Sabtu, 20 Disember 2014

Saya cool tapi tak macho

Assalamualaikum.

Minggu ini merupakan minggu paling serabut saya sepanjang berada dalam Sem 2. Nampak macam banyak sangat dugaan jadi awal-awal sem 2 ni. Haha. Dengan kegembiraannya,datang pulak kehampaan dan kekecewaan. Tapi takdelah teruk sangat. Pernah rasa gagal exam tak? Macam tulah rasanya. Result yang memang dijangka kan? Kita tak kecewa sangat. :)

Bercakap pasal result yang dijangka ni,kenapa bila kita expect nothing daripada apa yang kita buat,dan apa yang turn out tu memang betul-betul tak jadi,kita tak rasa kekecewaan dan hampa yang teramat sangat? Kenapa? Kenapa? *sapa dapat jawab,saya bagi seposen. wee ;)

Sebab?

Sebab kita sudah menerima sebahagian daripada kegagalan sebelum kita betul-betul dihidangkan kegagalan. Kita pasrah bermakna kita terima kekalahan. Kita dah buat sehabis baik,then terpulang kepada doa dan expectation kita. Percaya pada kata hati. Kata hati selalunya betul. Paling penting,bila dah percaya,jangan lupa muhasabah diri dan ngadu kat Allah SWT. Ngadu kat dia,dia boleh ubah segala-galanya. Kunfayakun. Ngadu kat manusia,balik-balik kita pulak yang sakit hati sebab ngadu semata-mata nak ngadu,bukan nak dengar nasihat orang kan. Maksudnya dengan niat untuk orang dengar luahan hati. Saya faham,saya faham. *apakah? Adakalanya,kita tak nak dengar sebarang nasihat,kita cuma nak orang dengar. 

Hey,ngadu kat Allah SWT,Dia sangat-sangat faham tahu? Sebab Dia pencipta kita.

Kaitannya dengan cool? Kalau kita dah reda ni,mestilah buat rilek saja. Takkan nak terkejar sana sini menangis tak tentu arah,kan? Belajar menerima kekalahan dan expect akan kekecewaan ni membuatkan kita lebih kuat dan lebih matang. Bukanlah bermaksud saya menggalakkan korang semua bersikap macam ni setiap kali lepas buat sesuatu. Kalau dah rasa boleh buat tu,rasa konfiden untuk menang mesti ada,mesti optimis tapi jangan lupa selitkan juga rasa kalah ni sebab nanti kalau slek sikit daripada expectation,emosi dan perasaan tu takkan terganggu teruk dek kerana slek kat mana-mana. 

Slek yerr,bukan swaggg. :)

Minggu ini saja sudah cukup membuatkan saya berasa kembali tak tentu arah. Yelah,dalam masa saya ke arah untuk menyukai seseorang,rupanya Allah masih izinkan dia berjodohan dengan first lover dia. Harap-harap dia boleh jadi seorang pemimpin,terutamanya pemimpin keluarga yang baik nanti. Doa saya semoga berbahagia sampai akhir hayat. Tak mengapa. Allah ada,parents saya ada untuk membuatkan saya teringat. Wudhu' jadi penenang. Harapan mak ayah jadi semangat. Kawan-kawan jadi tonik senyum saya. Wahh,tenkiu korang ;) Tak sangka dalam situasi macam ni,saya boleh lagi tersenyum dan gelak-gelak. Pendek kata,kali ni,memang saya cool habis lah. Dah lama saya impikan untuk rasa macam ni tiap kali kecewa,baru pertama kali saya rasa,

Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT,

Saya cool tapi tak macho. Sebab saya perempuan. Saya cool dan ayu. Kot? Haha.

ayu ke macam gini? ayu? hehe. yang penting,cool ada. ;)

Selasa, 16 Disember 2014

To blame and to complaint

Assalamualaikum. 

Topik hari ni ideanya datang daripada apa yang lecturer English bagitau dalam kelas pagi tadi. Why? To blame and to complaint? He said that’s what typical Malaysians would do. When there’s problem,they would rather sit,blame and complaint. Kan? Yes. Even dalam kita hari-hari punya perlakuan pun,we did. 

Last sem,result teruk sebab lecturer tak pandai ajar.
Last sem,result collapse sebab exam susah.

Saya bagi example yang dekat dengan diri. Kenapa kita selalu tuduh orang lain? Kenapa kita selalu mengeluh kalau kita tak dapat apa yang kita nak? Pernah tak kita Tanya diri sendiri. Cukup ke usaha aku selama ni? Berkat ke apa yang aku buat selama ni? Just a few simple questions. C’mon. You ask yourself,you don’t involve orang lain pun. Jawab jujur tak? Jujur tapi slow je bunyi nak jawab kan? Tahu tak barrier apa yang buatkan slow je nak jawab? Ego. Ego melebihi rasa tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap amanah,terhadap tuntutan menuntut ilmu.

Saya tak bercakap tentang orang lain. Saya sendiri pun akui ada masalah yang sama. Tapi saya tidak tergolong dalam golongan yang kronik. Sebab saya akan dimarahi kalau mengeluh depan my father especially. Saya jenis yang lebih rela buat daripada kena marah. Daripada simpan hatred dendam hasad dengki dalam diri,lebih baik buat dan habiskan apa yang sepatutnya. 

Why don’t saya just buat saja apa yang patut kan? Salah satu cara untuk kita muhasabah diri. Kita buat silap apa,judge ourself first,baru judge orang lain. Malas belajar,jangan salahkan exam paper. Belajar rajin lagi. #selfmotivation hehe.

Semangat Sem 2! Gambate! *woot woot

Fighto awak! Wee! ;)


Selasa, 4 November 2014

Sorry,sir..

Assalmualaikum.

Nota pendek untuk sir.

Sir,maafkan saya. Saya dah banyak buat salah kat sir. Bila sir cakap yang sir sakit hati hari tu,saya memang betul-betul terasa. 

Sebab dalam banyak-banyak orang dalam tutorial,sayalah yang paling tak prepare.
Bila present,buat sir lagi sakit hati bila tengok studentnya macam tak pernah masuk kelas.
Padahal sir dah ajar sungguh. 

Bila lecture,saya paling kuat tidur. Tapi tak sampai berdengkurlah.
Mesti sir kecewa tengok saya tidur.
Sebab tu saya minum Nescafe tiap pagi,sir.
Demi sir.
Walaupun Nescafe tu mulanya tak sedap.
Lama-lama minum sedaplah pulak.
Sir mesti nampak saya tidur banyak kali dalam kelas sebab saya duduk baris depan.
LU belakang-belakang,sir jarang nampak saya tidur dalam lecture kan?
Sebab saya minum Nescafe lah,sir.

Sorry,sir.
Sorry banyak-banyak.

Dulu saya sekolah menengah,saya benci Chemistry,sir. Sebab madam selalu hukum saya. Sebab susah. Sebab saya kecewa bila dah belajar banyak kali buat latihan,markah paling tinggi saya 55. Saya tak pernah dapat A Chemistry,sir. 

Dan saya berharap lepas sekolah menengah,saya tak belajar Chemistry lagi. Rupanya tak.
Saya mesti belajar. 
Mesti skor untuk dapat jadi nurse. 
Sekarang tengoklah sir,saya struggle Chemistry sebab saya suka sir ajar.
Tapi saya main-main sebab saya ingat saya faham masa lecture. 

Sekali lagi
sorry,sir..

Saya paling suka Organic Chemistry,sir. LU7. Esok dua struktur kan,sir? Harap-harap senang je skor.

Saya nak exam esok sir. Sir,maafkanlah saya. Walaupun saya dah minta maaf tadi. Sir dah maafkan. Terima kasih,sir. Nanti saya belanja sir makan kek lagi. Kek lagi sedap. TAKA ke,Secret Recipe ke..kek tadi macam tak sedap je. Tapi takpe,janji saya ikhlas bagi kat sir. Saya ikhlas,sir. Betul.

Keluar dari ofis tadi saya nangis sir.
Saya tak kisah orang pandang saya pelik.
Tapi rasa macam dah lepas segala rasa kurang senang dalam jiwa saya.

Doakan yang terbaik untuk saya,sir.
Walaupun sir tak nak ajar lecture saya lagi sem depan.
Takpe,sir.

Terima kasih untuk segalanya,sir.
Jumpa lagi kat ofis.
Kat mana-mana. 
Kalau ada soalan,sir adalah priority saya.

-Sir Abdul Al-Hafiz,lecturer Chemistry saya. 


Isnin, 27 Oktober 2014

Kisah Datuk Muhyiddin Datang UNIMAS

Assalamualaikum.

Di minggu study week ni,ada jugak event yang MESTI dihadiri. Padahal,presiden JPPU escape. Tak pegi. Apo citerr? Aku exco cikai ni jugak yang pegi. Puiihh.

Btw,nak citer siket. Hehe. Harini,Dato' Muhyiddin datang UNIMAS. Hehe. Dia dengan isteri dia. First time tengok Dato' depan-depan. Dengan isteri dia sekali.

Sepanjang event tu,dia bagilah ucapan. Takde apa pun sebenarnya. Saja nak borak ngan dak-dak UNIMAS,ngan staf2 UNIMAS,borak-borak formal. Dia bagi ucapan,kita dengar. Aku dengan geng dahlah duk jauh di atas. Curam. Tengok Datok macam tengok semut je. Kecik je dia kat bawah sana. Nasib baik ada skrin besar. Zoom jugaklah kalung Sarawak yang cantik kat leher Dato tu.

Ucapan,bla-bla-bla..macam biasalah kan..

Ni part best. Sesi soal jawab. Soalan first tentang GST. Bebudak degree,biasalah. Nak tunjuk terer. Siap sebut lagi perjanjian apa tah. Aku pun tak ingat. Dia tanya,kenapa Sabah dan Sarawak kena GST jugak sebab hal-hal cukai ni tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dato' pun jawablah. Aku tak tahu sangat sebab aku memang tak tahu topik GST tu tentang apa. So,aku pun sibuk buat tutorial sebab exam final sem lebih penting. Well,of course..

