Pembinaan Banyak Kompleks Pasar Raya Mega Mendatangkan Banyak Faedah Kepada Rakyat

By Eppy Ismail - 11:19 PG

   Ni skrip prtandingan masa sy pidato piala diraja tahun ni td..hrap sume blh tgok n bg komen kt skrip ni sal ni skrip pertama sy sendiri krg untuk pertndgn pidato..haha..mybe ayat die x ler berbunga sgt sb bru freshie lg tp kira ok la,,dpt buat sndiri punye skrip..rasa puas hati die ade lbh ckit..haha..tgok lh dn bg komen..zassss..





PEMBINAAN BANYAK KOMPLEKS PASAR RAYA MEGA MENDATANGKAN BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT

Terima kasih tuan pengerusi majlis,kombinasi hakim yang menerajui tampuk keadilan,penjaga masa yang budiman,guru-guru seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan madah pidato saya yang bertajuk “PEMBINAAN BANYAK KOMPLEKS PASAR RAYA MEGA MENDATANGKAN BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT”

Kulasentana dewan yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya meneroka lebih dalam tajuk pidato ini,terlebih dahulu izinkanlah saya mendefinisikan
Tahuk yang menjadi tunjang pidato saya. Menurut Kamus Dewan Keluaran 2002,kompleks pasar raya mega didefinisikan sebagai sebuah gedung yang besar yang menyediakan premis perniagaan untuk para penggiat ekonomi. Rakyat tempatan pula dapat merasa bahangnya apabila bangunan gergasi tersebut tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jadi,berdasarkan takrifan yang telah saya kemukakan,dapatlah disimpulkan bahawa pemesatan kewujudan kompleks pasar raya mega menyumbangkan pelbagai manfaat yang berguna kepada masyarakat setempat.

Kulasentana dewan kluster intelektual sekalian,

Saya mulakan dengan kupasan hujah saya yang pertama bertunjangkan frasa perniagaan berkembang,pendapatan menjulang. Melalui pembukaan premis-premis perniagaan dalam kompleks pasar raya mega,rakyat tempatan dapat meningkatkan pendapatan. Hal ini kerana apabila tapak –tapak kedai sewan disewakan kepada individu yang berminat terutamanya peneraju ekonomi tempatan,ia secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi rakyat. Buktinya,dalam ucap tama mantan perdana menteri Malaysia,Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad pada Majlis Perasmian Kompleks Pernas Sogo bertempat di Kompleks Pernas Sogo,Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur bertarikh 18 Januari 1994,beliau menegaskan bahawa melalui pembukaan kompleks pasar raya mega,pendapatan berkapita rakyat di Malaysia telah meningkat sebanyak 27.04% iaitu berjumlah RM 8,550 pada tahun 1993 berbanding hanya RM 6,238 yang bersamaan dengan US$2,495 pada tahun sebelumnya. Tambahan pula,aneka barangan dan perkhidmatan yang disediakan di sana juga kebanyakannya mengetengahkan buatan dan reka bentuk tempatan. Ini menunjukkan bahawa rakyat kita bukanlah sebuah kelompok komuniti yang  ketandusan idea dalam reka bentuk dan teknologi sebaliknya pintar mencari ruang untuk memajukan diri.

Kulasentana dewan kluster cendekiawan,

Hujah saya yang kedua menyusul di bawah kata kunci gedung gergasi menjimatkan masa dan tenaga. Sebut sahaja haruman memukau Giorgio Armani,pusingan waktu bertatahkan permata Bonia,kasut bervariasi Adidas,pasti semua ingin membelanjakan ringgit Malaysia ke luar negara semata-mata untuk membeli buatan asli barangan tersebut. Justeru itu,pembangunan gedung pasar raya membolehkan para pengguna membeli barangan luar negara yang diidamkan hanya di depan mata. Pengaliran keluar wang ringgit Malaysia juga dapat diatasi. Masalah tempat meletak kereta juga langsung tidak menjadi isu untuk mempertikaikan manfaatnya kepada orang ramai. Hal ini kerana kesiapsiagaan kompleks pasar raya mega terhadap kepentingan tapak meletak kenderaan untuk pengunjung adalah menjadi keutamaan. Sewajarnya juga tempat meletak tempat meletak kenderaan wajib disediakan agar ia menjadi daya tarikan para pengunjung untuk datang dan membeli belah di kompleks pasar raya mega.
Sebagai mithalinya,kompleks pasar raya kedua terbesar di Sarawak,Boulevard Shopping Complex di Miri mempunyai tempat letak kereta terbesar di Malaysia. Ini pastinya dapat mengurangkan pembaziran tenaga dan masa yang menjadi implikasi kepada kemampanan ekonomi negara.

Kulasentana dewan penggerak wawasan,

Dua hujah saya sudah berlalu,hujah terakhir kini menjelang tiba untuk disuarakan. Integriti dijana,kehidupan sempurna. Begitulah indahnya susunan kata yang mendasari hujah saya yang ketiga. Jika kita lihat di seluruh pelusuk kompleks membeli belah,tidak kira sama ada di Yow Chuan,The Mall,Parkson,Grand,Metro Jaya dan sebagainya,pasti ada pengunjung syurga dunia tersebut yang mempraktikkan peribahasa Melayu “alang-alang mandi,biar sampai basah”. Ini kerana rakyat di Malaysia dengan mudahnya mendapatkan barangan yang ingin dimiliki dan diperlukan. Tambahan pula,barang-barang yang dijual adalah dijamin kualitinya dan diperakui bermutu kerana terus dibeli atau dibekalkan oleh syarikat pengeluar yang menghasilkan barangan tersebut ke pasar raya mega. Malahan,ada di antara mereka yang mengambil prakarsa membuka premis perniagaan kerana mereka yakin dan percaya,perkhidmatan komprehensif dapat diberikan terus kepada pengguna. Misalnya syarikat pengeluar seperti Sony,Panasonic,LG,Samsung,Nokia dan tidak ketinggalan produk yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Malysia,Agro Mas. Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana barangan yang dijual jauh lebih berkualiti daripada barangan yang terdapat di pasaran biasa. Tepuk dada,tanyalah minda,tepuk dahi,fikir sendiri.

Kulasentana dewan kluster ilmuwan,

Intihanya,pembinaan secara berterusan kompleks pasar raya mega ini telah membuktikan mampu mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk setempat. Seandainya kotak pemikiran masyarakat kita masih kurang isinya,daif dan uzur rupanya,pastinya rancangan pembangunan terhalang,propaganda asing pula berirama sesedap rasa. Oleh yang demikian,dengan adanya langkah proaktif seperti pembinaan pasar raya mega,tidak mustahil,suatu hari nanti,negara kita mampu mencapai matlamatnya untuk duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi ekonomi dunia yang lain.

Sekian,puteri pemidato mohon permisi.  

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen