Rabu, 4 Disember 2013

Wishlist Checked! : Samsung Galaxy Grand Quattro


Ni cerita kelmarin sebenarnya. Memandangkan aku dah dapat apa yang dihajati iaitu dapat memiliki hp Samsung (apa-apa jenis pun tak kisah) iaitu Samsung Galaxy Grand Quattro. Cina tempat aku beli tu memang baik hati sangat. Maybe sebab tengok customer dia awek cun kot (buek!),sebab tu lah dia terima aku punya offer sampai-sampai dia boleh turunkan harga dari RM800++ kepada RM780.

Memang sebiji macam niey..

Yeap! Kalau korang rasa korang ni aweks or bujangs yang cun,tolong pigi kedai ni,nama dia Arrow Marketing,First Floor,Wisma Saberkas,Kuching,Sarawak. (Haa,siap promo lagi. Ni lah yang dikatakan budi yang baik dibalas baik. Haha! )

Bapak pun baik hati semalam. So,dia pun belikan jugak untuk mama. Hp yang sama,kaler jer yang beza. 
Okay ler tu kan?

Tapi,yang tak bestnya,adik-adik yang lain berputih mata. Kesian pulak aku tengok. Lebih-lebih lagi yang adik num 2. Hp dia bukan main banyak tapi yang latest dia beli dah masuk hospital. Entah kenapa aku terasa kesian dekat dia. 

Bukan..simpati.
Bukan..rasa macam serba salah gitu.

Tapi,dalam pada masa kesian tu,dia ni jeles agaknya. Dia bagi tahu,kalau Samsung ni,kalau masih ada cap duos,gerenti tak ori. 

What the fish?!

Bukan main mahal lagi aku beli,senang-senang dia cakap tak ori. 
Aku diam jer. Diam tu maksudnya mengalah lah.
Tak nak lah gaduh-gaduh. Tak suka.
Biarpun dalam hati ni terasa jer nak lawan.

Aku tak kesah sebenarnya. Asalkan hp ada. Tapi yelah kan,impian manusia. Kalau dah dapat keperluan,mestilah disertakan dengan kehendak. Mesti nak yang lagi canggih or lagi cantik.

At first,aku ada dua pilihan ekceli. Nak Sony Xperia C atau Samsung Galaxy Grand Quattro?

Cina tu semalam tunjuk yang kaler ungu..memang cun abes
lah bagi tau korang..

Kalau dibandingkan dengan Samsung,kualiti video dan sound Sony ni jauh lagi bagos. Tapi,bateri Sony ni tak dapat dialih. I meant,bateri dia susah nak dikeluarkan. Lagipun,aku tak biasa dengan peranti Sony,so aku pilih Samsung. Lagi femes.

Pengaruh prestij sebab Samsung kan jenama. Fofuler. Banyak orang pakai.

So,hari ni tengah belek-belek. Banyak lagi benda belom isi dalam hp baru..Haha!
Btw,pakai duit sendiri tau beli. Haa,boleh tahan tak?

Tapi yang paling penting,wishlist checked! Hehe~ :)

Isnin, 2 Disember 2013

5 Perkara Dilarang Semasa Wanita Memberi Hadiah

Yeah! Cantik tak Assalamualaikum kat atas ni?? Yang ni aku ambik dari blog Nabila Medan. Thanks for the sweet freebies. 
Malam ni,actually tak dok idea nak update blog pasal apa. Blog ni pun actually lost direction dan konsepnya tak tahu apa. Memang random habis lah. Ada benda yang personal,ada yang bagi tips dan pelbagai lah. Yelah,aku ni jenis orang yang tak sistematik siket. So,everything kalau nak buat,kena on the spot.

Btw,aku nak kongsikan dekat korang kalau korang nak terima hadiah dari orang pompuan ni. Macam-macam nak kena jaga. Especially lelaki. Jangan korang hentam kromo jer. Asal terima,suda..



Jangan..jangan..jangan..
Nahas korang nanti.

Nak tahu apa yang tak boleh korang buat masa terima hadiah dari pompuan?

1. Jangan kritik hadiah yang dibagi tu depan-depan dia. Nanti satu tahun dia tak nak call korang. Tau sebab apa? Sebab mestilah dia rasa malu sebab tak berkenan di hati korang. Lagipon,wanita ni sensitif walaupun dia tak tunjukkan kat korang.                                                                                                                                                                                       
2. Cuba puji yang dia pandai pilih hadiah walaupun sebenarnya tak. Tolonglah. Wanita sangat sukakan pujian. Sama macam lelaki. Hehe.                                                                                                                                                                                                                           
3. Lebih bagus kalau korang selalu pakai benda tu. Rasa macam dihargai tau.                                                                                                                                                                       
4.  Jangan sesekali tunjukkan muka yang tak berkenan biarpun korang puji hadiah tu melambung tinggi. Perempuan sangat pandai baca body language korang biarpun korang tak cakap. Gerak hati pun boleh rasa.                                                                                                                                                                                                                                         
5.Ucapkan terima kasih seikhlas hati. Hal itu adalah penutup yang sangat sempurna dan bertertib bila korang terima hadiah dari perempuan.


Sebenarnya,banyak lagi. Tapi tiba-tiba pulak mental block. Korang try lah ok? Aku 100% sure,perempuan mesti setuju dengan sume ni. :)

Apa Salahku Sampai Harus Dibunuh?


Naik gerun aku dua tiga hari ni. Budak perempuan yang bertemankan adik-adik lagi boleh dibunuh,inikan pula yang keluar berseorangan. Aku sangat kesian dengan kes yang baru-baru ni berlaku. Remaja berusia 14 tahun mati dalam keadaan separuh bogel manakala 2 adiknya yang masing-masing berusia 12 dan 3 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tali air kira-kira 3 km dari tempat kejadian.



Astaghfirullahalazim..

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Apalah salah budak-budak tu sampaikan "binatang" ni sanggup membunuh? Sungguh besarkah kesalahan mereka sampai perlu dibunuh sedemikian rupa? Mayat yang ditemui dalam keadaan yang mencurigakan memungkinkan kes tersebut bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi besar kemungkinan berkait dengan aktiviti jenayah yang lain seperti rogol,rompakan,peras ugut atau pun sebagainya. 

Kalau benarlah remaja 14 tahun itu mempunyai teman lelaki dan pergi berjumpa dengan teman lelakinya itu,mengapa harus sampai berbunuhan?

Adakah kerana pergaduhan besar yang tidak dapat dikawal?
Atau si lelaki buas itu ingin melampiaskan nafsu tetapi dalam keadaan remaja itu tidak rela melakukannya?
Lalu setelah itu,kerana tidak ingin menanggung malu,remaja itu harus dibunuh?
Bukankah kalau membunuh,berganda-ganda permasalahan yang dicipta?

Dua adiknya yang sangat muda itu?
Perlu dibunuh jua kerana mereka adalah saksi utama kejadian?

Mungkin juga.

Tetapi itu semua adalah spekulasi semata-mata.
Semua punca kejadian masih disiasat.

Simpati rasanya kepada keluarga mangsa.
Bayangkan.
27 bulan keperitan yang ditanggung si ibu dipunahkan sekelip mata.
Kini,ibu bapa mangsa tidak punya apa-apa.

Manusia zaman sekarang sangat kejam dan tidak berhati perut. Mengapa harus sampai begitu?
Mana hilangnya nilai agama. Mana hilangnya nilai keperimanusiaan.
Sungguh seperti binatang. Aku pun tak tahu kenapa.



Iktibarnya untuk kita,para wanita,remaja perempuan..
Jagalah diri kita sebaik-baiknya.
Dengarlah kata-kata ibu bapa.
Jangan sudah terhantuk,baru tergadah.

Zaman sekarang ini.
Baik lelaki mahupun wanita.
Sukar untuk dipercayai.

Ahad, 1 Disember 2013

Durian Runtuh Sudah Mari..

Assalam :)

Aku dapat durian runtuh! Yahoo! Akhirnya,impianku dimakbulkan Allah. Aku tak nak cakap banyak sebab hari ni,gambar yang akan speak untuk pihak aku. A pat on my back lah untuk aku. Alhamdulillah,syukur nikmat. Hehe. Esei aku ada dibukukan oleh pihak Jabatan Penerangan Sarawak. Tapi aku tak sempat pulak nak upload.

Ni cikgu yang buat. Actually aku curik dari notis board
sekolah. Bukan curik lah,ambik. Lagipon,tak ada budak yang
syok tengok muka
aku kat situ.

close up view. bagi jelas siket.

Nak tahu cerita sebenar,tengok entry ini.

Disember,The Family Month!

Assalam :)

Hmm. Hari ni dah 1 Disember. Aku masih terpinga-pinga kat rumah ni. Tak best lah pulak rasanya awal sangat habis SPM ni. Haritu kemain lagi. Dahlah nombor pin UPU belum beli lagi nih. Silap hari bulan,terlepas tarikh masuk U nanti. *Weewwww.

Okayy,adik aku yang sorang tu,hari ni dah pegi Perakk dah. Padahal aku belum lagi jejak kaki ke Tanah Malayu sana. Maklumlah,masa offer nak pegi tu,aku ni tengah exam. Melepaslah..Tapi tak pe,mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lagipon,tak sanggup pulak aku tinggalkan kesayangan aku,MrIbrahim14 keseorangan kat sini sebab aku dah janji kat dia hari tu untuk outing sama-sama,at least kalau tak gi jauh-jauh,makan mi udang kat kampung sebelah pon,jadilah. Haha.