Soalan kedua,tentang MUET. Boleh expect soalan tentang apa kan? Kenapa band MUET dinaikkan untuk graduate. So,jawapan Dato' ialah sebab banyak syarikat multinasional yang tak puas hati dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris graduates kat Malaysia ni. Ada yang nak job besar,gaji besar tapi fluency dalam English is not that good. Means that tak memuaskan hati majikan yang nak ambil diorang bekerjalah. Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia nak kerajaan naikkan band kelulusan MUET. Itu untuk MUET. 

Kenapa nak kisah tentang kenaikan band MUET? Everyone can learn and speak English if they really work hard for it.

Ada lagi soalan lain yang aku malas nak mention kat sini,tapi yang satu ni sangat menarik. Sebab lecturer yang tanya. Dato',bila nak naikkan gaji lecturer?

Haha. Dato' jawab apa? Saya pun tak tahu nak jawab apa. Kalau saya,saya setuju kalau gaji lecturer dinaikkan. Tapi hal tu kena ada persetujuan dan perbincangan balik dengan JPA dan Jabatan Kewangan. Jabatan Kewangan,Dato' Najib control.

So,Dato'? Kalau boleh bagi BR1M banyak-banyak kat rakyat,takkan tak boleh naikkan gaji lecturer? Proportion lecturers IPTA jauh lebih sikit dari jumlah rakyat yang terima BR1M. Ngehehe ~

Lepas sesi tu,baliklah. Hermmm. Macam bosan pulak. Kalau dapat selfie dengan Dato' Muhyiddin tadi,boleh gak buat cerita gempak jual satu kampung. ~~

Okayy,that's all for today. Have a nice sleep y'ollss. Goodnight! :)

**Sorry takde gambar ye sebab gambar dalam hp,takleh nak bluetooth ke laptop. :) 

Khamis, 23 Oktober 2014

Should I Call You Miss or Puan? Sorry?

Assalamualaikum.

Let me post something in English tonight. It doesn't matter if it is hardly broken or miserable English,I used,just sit back,relax and read,if you want. ;)

So,first of all,thanks UTC for saving my day. Precisely,my Monday. UTC was my last choice when I really cannot find JPN Kuching to renew my IC. Huhu. So sad. I drove alone in the hectic city of Kuching (does it sound damn formal until this? no right? please say no.) I used Waze. It doesn't help me much. Instead,I have to spend my precious 15 ringgit for additional fuels because I lost. 2 hours wasting time on road and at last I just go to UTC. That new UTC under the TopSpot food court. How should I say,it's not really under Topspot actually. It's kinda..hermm..difficult to describe. Once you see that big signboard of UTC,you actually have arrive to Topspot. Haa! Macam itulah. Lack of vocabulary make me sick. ~

When I step to the stairs,I just crossed my fingers,hoping that the counter is still open because it's already 430 pm. I know its impossible but I just go on and try. God bless,alhamdulillah. It's still open! Yeayy! I'm quite surprise because it supppose to close but the operation hours for every counter,I mean gov services at UTC center are extended till 9.00 pm. I think it's very helpful because you can go to the counters after office hours. Especially for those who work in office hours. Beneficial lah. 

But the real story is not yet being told.Here it is. The woman who work at the counter try to call me because my IC is done. (15 minutes only,very fast oh,like kilat lightening eventhough she asked me to wait for an hour period of boredom) So,she tried to call me. Miss,Puan Afifah. Miss ke puan ke? 

Sorry? Am I look like someone who are in that age? That age of marriage? At the end of my teenagers day? 

Oh God....

It don't really matter actually,if people want to call me madam or miss or whatsoever..(good salutations only lah,of course)..but better call me miss lah because if people tend to call me madam,ohh..I feel so old. You will make me think that I am 12 years older than my real age. 

Man...12 years older..please...

But if I found someone who really care and concern about me,why not we just try to befriend and who knows..? You know,age doesn't matter and it is just a number? Kinda. Hehe. Yahh,God had already plan the best for every of us. Just trust on that. Well,I'm trusting in Allah's words. He won't lie to you. One more,He won't burden you with something that you cannot bear with. So,chillex dude. Still have long way to go. 

By the way,why should I talk too much tonight? Oh. Haha. Sorry,typical me. Biasalah. Ngehehe. 

**MUET must be undergone 2 times in order to graduate from university? Good. The hottest news in town is that MUET Band qualification had been upgraded. Mehh ~ This makes Mr Fairuz going crazy and mad in mass lecture class. Haha. 

Rabu, 15 Oktober 2014

Kopi O yang Perrrgghh Kuat Gilerr

Assalamualaikum.

Aku diberi masa oleh aku sendiri sendiri selama 30 minit untuk menaip entri yang ciput untuk malam ni. Since aku dah lama tak berblogging,aku nak menambahkan koleksi entri aku untuk bulan 10 ni. Yeehihihi.

Btw,aku tiap pagi,sejak ada dekat UNIMAS ni,dah terbiasa minum kopi o kaw2 pekat so that aku tak ngantuk dalam dewan kuliah. Bila aku tak minum kopi,aku akan mengantuk dan aku akan rasa menyesal sebab tutup mata even sesaat pun dalam dewan kuliah sebab every single words yang lecturer cakap tu ibarat EMAS yang masa tu je kau boleh dapat. Aha! 

Tapi,kalau aku tak gi kuliah or kuliah hari tu sejam saja,aku tak minum kopi lah, Just make sure aku dah cukup tido untuk malam sebelum tu dan esoknya,sejam kuliah boleh tahan lagi. Yang tak tahannya kuliah kat sini berlarutan sampai pukul 5. 8 pagi - 5 pagi. Eh? Haha. Faham-fahamlah yer.

Kopi tak buat aku tido sehari semalam. Thanks,kopi.
Sumber : https://nescafe.com.my/


So far,aku rasa kopi ni paling mujarab dan berkesan untuk menahan kedegilan mata aku untuk stay up. Nescafe Kopi O. Kalau tak nak tido malam,minumlah kopi. Sampai siang esoklah terjaga mata tak nak tutup. Hehe.

Pernah sekali,aku cuba minum kopi Stabak. Orang cakap tak tido malam kalau minum kopi tu. So,aku pun pegi cuba. Mahal gilerr satu cup dekat nak 20 hengget tapi nafsu nak mencuba tu membuak-buak,so aku relakan saja. Haha. Adalah jugak effectnya,sikit, sebab kopi dia brew jugak tapi tak dapat menandingi kopi Nescafe ni.

Aku biasa beli yang packet saja. Tak mampu nak beli yang dalam tin tu tiap hari. Eii,botak kepala. Basicly,dia jual dalam packet besar sekaligus,around plus minus 12 ringgit jugaklah. Tapi berbaloi sebab tahan sampai 2 bulan. Hehe.

Rugi kalau tak cuba :)

Ahad, 12 Oktober 2014

Maldives

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Aku letak je nama Maldives. Tak attractive langsung.

Setelah mengharungi malam pening kepala yang panjang,yang pertama aku sentuh adalah blog ni dan bukannya latihan dan tutorial dan lab yang melambak belum siap. Aha! Exam tinggal 17 hari je lagi. In other words,2 minggu in time. Err. Seram.

Btw,aku sekarang tengah membina satu tabungan untuk tujuan TRAVEL AROUND THE WORLD sahaja. Pergi dengan siapa,itu lain cerita. Basicly,banyak tempat menarik nak dilawat di dunia ni. Malaysia pun belum habis teroka. Of course,pegi melancong dalam negara dulu. Hehe. 

Bila dah melancong dalam negara,melancong pulak luar negara. Aku kira lecturer aku yang sorang ni tunjukkan yang dia pernah pegi Maldives. Sebelum ni pernah dengar nama je,Maldives. Tapi tak pernah tahu pun dekat sini cantik gilerr nak mampus. Lautnya,pantainya. Dah lama tak gi pantai. Huhuk. Resort,aduihh,lagilah cantik. Bagi aku,tempat ni sesuai sangat untuk pasangan yang baru kawin dan baru nak manja-manja mesra-mesra privasi lebih gitu. Haha. Tapi kalau aku nak pegi pun,duit cukup,aku pegi je. Tak payah lah nak tunggu dah kawin ke belum kawin. Kalau pegi belum kawin,pegi as #teamsingle. Kalau dah tu,syukur alhamdulillah lah kan? Rezeki kawin. Hehe.

Source : Google.com

Source : Google.com
Cantik kan? 

Satu hari nanti aku pegi sana. Jangan risau. Kumpul duit dulu. :)


Sabtu, 11 Oktober 2014

Tak Semua Orang Suka Kita

Assalamualaikum.

Dari hari ke hari,aku perlu jadi matang dan terima hakikat yang tak semua orang suka kita. Suka dari segi suka perasaan,suka dengan perbuatan,percakapan or whatsoever. 

It is human nature. Hatred.

Sebagaimana setiap orang ada citarasa sendiri,mesti ada yang tak suka dan suka. Dari situ,concentration of tak suka tu boleh diukur menggunakan perkataan benci. Paling extreme adalah benci sampai boleh lead to dendam.

Dulu,aku cuba untuk berbuat baik kepada semua orang. Dan orang pun buat baik kat aku. Dari situ aku assume yang orang tu baik kat aku,selamanya baik. Tapi tak semestinya. Ada suatu ketika aku palingkan belakang aku,diorang cakap buruk pasal aku. As long as tak sampai ke telinga aku,selama itulah aku tetap anggap dia baik dengan aku. Of course,bila dah sampai pengetahuan aku yang dorang cakap belakang aku,mestilah hati terguris,tersinggung,marah dan sebagainya. 

Tapi aku tahan. Aku sabar.
Aku tetap buat baik,dorang pun tetap buat baik.
Depan aku. 
Aku tak kisahlah. As long as hidup kau bahagia.
Hidup aku pun bahagia.

Dalam soal cinta pun,aku buat benda sama. Hati aku terguris banyak kali. Ditipu,walaupun aku dapat rasa,tapi aku tetap sayang. Jangan panggil aku bodoh. Aku tak bodoh. Cuma buta. Cinta membutakan. Even dia bukan milik aku lagi pun,aku still anggap dia macam dulu. Aku still layan dia nicely. Bahkan tak rasa pun kebencian. Mungkin aku ada silap mana-mana. Tak tahulah. Rancangan Allah,siapa tahu. 

Nature aku,memang dilahirkan macam tu. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk jaga hati semua orang asalkan dorang selesa around aku. 

Tapi yelah..
Baik manapun kita
Caring manapun kita
Tetap akan ada orang tak suka

Sebab rimas.
Sebab menyampah.

Cuma orang yang memahami akan nampak
Cuma sebelah jiwa aku yang nampak
Someday,kalau dah jumpa
Betapa aku berusaha untuk jadi orang yang terbaik 

Di sisi dorang,wey..


Ahad, 5 Oktober 2014

Susahnyer Nak Jadi Nurse..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan..selamat petang?

Hehe. Alhamdulillah,hari ni aku masih berkesempatan untuk melawat blog aku yang dah bersarang berhabuk dan berhapak nih. Tapi sebelum tu,aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada umat Islam di seluruh dunia yang menyambut perayaan hari raya qurban ni. 

Sekarang ni,aku dekat rumah. Yeahh. Tengah cuti 3 hari yeahh. Tapi malangnya ada kuliah ganti pulak hari Rabu depan. Bleahh. Animal dissection lab pun minggu depan. Yeayy. Yang tu gembira pulak aku. Hehe. Bebudak Fizikal blame kitorang ni bebudak Hayat kejams. Whatever. Tapi,apa-apa pun,life must go on. Hehe. Hidup kat kampus pun bukannya boring sangat pun. Ada kawan,kalau tak buat apa-apa,duk study memanjang dalam bilik. Kalau rasa-rasa boring,sewa keta,pi ronda-ronda bandar Kuching,cari makan. Hehe. 

Official announcement by Mister Razif (lecturer) kat FB sal kuliah ganti.
Huhu. 

Dapatkan katak ye,sir? Haha. Sir yang hensem dan kiut ni jarang buat
announcement kat fb,but once in a while bila dia buat kan..ahh..melting gua..

Btw,sejak akhir-akhir ni,benda ni lah yang buatkan aku semangat balik nak belajar sebab lepas exam mid sem hari tu aku rasa down giler dan pasrah je dengan apa yang aku dapat. Kali ni aku rasa motivated nak capai ke tahap tu dan alhamdulillah. Aku sekarang sedang merangkak untuk mencapai cita-cita baru aku yang murni iaitu Ketua Jururawat atau lebih dikenali dengan pangkat Sister. 

Credit : www.fmhs.unimas.my

Tapi kan..
Tapi kan..
Tapi kan..

Masa jerayawara dari fakulti perubatan dan sains kesihatan UNIMAS bagi ceramah hari tu,kuota untuk student ASASI masuk nursing kat sini ada 30 orang,tapi cuma ada 15 orang yang layak recent intake sebab dia nak chemistry SEKURANG-KURANGNYA gred B. Alahhhh..alahhhhh..

Aku dahlah "terer" Chemistry.. dia nak at least B pulak..eiii..nak dapat C pun rasa nak burst..apa lagi B..

Dengan hybridisation ny lagi..belum masuk organic chemistry..lagi banyak yang nak kena faham...dan KIRA.

Aku memang nak masuk nursing sebab aku rasa kerja nursing ni,aku ada kerja nak dibuat. Aku ni jenis yang kerja cepat bosan. Kerja cepat bosan. Lagi-lagilah disuruh kerja jaga kedai. Nanti bila dah terlalu banyak goyang kaki masa takdok customer,aku akan goyang kaki memanjang. 

Tapi masalahnya sekarang,aku kena dapatkan pointer 3.4 ke atas walaupun hakikatnya bila dah dapat 3.00 dah layak masuk nursing kat UNIMAS sini. Aku kena setkan target untuk diri aku sendiri supaya position tu selesa untuk aku enroll masuk. Means that,no doubt lah. Kau apply,kau gerenti dapat. 

Tapi lagi satu masalahnya ialah bila ramai yang nak apply medical doctor,bila mereka tak layak untuk medic,mereka akan dicampak ke nursing,if and only pilihan kedua mereka ialah nursing.

Ya Allah,tawakal je lah. Moga-moga aku dapat pursue belajar dalam nursing.

Korang yang come across sini,dan kebetulan masih study degree in nursing,boleh tak bagi pendapat or pandangan tentang benda ni. Hopelah ada lagi manusia yang sudi mendengar luahan hati rakan blogger yang tengah kesusahan ni. Tsk tsk. :"(

Isnin, 14 Julai 2014

Being an EXCO is like having a big fish in a small mouth.

Assalamualaikum.

Aku tahu aku ni bukan siapa-siapa. Siapalah aku nak dijadikan contoh kepada orang lain. Aku ada banyak kelemahan,terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan pelajar biasa yang tiada pangkat dan tidak popular. Tapi orang tetap memberikan beban yang aku rasakan begitu berat untuk aku pikul. Bila aku mencalonkan diri dulu,aku masih ada rasa keyakinan itu. Tapi di sebalik kekalahan aku dalam pilihan raya,aku tidak lagi memikirkan perkara tersebut yang aku rasakan ada hikmah disebaliknya. Tapi adakah ini hikmahnya? Menggantikan orang lain yang mengundur diri? Aku tidak rasakan itu adalah satu perkara yang 'cool'. Bahkan menggantikan orang bermaksud aku adalah orang yang kurang berkelayakan. Tidak layak barangkali. Menjadi pemimpin? Bercakap pun malu-malu,aku tidak layak,sekali lagi. 

Menjadi Exco Akademik dan Perkembangan Pelajar adalah tugas yang sangat berat dan memerlukan komitmen yang tinggi kerana perkataan 'akademik'. PPPU adalah pusat akademik,mustahil untuk meminggirkan aspek akademik dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Jadi?

Aku akan menjadi seorang sangat sibuk. Dan tidak akan ada waktu tidur yang lebih. Dan lebih teruk,menjadi pencuri waktu tidur semasa kuliah. What the fish.

Tapi aku yakin yang Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku. Berprasangka baik terhadapNya. Aku terima untuk kebaikan aku sendiri. Kalau aku kecundang dalam permainan ini,puncanya adalah aku. Optimis dan terus gerak walaupun aku masih merasakan yang aku tetap tak layak.

Insya-Allah. 

Barisan JPPPU UNIMAS 2014/2015

Khamis, 10 Julai 2014

Berdebu..


Lama gilerr aku tak update blog.. berdebu do..
Berdebu..

Lagipun,sejak aku masuk sini,aku tak tahu nak update ap sebab bila aku dah bercakap,panjang sangat sampai korang pun jenuh nak baca..aku pun tak reti nak perabis aku punya cerita..

K,dahlah..idea banyak actually tapi tak leh nak curah malam ni..
Study pun dah tak hadam..merayau jelah kat sini..

Esok OSPE,lusa ada PBL pulak..hermm..

Hectic life is starting..

Assignment dah start nak ada dah..penat wo.. tapi nak buat macam mana..nak kena hadap gak..masa depan bergantung kat result asasi ni..

target nak jadi lecturer..degree,sambung master..insyaallah,phd. :)
Aku kehabisan patah perkataan. 

Okayy,bye..selamat malam dan salam ramadan dan selamat berpuasa.. :)

Jangan buka periuk.

Isnin, 2 Jun 2014

Pengalaman Hampir 6 Bulan Tak Belajar

Assalamualaikum.

Bila aku terkenang nak masuk ke universiti ni,aku fikir balik,boleh ke aku catch up apa yang lecturer,tutor kat sana nanti ajar? Boleh ke? Boleh ke? Sebab terdapat keraguan di situ.

Aku dah tak belajar since hari terakhir aku duduk SPM tahun lepas iaitu Biologi Paper 2 & 3. 
Buka buku? Pegi mamposlah buku..

selagi kau bernama buku,pegi main jaoh2 lah!


Sekarang ni pulak,rasa cam berdosa giler **** kot sebab tak revise sikit-sikit. Aku dahlah belajar mp kritikal cam Add Maths,Biology,Physics & Chemistry dalam BM. Kat universiti,mana ada orang nak ajar semua tu dalam BM. Come on lah. Sepatutnya aku kena be realistik sejak dari sekolah menengah dulu seh. Dalam pada masa cikgu mengajar guna BM,aku belajar lah sendiri guna BI. Itu pun tak leh nak usaha sendiri ke?

Tapi dalam pada masa aku tak belajar tu,aku kerja. Aku kerja dapat gaji. 300 hengget sebulan. Tarik sikit-sikit buat beli jajan,habis juga. Ilmu pulak,kalau tarik sikit-sikit lama-lama makin banyak yang kita sendiri dapat. Kiranya hubungan ilmu dan manusia ni commensalism lah,kau tahu kan? Satu untung,satu tak dapat apa-apa. Manusia yang kaut untung daripada ilmu yang dia dapat,ilmu kekal cool dan stay macho jelah. Macam gitulah..

Tapi aku still cakap yang otak aku ni semacam dah berkarat sebab tak belajar. Kau tanyalah aku berapa cas Natrium,kau ingat aku nak cepat-cepat je jawab? Nak-nak dialognya macam ni :

"Akak,berapa cas Natrium?"
"Natrium?" sambil mata meliar tengok siling.

2 minit kemudian. "Entahlah. Kau jangan nak malas sangat. Buku ada depan mata tak nak pulak buka. Jangan nak harapkan pagar,pagar makan padi," 

"????"

pastu adik tu buat action cenggini*mata kat atas tangan kat bahu


Kau dengar tu? Kakak apa gitu? Garang macam singa nak makan orang. Dahlah bela pagar yang makan padi. Kau berani? Ada sihir kakak gitu. Hehe. Gurau saja. Sekadar selingan.

Kira macam itulah situasinya kalau tak belajar hampir setengah tahun ni. Ada-ada saja yang lupa.

Tambah-tambah pulak dengan makanan pantang masa nak exam dulu. *aku ada pantang ke masa nak exam? Buah asam,jeruk asam,buah mangga epal yang belum masak,hati ayam,hati ikan,bontot ayam,jantung ayam,kaki ayam,Maggi,Cola..perggghh! Lagi-lagi yang asam-asam tu,cicah budu campur cili padi sikit,perah limau,cicah dengan belacan tepek tambah kicap tambah lagi cili hiris halus-halus..serrrrrr..memang kaww-kaww lah! Memang aku gasak je masa cuti ni. Nak-nak terung pun boleh jadi mangsa kalau buah-buah asam ni habis tau. Al-maklumlah,orang rumah aku ni banyak. Dahlah banyak,semuanya karnivor. Ruang kat dalam perut tu luas saujana mata kuman memandang. 

meleleh air liur seh masa taip entri ni..


Cita-cita nak jadi doktor tapi macam gini..aduyai..hancurlah..
Tapi aku kempunan nak jadi dentist.. T_T


Ahad, 1 Jun 2014

To All Dayakians,Selamat Ari Gawai!

Assalamualaikum.

Hari ini,di bumi Sarawak ini,masyarakat Dayak (Iban,Bidayuh dll) akan menyambut Hari Gawai Dayak yang bertujuan untuk mempereratkan hubungan kekeluargaan sesamanya dan masing-masing mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman. Bagi mereka,inilah peluang untuk bertemu dengan keluarga tercinta setelah sekian lama tak berjumpa. 


Selamat Ari Gawai ngagai bala kabanku,Rowena,Rumiela,Stenley enggau Arie. Nadai lupak juak enggau bala kaban lain,enggau bala pengajar aku ba SMK Gedong,ba Serian,ba sapa-sapa yang ngenala ka aku,ba urang ti seluruh menua Sarawak din. Wishing you all happy and prosperous life. Salam Gawai dari aku,Eppy @ Nur Afifah Ismail. 

Tidak lupa juga,Happy Kaamatan,Sabahan!



Perbezaan Antara Gelaran Medicine Doctor (MD) dan Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS)

Assalamualaikum.

Tetiba nak buat entri pasal doktor pulak kan? Yelah,dulu cita-cita masa kecik nak jadi doktor. Doktor bedah pulak tu. Medik TV kat TV3 pukul 5 petang memang tak miss tengok. Aku masa tu kalau tak silap Darjah 2 ke 3 ke 4..tak ingat pulak..Ni dah besar entah tak pasti pulak nak jadi apa. Banyak sangat hasuta dan influences. Haha. Tapi pertanyaan ni selalu jugak bermain dekat minda. Kenapa ada gelaran MD dan MBBS. Aku pakai singkatan saja lah ye sebab malas nak tulis maksudnya panjang-panjang. Aku dah tulis siap-siap kat tajuk. 

Aku tulis entri ni siap-siap sebab aku sendiri pun pernah jadi macam korang yang tak tahu juga sebelum ini. Kita panggil "insan yang tak tahu". Kalau nak sebut jahil tu buroks sangatlah bunyinya. Nampak sangat macam aku sorang je yang tak tahu pasal benda ni kat universe ni. Rasanya banyak yang tak tahu terutamanya lepasan Asasi/Matrikulasi/STPM yang berniat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang medic ni. Kan?

Kebetulan tengah minat drama Doctor Stranger. Agak-agaknya Dr. Park
Hoon ni MBBS ke MD ye? Sebab dia belajar medic kat Korea Utara. 
Berani engkau??


Senarai soalan lazimnya ialah ;

- Benarkah MBBS itu lebih baik kerana termasuk surgery (pembedahan), manakala MD itu tidak termasuk surgery?
- Benarkah sukatan pembelajaran MBBS berbeza dengan MD?
- Benarkah kaedah pembelajaran MBBS berbeza dengan MD?
- Benarkah Malaysia hanya mengiktiraf graduan MBBS, bukan MD?
- Apa pula yang dimaksudkan dengan MBChB?
- Adakah graduan MBBS mendapat gaji lebih banyak berbanding graduan MD?
- Apa pula perbezaan MBBS dan MD di universiti-universiti Malaysia?

Okayy,sebenarnya although MD tidak di-specifykan surgery di dalamnya, subjek surgery turut diajar dan diberi pendedahan, setaraf seperti dengan graduan dari MBBS.

Jadi tidak timbul isu “MBBS lebih baik dari MD sebab ada Surgery”. Pernyataan yang “MD hanya perubatan sahaja, MBBS ada Surgery” adalah pernyataan yang salah. Kedua-dua MD dan MBBS ada syllabus yang sama, belajar benda yang sama, graduate sebagai doktor yang sama, mula bekerja sebagai HO yang sama, starting gaji yang sama, peluang melanjutkan pengajian (specialization) yang sama!  

MBBS – The naming suggests that they are two separate degrees; however, in practice, they are usually treated as one and awarded together.

Negara-negara bekas komanwel seperti India, Australia, Indonesia lebih cenderung menggunakan istilah MBBS, manakala negara-negara lain (American, Russia dll) menggunakan istilah MD. Itu sahaja. 

Kenapa ada sesetengah negara guna MBBS? Kerana bagi negara2 yang menggunakan MBBS, diorg ada satu lagi postgraduate khas MD, yang setaraf dengan PhD, mengkhusus dalam bidang perubatan/physician. 

Ada kefahaman ? Lebih kurang camni la : Di negara yang guna MD, postgraduate diorg fellowship/PhD. Di negara yang guna MBBS, postgraduate diorg (antaranya) adalah MD.

So,kesimpulan nya..

MBBS and MD (first degree) ni sama  sahaja ,.. tiada yang belajar lebih,syllabus lebih ka..bla..bla..bla..tapi semua itu depends on medical school masing2.Bukan pada TITLE DEGREE.

Bila student or masyarakat or ibu bapa terSALAH FAHAMkan konsep ini la yang akan menganggap MD sebagai "second class" manakala MBBS "first class" sebab ada title SURGERY kan.Harap boleh CLEAR lar bila dah terbaca entry ini :)

Apa pula yang dimaksudkan dengan MBChB?

MbChB merupakan singkatan bagi “Medicinae Baccalaures et Chirurgiae Baccalaures
Secara literalnya sama sahaja maksud ngan MBBS – Medicine Bachelor and Bachelor of Surgery. Ini kerana dalam bahasa latin, Chirurgia = Surgery.

Fahamkan? Hope korang fahamlah apa perbezaannya gelaran tu. Tak ada perbezaan sebenarnya. Yang ada selama ni cumalah satu salah faham semata-mata. :)

Sabtu, 31 Mei 2014

Barang Apa yang Perlu Dibawa Ke UNIMAS?

Assalamualaikum.

Since esok dah Gawai Dayak dan kebetulan dekat kampung hari ini ada karnival lumba perahu dan lumba benak (Kampung Gedong),plan nak beli barang memang cancel habis. Masa yang tinggal cuma ada hari Isnin saja lagi. 

Tapi...

Aku nak bawa barang apa? Totally blank otak aku sebab aku dah lah tak pernah duduk kat hostel. Mak pulak suruh bawa papan seterika. Ha! Papan seterika,engkau! Benda paling besar lagi tu. Barang yang dia senaraikan dalam panduan pendaftaran tu macam sikit sangat. 


So,rakan-rakan blogger yang pernah masuk universiti,boleh tak kongsikan barang apa yang memang kita kena sediakan yang diorang tak bagi tahu dalam ni?? Please,buntu sangat nak senaraikan barang nak dibeli. T-T

Sekitar Pesta Pantun Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2014

Assalamualaikum.

Actually acara ni berlaku dua minggu yang lepas. 19,20 & 21 Mei lepas. Aku ni bertindak sebagai jurumekap untuk pasukan pantun SM yang mewakili Bahagian Samarahan iaitu SMK Gedong. Pertandingan pada tahun ni bertempat di UNIMAS Kampus Timur,Kota Samarahan. Lagipun,aku dulu ex-pemantun SMK Gedong 2010-2013. Dari zaman muka bertanding tak berbedak sampai la ni team pantun dah macam team yang digeruni lawan. Sebab make up yang boleh mencairkan dorang. Bwahaha! Gurau yerr. Rilek.. :)

Hari pertama,team Samarahan ni dapat Bye. Diorang ni berada dalam Kumpulan B kalau tak silap. Dalam kumpulan ni pulak,ada juara negeri Sarawak tahun lepas iaitu Betong. Pemenang di antara Betong dan Kuching akan bertemu dengan Samarahan. Perlawanan pertama berkesudahan kepada Betong. Betong semuanya peserta bukan Melayu,tau. Dalam persaingan berikutnya pada pagi tersebut,pasukan Bintulu telah menewaskan pasukan Sarikei untuk melayakkan mereka terus melangkah ke peringkat separuh akhir untuk menerima tentangan sama ada daripada pasukan Betong ataupun pasukan Samarahan.

