Sabtu, 11 Disember 2010

Pertandingan Pidato Piala Diraja 2010 Peringkat Bahagian Samarahan (Hari Pertama)

   Hurrrrmmm....pertama kali tulis blog nih..haha..saya nih mungkin agak ketinggalan nak karang sumthing dalam blog sedangkan orang lain dah berbatu-batu jauhnye diorang karang patah-patah kata mustika dalam blog diorang..hehe..apa2pun,saya sediakan blog ini untuk berkongsi kisah hidup saya masa saya kat sekolah dan mungkn sedikit sebanyak akan menceritakan pengalaman saya bertanding dalam mana-mana pertandingan kat sekolah..untuk blog yang pertama nih,saya nak berkongsi pengalaman tentang PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2010..HAAA..ehe,mungkin pengalaman nih dah berlalu berbulan-bulan yang lalu tapi saya tak pun kedekut nak kongsi pengalaman..(untuk yang junior,memang bagus sangatlah)
   Ok,,kita mulakan dengan hari yang pertama..saya bangun kol 5.00 untuk bersiap-siap sebab Cikgu Maribi pg dtg ambik kat rumah pkul 6.00..maklumlah kat sarawak,pkul 6 tu saya boleh katakan dah terang lah..??apa2 lah..hehe,dengan semangatnye saya bgun,saya mandi tapi sikap saya yang satu nih je yang tak boleh dikikis..malas gosok baju awal..haa,akibatnye,saya terpaksa ambik masa lama nak gosok baju seblum bersiap-siap dengan benda lain..tepat pkul 6,cikgu pulak datang depan rumah..breakfast pun blum..tapi tak pelah..saya boleh beli makanan kat kantin sekolah sebb kitorang singgah kat sekolah dulu seblum bperang kat SMK Sadong Hilir or biasa orng panggil SMK Semera..saya bersama rakan bahas simpanan sekolah saya,Nur Izzati dan Nur Zawani..diorang memang jadi rakan setia saya masa saya pergi bertanding..Pasukan bahas utama yang diketuai oleh Amirul Azmi,Fatin Nur Farahin dan Nur Syuhada pulak pergi dengan Cikgu Jalil...Kira bes jugaklah..pengalaman kedua sebab tahun lepas ada jugak pergi..
   Perjalanan sepanjang kira2 2 jam kot??yelah..2 jam..sangat2 memualkan dan memabukkan saya..keadaan jalan raya tu,ok,,,masalahnye cuma cikgu bawa kereta laju..dan memandangkan kereta cikgu tu rendah,saya tak biasa..sampai tempat bertanding sya masih boleh btahan..ni pulak pengalaman saya masa kat tampat bertanding..haaa...kami disambut bagaikan VIP oleh para pengawas sekolah tu..memang peramah..parking je kereta,layanan 5 bintang diorang bagi..huhu..siap bile kitorang nak kuar dari kereta,diorang bukaka pintu..huh..cayalah korang..lepas tu,terus pergi ke pusat pendaftaran peserta..kat situ,saya tengok banyak sangat pelajar yang pilih tajuk yang sama iaitu 'PENGHARAMAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KAWASAN SEKOLAH WAJAR DILAKSANAKAN'..huh,nasib baik saya tak pilih tajuk tu..kalau tidak,peluang saya memang susah sangat nak dapat..saya tengok senarai,ada 24 peserta dan 3/4 memilih tajuk tersebut sebagai taruhan mereka..tajuk pidato saya,'PEMBINAAN BANYAK KOMPLEKS PASAR RAYA MEGA MENDATANGKAN BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT',ada 2 orang je yang minat..Makin besarlah peluang saya..tapi debaran saya dihentikan buat seketika bila saya jumpa C.Jalil bila dia inform yang pidato bertanding untuk esok hari..jadi tujuan saya datng hari tu,smata2 nak tengok orang bahas lah..cikgu suroh cedok2 dari pasukan lain tentang gaya bahas,gaya mereka mematahkan hujah-hujah pincang lawan dan  macam2 lagi..memang seronok tengok diorang berbahas..ada style,ada gaya tersendiri..dan yang paling besnya,bila diorang jawab hujah..powerful,arogantnya..menambat hati saya..