Tapi sampai sekarang belom jugak ni. Bila lagi...Dia tengah busy dengan kerja-kerja kampung katanya..
Okayy..Tak pe,sayang..

So,plan dengan family nak outing. Semalam bapak baru balik dari Penang. Bawak budak gi main bola kat sana. Skuad yang dia bawak ni so-so jer sebab the best squad kebanyakannya tengah SPM. So,faham-fahamlah resultnya camner kan? Tapi aku tetap sokong SMK Gedong,okayy? Takkan ku lupa sekolah tu. Banyak kenangan manis,pahit,lucu,gembira,masam,semua adalah. Berbalik kepada cerita asal. Bapak baru balik,so rasanya tengah kering lah sebab banyak giler barang yang dia bawak balik dari sana. Ada jeruk,ada baju,ada kasut,ada coklat,ada roti gardenia,ada beg. Arghh! Banyak lah. Btw,roti gardenia tu wujud gak sebab dorang transit kat KL.

Adusshh! Apa kaitannya dengan bapak ni? Penat nak tunggu aku ceritakan hal sebenarnya kan?

Okayy,mak aku tengah cuba nak mengayat bapak untuk bawak kitorang pigi bercuti kat pantai kat Sematan. Macam tahun lepas. Tapi yang tahun lepas tu tak bes sangat sebab banyak sangat pegi. Tak private pulak rasanya. Kali ni,satu keluarga saja. Haaa..Best tak? Best tak?

Muka baru bangun tidoq habaq hang. 

Nilah bapak aku. Yang sebelah tu takkan tak tau kot,
mestilah mak aku. Bawah tu adek bongsu tak jadik.

Nilah pemandangan pantai dekat sematan. Bumbung
biru tu tempat kitorang tido.

Nampak tak permainan dia? Ntah apalah kazen aku buat
time ni. Aku ni jenis tak ambil kisah apa orang buat.

Adek2 jahat. Jalan2 kat pantai tak ajak aku.

Cam best jer kan? Nilah yang akan aku n family buat tak lama lagi. Lepas vacation kat sini,pegi Summer Mall Sarawak. Bwahaha. Tak beli barang. Window shopping sahajer.

Tak lama lagi Summer Lagoon nak buka. Lagi besh
dari Legoland. Main pakai kupon sajer.
Korang tak nak pegi kerr??

Tunggu kaya,dapat gaji lagi besar dari PM,nak gi shopping kat London. Hahaha~

Tapi,sebelum tu,aku ni nak ajak bapak pegi Wisma Saberkas dulu. Aku nak beli hp baru hasil duit RM1000 yang aku dapat masa hari tu. Opkoslah aku nak beli hp Samsung yang ori. Tak naklah alang-alang menyeluk pekasam. Banyak sangat dah kes alang-alang ni menjadik. Baru 2 hari pakai,speaker rosak. Pordaa.

Ni hp MrIbrahim14. BTW,nak sama dengan dia.
Kalau kantau tak cukup,itulah gunanya bapak.

Semuanya berlaku dalam bulan Disember. Lepas ni,nak study mandu pulak. Lesen motosikal entah lepas entah tidak. Tapi,tak pe. Selagi kita hidup ni,nak kena selalu belajar. Barulah cun.

Aku ada lagi benda nak cerita ker? Rasanya tu jelah kot. Nak gi jugak? Belilah tiket MAS sekarang,pegi Sarawak. Harga tiket sekarang kan murah. Murah ke? Yang penting,memang best bagitau korang. Nilah time yang sesuai untuk korang pegi bercuti. Hargai family anda,para blogger sekalian. Urusan mengayat,pandai-pandai sendiri lah yer.*sempat ni nak promo MAS. haha~ 

Pegi Waterfront,Kuching. Waktu malam memang gempak giler. Kalau nak harga murah,eksen lah cakap Sarawak. Dengan local,mungkin boleh bagi korang harga biasa. Memang kaw-kaw rendah punyer. Gambar kat bawah ni,pemandangan Waterfront waktu malam.



 

Okayy?

Satu lagi,2014,Tahun Melawat Sarawak. Sarawak,More Than A Paradise. Yaww! :)



Sabtu, 30 November 2013

Siti Aishah Enggan Pulang,Nafi Dihambakan

Assalam :)

Kisah Siti Aishah ini telah menarik minat aku dalam beberapa minggu kebelakangan ni. Ini adalah kisah hak asasi manusia,fahaman dan ideologi dan kronologi peribadi hidup seseorang yang aku kira cukup menarik.

Wajah Siti Aishah semasa remajanya dan beberapa tahun lalu.
Bagi aku,

Siti Aishah Abdul Wahab,59 tahun,yang merupakan salah seorang daripada tiga mangsa perhambaan di Britain telah diselamatkan oleh polis Britain beberapa minggu yang lalu setelah salah seorang daripada mereka menelefon Badan Kebajikan negara terbabit. Sepasang suami isteri telah ditahan atas tuduhan memperhambakan mereka.

Siti Aishah merupakan pelajar cemerlang dari Sekolah Tunku Kurshiah sebelum mendapat biasiswa Rancangan Colombo untuk melanjutkan pelajaran di London. Beliau telah pergi ke sana bersama-sama tunangnya,Omar. Namun,beliau telah terjebak dan menjadi pengikut persatuan yang berhaluan kiri iaitu Maoist yang merupakan sebuah parti komunis di bawah pimpinan Mao Tze Sung yang asalnya dari China. Daripada peristiwa ini,beliau telah menjadi seorang pelampau politik sehingga sanggup mengabaikan pelajaran dan memutuskan hubungan dengan tunangnya,Omar.

Siti Aishah juga pernah menjadi buruan polis Malaysia pada tahun 70-an sebelum menghilangkan diri ke London. Menurut kakaknya,beliau juga merupakan seorang yang sangat degil,tetap pendirian tetapi sangat disayangi oleh ibunya.Terbaru,Kamar Mahtum,kakak kepada Siti Aishah,berjaya menemui beliau setelah mendapat keizinan daripada Suruhanjaya Tinggi London.

Namun,dalam pertemuan tersebut,Siti Aishah menolak dakwaan bahawa beliau diperhambakan. Penafian tersebut adalah berdasarkan ideologi Marxist yang dipercayainya.

Dalam pertemuan yang menyentuh hati tersebut,kedua-dua beradik tersebut mengalirkan airmata setelah lebih 30 tahun tidak bersua muka.

Perjalanan dari London ke tempat kawalan selamat polis yang dirahsiakan itu mengambil masa selama enam jam dan berlaku pertukaran kenderaan sebanyak dua kali. Pertemuan selama 40 minit itu dikawal rapi dan ketat oleh dua orang polis wanita dan lapan orang polis lelaki. Walau bagaimanapun,Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tidak dibenarkan menemani Kamar semasa pertemuan tersebut.

Semasa perjalanan ke London,Kamar Mahtum bertekad untuk tidak mahu pulang ke Malaysia selagi beliau tidak berjaya menemui adiknya itu.

Dalam pertemuan tersebut,Siti Aishah sempat bertanyakan tentang keadaan ibunya dan saudara mara yang lain. Namun,Kamar membalas pertanyaan tersebut dengan linangan air mata apabila beliau menyatakan bahawa ibunya sudah lama kembali ke rahmatullah. Kamar juga sempat memperingatkan Siti Aishah semula tentang asas agama Islam dan Siti Aishah memberitahu bahawa beliau mempunyai ramai sahabat Muslim di London.

Dalam pada masa yang sama,Kamar Mahtum telah mencuba sedaya upaya memujuk Siti Aishah agar pulang ke Malaysia untuk diperkenalkan kepada saudara mara yang lain tetapi beliau menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk pulang dalam masa yang terdekat tapi akan pulang juga ke tanah air suatu hari nanti. Kamar Mahtum juga sempat memperingatkan Siti Aishah tentang beberapa perkara. Siti Aishah juga diperlihatkan sebagai seorang wanita yang "extremely British".

Namun begitu,Kamar Mahtum dapat merasakan bahawa terdapat sesuatu dalam kehidupan peribadi Siti Aishah yang ingin beliau kongsikan tetapi tidak terungkapkan. Sebelum pertemuan tersebut berakhir,Kamar Mahtum sempat membuat permintaan kepada adiknya ; membaca Al-Quran,menulis surat kepadanya dan pulang ke tanah air.

Aku tak berapa mengerti beberapa perkataan English sebab yang ni aku translate saje. Tapi yang pasti,aku faham keseluruhan ceritanya,macam inilah. Sungguh besar impak fahaman ini kepada Siti Aishah. Sebagai hamba Allah yang ingin melihat hamba-hambaNya yang lain tidak terus terjerumus ke lembah yang hina,aku memohon kepada Allah SWT agar Siti Aishah ini kembali kepada ajaranNya yang sebenar. Aku juga berharap agar dia mahu kembali ke Malaysia dan tabah dengan dugaan yang mendatang. Berdasarkan ceritanya,aku pasti dia mampu mengharungi semuanya setelah apa yang dilaluinya selama lebih 30 tahun itu lebih memeritkan.

Untuk maklumat lanjut,sila klik di sini 



Jumaat, 29 November 2013

Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Daku)



Jangan!
Jangan sentuh daku!
Aku belum kuat
Memecah rekah bibirmu
Yang semakin hampir
Mencipta gempa
Menggelorakan liur sesama kita
Yang pabila reda
Bertarikan dari retakan
Menjijikkan..


Jangan!
Jangan sentuh daku!
Aku belum gagah
Mencantas selirat tanganmu
Yang menjalar laju
Menjerut lama-lama
Melemaskan aku dalam asmara
Yang jahanam


Sudah aku kata!
Jangan sentuh daku!
Kalau kau keras seperti batu
Nikahi aku

Sudah aku kata!
Jangan sentuh daku!


**tajuk sajak diambil sempena tajuk buku karya Jose Rizal,Noli Me Tangere. Tajuknya sangat catchy,jadi terlintas pula di fikiran untuk bereksperimentasi dengan tajuk itu tapi dengan idea yang berbeza.



Khamis, 28 November 2013

Ooops! Kamu Nampak Macam Badut!

Assalam :)



Hai korang! Saya dah habis spm..so what we gonna do? Update blog! Update blog! Update blog! Yeay!
Gembiralah katakan..

Tapi,pada satu hari yang indah (ceyy,indah lah sangat kan..),aku jumpa banyak benda yang bila aku pandang,benda tu macam suatu "distraction" and "annoying". Aku tak tahu kenapa,but seriusly,kau macam badut beb bila pakai baju macam tu. 

So,hari ni,tetiba aku prihatin nak google dan bantu kaum sejenis aku dalam cara pemakaian. So,aku jumpa tips ni dekat yahoo.com. Harap berguna lah untuk korang yang masih belum arif dalam cara berpakaian,terutamanya kalau nak guna fesyen colour block.

Kulit putih
Bagi korang yang berkulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Tapi,kalau korang nak pakai kaler lain pun,no hal..

Kulit kuning langsat
Bagi korang yang mempunyai warna kulit seperti ini,korang sangat-sangat drekomend untuk guna warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Sebab apa? Sebab ia akan menyerlahkan lagi kulit anda,bukan menenggelamkan korang!

Kulit sawo matang
Korang sangat sesuai kalau pakai pakaian berwarna lembut tapi kalau korang rasa ragu-ragu,jangan sekali-kali cuba nak pakai kaler maroon dan ungu. Nonono!

Kulit gelap eksotik
Serlahkan gaya korang dengan warna-warna macam yang ala-ala berwarna tanah yang lembut. Korang juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya. 

Kesan akibat tersalah memilih warna

Akan menyebabkan kulit korang nampak kusam. Muka korang pun akan nampak lebih tua dari usia sebenar. Betul! Tak tipu! Korang pun akan nampak lebih berisi dan besar daripada biasa. Silap hari bulan,warna gigi korang pun boleh nampak macam kekuningan. Eee,mesti korang tak nak kan?Kecantikan korang sebenarnya boleh terserlah tapi dek kerana salah pilih warna,korang nampak macam badut! 

Rabu, 13 November 2013

AZHAEL Muncul Hero Drama #AFMasuk.

Assalam :)



Yaww. Walaupun aku ni tak minat AF dan tahu sikit-sikit jer pasal AF,tapi tetap aku nak update jugak pasal perkembangan AF ni. Maklumlah,rating program musim baru ni tak berapa nak naik sebab faktor x nya dah hilang dan entah kenapa,Malaysia ni macam dah ketandusan bakat-bakat nyanyian.

So,at least,peranan aku kat sini nak menyibuk sal ni lah idea yang paling ummph untuk aku update entri hari ni.

Well,aku hari tu terkejut jugak dengan AZHAEL ni sebab dorang punya performance memang di tahap yang memuaskan tiap kali aku tengok. Tup tup,dorang yang jadi feveret ni jugak yang keluar. Alah,ni drama olahan ASTRO. Memang tak lari dari unsur saspen yang stereotaip macam ni. Mesti ada punyer.

Diumumkan masa rancangan Meletop,duo AZHAEL ni masuk. Dah agak dah. Dorang kan banyak peminat wanita. So,tak mustahil untuk dorang masuk balik. Lagipun,aku rasa peserta yang sebelum ni yang tersingkir pun tarafnya tak boleh nak saingi AZHAEL dari segi performance. Sekali lagi,aku tumpang gembira jugak lah sebab AZHAEL ni muncul jadi hero drama #AFMasuk.

Pada pandangan warga marhaen seperti aku,ada jugak peserta yang boleh diibaratkan macam cinderella tak jadik. Dah memang sah-sah kan dia tak menepati standard,untuk apa bagi orang harapan kan? Nak puji dia bagai,tapi kalau persembahan dia tak improve dengan banyak,tak sapa jugak nak pandang lepas ni. Bukannya dia tak pandai nyanyi,cumanya dia kenalah banyak buat persediaan dan persiapan sebelum masuk pertandingan ni. Pengajaran yang dekat situ actually nak polish bagi lebih mantap. Bukannya baru nak belajar asas yang sampai sekarang pun lepas tapi nyawa-nyawa ikan saja.

Bagi saya jugak,kalau nak improve industri seni kat Malaysia,artis-artis dan orang-orang seni kena banyak merantau ke negara-negara lain. Belajar,dan bawak balik ke Malaysia untuk diperkembangkan. Ambil yang positif lah. Yang boleh disesuaikan dengan budaya dan norma-norma ketimuran.

Negara kita ni luas sebenarnya. Tapi takkan itu jer bakat yang kita ada? Potensi mungkin masih banyak tapi kita tak meneroka jauh ke dalam nun di pedalaman. Why not kita cuba kan? Buat uji bakat dekat kampung-kampung. Ni tak,talent casting kat Sarawak,buat kat satu tempat saja. Bukan semua orang mampu,ye dak? Kalau niat betul-betul nak kembangkan industri seni Malaysia,buat uji bakat dekat funfair pun dorang sanggup. Kalau niat nak untung,buat batuk kat tepi tangga sajer ler..

P/s : Masalah rakyat kita ni mudah sangat jati diri nak koyak kalau dah pegi merantau. Datang balik tempat sendiri buat perangai tak elok pun,tak ada faedah jugak..hrmm..susahnyer..


Selasa, 12 November 2013

Sabun Boleh Hilangkan Kesan Darah dan Pen

Assalam :)

Mesti korang selama ni ingat sabun cuma boleh buat cuci-cuci badan je kan?
Buat cuci muka bila Safi Rania korang dah habis?

KAN,KAN,KAN?

Korang sebenarnya dah SILAP! 100% Silap.

Sebab apa? Tak kiralah sabun cap burung kakak tua ker,May ker,Dettol ke,Lux ker,Protex ke,macam-macam lagi lah. Sabun banyak gunanya.



Aku pun terkejut jugak. Mula-mulanya aku tak percaya fakta ni,tapi bila aku sendiri cuba. Ternyata sangat-sangat berkesan.

Sabun boleh hilangkan kesan darah dan ink pen pada baju. Caranya senang saja. Untuk darah,korang basahkan dengan air dulu pada kesan darah tu. Then,gosokkan sabun dekat kesan darah tu. Korang beruslah guna berus gigi ker..takkanlah nak guna berus gigi kan? Mestilah guna berus baju biasa. Dijamin akan hilang.


Sama jugak hal nya dengan kesan ink pen dekat baju. Tapi yang ni,korang jangan basahkan. Korang gosok je kuat-kuat dulu guna sabun. lepas tu korang gosok sekuat hati. Mesti hilang.

Aku dah cuba. Cayalah. Ekceli,tips ni cikgu kimia aku yang bagi. Dia ada reason nya kenapa hari tu tapi tak ingat lah pulak. Dia ada kaitan dengan pembentukan kekat,kehadiran ion magnesium or kalsium apa tah,tak ingat. Sebab,kalau guna detergen,tak hasilkan kekat,guna sabun ada kekat kalau buat dalam air liat. Yang ni korang tak faham pon tak pe. Tak penting.

Yang penting,kesan darah dan pen kat baju korang hilang!
Puas hati. Hahaha. Bes tak,bes tak?

Tips ni memang sangat berguna kalau korang sume ada anak-anak yang sangat kreatif dan suka menconteng kain baju sekolah dorang dengan garisan dan lukisan ekspresionisme dorang.


Kalaulah Lemak Boleh Di"Bluetooth"kan..

Assalam :)

Minggu ni minggu lemak sedunia ker? Aku pun naik hairan sebab majoriti blog yang aku follow sebut sal lemak. Kalau tak lemak pun,makanan yang ada unsur-unsur lemak. Hermm. Dahlah belum sarapan lagi nih. Perut pun dah berkocak-kocak minta isi sesuatu.

Bercakap pasal lemak ni,aku ada masalah sebenarnya. Lemak dekat bahagian perut dan paha. Macam mana nak buang? Sedang aku borak-borak dengan teman-teman yang agak XXL saiznya,tiba-tiba bukak citer sal lemak ni..

Awek XXL : Kau kurus eh. Jeles ler aku tengok. Tengok aku ni. Macam buah cempedak kena bungkus jer bila pakai baju. Dah tak muat. Kau bayangkan baju besar-besar semuanya mahal. Aku bukannya mampu nak beli. Kalau lah aku boleh bluetooth lemak dengan kauuuuuuuu.....

Ewah! Sedap mulut cakap! Memang lah aku kesian kat dia,tapi aku sendiri pun ada masalah lemak ni. Kalau boleh,nak jugak cari cenggei or mamat yang superthin macam kertas nak bagi lemak.



Lagi satu,dia cakap aku kurus? Memang lah,tengok dari mata kasar.
Cuba kau tengok timbangan aku berapa. Ntah sekarang dah naik sampai 60kg. Hari tu 55kg. Latest. Tak makan nasi selang seminggu tu. Haiishh..lemak-lemak.

