Selasa, 19 Jun 2012

Awas!For Those Who Had Married Only! Jangan Buat Perkara Pelik-Pelik Masa Isteri Mengandung!

Assalam :(


Hari ini...kalau entri aku,mesti bermula dengan salam lepas tu,hari ni kan??Tak boring ke korang??So,bagilah cadangan mcm ner nak improve k? Okay,hari ini,aku digemparkan dengan berita kematian seorang isteri kepada cikgu PJK aku masa sekolah rendah dulu. Tak perlu lah aku nak sebut nama kat sini,orang dah meninggal,tak baik. Al-Fatihah kepada arwah,semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Amin.


Arwah meninggal masa nak melahirkan anaknya yang ke 8.Dia memang masih sihat,masih sempat jaga kedai lagi,tapi ajal mati orang Tuhan je yang tahu. Akhirnya,dia meninggal tengah malam tadi.


Tetapi...


Ada satu pantang orang tua yang si suami itu tak patuhi menyebabkan perkara seperti itu berlaku kepada isterinya. Dia memperbesarkan rumah kedainya. Kalau ikut kata orang tua-tua dulu,especially my mother punya inheritant yang cerita,Melanau..masa si isteri mengandung,si suami tak boleh :


1) Membuat kerja-kerja seperti menukul,memaku dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.


2) Memburu binatang di hutan.


Dan banyak lagi yang saya belum ketahui sebab belum sampai masanya untuk saya tahu dengan lebih detail. Tetapi yang pastinya inilah antara 2 pantang yang perlu dipatuhi semasa si isteri mengandung. Kisah cikgu aku ni pulak,dia membesarkan rumah kedainya,sebab kedai dia diiktiraf sebagai AgroBazaar 1Malaysia & Cawangan BSN. Kalau dah cakap membesarkan kedai,mesti dia ada sedikit sebanyak tolong orang buat kerja macam menukul. Rasionalnya,orang tua-tua dulu cakap,bahananya ialah nanti air ketuban si isteri pecah ataupun uri si dalam perut si ibu ni pecah.Kalau kes ketuban,of course,anak yang bermasalah nanti tapi kalau uri yang pecah,memang ibu yang berada dalam bahaya.

Bagi yang tak boleh buru binatang pulak,si suami yang tetap nak buat tu nanti,terimalah mimpi bayi menangis rupa mukanya macam binatang yang dia buru.Itu informasi yang saya dapatkan daripada my mother lh.





So,pesanan aku kat semua yang ada kat luar sana. Jangan buat benda yang boleh mendatangkan musibah kepada anda dan keluarga. Ingatlah orang yang tersayang. Kepada keluarga arwah,marlah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. 

Ahad, 17 Jun 2012

Remaja 16 Tahun Pecah Misteri Kebuntuan Sir Isaac Newton

Assalam :))


Malam-malam,memang ngantuk..tapi gagahkn jugak..huhu..layan je,ok??






Shouryya kini bergelar budak pintar selepas merungkai teori Sir Isaac Newton.
BERLIN,28 Mei - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.


Sabtu, 16 Jun 2012

Yeah,I'm A Perfectionist.

Assalam :))


Okay,lepas google-google macam macam dari tadi,terjumpa satu artikel pasal jenis-jenis darah ni..dan yang paling menariknya..ia merupakan personaliti untuk darah A..aku darah A..so,nak tahu jugak lah apa kan??Chekidaut,man!


Fakta :

Mereka yang berada didalam kumpulan darah A akan menghasilkan antigen 'A' didalam sel merah dan antibodi 'B' di dalam plasma.

Personaliti :

Jenis darah A selalu dikaitkan dengan personaliti berikut : sensitif terhadap keperluan orang lain (suka menolong),pendengar yang baik , sangat terperinci , analisis, kreatif, inventif (merekacipta). Mereka selalunya dilihat sebagai individu yang tenang di luar tetapi didalam penuh dengan kerisauan dan susah hati.


Dianggap sempurna. Seorang yang pemalu dan sensitif. Pendiam , stabil dan bertimbang rasa. Seorang pendengar yang baik dan sensitif terhadap warna dan persekitaran. Individu ini sangat suka berfesyen dan mengikut trend terkini , tetapi tidak menyerlah dan tidak menonjol . Sangat menyukai sesuatu yang romantik dan sering berkhayal dengan dunia imaginasi sendiri. 



Dalam perhubungan cinta , A serasi dengan individu kumpulan darah A dan AB [kalau jodoh , tak kira pun pasal darah ni]

Kerjaya pilihan : Akauntan,pakar ekonomi , pustakawan,penulis , computer programmer, kolumnis gossip.

Individu berdarah A juga cenderung sebagai seorang yang suka bekerjasama , sensitif , pintar , bersemangat,  dan bijak. Sering merasa bimbang apabila bersama-sama dengan orang lain. mampu menahan emosi. Kebanyakan mereka tidak sabar , mudah marah dan tidak dapat tidur lena. Mampu untuk dilantik sebagai ketua , malangnya tidak digalakkan kerana , stress tidak elok untuk mereka yang berdarah A.

Individu berdarah A juga dikenali sebagai 'Perfectionist' .

Yang paling aku suka dekat situ ialah perkataan PERFECTIONIST yang betul-betul menggambarkan siapa aku yang sebenarnya..haha..jahat..aku perfeksionis..lawak pun ada..



Jumaat, 8 Jun 2012

Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Sarawak 2012

Assalam :))


Tadi blackout..so..duduk sorng-sorang lah dalam gelap for about 30 minutes?hehe..don't worry..aku tak pa2..see??aku masih boeh tulis entri lagi untuk korang..ok..ini pun pmintaan dari stalker..sambungan entri petang tadi..tapi yang ni,peringkat negeri punya.


Ok..aku pergi untuk state level around April kalau tak silap..macam tu lah..first day aku nak pegi,pagi tu..macam biasa lah,sekolah dulu..tengah hari tu,baru berangkat. Tapi kali ni,aku punya guru pengiring lain dah..perempuan..nama dia Cikgu Juanah. Hehe. Aku pergi dengan adik aku untuk peringkat negeri sbab dia pun menang jugak division tapi dia sekolah rendah punya. Aku secondary. :) 


So,masa tu, aku percaya kat janji Melayu. Cakapnya sampai pukul 1:30 tapi 1:50 baru sampai. Memang tak guna langsung.Satu bas. Sampai depan sekolah. Nasib baik ada aircond. Kalau tak ada..aku pun masuk jugak sebab aku tak memilih tapi disebabkan aku terlalu merasa berada dalam suatu tempat yang jahanam panasnya masa tu,aku bilang bas itu harus ada aircond. Hah!


Well. Aku pergi satu kontinjen untuk karnival bahasa melayu. so,kalau dah namanya karnival,of course banyak acara kan??So,aku wakil untuk pidato,adik aku pidato sekolah rendah,my kazen wakil untuk bercerita sekolah rendah tahap 2 dan anak cikgu matematik aku dulu wakil untuk bercerita sekolah rendah tahap satu. Yang lain-lain tu,banyak jugak..tapi diorang majoriti nya asal sekolah cina.Dari sebuyau,samarahan and other else lah..diorang wakil untuk kuiz bahasa melayu n syarahan bahasa melayu kategori sjkc/sjkt.


Haha..sekarang masa perjalanan..aku duduk sebelah cikgu lah..tapi entah kenapa..bas itu terlebih reostatnya kot..rasa dalam peti sejuk lah pulak kali ni..sampai ke sudah aku kesejukan dalam tu..around 6:30 kitorang sampai kat Sarikei. Kalau perjalanan tu ke Miri,aku kira mesti aku dah jadi ikan freeze dalam bas tu. Haha. Kitorang diturunkan depan-depan tempat kitorang menginap iaitu Dragon Inn. Boleh tahanlah hotel tu. 3 star je. :)


