Sabtu, 23 April 2016

Plot Twist Lepas SPM : KM Sarawak ke ASASI UNIMAS

Assalamualaikum :)

Disebabkan ada seorang hamba Allah yang inginkan jawapan tentang hidup aku selepas SPM lebih-lebih lagi ada entri tentang aku dapat tawaran ke KM Sarawak dulu, aku nak ceritalah yang sebenar ada plot twist berlaku masa tu. Hehe.

Aku sebenarnya tidak masuk ke KM Sarawak kerana beberapa hari setelah itu, keputusan UPU yang keluar menyatakan bahawa aku layak memasuki program ASASI SAINS HAYAT, UNIMAS. Jadi, memandangkan aku yang masa tu sangat memikirkan tentang jalan mana yang lebih mudah untuk masuk universiti, jadi aku pilih untuk memasuki ASASI UNIMAS daripada KM Sarawak.

Aku rasa aku ada tulis sedikit sebanyak juga entri aku masa dekat ASASI. Tapi aku tak ingat dekat mana. Korang godek je dekat entri dari bulan Jun 2014 sampai Mei 2015. Itu semua entri masa ASASI. Tak banyak juga. Kenangan kadang-kadang susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Sebab aku ni, bila menulis, butir-butir kejadian tu agak terperinci. Kadang-kadang kalau nak cerita pasal makan tengah hari pun boleh panjang nya beribu-ribu perkataan.

Haha~

By the way, KM Sarawak pun ada keistimewaannya yang tersendiri. Pelajarnya memang belum ramai sebab infrastrukturnya yang masih belum lengkap sebab masih menumpang di SMT Sejingkat, Kuching. Tapi kalau niatnya hendak belajar bersungguh-sungguh, halangan itulah yang menjadikan kita seorang yang pejuang.

Nasihat saya kepada lepasan SPM, hmmm, apa eh? Lupa pulak. Duhh~

Serius aah, sejak masuk 20 ni, aku makin cepat lupa. Kadang-kadang tak ingat pun benda yang nak cakap 2 saat yang lalu T_T

Okayylah. Pa pe roger,okayy? Kita ada banyak assignment menunggu.

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Sabtu, 5 Mac 2016

Masih Daku Terkenang-Kenang

Assalamualaikum

Mungkin tidak patut aku katakan ini pada saat ini. Saat yang masih terlalu awal untuk aku andaikan sesuatu tentang perasaanku sekarang ini. Teman-teman aku malah berkata bahawa aku sudah melupakan hal-hal yang lama sangat cepat. Mungkin barangkali aku sudah makan hati berulam jantung sedari dalam perhubungan dulu lagi. Jadi, aku putuskan untuk teruskan hidup baru. Hidup yang penuh harapan dan cita-cita. Hidup yang bakal aku citrakan dengan kisah dan kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai aku tua.

Namun, tentang perasaanku saat ini. Mengapa ya? Adakah aku sudah semakin lupa pada cita-cita dan citra yang ingin aku ronakan pada setiap helai-helai hidupku selepas ini? Tidak juga. Aku sangat gembira untuk melalui hari-hari baru di kampus. Bahkan proses belajar menjadi semakin indah bagiku. Mungkin kerana niat yang sudah aku perbetulkan setelah memasuki fasa baru pengajian tahun satu. Tetapi terjebak dengan perasaan ini, sesuatu yang tidak dapat aku elakkan. Tanpa ada orang yang menolakku dari tepi, belakang atau bahkan dari depan, aku terjatuh sendiri. Sukar untuk aku katakan tetapi perasaan ini datang dengan kurnia dariNya.

Setiap hari aku terkenang akan dia. Walaupun aku tahu, tidak mudah menemuinya selalu kerana tidak ada urusan yang serius seperti sebelum ini, bukan sekadar bicara kosong tanpa berisi, apatah lagi bicara bertemankan secawan kopi. Tambahan, dia juga pasti sedang sibuk menyiapkan thesis agar bisa bergraduat sebagai master hujung November ini. Sejak hari itu, aku tidak lagi melihatnya. Aku juga berharap agar menemuinya lagi, di mana-mana saja tempat yang diredaiNya. Aku ambil tahu tentangnya. Aku lukis wajahnya kerana di situ aku curahkan perasaanku. Terselit jua hasrat untuk aku membuang perasaan di dalam sebuah potret yang tidak seberapa tetapi bahkan semakin aku tenung, semakin dalam hati aku terlarut. Sukar sekali. Aku tidak pasti bahawa dia sudah dipunyai orang atau sebaliknya. Tetapi yang jelas sekarang perasaan ini adalah jelas kepunyaannya. 