Perut berlipat-lipat jer. Mr. IJ14 cakap buat sit up selalu (tapi tak buat sebab MALAS). Haha!
Nak pegi slimworld,london apa tah nama kedai tu..tak mampu! lainlah kalau nak buat persiapan nak kawen,nak nampak kurus,pegi situ.  Tapi nak kena kumpul duit lah macam ni. Susah kalau berat badan naik tapi tak nak turun ni. Gerrrr..



Nak nampak kurus badan jer,tak nak nampak bagi kurus muka. Muka biar tembam tak pe. Ha! Satu lagi. Kalau aku bersenam,muka nak kena ikut hilang jugak lemaknya. Aku tak nak. Nak muka maintain mcam sekarang. Barulah bes nak posing-posing. Nak nampak gigi pun boley. Kalau kurus,malu je nak senyum nampak gigi cause ada masalah gigi terkedepan sikit. Nak pakai braces,aku rasa tak payah lah kot sebab Allah dah bagi aku kelebihan yang macam ni. Dari sudut sainsnya,aku dah rungkai sendiri. Kalau tak ada gigi yang macam ni,bibir bawah aku mesti jatuh punya. Kalau jatuh,mencebik macam naga nak makan orang je memanjang nanti. Aku tak nak....

Jadi,kalau ada teknologi yang macam ni satu hari nanti,bagi tau ek? Kihkihkih.. :)


Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman

Assalam :)


KLIK BUTTON LAU NAK JOIN...

Apa yang menarik tentang blogger Sally nih..

You got the eye of the tiger, a fighter, dancing through the fire
Cause you are a champion and I'm gonna hear you roar
Louder, louder than a lion
Cause you are champion and I'm gonna hear you roar
Now you're floating like a butterfly
Stinging like a bee you earned your stripes
You went from zero, to your own hero

Isnin, 11 November 2013

Impian Haji Seorang Muslim

Assalam :)

biarpun lusa exam sejarah spm,sempat jugak update blog malam ni. yelah,siang tadi tak habis-habis ngadap buku. dengan xtra class,dengan xtra work,harapkan sejarah boleh lulus dengan a++ lah.

hari ini,one of my friend,balik dari tanah suci mekah. dia baru form 4. so,sekarang dia dah jadi hajah. Hajah Noraihan. Tahniah,dik. Aku sangat jeles dengan dia. Di usia yang sangat muda,boleh buat haji. Mudah-mudahan Allah bagi dia haji yang mabrur.

Mendengarkan dia yang dah pegi haji,aku teringat kat diri aku sendiri. Adakah masih ada tempat untuk aku bila aku mendaftar untuk pegi haji nanti? Cukupkah kuota untuk aku pergi menunaikannya? Mendengar berita dari orang sekeliling,aku sangat takut dan terkejut. Anak seorang cikgu aku yang baru didaftarkan dijangka akan menunaikan haji pada tahun 2060. Ya Allah ya tuhanku,aku mohon sangat-sangat,berikanlah aku kesempatan untuk pegi ke sana sebelum aku tua,uzur dan tak mampu. Allah maha adil dan maha mendengar hambaNya yang ingin sangat nak pegi haji. Biarlah kita sendiri yang pergi tunaikan haji,biarlah kita sendiri yang merasakan nikmat haji itu. Biarpun aku hanya layak bergelar muslim,bukanlah seorang muslim yang mukmin,tapi aku tetap mahu keredaanNya.

Astaghfirullahalazim. Istighfar sendiri aku dibuatnya.



Wahai hamba-hamba Allah sekalian,kita haruslah sedar bahawa kita tidak punya banyak masa. Sempurnakanlah solat lima waktu kalian kerana sesungguhnya kita ialah umat yang paling banyak diberikan syafaat oleh Allah SWT. Sedangkan ada umat terdahulu yang perlu membunuh diri sebagai suatu cara untuk bertaubat kepada Allah SWT. Keringanan yang diberikan adalah seringan-ringan yang mungkin. Barangsiapa yang mampu bertahan di penjara Allah,maka ganjaran yang menantinya adalah syurga bersama nabi-nabi dan orang-orang beriman. Barangsiapa yang sering terlepas dari siksaan dan hidup tanpa rasa bersalah,maka seberat-berat azablah baginya di akhirat kelak.

Semoga Allah membukakan hatiku ke jalan yang lebih terang dan tidak leka dengan dunia yang penuh sandiwara ini.

Amin Ya Rabbal Alamiin..




Ahad, 10 November 2013

Islam Finance..or Genetic Science??

Assalam :)

Bila tengok kakak Veronica saya ambik genetik science,serta merta hajat nak kerja kat bank luntur. Aduii,sudah betul nak buat pilihan.Dalam biologi,saya memang suka bab genetik. Lagipun,itulah satu-satunya bab yang saya suka. Saya enjoy belajar. Finance? I want to try sebab saya kena berani meneroka benda baru. Mungkin jugak benda baru tu adalah minat yang tak kita tahu selama ni. Tapi pilihan kedua tiba-tiba muncul depan mata? Apakah kemungkinan yang akan saya buat?

