Isnin, 20 Disember 2010

Pembinaan Banyak Kompleks Pasar Raya Mega Mendatangkan Banyak Faedah Kepada Rakyat

   Ni skrip prtandingan masa sy pidato piala diraja tahun ni td..hrap sume blh tgok n bg komen kt skrip ni sal ni skrip pertama sy sendiri krg untuk pertndgn pidato..haha..mybe ayat die x ler berbunga sgt sb bru freshie lg tp kira ok la,,dpt buat sndiri punye skrip..rasa puas hati die ade lbh ckit..haha..tgok lh dn bg komen..zassss..





PEMBINAAN BANYAK KOMPLEKS PASAR RAYA MEGA MENDATANGKAN BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT

Terima kasih tuan pengerusi majlis,kombinasi hakim yang menerajui tampuk keadilan,penjaga masa yang budiman,guru-guru seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan madah pidato saya yang bertajuk “PEMBINAAN BANYAK KOMPLEKS PASAR RAYA MEGA MENDATANGKAN BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT”

Kulasentana dewan yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya meneroka lebih dalam tajuk pidato ini,terlebih dahulu izinkanlah saya mendefinisikan
Tahuk yang menjadi tunjang pidato saya. Menurut Kamus Dewan Keluaran 2002,kompleks pasar raya mega didefinisikan sebagai sebuah gedung yang besar yang menyediakan premis perniagaan untuk para penggiat ekonomi. Rakyat tempatan pula dapat merasa bahangnya apabila bangunan gergasi tersebut tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jadi,berdasarkan takrifan yang telah saya kemukakan,dapatlah disimpulkan bahawa pemesatan kewujudan kompleks pasar raya mega menyumbangkan pelbagai manfaat yang berguna kepada masyarakat setempat.

Kulasentana dewan kluster intelektual sekalian,

Saya mulakan dengan kupasan hujah saya yang pertama bertunjangkan frasa perniagaan berkembang,pendapatan menjulang. Melalui pembukaan premis-premis perniagaan dalam kompleks pasar raya mega,rakyat tempatan dapat meningkatkan pendapatan. Hal ini kerana apabila tapak –tapak kedai sewan disewakan kepada individu yang berminat terutamanya peneraju ekonomi tempatan,ia secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi rakyat. Buktinya,dalam ucap tama mantan perdana menteri Malaysia,Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad pada Majlis Perasmian Kompleks Pernas Sogo bertempat di Kompleks Pernas Sogo,Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur bertarikh 18 Januari 1994,beliau menegaskan bahawa melalui pembukaan kompleks pasar raya mega,pendapatan berkapita rakyat di Malaysia telah meningkat sebanyak 27.04% iaitu berjumlah RM 8,550 pada tahun 1993 berbanding hanya RM 6,238 yang bersamaan dengan US$2,495 pada tahun sebelumnya. Tambahan pula,aneka barangan dan perkhidmatan yang disediakan di sana juga kebanyakannya mengetengahkan buatan dan reka bentuk tempatan. Ini menunjukkan bahawa rakyat kita bukanlah sebuah kelompok komuniti yang  ketandusan idea dalam reka bentuk dan teknologi sebaliknya pintar mencari ruang untuk memajukan diri.

Kulasentana dewan kluster cendekiawan,

Hujah saya yang kedua menyusul di bawah kata kunci gedung gergasi menjimatkan masa dan tenaga. Sebut sahaja haruman memukau Giorgio Armani,pusingan waktu bertatahkan permata Bonia,kasut bervariasi Adidas,pasti semua ingin membelanjakan ringgit Malaysia ke luar negara semata-mata untuk membeli buatan asli barangan tersebut. Justeru itu,pembangunan gedung pasar raya membolehkan para pengguna membeli barangan luar negara yang diidamkan hanya di depan mata. Pengaliran keluar wang ringgit Malaysia juga dapat diatasi. Masalah tempat meletak kereta juga langsung tidak menjadi isu untuk mempertikaikan manfaatnya kepada orang ramai. Hal ini kerana kesiapsiagaan kompleks pasar raya mega terhadap kepentingan tapak meletak kenderaan untuk pengunjung adalah menjadi keutamaan. Sewajarnya juga tempat meletak tempat meletak kenderaan wajib disediakan agar ia menjadi daya tarikan para pengunjung untuk datang dan membeli belah di kompleks pasar raya mega.
Sebagai mithalinya,kompleks pasar raya kedua terbesar di Sarawak,Boulevard Shopping Complex di Miri mempunyai tempat letak kereta terbesar di Malaysia. Ini pastinya dapat mengurangkan pembaziran tenaga dan masa yang menjadi implikasi kepada kemampanan ekonomi negara.

Kulasentana dewan penggerak wawasan,

Dua hujah saya sudah berlalu,hujah terakhir kini menjelang tiba untuk disuarakan. Integriti dijana,kehidupan sempurna. Begitulah indahnya susunan kata yang mendasari hujah saya yang ketiga. Jika kita lihat di seluruh pelusuk kompleks membeli belah,tidak kira sama ada di Yow Chuan,The Mall,Parkson,Grand,Metro Jaya dan sebagainya,pasti ada pengunjung syurga dunia tersebut yang mempraktikkan peribahasa Melayu “alang-alang mandi,biar sampai basah”. Ini kerana rakyat di Malaysia dengan mudahnya mendapatkan barangan yang ingin dimiliki dan diperlukan. Tambahan pula,barang-barang yang dijual adalah dijamin kualitinya dan diperakui bermutu kerana terus dibeli atau dibekalkan oleh syarikat pengeluar yang menghasilkan barangan tersebut ke pasar raya mega. Malahan,ada di antara mereka yang mengambil prakarsa membuka premis perniagaan kerana mereka yakin dan percaya,perkhidmatan komprehensif dapat diberikan terus kepada pengguna. Misalnya syarikat pengeluar seperti Sony,Panasonic,LG,Samsung,Nokia dan tidak ketinggalan produk yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Malysia,Agro Mas. Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana barangan yang dijual jauh lebih berkualiti daripada barangan yang terdapat di pasaran biasa. Tepuk dada,tanyalah minda,tepuk dahi,fikir sendiri.

Kulasentana dewan kluster ilmuwan,

Intihanya,pembinaan secara berterusan kompleks pasar raya mega ini telah membuktikan mampu mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk setempat. Seandainya kotak pemikiran masyarakat kita masih kurang isinya,daif dan uzur rupanya,pastinya rancangan pembangunan terhalang,propaganda asing pula berirama sesedap rasa. Oleh yang demikian,dengan adanya langkah proaktif seperti pembinaan pasar raya mega,tidak mustahil,suatu hari nanti,negara kita mampu mencapai matlamatnya untuk duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi ekonomi dunia yang lain.

Sekian,puteri pemidato mohon permisi.  

Isnin, 13 Disember 2010

Lagenda Budak Setan

     Ermm,,LAGENDA BUDAK SETAN...first time sy tengok citer tu malam tadi kat astro citra,feeling giler..memang best lah..sy hampir2 nak menangis tengok citer tu sebab punyer la power die punyer feeling..tapi tahan je lah..takut mak tengok,malu la..dh besar2,nangis tengok tv..tentang pengolahan filem LBS,sinematografi yang sangat2 cantik dan indah..sy boleh bg 5 bintang untuk kualiti sinematografinya..yang menarik hati sya dalam filem tu ialah foto2 Ayu(Lisa Surihani) yang diambil oleh Kasyah(Farid Kamil)..sangat2 indah..memikat hati dan sukma ku..mngenai statement Lisa semasa beliau menjalani penggambaran LBS,scene yang paling mencabar ialah semasa dia bergaduh dengan Azmi(Que Haidar)..memang betullah,,lelaki tu tarik rambut Lisa..kesian Lisa..awek cun macam tu dia tarik rambut bagai nak rak muka Lisa menangis tahan sakit..aduuiih..sabar je la..walaupun saya ni bukanlah pembaca buku LBS sebab sy generasi baru,tapi saya dapat rasakan keagungan cinta Kasyah terhadap Ayu..ketulusannya,keikhlasannya untuk mencintai seorang gadis yang mampu membimbingnya untuk mendapatkan semangat baru untuk meneruskan pengajiannya demi cinta..sy rasa yg novel lg dahsyat kot dr filem sb filem ni nampak straight forward je..mcm ade sumthing wrong..mcm byk dpotong2 je isi cerita tu..tapi apa2pun,untuk Ahadiat Akashah,2 thumbs up for you kerana menghasilkan novel yang teragung dan menjadi buaian perasaan ramai orang..terima kash kerana berjaya membawa suatu klainan dlm novel2 melayu yang selalunya flat dan meleret..tentang OST Lagenda Budak Setan,memang best dan menyuntik perasaan..untuk yang masih tercari2 lirik lagu Bila Cinta (Filianti Vlee,Gio) dan Getar Hati (Gio),terimalah dariku untukmu..

Bila Cinta (Filianti Vlee,Gio)

Bila cinta kini..
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu..

Dulu kau tawarkan..
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku..

Hilangnya cintamu..
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana..

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan..

Kusebut namamu
Di setiap doaku
Dan ku kan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Hanyalah bayangmu..


Getar Hati (Gio)

Saat pertama aku mengenal dirimu
Berdetar jiwa ragaku
Kau mempesonaku
Tanpamu..aku lemah
Kau berikanku cahaya
Terangi gelap hidupku
Ku luluh padamu..

Dengar hatiku
Kan ku bisikkan cintaku
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setia..ku
Ingat diriku
Kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu
Kan ku berikan hidupku..woo

Pertandingan Pidato Piala Diraja 2010 Peringkat Bahagian Samarahan (Hari Kedua)

     Haha..tiba hari yang kedua untuk pertndingan pidato saya..sangat2 bdebar2 pd pg tu.rutin pergi ke venue agak serupa dengan dengan hari yang pertama..cuma hari yang kedua saya rasa sedikit enak untuk menikmati perjalanan dari Gedong ke Semera..ermmmm..yup..cuma untuk trip yang kedua ni,cuma Amirul dan Zawani yang mengikut saya..bagi sokongan la kat sy..haha..yelah tu..
     Setibanya saya kat venue,kami terus pergi ke dewan sb ptandingan nak mula..saya peserta ke 15 kalau tak silap..menunggu saat2 tu,memang bdebar2 la sgt..daripada 24 orang peserta..saya kuatkan semangat..kawan2 bg sokongan kuat..tgu punya tgu punya tgu..tibalah giliran saya..saya sampaikn dengan penuh keyakinan dan keluarkan segalanya yang saya dh praktis selama ni..setakat untuk pusingan yang pertama,excellent and brilliant..saya berjaya lakukn yang terbaik walaupun kena potong on the spot lebih kurang beberapa perenggan supaya dapat diselitkan dengan konklusi agar markah tak hilang markah..selang beberapa minit kemudian,saya diberi pilihan sampul supaya dapat mengetengahkan apa yng sy ketahui melalui tajuk yang telah sy sendiri pilih dr dalam sampul..fuhh..saya dapt 'PROGRAM KHIDMAT NEGARA JATI DIRI REMAJA'..hari yang paling bertuah dalam hidup saya pada ketika itu..tajuk yang memang saya jangkakan untuk saya..dan firasat hati saya mengatakan bahawa itulh yng sebetulnya..saya dengan senyman lebar memandang ke arah kertas kecil itu dan memulakan madah2 bersirat..bla222..i like that moment..sungguh..sy turun dr pentas dgn prasaan yg gembira kerana berjaya melakukan yang sebaiknya..haha..tapi sy tidak meletakkan sasaran yg tgi untuk mmenangi pertandingan tersebut kerana saingan sgt ramai dan memandangkan saya merupakan peserta yang termuda antara semua..sy cuma mengharapkan agar orang ramai bisa membuka mata bahawa bukan sahaja yang sudah memasuki menengah atas yg mampu untuk bersaing di pentas sekolah menengah tetapi juga pelajar menengah rendah mampu memberi saingan..ingat tau..lepas tu..legaaaaaaaaa...huh..sy ckp kat Zawani dan Amirul yg sy dh lepas,diorang cakap,ok la untuk peringkat mcm awak..sy cuma tersenyum sendiri kerana kata2 mereka ada betulnya..sy pun dpt rasakan..hehe..lepas tu,sementara tgu habis budak pidato yg lain..kitorang apa lg??pg jalan2 cari makan  ler...sama mcm hari kelmarin..x selera sngt nak makan..agaknya makanan kat situ kot yang kurang menyelerakan saya..masa untuk kitorang makan tak lama sb masing2 sama macam sy..hehe
      Kebetulan pula,di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud yg tak jauh dr SMK Semera..berlangsungnya pertandingan forum..sekolah sy ada jugak la hantar wakil..walaupun kitorang tak sempat nak tengok yang sekolah kitorang punya performance tp sy yakin yang sekolah sy pastinya sudah melakukan yang terbaik demi mbawa nama baik sekolah..saya pun sempat borak2 dengan Nas,panel penasihat sekolah sy..sempat jugak la,melawak dengan budak tu..biasalah,sapa2 yg kenal dgn dia,tak sampai pun satu saat,korang mesti nak kawan dengan dia..cayalah..dia memang bes..kalo nak ckap dengan dia,tak pyh susah2 nak dongak kepala..tengok bawah je..hehe..sebab dia ni,pendek orangnya..haha..sory Nas..just to describe how do you look like to others outside our circle of life..lalalala..masa dh tamat..berpisah pulak degn Nas..nak pg pulak kt venue sy sndiri..
      Setibanya di venue,ptandingan bahas peringkat akhir dhpun bmula..enjoy la tgok plawanan antara SMK Tebakang n SMK Wira Penrissen..slalu tkejut dgr diorang berhujah..good job..xbkedip mata tengok..sedar tak sedar..habis dh..tibalah upacara yg memboringkan..ucapan3..ulasan ketua hakim..kebanyakan peserta tidak bersedia sepenuhnya dan menghantar peserta bidan terjun sedangkan masa yg diberi oleh pihak penganjur sudah cukup lama..cuma 5 peserta teratas sahaja yang betul2 prepare..sy terima..dan tibalah masa yang dtunggu2..kputusannya..untuk ptandingan bahas diemnangi oleh SMK Wira Penrisssen..10 sguhati..sy tgu2 nama sy,xde..hancurlah harapan sy..pas tu,C. Maribi ckp kat sy,awak dapt no.2..sedia,k..sy tak caya..eeh,cikgu bohong la..tak cayalah..cikgu saja jer nak sakat sy nih..tak cayalah..sy pun relaks la..ckp2 dgn Melini,kwn PBSM sy..dia pun pidato jugak..syok2 ckap..Nur Afifah Binti Ismail!!Nama saya la..tempat ke 2..betul ke????sy naik pentas rs macm tak cayalah pulak..pas ambik hadiah,sy terus peluk kawan saya..terus menangis..teresak2..eee,malu la..tapi tak pe..hehe..sekali sekala..
     Sy pulang dgn perasaan bangga..dn sbg upah untuk harumkan nama sekolah,kami dbawa ke KFC Serian untuk makan2 time..lama dh tak makan KFC..enjoy la..walaupun msh dlm keadaan tak percaya dengan kemenangan yang sy raih..hehe..pas makan2,pulang lah..sy renung piala kemenangan dengan rasa bangga..berbaloi usaha2 sy selama ni..singgah jap kat SMK Gedong,cikgu ambik brg dia sebelum kitorang terus menuju ke Kpg.Gedong..dan di suatu sudut sekolah,saya terpandang bunyi gamelan sedang dimainkan oleh beberapa pelajar yang tidak ku sangka akan ku kenali setelah tugas pidato ini selesai dan akan berlatih bersama2 mereka..Kini berakhrlah kisah pidato piala dirajaku untuk tahun 2010..bye2..Jumpa lg dalam ceritera seterusnya...

Sabtu, 11 Disember 2010

Pertandingan Pidato Piala Diraja 2010 Peringkat Bahagian Samarahan (Hari Pertama)

   Hurrrrmmm....pertama kali tulis blog nih..haha..saya nih mungkin agak ketinggalan nak karang sumthing dalam blog sedangkan orang lain dah berbatu-batu jauhnye diorang karang patah-patah kata mustika dalam blog diorang..hehe..apa2pun,saya sediakan blog ini untuk berkongsi kisah hidup saya masa saya kat sekolah dan mungkn sedikit sebanyak akan menceritakan pengalaman saya bertanding dalam mana-mana pertandingan kat sekolah..untuk blog yang pertama nih,saya nak berkongsi pengalaman tentang PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2010..HAAA..ehe,mungkin pengalaman nih dah berlalu berbulan-bulan yang lalu tapi saya tak pun kedekut nak kongsi pengalaman..(untuk yang junior,memang bagus sangatlah)
   Ok,,kita mulakan dengan hari yang pertama..saya bangun kol 5.00 untuk bersiap-siap sebab Cikgu Maribi pg dtg ambik kat rumah pkul 6.00..maklumlah kat sarawak,pkul 6 tu saya boleh katakan dah terang lah..??apa2 lah..hehe,dengan semangatnye saya bgun,saya mandi tapi sikap saya yang satu nih je yang tak boleh dikikis..malas gosok baju awal..haa,akibatnye,saya terpaksa ambik masa lama nak gosok baju seblum bersiap-siap dengan benda lain..tepat pkul 6,cikgu pulak datang depan rumah..breakfast pun blum..tapi tak pelah..saya boleh beli makanan kat kantin sekolah sebb kitorang singgah kat sekolah dulu seblum bperang kat SMK Sadong Hilir or biasa orng panggil SMK Semera..saya bersama rakan bahas simpanan sekolah saya,Nur Izzati dan Nur Zawani..diorang memang jadi rakan setia saya masa saya pergi bertanding..Pasukan bahas utama yang diketuai oleh Amirul Azmi,Fatin Nur Farahin dan Nur Syuhada pulak pergi dengan Cikgu Jalil...Kira bes jugaklah..pengalaman kedua sebab tahun lepas ada jugak pergi..
   Perjalanan sepanjang kira2 2 jam kot??yelah..2 jam..sangat2 memualkan dan memabukkan saya..keadaan jalan raya tu,ok,,,masalahnye cuma cikgu bawa kereta laju..dan memandangkan kereta cikgu tu rendah,saya tak biasa..sampai tempat bertanding sya masih boleh btahan..ni pulak pengalaman saya masa kat tampat bertanding..haaa...kami disambut bagaikan VIP oleh para pengawas sekolah tu..memang peramah..parking je kereta,layanan 5 bintang diorang bagi..huhu..siap bile kitorang nak kuar dari kereta,diorang bukaka pintu..huh..cayalah korang..lepas tu,terus pergi ke pusat pendaftaran peserta..kat situ,saya tengok banyak sangat pelajar yang pilih tajuk yang sama iaitu 'PENGHARAMAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KAWASAN SEKOLAH WAJAR DILAKSANAKAN'..huh,nasib baik saya tak pilih tajuk tu..kalau tidak,peluang saya memang susah sangat nak dapat..saya tengok senarai,ada 24 peserta dan 3/4 memilih tajuk tersebut sebagai taruhan mereka..tajuk pidato saya,'PEMBINAAN BANYAK KOMPLEKS PASAR RAYA MEGA MENDATANGKAN BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT',ada 2 orang je yang minat..Makin besarlah peluang saya..tapi debaran saya dihentikan buat seketika bila saya jumpa C.Jalil bila dia inform yang pidato bertanding untuk esok hari..jadi tujuan saya datng hari tu,smata2 nak tengok orang bahas lah..cikgu suroh cedok2 dari pasukan lain tentang gaya bahas,gaya mereka mematahkan hujah-hujah pincang lawan dan  macam2 lagi..memang seronok tengok diorang berbahas..ada style,ada gaya tersendiri..dan yang paling besnya,bila diorang jawab hujah..powerful,arogantnya..menambat hati saya..
    Saya ikut pasukan bahas sekolah saya kuarantin kat makmal sains sekolah tu..bes jugak tengok ketekunan diorang buat semua tu..dan 30 minit kemudian,tibalah masanya untuk melihat pertandingan yang sebenar..perlawanan antara SMK Gedong(sekolah saya) melawan SMK Tebakang..dengan tajuk 'PENGGUNAAN BURUH ASING DALAM SEKTOR EKONOMI MENGUNTUNGKAN NEGARA'..HEHE..habis semua bangsa bangla,indon keluar..agak sengit dan pada jangkaan awal saya psukan sekolah saya yang menang tapi keputusannya agak menghampakan saya dan sluruh pasukan..SMK Gedong kalah pada pusingan awal..masing2 kelihatan sangat2 tidak bpuas hati kerana kputusan yang dibuat oleh para hakim nampak macam berat seblah..memang betul jugak lah.tapi nak kata apa..dah kputusan yang arif mcm tu..hmmm..pasrah..dan pembahas terbaik bagi pusingan tersebut ialah dari SMK Tebakang iaitu Mohd. Azwa Bin Hatta..mmm,congratulationlah..berbaloi jugak usaha awak untuk menahan ketakutan sampai berpeluh2 satu bdn..lepas tu,Cikgu Maribi minta tajuk pidato spontan saya dari pihak penganjur..nasib baik ade..kalau tidak,mati tercekik air liur lah alamatnya saya kat atas pentas nanti..dan kisah pasukan bahas sekolah saya pulak,diorang masih tidak bpuas hati dgn kputusan yang dibuat oleh para hakim..saya hanya boleh mndiamkn diri sebab masalah pening kepala saya bertambh teruk..huh..cobaaan..sebaik sahaja pasukan bahas sekolah saya habis bertarung,kami dibawa oleh cikgu2 pergi makan kat warung di pekan berdekatan..makan tgh hari yang tak enak djamu sebab tak selera dan tak lalu nak makan..tak banyak cerita tentang makan lalu kami diajak pulang..saya,Amirul,Fatin dan Syuhada mengikut haluan C.Jalil untuk pulang manakala Zawani dan Izzati stay dgn C. Maribi kat venue sebab mereka nak tengok lagi macm mana..nak timba pengalaman sebab diorang pengganti pasukan bahas tahun depan(termasuk saya)..
    Dlam perjalanan pulang,MENTERI2 yang masih tidak puas hati akan kekalahan mereka masih terus mempertikaikan kputusan..bermula dari kepincangan hujah lawan yang mudah untuk dipatahkan oleh mereka sehinggalah ke sistem pengadilan..hal ini membuatkan saya bertambah sakit tetapi sya tetap gembira bersama2 mereka kerana mereka sangat happening dan mnyeronokkan,,pengalaman yang indah sehinggalah saya terlelap seketika sebelum diberhentikan di perkarangan sekolah kerana saya pernah memaklumkan kepada C.Jalil sebelum kami pulang bahawa saya ingin mbuka internet untuk mencari isi2 untuk tajuk pidato spontan..sangat sukar untuk mencarinya kerana masa sangat mencemburui saya..bekerja pada saat2 akhir sangat mnyusahkan tetapi hal ini tidak pernah melunturkan cinta saya terhadap seni berpidato sehingga ke saat ini..ermm,50 sen,,berapalah sangat untuk tambang bas pulang ke rumah semata2 kerana ingin menangkan pertandingan..pidato adalah soal maruah dan keyakinan diri..tidak mungkin saya akan lepaskannya..dan sejarah ini akan bersambung pada hari yang kedua dan post yang seterusnya...bye...