Yeah,I'm A Perfectionist.

By Eppy Ismail - 11:51 PTG

Assalam :))


Okay,lepas google-google macam macam dari tadi,terjumpa satu artikel pasal jenis-jenis darah ni..dan yang paling menariknya..ia merupakan personaliti untuk darah A..aku darah A..so,nak tahu jugak lah apa kan??Chekidaut,man!


Fakta :


Mereka yang berada didalam kumpulan darah A akan menghasilkan antigen 'A' didalam sel merah dan antibodi 'B' di dalam plasma.

Personaliti :

Jenis darah A selalu dikaitkan dengan personaliti berikut : sensitif terhadap keperluan orang lain (suka menolong),pendengar yang baik , sangat terperinci , analisis, kreatif, inventif (merekacipta). Mereka selalunya dilihat sebagai individu yang tenang di luar tetapi didalam penuh dengan kerisauan dan susah hati.


Dianggap sempurna. Seorang yang pemalu dan sensitif. Pendiam , stabil dan bertimbang rasa. Seorang pendengar yang baik dan sensitif terhadap warna dan persekitaran. Individu ini sangat suka berfesyen dan mengikut trend terkini , tetapi tidak menyerlah dan tidak menonjol . Sangat menyukai sesuatu yang romantik dan sering berkhayal dengan dunia imaginasi sendiri. 



Dalam perhubungan cinta , A serasi dengan individu kumpulan darah A dan AB [kalau jodoh , tak kira pun pasal darah ni]

Kerjaya pilihan : Akauntan,pakar ekonomi , pustakawan,penulis , computer programmer, kolumnis gossip.

Individu berdarah A juga cenderung sebagai seorang yang suka bekerjasama , sensitif , pintar , bersemangat,  dan bijak. Sering merasa bimbang apabila bersama-sama dengan orang lain. mampu menahan emosi. Kebanyakan mereka tidak sabar , mudah marah dan tidak dapat tidur lena. Mampu untuk dilantik sebagai ketua , malangnya tidak digalakkan kerana , stress tidak elok untuk mereka yang berdarah A.

Individu berdarah A juga dikenali sebagai 'Perfectionist' .

Yang paling aku suka dekat situ ialah perkataan PERFECTIONIST yang betul-betul menggambarkan siapa aku yang sebenarnya..haha..jahat..aku perfeksionis..lawak pun ada..



  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen