik nak bercakap hal bergosip,mengumpat,itu saja yang diorang tahu. Makin lama,makin buat perangai. Tak sedar pulak diri tu dah boleh buat jadi bini orang.

Ada sesiapa yang nak melayan aku secara extra macam orang-orang kat atas ini buat? Sangat dialu-alukan.

**Ada orang cakap,sapa suke kaler hijau kuat cemburu. No komen.


Rabu, 9 Januari 2013

Dapat Kad Raya Dari Deen Hot FM!

Assalam :)

Setelah 6 bulan menunggu,barulah sampai kad raya yang siap ditandatangan deejay radio paling cun masa kini,Deen..haha..kesian..tapi tak pa,asalkan aku gembira!!!

Bukan apa,nak mengharap pun bukan tapi..entahlah..
Sebab terlalu gembira dapat kad raya walaupun dah tamat tempoh.Hehe!

So,pada hari Isnin yang lepas,wa terkezut beruk lah bila my daddy (ceh!my daddy!!) bagi tahu gini,"Ada surat untukmu lah. Dari Hot FM." Aku pun terkezut. Dalam hatiku berkata,bila masa pulak aku menang apa-apa kat Hot FM? Setahu aku,aku belum pernah menang kalau aku join kontes ke apa. Yang ada,aku kol tapi tak keluar radio lah sebab perbualan aku dengan deejay Chad itu malam tak syok bagi dia kot. Huhu~

Sampailah aku bukak sampul surat tu dan aku lihat,wah! Kad Hari Raya! Autograf by Deen! Hihihih~
Bahagia rasanya dunia. Ngahaha! Kalau aku minta Fara or FBI or Usop Wilcha,mesti korang rasa lagi gempak seh. Tapi aku tak minat Fara or yang lain-lain tu,aku minat budak ni sorang saja. So,aku minta autograf dia seorang lah. Hehe~

Lepas tu,barulah aku teringat yang aku pernah komen alamat aku dekat fb Hot Fm. Laa..6 bukan baru kad raya sampai.Kesiannya. Tapi aku ok-ok je.

Nak tengok cam ner kad tu? Ni nak kasi gambar siket. Dengan sampul surat dia sekali aku gambarkan.


Tengoklah betul2 tarikh dia postkan kad ni..datangnya
Isnin lepas..

Simple jer sign dia..tapi tetap kacak mcm
orangnya jugak. :)
Kepada yang tak tahu siapa Deen Hot FM NI,boleh tengok entri INI
Last but not least,have a nice day,guys!



Khamis, 3 Januari 2013

2013 : My Black Monday

Assalam :)

Pernah tak korang,yang bersekolah satu sesi saja tu,balik pukul 4 petang? Dari pukul 7 pagi di sekolah sampai 4 petang di sekolah? Pernah? Aku sudah semestinya tak pernah. Dan hari inilah pertama kalinya aku pernah.

Jadual padat sangat. Pagi tadi nasib baik tak ada perhimpunan. Lepas perhimpunan,rehat. Lepas rehat,sambung balik..sekolah tahun ni memang gila lah. Entah kenapa gila macam tu sekali. Penat. Penat. Penat. Entah. Memang gila.

Balik rumah,mandi,solat,tidur. Tak kesah lagi dah lepas Asar ke,lepas Zohor ke,bantai je tidur sebab penat yang teramat sangat. Baru hari Rabu. Balik pukul 3 hari ni. Ok lah. Lebih 50 minit dari masa biasa. Yang paling siksa nerakanya ialah hari Isnin. Sebab tulah namanya BLACK MONDAY.

Tak lama,kurus lah aku macam gini.
Parah.

Hari Isnin rasanya memang haram nak tengok semua orang yang ada kat sekolah bersemangat macam selalu. Kepala main lentok je atas meja. Yang cikgu,mengajar tak sampai separuh jalan. Semput. Memang betul pun. Last2,semua cikgu nak resign. Kami orang? Terbiar................................

Aku dah ada rasa nak belajar. Betul. Nak buat yang terbaik. Siap azam bikin kerja rumah siap tepat waktu. Tak nak jadi mesin fotostat dah. Aku yang ok-ok ni pun buat naya kat diri sendiri. Tak yah lah sebut orang lain. Masa tu sebab belum ada kesedaran. Sekarang ada wawasan baru. Sanggup lupakan azam turunkan berat badan. Tak guna dah semua tu. Yang penting,SPM aku straight A. Tak dapat semua A+ aku tak kisah. Yang penting,aku dapat semua A. Tapi kalau study punya lah tak smart macam ni,ah..Sedih la...

Sekarang ni bukan masalah aku malas ke tak malas. Yang kena stabil sekarang ialah isu jasmani dan mental. Kalau tak kuat iman,duduk rumah goyang kaki jelah. Nak stabil dengan environment baru yang jahanam ini,kena kuat jasmani mental. Budak sekolah lain tak lah seteruk macam ni waktu study nya,excel jugak. Sekali lagi,itu pun bukan masalah cikaro dan kumbang-kumbang sekolah aku. Yang jadi masalah ialah budaya. Culture kata omputeh.

Budaya belajar,budaya kekitaan memang hampeh. Budaya yang nak bergosip,nak tergedik terhegeh memang banyak. Tak yah cari dorang dah muncul depan mata. Cayalah. Cubalah bersungguh-sungguh belajar. Ni tak. Bergosip lebih. Belajar,tak jadi apa. Tin kosong semata.

Sebab tu sekolah kampung yang nampak jaguh ni tak pernah maju.
Tak pernah excel.
Masih di takuk lama.
Kesian cikgu.

Masalah yang satu lagi ni lagi lah celaka bunyinya. Budak ponteng kokurikulum. Cikgu lambat turun petang. Kalau setakat hal tu,tak yah lah sampai bagi naik petang baru nak balik rumah. Balik balik,penat saja dapat. Ilmu entah ke mana sebab tahan ngantuk di mata,penat si raga. Kualiti kerja tak ada. Bukan nak menyungut tetapi nak cakap buat sesuatu,fikir kesan dan akibat. Entah cukup tidak wang mak bapak,bukan makin menjimatkan,makin memewahkan belanja lagi lah ada. Cikgu-cikgu yang ada budak kecik,kena bayar lebih penjaga. Sekarang semua benda pasal duit. Duit. Duit.

Aku lebih rela turun petang daripada macam ni. Seriously. Rasa awkward sangat hidup ni.
Harap orang yang buatnya pun boleh tukar. Memang banyak kerja tapi inilah kenyataannya. Masa balik rumah mengalahkan orang kerja ofis.  Gila.

Kepada yang baru baca entri ni,memang harsh bahasanya walaupun kat luar,aku bukan macam tu. Yelah,kat mana lagi aku nak mencarut kalau bukan kat blog buruk kesayangan aku ni. Nak mencarut depan2? Tunggu kucing bertanduk,memang tak ah.

Esok buat lagi rutin sama. Haiih..

Kepada yang dah dapat tahu dan xplore banyak sal blog ni,diam dan buat-buat tak tahu saja. Memang akan terkejut dengan kenyataan yang dicoretkan tapi orang cakap barang yang lepas,jangan dikenang. Kalau dah tak kerap post kan pasal "sesuatu" yang kerap tu,especially cerita personal tu,memang hilanglah rasa tu. Aku ni mudah obses sikit. Lama-lama,memang bosan dah tak gemar lah. Faham?

K lah. Ada masa pulak singgah mengeluh sini. Ish2. Selamat malam.
Mungkin lepas ni,jarang nak update sebab homework menunggu tiap malam.
Even cuti. Huhu~