Petangnya,bermula lah tugas aku nak memekapkan dorang ni. Muka semua masih fresh. Maklumlah baru nak enter game 1. Lawan Betong pulak tu. Tapi malangnya,nasib tak menyebelahi pasukan Samarahan tahun ni. Diorang tewas kat tangan Betong. Adalah silapnya tu kat mana-mana. Lagipun kalah yang masih bermaruah. Cuma kalah 3 mata saja. Tak pe,korang. Tahun depan ada lagi kan? Cuba lagi :)

Sementara tu,pada hari pertama tu,untuk Kumpulan A,pasukan Mukah *pasukan yang bertahun-tahun mewakili Sarawak sebelum takhta juara dirampas Betong tahun lepas masih mengungguli kumpulan dengan kemenangan menewaskan pasukan Sri Aman pada sebelah paginya. Dalam kumpulan yang sama,pasukan Sibu telah berjaya mengalahkan pasukan Limbang pada perlawanan sebelumnya. Ini bermakna,pada hari kedua,pasukan Mukah dan Sibu akan terus melangkah ke peringkat separuh akhir dan bertarung untuk merebut tempat ke slot akhir pada hari ketiga.



Sempat bergambar di atas pentas tempat pemantun bertarung. 


Bersama para pemantun yang kempunan untuk bertarung di Panggung Eksperimen,UNIMAS.


Model tak diundang..


Para pemantun Samarahan bersama jurulatih,Cikgu Hamsiah (baju pink) dan Cikgu Habibah (baju biru)



Sempat juga jadi model untuk Harian Metro edisi Sarawak. :-p

Pada hari kedua pulak,kami bertolak juga ke UNIMAS untuk menyaksikan pertarungan separuh akhir. Keempat-empat pasukan mempamerkan persembahan dan semangat juang yang tinggi. Dalam persaingan separuh akhir tersebut,pasukan Mukah dan pasukan Betong masing-masing berjaya menewaskan lawan mereka dan menempah tiket ke peringkat akhir. Berdasarkan pemerhatian aku lah,ini penilaian secara peribadi,kedudukan pasukan yang sedang bertanding pada ketika itu ;

1. Betong
2. Mukah
3. Bintulu
4. Sibu


Selfie untuk hari kedua.


Inilah venue untuk perlawanan awal dan suku akhir. Dalam gambar memang nampak usang,tapi bila 
tengok real,memang authentic. Kampus lama tak sama macam kampus baru UNIMAS iaitu 
Kampus Barat.


Hari terakhir pula menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Mukah dan Betong. Memang susah nak menentukan siapa yang bakal jadi pemenang sebab kedua-dua pasukan sama kuat dan memang padan bertemu di peringkat akhir. Dari segi kualiti pantun,pada pandangan aku,pasukan Mukah lebih mempunyai kelebihan untuk menyaingi pasukan Betong. Pasukan Betong pula lebih memihak dari segi kesopanan dan mempamerkan tahap kesantunan yang tinggi. Pokoknya,kedua-dua pasukan ada kekuatan dan terdapat titik kelemahannya. Namun keputusan juri adalah muktamad. Pasukan Betong dinobatkan menjadi juara pada tahun ini dan akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan. Pemantun terbaik pula dari pasukan Mukah. Rezeki masing-masing. 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang kurang berjaya,berusaha lagi pada masa yang akan datang. :)

KEDEKUT For The Sake of Future

Assalamualaikum.

Hari gaji dah lepas kan? Hari gaji aku lama dah lepas tapi boss belum lagi bagi kantau ni. Tunggu cek invois keluar,barulah boleh bagi kantau. Dan kasi lebih sikit. Biasa dia bagi RM300/bulan.Yang tu,buat aku gembira sikit mendengarnya. Al-maklumlah,masuk U minggu depan perlu banyak fulus,ye tak kawan-kawan? Bagilah bonus lima ratus ke,seribu hengget ke.. *tamaknyer iolls,yuolls..diberi betis,nakkan paha pulak

Tapi masa-elahnya bila duit gaji keluar,macam-macam yang aku pikiaq nak buat,nak beli. Yang itulah. Yang inilah. Sebab tulah aku buat entri khas bertajuk KEDEKUT ni. Nak kedekut? Ke tak nak kedekut? Lama-lama memang nak kena jadi KEDEKUT juga. Tapi masih tahap NEWBIE lagi. Tak masuk NOVICE. Lagi-lagi yang TANGKAI JERING. Yang TAIK HIDUNG MASIN memang tak aa kot. Tu dah tahap dewa. Haa. Aku masih KEDEKUT yang jenis-jenis innocent gitu. Cewah! *orang kedekut nampak kejams,selamba pulak guna word innocent untuk orang kedekut -_-'

Kenapa aku cakap kena KEDEKUT?

Bila aku dapat duit. Wahh! Duit banyak ni. Aku dah lama tak shopping! Nak pi shopping lah. Weeehaaaaa! *sambil buat pusaran tali kat udara macam koboi selalu buat a.k.a bershopping sakan,akan ada perkara yang lagi penting 2 ke 3 hari yang akan datang yang memerlukan duit. Lebih teruk,duit yang diperlukan tu dalam jumlah yang banyak lagi tu! Pernah terjadi satu hari,aku spend duit insentif ujian bulanan aku untuk beli tudung or makanan,aku pun dah tak ingat dah,tetiba dua tiga hari lepas tu,cikgu minta kitorang *termasuk aku bayar buku kerja. Yang dahsyatnya,bukan sorang je yang minta,2-3 orang cikgu minta. Duit tinggal sikit,nak bayar guna loan pun macam tak cukup je. Sudahnya,minta juga duit kat bapak. Bukan tak nak mintak kat bapa,cuma tak nak lah susahkan dia. Aku lebih suka kalau aku sendiri yang berusaha..gitu..



Dah tu,bila tiba masa aku kedekut nak spend duit takut-takut ada benda yang lagi important guna duit,ikut prioriti,tak ada pulak hal-hal yang berkaitan datang sergah. Secara tiba-tiba,memang tak ah kalau aku cakap datang sergah pun macam tak nak datang je. Tapi aku tak pulak rasa menyesal simpan duit lama-lama cuma kalau aku tak dapat nak tahan nafsu serakah bila cuci mata,aku akan spend juga duit tu. Haha! Sekarang mungkin jarang kot sebab terbiasa,bila cuci mata dan nak beli barang mahal yang berkenan di hati,akan keluar dialog macam ni,"Tak payahlah. Nanti duit kau habis,kalau kau jumpa barang lagi bagos dan murah,amacam?" atau ini,"Nanti-nantilah. Nanti duit kau habis. Kau bukan kerja tetap. Part time je pon," 



Begitu evilnya,kau pun baca kan?

Tapi kan,kadang-kadang kehendak dan keperluan ni datang serentak. Keperluan mesti jadi keutamaan berbanding kehendak sebab kehendak cuma bagi nilai tambah untuk keperluan sedia ada. Kalau nak mengelak daripada terbabas kat tepi jalan,aku akan track aliran tunai aku tiap bulan. Dari mana sumber datang,duit belanja kat mana. Kalau over-spended *bukan spender,okay? aku akan muhasabah diri. Why over-spended? Does it really worth and beneficial untuk aku? Kalau tak,aku akan letak financial target untuk next month. 



Macam mana aku tahu yang aku over-spended untuk bulan tu?

Aku akan check aliran tunai,pastu aku dapat tahu yang aku dah spend lebih dari 50% purata perbelanjaan 3 bulan sebelumnya. Contohlah ; 

Januari aku spend RM 50.
Februari aku spend RM 80.
Mac aku spend RM 40.

Purata untuk tiga bulan ni ialah RM56.67. 50% daripada purata ni pulak berjumlah RM28.33. 
So,target perbelanjaan maksimum untuk bulan April ialah RM 85.00.  

Kalaulah perbelanjaan bulan April tu lebih daripada RM 85.00,itu maksudnya dah over-spended lah. 
Actually kalau tak guna formula ni pun tak apa. Kalau jurang angka tu semacam je,over-spended lah tu. Lepas tu,cuba kira untuk target perbelanjaan maksimum bulan depan.

Tapi kadang-kadang,aku kena persetankan jugak semua benda alah ni. Life unexpected sangat. 

Well,aku ingat kita ni hidup perlu jadi KEDEKUT jugak supaya tak jatuh muflis. Lagi satu,supaya orang taklah asyik nak kerja minta je sedangkan diri sendiri tu mampu pon nak dapatkan sendiri barang yang dia tak ada tu kot. Kalau selalu sangat,sapa tak marah. Kalau sekali dua,aku tak ambik port kot. 

Sendiri mau ingatlah..

p/s : Haha! Sentap kot kat sorang classmate masa sekolah menengah dulu. Kalau kita bawa bekal,walaupun dia nampak bekal aku tu cukup-cukup untuk sekali suap mulut aku je,dia tetap nak minta. Manusialah katakan..    


Jumaat, 30 Mei 2014

Belajar Bahasa Cina untuk Dapat Kawan Cina

Assalamualaikum.

How to speak Chinese?


Aku memang teringin sangat nak pandai cakap Cina. Aku ada sorang kawan. Kawan tuisyen Add Maths lah,masa aku Form 5 dulu. Nama Fatin Nabila. Bapak dia Cina,mak dia Melayu. Dia bertudung,bukan freehair. Tapi kalau kat Sarawak,istilah Bumiputera tak de maknanya kat dia. Kalau kat Semenanjung,dia adalah Bumiputera. 

Memang best sangat tau bila tengok dia cakap Cina dengan bapak dia. Entah-entah kat rumah dia cakap Cina jugak. Macam aku.Kat luar,bila dengan kengkawan,aku cakap lah Melayu Sarawak atau Melayu standard atau English *jarang kot aku pakai English. Kalau kat dalam rumah,guna Bahasa Melanau la. Sebab apa macam tu? Sebab mak aku kata,kenapa kita nak buang bahasa yang dah jadi darah daging kita? Walaupun atas kertas bangsa lain,tapi belajar banyak bahasa tak bermakna kita kena jadi bangsa tu. Betul kan? Itu salah satu jenis cabang komunikasi. 

Apa yang buatkan aku nak sangat belajar Bahasa Cina ni?

Masih berkisar tentang budak Fatin ni tadi. Masa aku tuisyen satu kelas dengan dia dulu,dia kawan dengan sorang budak Cina ni. Perempuan. Cantik. Amoi-amoi ni memang cantik,kau tau. Nama dia aku tak ingat pulak. Lama sangat dah tinggalkan kelas tu sejak kali terakhir aku kelas sebelum exam Add Maths SPM lepas. Budak Cina ni genius. Kalau tak silap,Fatin bagi tau aku tu hari,dia dapat 9A. Memang terer lah. Aku ni rasa nak mampos je belajar,itu pun dapat 7A je. 

So,bila aku perhati budak dua orang ni dari jauh,memang rapat sangat. Dan diorang dua orang ni speak Chinese. Whoaa! Aku rasa pun rasa cam iri hati jugak lah dengan budak Fatin ni. Dahlah kawan dengan budak Cina,mesti dapat ilmu lebih dari dia. Aku masa tu,macam jeles gilerr lah.

Dapat kawan yang lagi pandai dari aku,lagi-lagi kalau yang jenis suka share ilmu dengan kita. Memang syurga dunia lah. Aku rasa kalau aku dapat kawan macam tu,memang aku lagi semangat nak kalahkan dia. Ecehh! Hehe. Tapi kalau nak dekati golongan macam ni,lagi-lagi kalau yang berlainan bangsa,kenalah belajar bahasa ibunda diorang. Sebab secara psikologinya,kau lebih suka pelancong yang pandai cakap Melayu daripada pelancong yang cuma pandai cakap English kan? Kiranya kau lebih selesa kalau diorang tahu communicate dengan kau guna bahasa ibunda kan?

Sebab tulah aku nak sangat belajar Bahasa Cina ni. Bahasa Iban dan Bidayuh pun aku minat jugak nak belajar sebab bahasa tu,bagi aku authentic. Budak-budak Iban dan Bidayuh,dorang terer English. Dan kalau boleh,aku nak belajar semua bahasa. Supaya nanti bila aku travel satu dunia nanti,senang. Hehe. 

Korang paling teringin nak belajar bahasa apa? Nak tahu jugak. Manalah tahu,alasan kita tak serupa. :) 

Rabu, 28 Mei 2014

Dengar Lagu All of Me Sampai Muntah

Assalamualaikum.

Pernah tak korang buat begini? Tok sah tanya akulah. Kalau ada je lagu yang aku tersangatlah minat *untuk certain period,memang aku akan buat begini. Kalau tak caya,boleh tanya sesiapa yang korang jumpa kat tepi jalan. Mesti diorang kata ya. Kalau tak pun,korang paksa diorang cakap ya. Haha. Menyampah pulak bunyi nya. Hoho. 



Dalam beberapa hari kebelakangan ni,aku sangatlah minat dengar lagu All of Me,nyanyian John Legend. Aku tak kenal pun John Legend ni siapa. Lantaklah. Lagu dia sedap kan? Tapi bila dia touch model dalam mv All of Me dia tu,adoyai..spoil lah pulak. Tapi aku kesah ke? Aku dengar lagu dia sebab suara dia sedap weyh! Haha. 

*sambil menahan mata yang kemerahan dan letak lidi dekat mata

Aku takdelah sampai termuntah nak dengar lagu tu. Sajalah nak kasi tajuk entri aku tu gempak siket. Maksudnya dengar lagu tu sampai korang rasa,

Bluuueeeeeehhhhh..
Nehhhhhhhh..
Ueeekkkkkkksssss..
Eeeeeeuuuuwwwww...
Arrrrrgggghhh!

Yang arggggh tu tahap di mana korang umpama tahanan penjara Guantanamo yang diseksa untuk dengar lagu tu berulang-ulang kali. Okayy,tak lucu kan? Maksudnya,korang dengar lagu tu sampai korang rasa bosanlah. Susah betey nak cakap straight to the point,ye dak?

Baik aku gambarkan macam mana aku menghadapi saat di mana aku dengar lagu tu sampai aku "muntah".

Bila aku dah suka lagu tu,aku akan hafal liriknya dulu. Hafal lirik sampai tahap di mana aku cuba untuk tak buat kesilapan kat mana-mana part. Macam tak berpekdah kan? Memang pon. Jangan tiru tau. Kalau nak tiru,silakan. Kalau muntah,aku tak sediakan servis lap muntah,ok? Kiranya nak perfect lah. Nak tiru cara John Legend ni nyanyi. Dengan slangnya,dengan sebutannya. Sebutan nak kena golong-golong tu juga,kalau masih ada accent Melayu,fail. Sanggup tak mandi sebab nak yang perfect tu. 

Hah! Perfect lah sangat kan.. *mata ke atas,tangan kat bahu

Pastu,datang satu mood feeling alone,dengar lagu tu sambil nangis-nangis. Feelingkan lyric dia. Itu memang step wajib kalau dah hafal lirik. Seriusly,bila aku waras macam ni,rasa macam aku ni mengidap satu jenis stupidity yang infinity masa aku dengar lagu tu sambil nangis-nangis. Mulalah,masa tu,nak kenang benda sedih,nak pity kat diri sendiri. Alahai.. syahdu sangatlah hidup masa tu. Then melalut. Haa. Part melalut ni memang aku tak leh nak terima. Bila aku dah tersangat marah dengan diri sendiri,aku pi bercakap dengan cermin. Aku pi marah cermin. Tapi guna suara falseto yang ala-ala whispering bunyinya tu. Orang luar tak dengar. Hehe. Aku memang deep ah masa tu. Lawak giler.

Bila aku bosan pulak,dalam senarai music player ada 100++ lagu,tapi lagu All of Me jugak yang didengar. Off shuffling,ulang lagu yang sama sampai tertidur ataupun sampai pening kepala dengar.

Korang pernah tak rasa macam ni? Atau pun sedang mengalami keadaan macam ni?

*Tiba-tiba rasa nak tulis entry terganggu pulak. Macam Wi-Fi hilang connection. Geraamm!

Sabtu, 24 Mei 2014

Nak Beli Viva Harga RM10K!

Assalamualaikum.

Petang tadi,aku terjahlah laman web mudah.com. Kononnya nak cari PSP second hand. Tapi bila aku tengok,macam tak berbaloi pulak beli PSP harga RM250 tapi badannya dah calar balar. Aku rasa lebih baik pergi kedai gajet,beli yang baru. Lagipun harga tak jauh beza. Yelah,orang kata,alah membeli menang memakai. Bukan aku pun yang guna. PSP tu sebenarnya aku nak hadiahkan kepada Encik Ibrahim aku yang akan menyambut hari lahirnya yang ke 21 bulan Julai depan. Bila dia boring,boleh lah main PSP. Dia pun suka main game. Orang lelaki. Biarpun dah tua bangka,tetap game jadi favouritenya. 

Senyap-senyap yer. Jangan pulak pecah lobang. ;)

Jadi,bila aku dah berputus harap dengan PSP tu dan decided nak cari yang baru,aku buka lah section kereta second hand. Nak tengok-tengok je sebenarnya. Tapi entahlah..boleh pulak sangkut tengok Viva yang dijual dalam tu. RM10,000. Harga boleh nego. Mulanya aku nak tengok Kancil saja. Tapi tak nak Kancil model lama. Berlagak. Nak yang SVi tu jugak. Paling murah pun RM9000. Herrm. Bila aku fikir balik,*masa tu aku dah jumpa dah Viva ni,alang-alang kalau beli Kancil. Harga pun tak jauh beza. RM1000 je kot. 



Masa tu dah rambang mata dah..

Apa yang Viva tu ada? Prescription dia bagi tahu semua masih dalam good condition,CD Player,manual,daftar tahun 2009. Kira baru lagilah tu. Cuma dia kemek sikit lah,dekat pintu belakang. Alahh,takpe. Niat dah ada dalam hati ni. Nak beli kereta lah. Biarlah second pun,janji ada kenderaan untuk bergerak dalam universiti. 

Niat dah ada. Tinggal nak kumpul duit je lagi. RM10,000. Mungkin boleh dapat dari hadiah,wang saku,meniaga online. Mungkin juga tabung ASG Pendidikan. Mungkin juga ASB. Haha.

Dah tu? Sia-sialah lesen P kalau aku tak bawa kereta. Bapa pulak tak konfiden kasi aku bawa kereta dia,nak pinjam kat orang? Seganlah. Kalau tak praktis bawa selalu,boleh lupa segala ilmu perkeretaan ni tau. Boleh naik hantu kaki nak tekan clutch,minyak,brek semua tu. 

Sekarang dah tahu satu matlamat aku simpan duit. Nak beli kereta.
Hihi.

Untuk masa depan,korang. 
Bak kata Tun Mahathir,menuju Wawasan 2020. :)

Sabtu, 17 Mei 2014

Tips untuk Lulus Test JPJ (Amali Bahagian 3)

Assalamualaikum.

Aku tak tahulah sama ada aku ni layak ataupun tidak nak bagi tips macam mana nak lulus untuk test JPJ bahagian tiga. Semua nya melalui pengalaman aku sendiri. Kalau ada yang praktikkan dan berjaya,alhamdulillah. Kalau tak berjaya,cuba je. Manalah tahu,nasib badan.. Hehe..

1. Atur,Cek,Tarik,Turun (ACTT)
Atur - Atur kerusi. Selaraskan ikut keselesaan korang sendiri. Perkara ini penting sebab nanti kalau korang memandu tak selesa,JPJ pun akan turut rasa tak selesa,korang.

Cek - Cek semua fungsi dalam kereta. Cermin,wiper,signal,air,gear. Selagi korang ada benda tak puas hati nak cek,cek aja. Biarlah JPJ tu tunggu lama sebab korang nak cek,asalkan korang lulus. Tak apa. Hak menge'cek',itu hak kita. :)

Tarik - Tarik tali pinggang keledar. Benda ni paling penting. Kalau korang tak pakai,automaticly belum sampai pun satu meter kereta gerak,diorang dah suruh tukar tempat duduk. Sebab apa? Fail lah maknanya tu.

Turun - Turunkan handbrake. Please. Baru kereta boleh jalan. Jangan lupa. Handbrake!


2. Senyum 
lebih kurang macam ni lah..hihi
Tak kisahlah ketat mana pun muka JPJ yang uji korang,korang kena senyum juga. Tapi janganlah melampau lampau sampai senyum menggedik menggoda. Tak baik gak. Kang tak pasal-pasal dia tak nak naik kereta tu uji korang. Lagi teruk kalau dia terus bagi fail. Mesti korang tak nak kan? Jadi,senyum je. Kontrol ayu je memanjang. Tak pe. Kalau dia ada tanda-tanda nak memulakan perbualan,peluang korang untuk lulus cerah dah tu. Jangan risau! :)


3. Mulakan perbualan dan rancakkan
Kalau korang mula rasa awkward,mulakan perbualan. Kalau JPJ tu dulu yang mulakan perbualan,rancakkan. Cakap lah pasal test JPJ,format test tu,best ke tak jadi JPJ ni,sejak bila jadi JPJ,cuba buat dia lupa yang dorang ni uji korang. Buat geng lah,senang cerita. Kamceng dengan dorang. Lulus lah tu. 


4. Ucap terima kasih
Ni benda biasalah. Semua orang boleh buat tapi susah sangat nak buat kan? Ucap je. Budi bahasa itukan budaya kita. Ni sebagai nilai tambah sahaja tapi dalam pada masa yang sama,itulah yang menggambarkan diri kita yang sebenarnya. 


Semua tips ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tapi sebelum ujian ni,kena practise dulu bawa kereta cikgu. Untuk dapatkan keyakinan kata orang..Apa-apapun,semoga berjaya! :)

15 Mei : "Lulus" Test JPJ

Assalamualaikum.

Sekarang,aku dengan bangganya boleh bagi tahu kat semua orang yang aku sudah lulus test JPJ Bahagian 2 & Bahagian 3 (Amali). Hehe. Ni nak ceritalah pengalaman macam mana aku test JPJ. Susah ke senang? Tunggu,aku belum habis cerita lagi. 

Pagi tu,aku pergi ke Institut Memandu Liamarc,Serian untuk lapor kehadiran test JPJ. Sekitar pukul 9 pagi,aku sampai sana,terus dorang suruh lapor diri. Lagi 2 orang kawan aku test juga,Syafiq dan Hazierah. Syafiq test kereta. Hazierah ni pulak test motorsikal. Aku? Test kereta lah.

Agak ramai jugaklah yang ambik test hari tu. Dalam 50 lebih orang. *Ramai ke? Dahtu,dorang (penguji JPJ) ni suruh kitorang berkumpul dekat pondok depan bukit untuk bagi briefing,check nama lagi sekali dan sebagainya. Tak lama lepas tu,bemulalah sesi test yang menyeramkan..

JPJ Rudy,penguji JPJ yang bertugas untuk ujian bukit hari tu,panggil nama peserta pertama. JPJ Rudy ni macam mana nak describe ek..macam brader-brader lah style nya..botak,badan gempal-gempal sikit an..muka ketat..Kebetulan,peserta yang dia panggil tu perempuan. Fuhh,aku bagi tau korang,cun. Tapi memang nampak giler dia nervous. Naik satu kali,gagal. JPJ bagi peluang lagi sekali. Bukit ni dorang bagi peluang 2 kali. Tempoh 3 minit untuk 2 kali cubaan. Kali kedua pun gagal juga. 

Seterusnya,peserta kedua..dan ketiga...dan keempat..

"NUR AFIFAH BINTI ISMAIL", JPJ Rudy panggil nama. Aduiiihh. Aku ler tu. Aku dengan rasa was was nya pegi ke arah kereta Kancil penguji tu,start enjin. Buat seketika,kamu tau,aku boleh lupa arah mana nak pusing kunci untuk start kereta. Aku berkali-kali bagi tau diri aku sendiri,jangan nerves. Jangan nerves. Akhirnya,dapat gak start enjin. Alhamdulillah,aku tekan clutch,masuk gear satu dan jalan. *Agak-agak apa yang lupa nak buat? 

Tapi,kereta susah nak jalan. Tapi jalan gak. Kenapa ek? Kereta meraung tapi jalan gak tapi susah nak jalan. Bila dah masuk lurus depan bukit,adalah sorang kawan jerit dari luar,"Turun handbrake!!!"

Adoyai,handbrake! Tak turun lagi,patut pun susah kereta nak gerak. Start dari tu,aku memang nerves balik. Tapi takpe,aku gohead jugak. Naik bukit,satu kali tak lepas line kuning. Turun balik,kali kedua,tak lepas juga. Adoyai,kecundang juga aku dekat bukit. Masa tu memang aku rasa sayang gilerr tak lepas. Padahal tayar dah sentuh pun line kuning tapi tak lepas setengah tayar masuk line kuning. Memang rasa macam bala sial segala macam lah masa tu. 

Aku terus call bapak bagi tau,aku gagal Bahagian 2. Bapak pulak cakap,"Ohh,gagal lah?" Yelah,dah tu kan? "Okayy",dia cakap.

frust menonggeng doe. buat seketika,aku rasa cam..ini tidak
adil,tidak adil..bagikuuuu..


Sambil tu,aku ikut kawan aku,Hazierah pegi Serian makan-makan jap. Dia pi test motorsikal tapi gagal sebab kurang satu saat dekat titi. Kitorang pun jalan lah pi Serian. Dia ni ada dah lesen kereta tapi lesen motorsikal tak dok. Aku ni jenis dua-dua jenis lesen pun belum ada.

Tinggalkan kisah makan di Serian. Tak ada apa yang menarik. Tiba pulak masa untuk test Bahagian 3 dekat jalan raya. On the road lah kata orang. Aku tiba dekat situ pukul 12.30 tengah hari tapi JPJ datang pukul 2.30 petang. Kurang asam jugak lah dorang ni. Janji pukul 2.00 petang. Tapi bila lepas briefing,aku peserta pertama nak diuji. Nama penguji aku kali ni,JPJ Ishak. 

Bila on the road,aku sendiri boleh bagi tahu yang aku masa tu steady je. Sebab apa? Sebab bila diuji oleh JPJ yang bernama JPJ Ishak ni,dia sporting. Aku pun tak rasa awkward. Kiranya cam kamceng lah. Dia boleh pulak ajak borak. Aku apa lagi,dah tahu aku gagal Bahagian 2 tadi,aku borak sakan lah. Mana tahu,dia berlembut hati nak kasi aku lulus test JPJ kan? Tanya aku asal mana,rumah dekat dengan kedai makan mi udang ke,anak bongsu ke,baru lepas SPM ke,sekarang buat apa ; sekolah ke kerja,kerja kat mana,nerves ke tak,tadi gagal ke lulus,gagal kat bahagian mana,macam-macamlah..

Aku test guna laluan C. Pusing bulatan kecik depan Tasik Danu je. Lepas tu patah balik ke starting point kat Kampung Tangga. Tiba-tiba,bila nak masuk balik ke starting point tu,telefon dia bunyi. Lagu Korea beb! Aku dengar betul-betul. Eh? OST Drama Korea The Master's Sun tu? Alaa,JPJ Ishak,minat drama Korea juga orang tua ni. Hehe. Nak ketawa tapi tak sampai hati pulak. Tak pasal-pasal dia kasi aku gagal on the road ni. 

Dah tu,parking elok apa semua,dia bagi tau aku camni,

"Saya bagi awak 20/20 ni,Nur. Jangan buat lesen awal sangat. Rabu depan dah boleh buat,"

"Buat lesen? Bukan saya kena test lagi sekali ke ke kat litar sana?" Aku pun hairan. Setahu aku,aku kena tempah test JPJ lagi lepas Gawai,kalau berdasarkan penerangan cikgu aku sebelum ni. JPJ tu senyum je.

Macam ni lah rupa starting point on the road kat Kpg Tangga,Serian. 
Kereta JPJ tu cikgu-cikgu dah bawak balik pi bengkel. Sebab tu tinggal satu je lagi. 
Ni masa semua orang dah balik dah. Tunggu bapak amek. :)


"Lunaskan bayaran belajar awak baru buat lesen P,ok? Jangan risau,saya dah aturkan," Pastu senyum. Aku makin hairan. Tapi aku cakap terima kasih jelah. Alaaaa,lantak lah. Dia dah kasi aku lulus dah ertinya.
Bila aku tanya cikgu aku,rupanya bila aku maklumkan yang aku gagal,dia terus aturkan untuk aku dengan JPJ tu. Tinggal bayar belajar je lagi. Aku minta yang paling murah. Cikgu aku bagi tahu,RM400. Aku tawarlah RM350. Dia cakap,400 paling murah. Tak nak lah tu. Tapi aku cuba tawar juga. RM390. Tak sangka pulak dia nak bagi RM390. 

Set lah,settle RM390 dan boleh buat lesen P. 

Itu lah kan. Sekarang baru aku faham,sepandai mana pun orang tu bawak kereta,tapi bila test akan ada juga yang gagal sebab cepat panik. Lagi satu,kalau tak nak bayar mahal,try je tawar. Mana tahu dorang berlembut hati ke nak bagi. Yang penting jangan putus asa. Konfiden tak konfiden,itu bukan masalah korang nak test JPJ sebenarnya. Kadang-kadang test JPJ ni nasib korang jugak. Doa dan tawakal yang penting. Dan bila kita sporting,orang pun akan usaha bagi kita lulus walaupun kita tak tawarkan. 

Tapi yang sedihnya,bapak masih tak nak kasi kita bawa kereta Saga hijau dia tuhh walaupun aku dah ada lesen. T_T   

Isnin, 12 Mei 2014

Semakan Surat Tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA Dibuka Hari Ini

Assalamualaikum.

Makluman ini ditujukan kepada semua student lepasan SPM yang dapat tawaran ke mana-mana program asasi IPTA.

Surat tawaran bantuan kewangan pelajar asasi IPTA akan dikeluarkan hari ini,12 Mei 2014,jam 3.00 petang. Korang boleh semak di sini, 



Ahad, 11 Mei 2014

Maksud MQR dan Kepentingannya Kepada Penuntut IPTA/IPTS

Assalamualaikum.

Sebelum enroll masuk ke universiti,aku nak bagi tau korang satu kisah. Kisah ni pasal MQA. Ni cerita daripada Madam Doria,cikgu English masa aku sekolah menengah dulu. Dia cakap,ada certain program di universiti yang tak ada penarafan MQA. Bila fresh graduate daripada program yang tak ada MQA ni cari kerja dalam sektor awam,mereka terpaksa tulis surat kepada jabatan yang mereka minta dan whatsoever untuk menyokong bahawa mereka adalah setanding dengan graduan dari program yang diiktiraf MQA. Dalam erti kata lainnya,susah nak dapat kerja.



Jadi,pernah tak korang terfikir kenapa iklan IPTA/IPTS *biasanya IPTS akan beritahu yang program yang diorang tawarkan mempunyai pengiiktirafan daripada MQA? Mesti pernah kan? Tapi malas nak google?

Ya. Aku pun sama. Tapi itu dulu. 

Senarai singkatan yang akan korang jumpa sepanjang aku terangkan benda ni kat korang.

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
LAN - Lembaga Akreditasi Negara
MQA - Agensi Kelayakan Malaysia
MQF - Kerangka Kelayakan Malaysia
MQR - Daftar Kelayakan Malaysia
PPT - Pemberi Pendidikan Tinggi
PPTS - Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta

1. Apa itu "akreditasi"?
Akreditasi ialah suatu perakuan bahawa sijil,diploma dan ijazah yang telah dianugerahkan oleh suatu institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang telah ditetapkan.

2. Apa itu MQR dan fungsinya?
Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register,MQR) adalah suatu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh dari pihak MQA. Fungsinya adalah sebagai rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan kelayakan dan program pengajian tinggi yang telah diakreditkan oleh MQA.

3. Apa kelebihan kelayakan dan program pengajian tinggi yang telah didaftarkan di bawah MQR?
- Program dan kelayakan tersebut telah melalui proses jaminan kualiti,iaitu selaras dengan kriteria dan standard yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework,MQF).
- memudahkan pemindahan kredit
- membolehan pelajar melanjutkan pelajaran di universiti tempatan atau luar negeri
- membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk perlantikan ke sektor awam
- memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan

4. Terdapat maklumat yang mengenai tempoh sah laku. Apakah maksudnya?
Tempoh sah laku ialah tempoh untuk suatu perakuan akreditasi itu sah digunakan bagi suatu program pengajian dan kelayakan.

Di bawah LAN 1996,semua program pengajian tinggi dan kelayakan (kecuali program profesional) mempunyai tempoh sah laku perakuan akreditasi selama 5 tahun. Pihak pemberi pendidikan tinggi perlu memohon pembaharuan perakuan akreditasi setelah tamat tempoh.

Walau bagaimanapaun,sekiranya program pengajian tinggi dan kelayakan tersebut diakredit di bawah Akta MQA 2007 (mula berkuatkuasa pada 1 November 2007),tempoh sah lakunya adalah bersifat berterusan bermula dari tarikh program tersebut diakredit. Sekiranya berlaku pembatalan akreditasi,tarikh pembatalan akan dinyatakan.

5. Mengapa ada program yang telah tamat tempoh sah laku dan tidak diperbaharui?
Terdapat beberapa kemungkinan :
- program tersebut tidak ditawarkan oleh pemberi pendidikan tinggi
- tiada permohonan untuk memperbaharui perakuan akreditasi oleh PPT atas alasan tertentu
- proses pembaharuan perakuan akreditasi belum selesai

6. Mengapa sesetengah program yang dijalankan di IPTA/IPTS tidak terdapat dalam daftar MQR?
Ini bermakna program pengajian tersebut belum atau tidak diakreditkan oleh MQA atas beberapa sebab tertentu iaitu:
- program pengajian tersebut baru dimulakan dan belum mencapai tempoh matang untuk penilaian akreditasi MQA. Penilaian akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian;
- program pengajian tersebut sedang dalam proses penilaian perakuan akreditasi MQA;
- program pengajian tersebut gagal memperoleh perakuan akreditasi MQA atas alasan-alasan tertentu; atau
- tiada permohonan untuk mendapatkan akreditasi daripada pihak PPT. Untuk makluman, permohonan akreditasi adalah secara sukarela dan terpulang kepada sesebuah institusi untuk memohon.

7. Apakah kesannya jika seseorang pelajar mengikuti program pengajian yang tidak mendapat akreditasi penuh MQA?. 
Kesan utamanya adalah tiada jaminan kualiti yang dapat diberikan oleh MQA terhadap program pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan perakuan akreditasi MQA sebagai syarat untuk:
- memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
- memohon pemindahan kredit seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
- memohon mendapatkan bantuan kewangan atau kemudahan pinjaman pendidikan seperti mana ditetapkan oleh pemberi pinjaman; atau
- dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam atau swasta seperti mana ditetapkan oleh JPA atau majikan swasta

8. Adakah program pengajian dan kelayakan yang terdapat dalam MQR akan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan profesional?
Pada prinsipnya, program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan diiktiraf oleh JPA. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada bidang kuasa JPA untuk mengiktiraf program pengajian dan kelayakan tersebut bagi tujuan lantikan ke skim perkhidmatan awam. MQA juga bekerjasama rapat dengan badan profesional dan pada kebiasaannya, program pengajian dan kelayakan yang diakreditkan akan juga diiktiraf oleh badan yang berkenaan. 

Okayy,diharapkan korang faham apa itu MQR dan kepentingannya dekat penuntut IPTA/IPTS. Untuk maklumat yang lebih jelas,korang boleh je pegi http://www.mqa.gov.my/


Selamat Hari Ibu,Mak : Zaharah Binti Sabadar

Assalamualaikum.

Di kesempatan yang ada ini,mungkin belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari ibu kepada ibuku yang tercinta,Puan Zaharah Binti Sabadar. Di usia beliau yang sekarang ini hampir mencecah 37 tahun,beliau telah mempunyai seramai 7 orang cahaya mata (5 perempuan,2 lelaki). Dan pada usia semuda itu,beliau sekarang berjaya menjadikan aku seorang manusia yang banyak berbakti kepada masyarakat dan alam persekitaran. Aku kini bakal menjadi seorang pelajar universiti. Dan mungkin akan menjadi seorang doktor atau sister. Insya-Allah.



Mak aku adalah seorang yang sangat cantik. Sangat cantik. Dia kahwin pada usia dia 18 tahun,dengan ayah saya,Ismail Bin Ahmad. Ayah saya merupakan seorang guru di sekolah mak saya. Dekat situlah mereka jumpa dan akhirnya berkahwin. Mak aku melahirkan aku pada usia dia 19 tahun. 

Mak aku keturunan Melanau. Berasal dari Kampung Teba'ang,Daro. Daro ni dalam bahagian Mukah,Sarawak. Mak aku bukanlah berasal dari sebuah keluarga yang senang. Nenek aku bekerja sebagai suri rumah. Kadang-kadang kerja petani. Datuk aku pula seorang nelayan. Mak aku ada 10 orang adik beradik. Disebabkan kehidupan mak aku yang susah,segala kemahuan kami yang dirasakan tidak perlu tidak akan dipenuhi,dengan alasan,tidak mahu terlalu dibuai kesenangan sehingga menyusahkan orang lain suatu hari nanti. Ya,memang betul. Kebanyakan remaja yang dipenuhi kemahuannya akan hancur. Mereka tak berfikir matang dan tak memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi jika melakukan sesuatu.

Masa aku kecik-kecik dulu,mak aku selalu bawa aku jalan-jalan dekat kawasan sekolah. Dulu kami sekeluarga cuma ada mak,ayah,dan aku. Kami tinggal dekat kuarters guru. Pernah suatu hari,aku main masak-masak dekat bawah rumah. Mak aku ada tanam cili dekat tepi rumah. Masa tu aku kecik lagi kot. Mana lah tahu pokok tu pokok cili. Kalau aku tahu pun itu pokok cili,aku mungkin sekadar tahu nama tapi tak tahu pula benda tu,termasuk daunnya sekali,pedas. Tiba-tiba,masa aku gelek daun tu,entah apa aku buat masa tu aku pun tak tahu,mata aku gatal. Jadi,aku gosok mata aku dengan tangan yang berbekas daun cili tu. Punyalah masa tu aku menangis. Last-last,mak aku tolong redakan. Dia cuci mata aku dengan air paip banyak-banyak. Lepas tu,dia marah aku ke hapa,aku dah tak ingat dah.

 Mak aku memang sayang kat kami beradik. Semuanya fair & square. Tak pernah ada sorang pun dari kami yang dia tak marah,tak pukul. 

Setahun selepas dia lahirkan aku,dia lahirkan pulak adik aku,Nur Atikah. Lepas tu dia berhenti sekejap. Tahun 2000,dia lahirkan pulak adik aku yang kedua,Nur Ain Fitri. 2001,adik aku ketiga,Nur 'Azah. 2005,lahir pulak Nur Akma Syuhada. 2008,Mohammad Shamsul Azhar dan akhir sekali,2013,Muhammad Zaheer Zafran.

Selamat hari ibu,mak. Aku belum mampu nak beri mak apa-apa buat masa ni. Doa dan usaha aku yang berterusan untuk mencapai cita-cita saja yang dapat aku bagi kat mak. Semoga mak panjang umur,murah rezeki dan sihat sejahtera selalu. 

Sayang mak! :)