Jumaat, 11 Januari 2013

Bila Awang Abdullah ber"KECEK"..

Assalam :O

Aku datang lagi. Kali ini,dengan semangat berilmiah pulak. Dengan semangat menyedarkan dan membawa masyarakat di Malaysia menghargai dan mencintai kesusasteraan. Bajet skema kononnya lah~

Apa kaitannya dengan Awang Abdullah. Siapa pulak si Awang Abdullah ni? Apahal pulak dia nak berkecek-kecek kat kita? Apa semua ni? Apa ni? Apa ah? Apa?!!

Sabar.
Sabar kan separuh dari iman.
Aku pun belum habis kecek lagi kat mu,mu dah nak naik angin.

Sapa kenal Awang Abdullah dengan KECEK-KECEK dia tu,mu memang molek lah. Bereh boh. Tapi yang tak kenal tu,mai sini aku nak cerita sikit apa masalah mamat yang bernama Awang Abdullah yang pandai-pandai nak berkecek dengan kita.

Ok,sebenarnya dia ialah seorang penulis sajak. Sajaknya bertajuk Kecek kurungan Lima Angka Roman. Cuba korang tulis guna simbol. Itulah tajuk sajak yang sebenar. Haha. Macam ni bah,Kecek (V). Apa maksud huruf Roman tu pun aku tak tahu,yang aku tahu ialah Kecek. Bahasa Kelantan. Bahasa Melayu standard,bercakap.

Alang dah menyeluk nyeluk dalam Google ak cari bahan untuk pembentangan Selasa depan,elok lah kiranya aku kongsikan sikit aku punya kajian terhadap sajak ni. Sajak ini,asalnya dari majalah Dewan Sastera tetapi dinilai dan seterusnya diangkat menjadi sebuah sajak kajian untuk SPM dalam antologi Dirgahayu Bahasaku. Kalau generasi dulu,antologi Kerusi,sekarang dah tukar. Silibus baru. :)

Ok,sambil korang bersajak,sambil tu kita kaji,ok?


1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
Maksud: Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifannya
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
Maksud: Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusara nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
Maksud: Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
meencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
Maksud: Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.

ANALISIS SAJAK

Maksud kecek ialah

i. Cakap

ii. Celoteh

iii. Borak



Celoteh dalam sajak ini ialah tentang kelakuan manusia yang sering dilihat dalam masyarakat kini.



Secara umum sajak ini membicarakan dua kelompok manusia

yang terdapat dalam kehidupan kita.

I. kelompok pertama ialah golongan yang tidak jujur dan amanah sedangkan hidup sudah berada dalam kesenangan/GOLONGAN KAYA

II. kelompok kedua ialah golongan yang daif tetapi tidak terfikir untuk menipu/
GOLONGAN MARHAEN



Secara terus terang dan jujur penyajak memberi peringatan tentang balasan tuhan terhadap semua perbuatan manusia sama ada baik atau jahat.



Manusia tidak dapat lari daripada janji Tuhan iaitu pengadilan seadil-adilnya di akhirat nanti.


Tema:
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan:
  1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
  2. Persoalan golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah.
  3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah.
Bentuk :

1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd

Gaya Bahasa :

1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; di kampung

2. Diksi – mudah difahami
Contohnya: seorang nelayan

3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya

4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :di dalam pagar sengsara

5. Perulangan perkataan ’di’
Contohnya :di sebuah, di pantai

6. Metafora
Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara,
pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan

7. Perlambangan
Contohnya ; akaun, musim berlumut.

Nada:
  • Sinis
Latar Masyarakat :

i. Masyarakat yang berkuasa dan berpengaruh
Contoh; seorang pengarah yang mempunyai akaun semasa di bank

ii. Masyarakat yang miskin dan daif
Contoh: nelayan yang mempunyai sederet anak yang hidup susah
Petani yang mempunyai sedozen anak yang hidup susah

iii. Masyarakat yang tidak taat perintah tuhan
Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah: mengumpul wang orang lain ke dalam akaun semasanya


iv. Masyarakat yang jujur/ikhlas/reda dalam kehidupan
Contoh: nelayan tidak pernah mengambil kesempatan untuk menipu walaupun hidup susah

v. Masyarakat yang rosak akhlak
Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah dengan mengambil wang orang lain dan dimasukkan ke dalam simpanan peribadinya.

Nilai:
  1. Nilai amanah dalam memjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.
  2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal. Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal.
  3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
  4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada. Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada.
  5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan. Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.
Pengajaran:
  1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
  2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.
  3. Kita tudak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
So,sekarang,warga Malaysia yang 1Malaysia sekalian,adakah anda sudah mengerti? Bagus banget. Jadi renungilah sajak ini betul-betul dan fahami maksud sebenarnya agar kita menjadi seorang yang berguna kepada diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara. Bajet skema terus menyerang~




2 ulasan:

  1. hehe bersastera kita harini...apa2 pun mmg terbaik pasal siap buat analisis lg tu...

    BalasPadam
  2. @Hatimi Tahirruddin thanks..act,ni kajian komsas antologi ting 5. so,nak share kat kengkwn form 5 satu malysia yang nak dok spm thun ni. smoga dpt score A+!

    BalasPadam