Aku meminta kepada Allah dalam setiap sujudku, setiap waktu-waktu yang aku tahu mustajab untuk berdoa. Aku panjatkan doa agar jika benar dia adalah jodohku, permudahkanlah urusan untuk aku bertemu jodoh dengannya. Berdoa agar iman aku tidak terguncang, dibuka pintu harapan dari hatinya untuk aku, manusia yang mencintai permata di langit. Namun, atas pengetahuan Allah yang maha luas dan tiada keraguan, aku serahkan perasaan ini untuk dilupuskan dari segenap lubuk jiwa seandainya perkenalan aku dan dia nanti, hanya akan memudaratkan aku. Dalam erti kata lain, tiada berjodoh. 

Aku ingin mengenalinya dengan lebih dekat tetapi ada suatu perasaan yang menghalang aku untuk berbuat demikian. Perasaan takut. Takut akan masa lalu yang mungkin akan mencabul aku sekali lagi. Tetapi sekadar berdoa dan menunggu ibarat bulan jatuh ke riba juga bukanlah satu-satunya penyelesaian total. Aku akan cuba mendekatinya juga. Pada sisi lain, aku sangat mengaguminya. Satu hari nanti, mungkin aku akan tandingi apa yang pernah dia kecapi sekarang. Namun, tatkala aku semakin kuat berdoa, semakin aku tidak dapat melupakannya walaupun sesaat. Semakin kuat rintihanku tentangnya kepada Penciptaku, semakin jelas pula bayangan wajahnya di fikiranku. Adakah ini sesuatu yang benar atau hanya duga-duga syaitan agar aku leka? Wallahualam. 

Semoga saja aku semakin kuat mengingati Allah.


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Khamis, 3 Mac 2016

Entri Tengah Malam

Assalamualaikum. :)

Kebelakangan ini, aku banyak melakukan refleksi diri. Mengapa begini, mengapa begitu. Kadang-kadang terjawab beberapa soalan yang tidak mampu aku jawab untuk diri sendiri. Salah satunya, tentang aib diri.

Walau sekecil mana pun keaiban diri kita, jangan sampai didedahkan pada orang lain. Ia menandakan bahawa kita berbangga dengan kemaksiatan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sedangkan ia adalah sesuatu yang amat dikeji oleh Allah SWT. Aku mengulang balik saat aku masih berkawan rapat dengan seseorang pada suatu ketika dahulu. Kerana terlalu percayakan dia, antara kami sudah tiada rahsia. Dia tahu segalanya tentang aku. Aku tahu segalanya tentang dia.

Benar kata orang. Benda yang buruk orang akan selalu ingat. Benda yang baik senang dilupakan, lagipula benda baik hanya menjadi kenangan dan ingatan untuk tuan punya badan. Kita hanya mendengar tetapi selalunya tidak mengambil iktibar. Kerana itu kita selalu lupa walaupun petunjuk dalam peristiwa baik mahupun aib orang telah dikhabarkan pada kita.

Kini kami masih berkawan baik tetapi tidak serapat dahulu. Satu lagi kebenaran yang manusia canangkan aku akui - serapat-rapat kita dengan seseorang, suatu hari nanti, apabila renggang, akan renggang serenggangnya. Hal itu benar belaka. Dia mungkin pernah membongkarkan aib aku pada orang lain, kalau-kalau dia sudah tidak punya modal lain untuk dijadikan gosip harian. Tetapi harapnya dia tidak memperlakukan aku sedemikian rupa. Bersangka baik. Tetapi aib dia, aku sudah lupakan. Aku ingat satu tetapi setiap kali aku teringat, aku mengingatkan diri aku sendiri bahawa Allah mendengar apa yang ingin aku perkatakan, melihat apa yang aku lakukan. Aku membongkarkan aib orang lain, Allah akan membongkarkan aib aku jauh lebih buruk dari apa yang pernah aku bongkarkan. Wallahualam.

Harapnya aku sentiasa beringat dalam melakukan apa jua perkara. Aku sedang memperbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik. Aku menyimpan aib-aib orang tetapi kebanyakannya aku sudah hanyutkan ke laut dalam. 

Apa-apapun, tetap cool dan stay positif,okayy? Senyum selalu. Awet muda.

Much love, 
@imsopipahhh xoxo

Rabu, 2 Mac 2016

Ganjaran Lebih Bermakna untuk Orang-Orang yang Sabar

Assalamualaikum.

Pada Ahad lepas, aku telah menyertai saringan untuk pemilihan wakil UNIMAS ke pemilihan wakil Malaysia PABM 2016. Dalam saringan tersebut, hanya dua orang peserta yang berentap untuk merebut tempat menjadi wakil tunggal UNIMAS. Aku dan saudara Nikman, senior Fakulti Sains Sosial Tahun Dua. Dia sudah berusia 30 tahun namun mempunyai semangat juang yang tinggi dan sihat. Alhamdulillah. 

Aku telah memilih tajuk "Ilmu : Sebuah Perjalanan Menuju Kecemerlangan" di bawah tema Kepentingan Pendidikan. Aku memilih tajuk ini kerana aku telah hidup dalam didikan kedua ibu bapa ku yang begitu mementingkan pendidikan dalam kehidupan. Kata mereka, hidup tidak berilmu tidak ada gunanya. Aku dibesarkan dengan prinsip bahawa pendidikan adalah satu-satunya perkara yang tidak harus dikebelakangkan. 

Pada awal penyertaan, aku buntu kerana aku semestinya memerlukan pertolongan daripada senior De'Orator, Kelab Debat dan Pidato UNIMAS, untuk memberi aku sedikit sebanyak panduan. Aku sudah lama tidak berpidato. Jadi aku usahakan untuk mencari seorang senior yang mampu menolong aku. Aku hubungi Abang Azrai kerana aku tahu dia seorang yang petah berkata-kata, mungkin mampu membantu. Namun, dia jujur memberitahu aku bahawa dia tidak arif dalam pidato. Mungkin aku boleh meminta pertolongan Abang Adi atau Kak Erisya, 

Abang Adi atau Kak Erisya?
Abang Adi?

Menurut rakan aku yang pernah dilatih oleh Abang Adi, dia sangat..hmm..garang. Katanya. Jadi, pada mulanya aku sedikit ragu-ragu untuk meminta pertolongan dari beliau. Namun demikian, aku gigihkan juga untuk whatsapp beliau, setelah nombor telefon diberi oleh Abang Azrai. Tapi dalam pada masa yang sama, aku juga whatsapp Kak Erisya. Boleh aku manfaatkan ilmu dari kedua-dua belah pihak. Tapi, hanya satu pihak yang sudi membantu aku walaupun aku ini tidak dikenalinya. Tambahan pula, aku ini adalah super super super junior, yang aku ibaratkan diri ini umpama pengemis yang mengemis ilmu dari orang yang berilmu. Sedih rasanya apabila tidak dipedulikan tapi alhamdulillah, kegembiraan itu datang serta merta apabila ada yang sudi. 

Abang Adi pada mulanya bluetick saja. Aku pada waktu itu sudah mula kecewa. Tapi kekecewaan itu terubat setelah beberapa hari, dia membalas bahawa dia agak sedikit sibuk dan memberitahu bahawa dia akan membincangkan perkara tersebut pada masa lain. Kami berjumpa buat pertama kali pada hari Isnin untuk memperbaiki teks yang telah aku karang. Kesalahan aku kebanyakannya pada pendefinisian tajuk, contoh yang tidak menarik. Jadi aku perbaiki. Setelah berjumpa buat kali kedua, beliau agak berpuas hati. Aku ingin demo keseluruhan termasuk cara penyampaian tetapi memandangkan aku belum hafal sepenuhnya, aku menarik balik hasratku untuk demo. Dan alhamdulillah juga, dia tidak segarang yang disangka. 

Pada hari saringan, aku tidak menyangka bahawa dia akan menjadi hakim juga bersama-sama Encik Hambali, orang besar dalam De'Orator. Aku telah buat yang terbaik tetapi mungkin nasib menyebelahi saudara Nikman kerana isinya yang lebih mudah difahami. Lagipula, aku pelajar tahun satu. Aku ada masa dua tahun lagi untuk menyerlah dan mencuba. Mungkin Allah ingin aku bersedia dengan lebih rapi kerana cabaran pada masa depan akan lebih hebat. Ya Allah, jadikanlah aku antara orang-orang yang sabar kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Mungkin ganjaran yang lebih besar menantiku. Aminn. Kalian doa-doakan aku. 

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Adi kerana telah memberi tunjuk ajar. InsyaAllah, segala pesanan abang tidak akan saya lupakan dan akan saya gunapakai untuk pertandingan yang akan datang. InsyaAllah, semoga Allah memberi kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat dan memelihara dari azab api neraka. 

Amiinn. 


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Mengapa Ada Orang Cakap Tak Serupa Bikin?

Assalamualaikum.

Aku fikirkan spesis manusia seperti ini tidak lagi wujud di atas muka bumi ini. Tapi malangnya, ia masih wujud sehingga ke hari ini. Walaupun orang itu pernah disayangi suatu ketika dahulu, apatah lagi orang yang tidak disukai. 

Keputusan untuk berpisah sedikit sebanyak membuka mata aku untuk bebas melakukan apa sahaja. Sebenarnya aku lebih suka hidup begini daripada memikirkan perasaan satu sama lain, walaupun apa yang kita lakukan itu ialah makan bersama teman kelas lama. Itu sungguh membosankan dan menjengkelkan. Bila aku tidak mahu makan, aku dipaksa makan. Yalah, kerana sayang, kita turutkan jua. Tapi akibatnya aku naik 4kg sepanjang semester pertama. Aku jelas bahawa kerja-kerja menurunkan berat badan adalah seribu kali ganda lebih sukar berbanding makan aiskrim dan nasi lemak setiap hari. Bab itu aku sedikit menyesal. 

Tetapi apa yang lebih mengecewakan ialah sikap seseorang yang pandai berkata-kata tetapi tidak dicerminkan melalui dirinya sendiri. Aku pernah melalui ini, rakan aku juga. Orang menasihati kita agar lebih matang dalam perhubungan, tetapi sebaliknya dia pula yang berkelakuan tidak matang. Cemburu tidak bertempat. Mengapa perlu sedemikian? Katanya cemburu itu sayang tetapi perlu diingat bahawa cemburu tidak bertempat itu bukan sayang. Itu adalah kebodohan dan ketidakpercayaan. Tidak berhubungan selama sebulan atau malah setahun melatih kita untuk jadi lebih matang, tetapi sebaliknya tidak sampai sebulan pun hati sudah berubah. Sedangkan pada awal perkenalan, setia itu tidak perlu ditanya katanya, dia akan buktikan. Inilah yang dia buktikan. Mana sebenarnya tali pegangan orang-orang begini? Di atas pokok kah? Atau di mana-mana sahaja yang mereka rasakan dapat untuk berpaut?

Patutnya mereka ini lebih banyak berdiam diri dan tidak seharusnya menasihati orang lain. Berfikir dan merenung diri sendiri tentang apa yang pernah mereka lakukan. Itu sudah cukup untuk mengajar mereka tentang erti matang. Orang matang tidak akan bersuara melainkan apabila mereka rasakan mereka perlu benar-benar bersuara. 


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Isnin, 15 Februari 2016

143 Hari yang Indah

Assalamualaikum

Minggu ini telah menjadi minggu yang menyesakkan jiwa aku. Aku telah putus cinta. Sekali lagi.

Sesungguhnya aku anggap ini adalah perpisahan yang paling baik pernah aku alami. Tiada persengketaan. Mula dan akhir dipenuhi kejujuran. Yang pedih perit itu memang pahit untuk ditelan, namun hidup tidak selamanya untuk tersungkur dalam saat menanggung pahit. Hidup harus diperjuangkan, biar ditelan, jangan ditahan. Kerana kita percaya, Allah lebih mengetahui rencana buat kita berdua. Hidup harus diteruskan.

Beberapa hari sebelum kita berpisah, aku sempat menonton Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Sebuah movie. Cerita tentang perpisahan. Namun akhirnya tidak pernah punya kesempatan untuk bersama, walaupun sudah jelas di depan mata. Aku menahan sebak ketika menonton filem itu. Aku tidak menyangka sama sekali akan berlaku perpisahan selang beberapa hari. Tapi aku dapat rasakan sesuatu seperti itu. Aku tidak mahu terlalu memikirkannya pada awal, kerana aku tahu, naluri aku selalu tepat.