    Saya ikut pasukan bahas sekolah saya kuarantin kat makmal sains sekolah tu..bes jugak tengok ketekunan diorang buat semua tu..dan 30 minit kemudian,tibalah masanya untuk melihat pertandingan yang sebenar..perlawanan antara SMK Gedong(sekolah saya) melawan SMK Tebakang..dengan tajuk 'PENGGUNAAN BURUH ASING DALAM SEKTOR EKONOMI MENGUNTUNGKAN NEGARA'..HEHE..habis semua bangsa bangla,indon keluar..agak sengit dan pada jangkaan awal saya psukan sekolah saya yang menang tapi keputusannya agak menghampakan saya dan sluruh pasukan..SMK Gedong kalah pada pusingan awal..masing2 kelihatan sangat2 tidak bpuas hati kerana kputusan yang dibuat oleh para hakim nampak macam berat seblah..memang betul jugak lah.tapi nak kata apa..dah kputusan yang arif mcm tu..hmmm..pasrah..dan pembahas terbaik bagi pusingan tersebut ialah dari SMK Tebakang iaitu Mohd. Azwa Bin Hatta..mmm,congratulationlah..berbaloi jugak usaha awak untuk menahan ketakutan sampai berpeluh2 satu bdn..lepas tu,Cikgu Maribi minta tajuk pidato spontan saya dari pihak penganjur..nasib baik ade..kalau tidak,mati tercekik air liur lah alamatnya saya kat atas pentas nanti..dan kisah pasukan bahas sekolah saya pulak,diorang masih tidak bpuas hati dgn kputusan yang dibuat oleh para hakim..saya hanya boleh mndiamkn diri sebab masalah pening kepala saya bertambh teruk..huh..cobaaan..sebaik sahaja pasukan bahas sekolah saya habis bertarung,kami dibawa oleh cikgu2 pergi makan kat warung di pekan berdekatan..makan tgh hari yang tak enak djamu sebab tak selera dan tak lalu nak makan..tak banyak cerita tentang makan lalu kami diajak pulang..saya,Amirul,Fatin dan Syuhada mengikut haluan C.Jalil untuk pulang manakala Zawani dan Izzati stay dgn C. Maribi kat venue sebab mereka nak tengok lagi macm mana..nak timba pengalaman sebab diorang pengganti pasukan bahas tahun depan(termasuk saya)..
    Dlam perjalanan pulang,MENTERI2 yang masih tidak puas hati akan kekalahan mereka masih terus mempertikaikan kputusan..bermula dari kepincangan hujah lawan yang mudah untuk dipatahkan oleh mereka sehinggalah ke sistem pengadilan..hal ini membuatkan saya bertambah sakit tetapi sya tetap gembira bersama2 mereka kerana mereka sangat happening dan mnyeronokkan,,pengalaman yang indah sehinggalah saya terlelap seketika sebelum diberhentikan di perkarangan sekolah kerana saya pernah memaklumkan kepada C.Jalil sebelum kami pulang bahawa saya ingin mbuka internet untuk mencari isi2 untuk tajuk pidato spontan..sangat sukar untuk mencarinya kerana masa sangat mencemburui saya..bekerja pada saat2 akhir sangat mnyusahkan tetapi hal ini tidak pernah melunturkan cinta saya terhadap seni berpidato sehingga ke saat ini..ermm,50 sen,,berapalah sangat untuk tambang bas pulang ke rumah semata2 kerana ingin menangkan pertandingan..pidato adalah soal maruah dan keyakinan diri..tidak mungkin saya akan lepaskannya..dan sejarah ini akan bersambung pada hari yang kedua dan post yang seterusnya...bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan