Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Sarawak 2012

By Eppy Ismail - 12:03 PG

Assalam :))


Tadi blackout..so..duduk sorng-sorang lah dalam gelap for about 30 minutes?hehe..don't worry..aku tak pa2..see??aku masih boeh tulis entri lagi untuk korang..ok..ini pun pmintaan dari stalker..sambungan entri petang tadi..tapi yang ni,peringkat negeri punya.


Ok..aku pergi untuk state level around April kalau tak silap..macam tu lah..first day aku nak pegi,pagi tu..macam biasa lah,sekolah dulu..tengah hari tu,baru berangkat. Tapi kali ni,aku punya guru pengiring lain dah..perempuan..nama dia Cikgu Juanah. Hehe. Aku pergi dengan adik aku untuk peringkat negeri sbab dia pun menang jugak division tapi dia sekolah rendah punya. Aku secondary. :) 


So,masa tu, aku percaya kat janji Melayu. Cakapnya sampai pukul 1:30 tapi 1:50 baru sampai. Memang tak guna langsung.Satu bas. Sampai depan sekolah. Nasib baik ada aircond. Kalau tak ada..aku pun masuk jugak sebab aku tak memilih tapi disebabkan aku terlalu merasa berada dalam suatu tempat yang jahanam panasnya masa tu,aku bilang bas itu harus ada aircond. Hah!


Well. Aku pergi satu kontinjen untuk karnival bahasa melayu. so,kalau dah namanya karnival,of course banyak acara kan??So,aku wakil untuk pidato,adik aku pidato sekolah rendah,my kazen wakil untuk bercerita sekolah rendah tahap 2 dan anak cikgu matematik aku dulu wakil untuk bercerita sekolah rendah tahap satu. Yang lain-lain tu,banyak jugak..tapi diorang majoriti nya asal sekolah cina.Dari sebuyau,samarahan and other else lah..diorang wakil untuk kuiz bahasa melayu n syarahan bahasa melayu kategori sjkc/sjkt.


Haha..sekarang masa perjalanan..aku duduk sebelah cikgu lah..tapi entah kenapa..bas itu terlebih reostatnya kot..rasa dalam peti sejuk lah pulak kali ni..sampai ke sudah aku kesejukan dalam tu..around 6:30 kitorang sampai kat Sarikei. Kalau perjalanan tu ke Miri,aku kira mesti aku dah jadi ikan freeze dalam bas tu. Haha. Kitorang diturunkan depan-depan tempat kitorang menginap iaitu Dragon Inn. Boleh tahanlah hotel tu. 3 star je. :)


So,macam biasa,malam dia ada mesyuarat para cikgu pengiring tentang undian lah,maknan lah,syarat lah n bla-bla-bla. Some sort like that la. Aku ditinggalkan dekat bilik hotel sebab aku nak practice. Aku pun perlu adjust sikit-sikit. Seperti mana pengalaman aku masa sekolah rendah dulu,peringkat negeri ni,orang kuat pidato,Kuching,well of course..juara bertahan..but not almost every year la. Dan wakil nya tak lain tak bukan kalau Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Kalau sesiapa yang tak tau kolej tu letaknya kat mana,kat Kuching,pegi je Pustaka Negeri Sarawak,mesti jumpa punya. Pustaka memang best lah kalau korang nak gi sana. Especially kalau sapa nak amik wedding photo,pegi lah bergambar kat tangga kaca kat Pustaka. Gerenti korang akan terpegun dengan kecantikan nya dalam gambar korang. *Pause.Keluar topik sudah! 


Ok,yang kedua tough ialah Betong,Miri dan lastly,of course,tuan rumah. Tapi Samarahan pun tak kurang hebatnya. Hehe. Ok,tapi ada satu kejadian yang tak disangka berlaku masa mesyuarat malam tu. Cikgu aku cerita balik kat aku..dia cakap wakil dari Kuching minta tajuk spontan..tapi..penganjur cakap,susah lah korang nak cari bahan nanti,,kesian kat korang..ttapi tiba-tiba berlaku pertelagahan..so,lastly,dia cakap tak nak pakai tajuk spontan yang dah dicadangkan oleh penganjur sebelum tu,dengan alasan diorang tak dapat tajuk spontan tu dari Pejabat Pelajaran diorang. And then lagi teruk..kalau dia dapat tahu yang ada tajuk spontan yang ada dalam senarai tu keluar,dia akan pertikaikan keputusan tu and akan bawak ke pihak atasan.Woww!!Hebat kan dia??


Hey??What??But aku peduli apa..haha..aku lagi suka kalau benda tu spontan langsung. Aku tak suka nak menghafal 11 teks tapi akhirnya nanti kena speech kan satu teks je. What a waste kan??Ada hikmahnya semua tu. Aku try untuk rilek malam tu and cuba jugak hafal nota-nota penting,kinda facts about the country and some statistics. Yahh..well..seeerrrrrr...tapi aku masih menghadapi masalah dengan masa..tapi dah terlambat lah..but aku akan cuba yang terbaik untuk hari esok tu. Aku tidur dengan penuh debaran.