Tanggal 13 Februari, hubungan aku dan dia terlerai kerana sesuatu yang aku percaya, kuasa Allah. Hairan, saat berpisah itu, aku tidak menangis. Bahkan ada suatu ruang, jauh dalam dasar hati, aku gembira. Gembira kerana niatnya. Aku doakan semoga istiqamah dan beringat kepada Allah selalu. Dia juga memutuskan agar ibunya mencarikan jodoh untuknya. Aku masih kuat untuk menerima kerana aku percaya, jodoh itu milik Allah. Aku hanya mampu mencintai dia, mungkin bukan memiliki. Aturan Allah itu sangat indah. Mungkin aku hanya perlu bersabar. Atau Dia mengaturkan aku untuk rencana yang lebih baik sebelum jodoh datang kepada aku. Mungkin setelah aku selesai menaburkan bakti kepada kedua orang tuaku. Juga masa untuk aku lihat dunia sepuas-puasnya.

Dan sekarang, aku kembali sendirian. Ujian dari Allah. Aku masih sayangkan dia. Sangat aku sayang. Sehingga apabila tiap kali aku bertemu dulu, aku hilang susun kata. Akhirnya hanya mampu tersenyum dan lupa akan apa yang ingin aku katakan. Dia susah senang aku. Tidak akan aku lupa. Saat aku dan dia menangis bersama kerana kesempitan hidup di universiti, kami masih gagah untuk menempuh hari mendatang. Meskipun wang makin menipis, tapi kami masih saling memiliki. Masih bisa menatap wajah kesayangan setiap hari, bersenda setiap hari.

143 hari yang indah.

Alhamdulillah. Aku masih bersyukur kerana masih diizinkan berkawan rapat dengannya. Aku tahu, jauh dalam lubuk hati, kita masih saling mencintai. Masih sangat kuat. Yang memberi rasa sayang itu adalah Allah SWT. Suburkan dengan doa. InsyaAllah, bahagia menyusul selanjutnya.

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. - Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 
 


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Khamis, 4 Februari 2016

Alhamdulillah! Dah Dapat Petunjuk!

Assalamualaikum :)

Setelah berhari-hari aku bertapa depan laptop, akhirnya Allah telah memberikan aku petunjuk tentang apa yang harus aku tulis dan karang. Alhamdulillah!

Aku sangat gembira *ayat cliche
Dan sesungguhnya, aku sangat gembira. *double cliche

InsyaAllah, malam ini aku akan stay up siapkan draf idea dan buat dengan lebih detail, cantik, menarik dan kemas. InsyaAllah, semoga usaha ini terus dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Setelah semuanya selesai, aku tidak sabar untuk mengkaji dan menghayati seni pidato yang akan aku bawa untuk berjuang. Amiin.

Masih kekal dengan tema pendidikan. Aku pernah terfikir untuk tukar balik kepada tema perpaduan memandangkan aku tinggal di bumi Sarawak yang kaya dengan etnik, tetapi aku yakin, pilihan pertama itu selalunya lebih tepat. Aku ikut kata hati. Tawakal dan yakin, ini yang terbaik.

InsyaAllah.

Take five. Masa untuk aku keluar ambil angin. Nanti malam sambung lagi sambil cari info-info best untuk diletakkan dalam teks. Yeahh!

See ya!


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Rabu, 3 Februari 2016

.inspirasi dan sweet satisfactory,perhaps

Assalamualaikum :)

Di petang yang hening ini, aku masih bergelut mencari inspirasi untuk menyiapkan teks pidato aku. Aku harap aku boleh siapkan teks ini dalam masa yang terdekat sebab aku perlukan masa untuk latihan dan menghafal teks. Ya Rabbi, umur sekarang tak macam sekolah rendah dulu, satu malam boleh hafal dua ke tiga teks sekali jalan. Sekarang, entah-entah satu perenggan makan masa satu malam. *Sigh

Aku pilih tema pendidikan. Sifu aku cakap, pilih tajuk yang dekat di hati dan dekat dengan kita. Aku dekat dengan pendidikan dan perpaduan. Aku suka tajuk perpaduan. Tapi, di saat aku buntu memilih tema yang ingin aku ketengahkan, aku teringat novel Sang Pemimpi karya Andrea Hinata, penulis Indonesia. Watak Aral mengingatkan aku tentang bagaimana perjalanan hidup susah tiga sekawan di Pulau Belitung yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading bersama-sama untuk mengubah nasib hidup. Satu-satunya novel yang membuatkan aku menangis bila membacanya sampai habis. Menyentuh hati aku. Bukan kerana gaya bahasanya yang sangat agung, yang aku akui, aku pun takkan mampu sampai ke tahap itu, *itu masih belum mampu membuat aku menangis* , tetapi kerana aku sudah blend dalam jalan cerita itu.

Kesakitannya aku rasa, aku tewas lalu ku menangis.
Kegembiraanya aku rasa, aku girang lalu ku tersenyum.

Satu lagi, aku teringat akan kata-kata kedua ibu bapa ku. Ibu aku pernah berkata, tuntutlah ilmu tidak kira apa pun ilmu itu. Jika ditakdirkan kamu seorang doktor dan melihat orang kesusahan di jalanan, kamulah wira mereka kerana dengan ilmu, kamu bisa membuat apa sahaja, bahkan juga membaiki kereta.

Ayah aku pula pernah berkata, menuntut ilmu di MRSM dan di Gedong, tiada bezanya kerana silibus adalah sama. Yang berbeza adalah diri manusia itu sendiri. Sama ada mahu berjaya atau pun tidak.


Macam tu lah aku dapat inspirasi nak buat tema pendidikan ini. Niat aku cuma satu, ingin mengharumkan nama UNIMAS, nama bumi Sarawak, nama Malaysia juga ingin berkata pada dunia bahawa inilah suara hati saya kepada sahabat dan orang-orang di luar sana. InsyaAllah, semoga tema ini memberi tuah kepada aku untuk berpidato pada kali ini. Ini kali pertama aku berpidato di peringkat tinggi. Semoga diberi kejayaan. Aku harap teks yang aku buat juga setanding dengan teks-teks hebat yang lain. Amiin. 


Much love, 
@imsopipahhh xoxo

Isnin, 1 Februari 2016

.flashback

Assalamualaikum.

To be honest, I have no idea on how to start, to make a catchy sentence, the first line that will forever be known as my usual story. Be remembered. My identity. *Do I have identity anyway? Forget it. I typed, then I backspaced them. I repeat that for several times before I decided to write my first paragraph like this. It took me twenty minutes.

Sometimes, I do read my own blog. Most of the time, they’re funny. There was once I told to myself, oh my god, you’re so idiot, why would i wrote that?, this is pre-mature stage of my life, if only I didn’t do it in the past, I won’t write this. If I didn’t do it in the past, I won’t have memories. If I don’t have memories, I don’t have anything to write then. What is the function of the blog anyway? Memories are meant to be remembered.

Talking about memories, the reason on why I create a blog is I’m curious what a blog is. What can I put in it, how I’m going to interact with people using this shit, and the most important, is this thing is going to be the next “great” thing after Facebook? If it is, I will be the first person among my friends who discover this “great” thing. It’s huge and it means a lot. People will come to you because you’re the founder, the master, the sifu, the guru, the what-so-ever they call it. And you’ll be remembered. Once again.

The first person who introduced blog to me is my maths teacher, Mdm Zarithwaty. When I was Form 2, my friends (including me) are so excited to tell each other about how they discover every single parts and sections in Facebook ; from status posting to poking long-time-no-see friends. Then, my teacher came and said, “Facebook is lame, people now blogging, you should have one,”

And so, I created one. My one and only blog. I still remember, the first name I had given to my blog is “persona figura primadona”. It sounds pretty and bombastic and long. but now, it sounds funny. Persona literally means the poet. Poet means to tell stories and express feelings. Figura primadona means a royal person. That’s me. I’m a royal, to myself. But after I used the name for quite some times, I discarded it because it’s not interesting, too fancy *yes, it is, and it doesn’t suit me anymore. I found a new name.

Eppy The Rawr. Hmm. It’s another failure because once again, I think it doesn’t suit me well. I changed the name to #beautyandthebeat.

#beautyandthebeat is originated from Bieber’s song, along with Nicki Minaj. Although I didn’t listen to the song *I don’t even remember the rhythm because I’m not Believers, I picked it because it sounds nice and I use it till now. I have plan to discard this name too, change it to a one-word name, but I don’t have any suitable words to replace it.

Till then, I'll continue the story next time. :)
Bye.


Much love,
@imsopipahhh xoxo