So,macam biasa,malam dia ada mesyuarat para cikgu pengiring tentang undian lah,maknan lah,syarat lah n bla-bla-bla. Some sort like that la. Aku ditinggalkan dekat bilik hotel sebab aku nak practice. Aku pun perlu adjust sikit-sikit. Seperti mana pengalaman aku masa sekolah rendah dulu,peringkat negeri ni,orang kuat pidato,Kuching,well of course..juara bertahan..but not almost every year la. Dan wakil nya tak lain tak bukan kalau Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Kalau sesiapa yang tak tau kolej tu letaknya kat mana,kat Kuching,pegi je Pustaka Negeri Sarawak,mesti jumpa punya. Pustaka memang best lah kalau korang nak gi sana. Especially kalau sapa nak amik wedding photo,pegi lah bergambar kat tangga kaca kat Pustaka. Gerenti korang akan terpegun dengan kecantikan nya dalam gambar korang. *Pause.Keluar topik sudah! 


Ok,yang kedua tough ialah Betong,Miri dan lastly,of course,tuan rumah. Tapi Samarahan pun tak kurang hebatnya. Hehe. Ok,tapi ada satu kejadian yang tak disangka berlaku masa mesyuarat malam tu. Cikgu aku cerita balik kat aku..dia cakap wakil dari Kuching minta tajuk spontan..tapi..penganjur cakap,susah lah korang nak cari bahan nanti,,kesian kat korang..ttapi tiba-tiba berlaku pertelagahan..so,lastly,dia cakap tak nak pakai tajuk spontan yang dah dicadangkan oleh penganjur sebelum tu,dengan alasan diorang tak dapat tajuk spontan tu dari Pejabat Pelajaran diorang. And then lagi teruk..kalau dia dapat tahu yang ada tajuk spontan yang ada dalam senarai tu keluar,dia akan pertikaikan keputusan tu and akan bawak ke pihak atasan.Woww!!Hebat kan dia??


Hey??What??But aku peduli apa..haha..aku lagi suka kalau benda tu spontan langsung. Aku tak suka nak menghafal 11 teks tapi akhirnya nanti kena speech kan satu teks je. What a waste kan??Ada hikmahnya semua tu. Aku try untuk rilek malam tu and cuba jugak hafal nota-nota penting,kinda facts about the country and some statistics. Yahh..well..seeerrrrrr...tapi aku masih menghadapi masalah dengan masa..tapi dah terlambat lah..but aku akan cuba yang terbaik untuk hari esok tu. Aku tidur dengan penuh debaran.


Tiba hari esok..wahh..cikgu aku harum semerbak..aku yang nak pegi bertanding tak de pun rasa nak pakai minyak wangi satu tong drum..haha..tapi tak pe..cikgu tu pun first time bawak pelajar pegi-pegi cenggitu..excited agaknya kot. Hehe. Ok. Well,aku melangkah masuk dan daftar. Duduk kat kerusi. Aku tengok sebelah ada budak. Dari sekolah lain. Sibu. Aku masih ingat. Dia dari SMK ROSLI DHOBY. Sekolah yang memang famous satu Sarawak sebab nama nya yang senang nak diingat kot??Yelah..wira negara.ROSLI DHOBY. Sapa tak kenal tu,bukan warganegara Sarawak lah dia. Aku tegur dia dulu.Awek ni. Tapi dia ni..emm..mesra-mesra ayam.Faham tak macam mana??Aku malas nak bebel panjang-panjang. Aku tanya sepatah,dia cakap sepatah. Tapi aku kira ada sebab dia buat macam tu. Cikgu Cina dia tiba-tiba sampuk aku,dia tidak tahan aircond ma..sebab tu dia gemuruh sangat macam tu," sambil senyum kat aku..wah..bestnya orang tua ni..boleh pulak sampuk aku..suka-suka..haha.. :D


Aku giliran ke 4 daripada 10 orang peserta. Kitorang start lewat hari tu gara-gara Kapit. They said that they was on the way there but sampai tengah hari,lepas habis acara pun,muka tak nampak-nampak. Tipu lah tu. *eeh,senang-senang je cakap tipu. Haha. Aku kan jahat. So,kita teruskan lah. First contestant is from Miri. SMK Kabong. Namanya Dorrithy Donald. Dia ni lah memang hebat,punya karisma yang sangat kuat. Hehe. Aku suka dia punya style,walaupun badan dia halus je tapi suara waja. Bagus sangat. Aku salute lah. Spontan dia,disebabkan aku tak tengok..aku cuma dengar dari apa cikgu aku cakap,she's the best..:"(


Peserta kedua,dari Sri Aman. SMK Engkelili. Budak dapat num 2 untuk Pidato PNB tahun lepas. Yup. Aku masih ingat sebab aku bukan penghidap alzheimer. Hehe. Untuk first round,dia memang power,dengan pakaian..dengan jelingan mata..dengan gaya..almost perfect..but sayang,spontan dia lebur...


Peserta ketiga,aku tak ingat sapa..beralih kepada aku teruslah..hehe..aku??Macam biasa,I can do it perfectly untuk first round..tajuk yang sama untuk division level..macam tu jugak untuk second round,aku sangat berpuas hatilah sebab aku ingat some facts yang mengancam..haha..like Sukarno,Alberto Fujimori..kerajaan Umaiyyah,Mamluk..dah lepas sangat rasa terbeban time tu..aku terkena tajuk NILAI-NILAI MURNI PERLU DIPUPUK SEJAK DI BANGKU SEKOLAH. Aku bersyukur dapat tajuk tu. Hehe. :))


Bagi division Kuching pulak,bukanlah nak cakap tak bagus,tapi di mata aku sebagai penonton,pemidato tu pidato macam nak menangis. Tak bersemangat. Baru round satu. Aku cakap kat dalam hati,spontan dia ni mesti larut. Check2,tu dia..KELDAI DADAH,MENGAPA DAN CARA MENGATASINYA. Mengarut punya tajuk dia dapat. Satu perkataan je dapat aku sampaikan pada dia masa tu dalam hati aku. Kesian.


Yang lain-lain,aku malas nak cerita panjang-panjang..average lah diorang..cuma yang bagus untuk first round selain daripada yang dekat atas tadi ialah Betong & Sarikei. Tapi biasalah..spontan itu celaka. 


So,habis untk pidato scondary..hari yang seterusnya untuk sekolah rendah punya aktiviti. Aku buat apa? Jalan-jalan cari makan. Cari barang. Macam-macam lah. Tiba kat Terminal Tiga. Teringat pulak yang kalau aku dibagi sebulan kat situ,nak je aku terjun dalam bot ekspres,terus pulng kampung mak aku. Tempat aku lahir. Haha. Tak jauh. Kalau pakai bot ekspres. Dalam 1 hour 1/2 sampai lah. Hehe **


Ok,sampai lah hari yang dinanti-nanti..pengumuman pemenang. Rasa tak tenang sangat-sangat sebab gabra lah..Takut nanti tak seperti yang diharapkan. So,teruskan jelah,ok?
Tempat ketiga jatuh kepada Samarahan. Yeayyy!!Aku tu.. Alhamdulillah. Tak sia-sia perjuangan aku selama ni. Tempat kedua,Limbang. Tapi aku tiba-tiba rasa agak tak puas hati sebab budak tu tak de lah vogue sangat. Isi pun ok2 je. Spontan . Entahlah. Tak tahu lah macam mana nak komen. Tapi dah rezeki dia,nak buat macam mana kan?Dan tempat pertama jatuh kepada Miri. Aku dah syak Miri yang menang. Well..congrates kepada yang menang. Hehe..Over all,aku rasa puas sebab aku dah sampai sejauh ni dengan penat lelah aku bersendirian yang buat semua tu.


Heyy..masa balik tu,walaupun rasa sedih jugak tapi berbaloi lah aku pulang dengan piala kemenangan. Dalam bas yang sama,aku terpandang seseorang yang macam aku kenal. Rupa-rupanya,aku baru tahu yang aku sama pergi dengan adik atlet terjun negara,Pandelela Rinong. Adiknya nama Parcelia Renyelia. Haisshh...kalau aku tahu dari awal,aku minta je num kakak dia,buat jadi kawan. Aigooo! 



p/s : sory,yang ni tak de gambar.kalau aku jumpa gambar dia,aku taruk sini. ok? peace! :))

Khamis, 7 Jun 2012

Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Bahagian Samarahan 2012

Assalam :)


Petang yang memenatkan dan sedikit mengecewakan aku..tapi tak pe..hidup kan ada turun naik nya..atas bawahnya,kan??so,chill lah.. ;)


Ok,memandangkan ada permintaan dripada stalker blog ni,aku pun tak tau sapa,dia tak letak link dia,so aku penuhikan aje..tak salahkn..hehe..tak pe..sekali-sekala dia suruh aku ceritakan pengalaman semasa zaman sekolah ni.. :D


Ini pengalamn pertandingan pidato aku untuk tahun ni..untuk tahun 2011,aku tak join sebab masa aku menang tahun 2010 tu,my teacher said that ada orang yang pertikaikan kemenangan aku,n said there's bias,she's just a little kid and you gave her the runner up trophy,it's not fair,man and bla-bla-bla..well..the school didn't send me but there's a boy,quite talkative but not an expert in impromptu speech..the school sent him..I'm not a greedy girl..so,just let them la for 2011..SMK Asajaya won but I don't sure she get it in state level..ah..ignore them..perkara yang dah lepas jangan dikenang kan??hehe :) 


Ok,sekarang nak ceritakan perkara yang sebenar..chewah..haha..neves??tak lah kan..buat apa neves..nampak jugak ayatnya kat bawah tu..haha..ok..kali ni,pertandingan pidato ni diadakan dekat SMK TEBEDU. A big school,n NEW school.New environment jugak lah..well..2 weeks before the competition,I karang pidato but I got no idea..what?? Sepanjang about 4-5 days,masa terbuang macam tu je sebab tak de idea langsung nak buat apa..babe,this is serious matter..aku tak de guru pembimbing..yang ada,guru PENGIRING..yang bawa aku pergi and balik je..sebab apa??Sebab cikgu percayakan aku..huhu..akibatnya,akulah yang merana..berlatih sendiri..buat teks sendiri..pordaaaa..tapi nasib baik aku minta tolong kat sorang cikgu ni,nama dia Cikgu CHE HASNA ISMAIL. Tapi dia tukang kasi isi je..macam mana lah..hu..boleh pakai lah tapi sikit je..n then,teks siap..aku ada masa kurang lebih seminggu nak prepare semua..menangis air mata darah aku,stress dengan semua tu..sakit hati pun ada..tapi aku kuatkan semangat..sampailah...


**HARI PERTANDINGAN**

Ok,bangun awal pagi..cuci muka..mandi,,sarapan...bla-bla-bla- tak yah cerita lah kan??Aku sensored kan part tu..18SX walaupun dok..hehe..perjalanan dari sekolah aku ke sekolah tu lama lah jugak..around 1 hours??macam tu lah..tiba je kat sekolah..tengok semua dah ada..kecuali some contestants yang jauh-jauh macam dari Wira Penrissen,Asajaya n others yang lain tu la..semuanya ada 16 contestants kalau tak silap..sikit je..maybe sebab kurang pelapis kot..banyak jugak sekolah yang tak hantar..Simunjan No.1 tak hantar..tapi aku lagi hepi lah dorang takde..hehe..cerah peluang..aku kontestant number 5..not bad..alhamdulillah..haha ;p

Satu demi satu...

Tajuk sama..isi sama...gaya je lain..

& Tibalah giliran aku..