Tiba hari esok..wahh..cikgu aku harum semerbak..aku yang nak pegi bertanding tak de pun rasa nak pakai minyak wangi satu tong drum..haha..tapi tak pe..cikgu tu pun first time bawak pelajar pegi-pegi cenggitu..excited agaknya kot. Hehe. Ok. Well,aku melangkah masuk dan daftar. Duduk kat kerusi. Aku tengok sebelah ada budak. Dari sekolah lain. Sibu. Aku masih ingat. Dia dari SMK ROSLI DHOBY. Sekolah yang memang famous satu Sarawak sebab nama nya yang senang nak diingat kot??Yelah..wira negara.ROSLI DHOBY. Sapa tak kenal tu,bukan warganegara Sarawak lah dia. Aku tegur dia dulu.Awek ni. Tapi dia ni..emm..mesra-mesra ayam.Faham tak macam mana??Aku malas nak bebel panjang-panjang. Aku tanya sepatah,dia cakap sepatah. Tapi aku kira ada sebab dia buat macam tu. Cikgu Cina dia tiba-tiba sampuk aku,dia tidak tahan aircond ma..sebab tu dia gemuruh sangat macam tu," sambil senyum kat aku..wah..bestnya orang tua ni..boleh pulak sampuk aku..suka-suka..haha.. :D


Aku giliran ke 4 daripada 10 orang peserta. Kitorang start lewat hari tu gara-gara Kapit. They said that they was on the way there but sampai tengah hari,lepas habis acara pun,muka tak nampak-nampak. Tipu lah tu. *eeh,senang-senang je cakap tipu. Haha. Aku kan jahat. So,kita teruskan lah. First contestant is from Miri. SMK Kabong. Namanya Dorrithy Donald. Dia ni lah memang hebat,punya karisma yang sangat kuat. Hehe. Aku suka dia punya style,walaupun badan dia halus je tapi suara waja. Bagus sangat. Aku salute lah. Spontan dia,disebabkan aku tak tengok..aku cuma dengar dari apa cikgu aku cakap,she's the best..:"(


Peserta kedua,dari Sri Aman. SMK Engkelili. Budak dapat num 2 untuk Pidato PNB tahun lepas. Yup. Aku masih ingat sebab aku bukan penghidap alzheimer. Hehe. Untuk first round,dia memang power,dengan pakaian..dengan jelingan mata..dengan gaya..almost perfect..but sayang,spontan dia lebur...


Peserta ketiga,aku tak ingat sapa..beralih kepada aku teruslah..hehe..aku??Macam biasa,I can do it perfectly untuk first round..tajuk yang sama untuk division level..macam tu jugak untuk second round,aku sangat berpuas hatilah sebab aku ingat some facts yang mengancam..haha..like Sukarno,Alberto Fujimori..kerajaan Umaiyyah,Mamluk..dah lepas sangat rasa terbeban time tu..aku terkena tajuk NILAI-NILAI MURNI PERLU DIPUPUK SEJAK DI BANGKU SEKOLAH. Aku bersyukur dapat tajuk tu. Hehe. :))


Bagi division Kuching pulak,bukanlah nak cakap tak bagus,tapi di mata aku sebagai penonton,pemidato tu pidato macam nak menangis. Tak bersemangat. Baru round satu. Aku cakap kat dalam hati,spontan dia ni mesti larut. Check2,tu dia..KELDAI DADAH,MENGAPA DAN CARA MENGATASINYA. Mengarut punya tajuk dia dapat. Satu perkataan je dapat aku sampaikan pada dia masa tu dalam hati aku. Kesian.


Yang lain-lain,aku malas nak cerita panjang-panjang..average lah diorang..cuma yang bagus untuk first round selain daripada yang dekat atas tadi ialah Betong & Sarikei. Tapi biasalah..spontan itu celaka. 


So,habis untk pidato scondary..hari yang seterusnya untuk sekolah rendah punya aktiviti. Aku buat apa? Jalan-jalan cari makan. Cari barang. Macam-macam lah. Tiba kat Terminal Tiga. Teringat pulak yang kalau aku dibagi sebulan kat situ,nak je aku terjun dalam bot ekspres,terus pulng kampung mak aku. Tempat aku lahir. Haha. Tak jauh. Kalau pakai bot ekspres. Dalam 1 hour 1/2 sampai lah. Hehe **


Ok,sampai lah hari yang dinanti-nanti..pengumuman pemenang. Rasa tak tenang sangat-sangat sebab gabra lah..Takut nanti tak seperti yang diharapkan. So,teruskan jelah,ok?
Tempat ketiga jatuh kepada Samarahan. Yeayyy!!Aku tu.. Alhamdulillah. Tak sia-sia perjuangan aku selama ni. Tempat kedua,Limbang. Tapi aku tiba-tiba rasa agak tak puas hati sebab budak tu tak de lah vogue sangat. Isi pun ok2 je. Spontan . Entahlah. Tak tahu lah macam mana nak komen. Tapi dah rezeki dia,nak buat macam mana kan?Dan tempat pertama jatuh kepada Miri. Aku dah syak Miri yang menang. Well..congrates kepada yang menang. Hehe..Over all,aku rasa puas sebab aku dah sampai sejauh ni dengan penat lelah aku bersendirian yang buat semua tu.


Heyy..masa balik tu,walaupun rasa sedih jugak tapi berbaloi lah aku pulang dengan piala kemenangan. Dalam bas yang sama,aku terpandang seseorang yang macam aku kenal. Rupa-rupanya,aku baru tahu yang aku sama pergi dengan adik atlet terjun negara,Pandelela Rinong. Adiknya nama Parcelia Renyelia. Haisshh...kalau aku tahu dari awal,aku minta je num kakak dia,buat jadi kawan. Aigooo! 



p/s : sory,yang ni tak de gambar.kalau aku jumpa gambar dia,aku taruk sini. ok? peace! :))

  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen

  1. Assalamualaikum, aok, memang betulpun, Dorrithy Donald merupakan seorang pemidato yang sangat hebat! Pidato spontannya sangat lancar! Saya sudah lihatnya di peringkat kebangsaan ariya. Superb!!

    BalasPadam
  2. @Hafizwah,syabas lah kat nya,k? bes la dapat nanga nya kat kbangsaan..hehe :)

    BalasPadam