Bergetar jugak sebab lama dah tak berpidato..ada pun tahun lepas,KPBPNB tu,dapat saguhati je..tajuk aku ..haaaa..ada lain sikit..INDUSTRI PELANCONGAN MENJANA EKONOMI NEGARA..majoriti pilih tajuk AMALAN GAYA HIDUP SIHAT MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP..tajuk memang bes tapi...banyak yang pilih,,so,pasang strategi lah..kalau dah banyak pilih tajuk tu,pilih tajuk lain lh kan??hehe..Aku buka mulut,then..!@#$%^&*() habis...aku potong satu isi sebab dia minta 3 je..hehe..everything aku rasa boleh la..tak excel sangat..


Tak lama lepas tu,tiba pulak masa spontan..aku konfiden aku boleh jwab..aku cakap macam tu je sebab kita tak tahu apa akan terjadi lepas ni..so..korang tau aku cabut apa?? AMALAN RUMAH TERBUKA WAJAR DIAMALKAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA..
Yoh??Haha..melompat girang dapat tajuk tu sebab memang bes..aku paling pandai dn arif sal perpaduan  ni..dan aku dapat banyak maklumat jugak pasal rumah terbuka..so??aku bantai lah..cukup 4 empat isi,aku pusing,aku turun.aku jalan.aku duduk..huh..lega hati beb.. :)


So,pesaing terdekat of course juara tahun lepas,SMK ASAJAYA..but tawakal je lah.kite dah buat yang terbaik..hehe..dia memang power tapi gaya dia overrrr kot??like that la..pandai describe macam tu je..hehe.. :)


Selingan pulak,tengok orang menari..actually,aku teringin jugak nak pakai pakaian tradisional,menari kat atas pentas..tapi kekangan masa you know..I can be a great dancer,u know..in my dream..haha..tapi satu lah yang tak bes tengok orang menari kalau diorang tak pro,diorang susah sangat nak senyum..mungkin faktor gabra buat dia macam tu..aku pun tak tahu..hehe..kalau aku,aku sanggup jadi orang gila kat atas tu.. :)


Stop. So,sekarang masa nak umum sapa pemenang. Dup Dap Dup Dap tapi berhenti sekejap. Rasa cam dah tahu je siapa pemenang dia. Tapi pedulikan lah..Num 5,SMK ASAJAYA..so mengejutkan wo..tak tahu kenapa boleh jadi macam tu..number 4,SMK SERIAN..my friend jugak..tapi tak sangka jugak dia dapat..hehe..num 3,SMK KOTA SAMARAHAN..saingan sengit jugak..well,num 2,SMK WIRA PENRISSEN..aku kengkadang heran jugak sekolah ni,sentiasa ada pelapis untuk aktiviti macam ni..well done lah cikgu diorang..memang dahsyt! AND THE CHAMPION FOR 2012..jatuh kepada...SMK GEDONG! Hehe..I agak gembira tapi tak rasa surprise sebab masa hakim lipat kertas nak masukkan dalam sampul,aku tengok petak num 1,nama sekolah ku that is SMK GEDONG. Well,aku tak mengharap sangat takut nanti bukan pulak,kan??Tapi,alhamdulillah,,aku dapat prgi Sarikei untuk state level..


So,masa balik??Heiii..kereta bertunda lah pulak..huhu..tu lah..tapi bes jugak rasanya pulang dengan kereta bertunda ni..hehe..sampai jugak akhirya kat rumah..alhamdulillah..cikgu tahun ni,tak belanja kita apa2 macam tahun 2010 tapi..tak pe..aku tak mengharap pun..hehe..


So,inilah kisah aku untuk tahun 2012 for division level..tak lah hebat mana,tak teruk mana.tapi nantikan kisah aku untuk state level. lagi dahsyat. okie?? Nak undur diri,kena ucap..


Wassalam. Have a nice day! :)









p/s : pic-pic ni segar dari ladang,ok?tak ada susuk atau sebarang suntikan gelatin untuk mencantikkan wajah para pelakon yang ada dalam pic tu..n satu lagi..I nak cakap tapi I lupa..tak yah cakap lah kalau cenggitu kan?hehe..