Gambar hiasan


Islam Finance. Prospek kerjayanya luas. Perbankan Islam tumbuh dengan cepat kat Malaysia sekarang. Produk perbankan Islam memang menjadi pilihan ramai. So,undoubtly,memang menjanjikan kerjaya. lagipun,tempoh masa untuk belajar kat universiti ialah 3 - 4 tahun. Tak lama,dah kerja. Tapi,perlu kerja keras lagi nak belajar prinsip akaun,semua benda alah tu sebab nak kena masuk matriks aliran akaun. Tak leh lah aliran sains. Kalau gitu,bye-bye lah kat sains.

gambar hiasan


Genetic Science. Bunyi cam bes. Kata orang,kalau kita minat benda tu,kita cepat belajar. Memang betul Tapi saya tak tahu apa yang dorang belajar dalam genetik science. Nanti kerja apa. Saya google tak jumpa-jumpa. MUSTAHIL! Saya pun tak tahu kenapa. Alamatnya,saya masih kabur tentang course ni. Bunyi cam mencabar tapi saya tak sanggup lagi nak berdepan dengan subjek Kimia kalau dorang masukkan sekali dalam modul. Kalau ada,reject teruslah.

Korang semua,pembaca entry ni,kalau ada apa-apa maklumat,tolong komen kat bawah ni. I'm totally lost. Minat saya ada kat dua-dua bidang ni,banking dan genetik. Tapi which one better? Yang mana satu menjanjikan kebahagiaan hidup dan ada gaji yang lumayan? Kalau dah kerja nanti,kena pertimbangkan jugak kerjaya tu ada masa untuk frenz and family. So,how,kengkawan?

Walaupun tendency saya lebih kepada sastera dan grafik art,tapi saya tak bercadang nak jadikan bidang sastera nor art yang lain sebagai karier utama dalam hidup. Better jadi side income,cukuplah.

So-so-so? Help me to make a decision,buddies...


Sabtu, 9 November 2013

Short Story : The Day I Lose My Temper

Assalam :)

I made it myself. So,I'm very glad that you will read my essay as I will rarely write English essay afterward,especially narrative essay. Insyaallah,I will try to write as many as I could on English narrative essay if you think that this one will etch in your head after you read it. So,do leave positive comments down there. *Guna apa-apa bahasa pun boley.. :)

*****

     "Tock! Tock! Tock!"
     I heard the sound continuously. It was a sign of satisfaction when I was able to create the sound by myself. It was from my new Louis Vuitton's leather shoes. Finally,I could wear it to my class. Furthermore,it was the first day I went teaching. I was very glad.
      I still remember the day clearly. My first ever class that I would teach for English subject is 4 Ruby. Somehow,the students were not as pleasant as I was. 
      "Maybe they don't know who am I. They are just 10 years old,Nadher," I murmured myself. But I insisted to introduce myself though. Suddenly,a boy from outside the class rushed with choking breath and his sweat flew smoothly on his forehead. His uniform was completely tousled ; torn sleeves,dirty pants and shoes. But he apologized to me. As I was his new teacher,I apologized him. The day ended as what I was expecting.


     However,my period of euphoria was only last for two weeks. I became very uncmfortable with this boy,who always came late to school,repeated the same thing he did for almost everyday. Actually,I wondered why but I just not dare to ask him because I don't want to interfere his personal affairs. But there was no excuse for him to finish homeworks that I had given to him.
     "My goodness gracious! You don't even touch my worksheets,boy! What have you done yesterday?! Do you want to challenge me? Do you want me to soak you into the pond outside there? Go and finish your work. NOW!" I tried to control my anger and I did it. I was not in my seethe with rage. It was just a little compared to what I had done to a few clique when I was in university. However,it was just only a memory that will always etched in my head. In reality,I actually faced a real big problem,with this boy,to teach him as he will need this language to overcome his career's constraints in future.
     One day,suddenly,Miss Leela approached me. She seemed like to nag me because I had been very strict and rigid to my students. However,my conscience went wrong.
     "Mister Nadher! The boy,the student of yours,who always came late to school,is very polite with teachers. Why don't you be nice to him? I feel sympathy with him,you know," she said. I was totally dumbfounded. I didn't know what to say and just replied her with one word, "OKAY!". I looked across at her with a wry smile.
     The next day was raining heavily like cats and dog. Thunderstorms were crossing each other with frightening sound. As usual,the boy came late,again. I canned him as soon as he arrived. Worst,I had to count how many times he didn't do my works and this time,it really emerged my temper. It was for 80 times he left it out without any traces of ink on it. I lose my temper. This time,I really did. He wrecked my nerves of anger as I wanted to left the black and blue bruises on his back. He stood still and it was the last straw. I slap his face and accused him as a wolf in sheep's clothing because he was not like other teachers expected to be. I verdicted to shoo him out of my class and let him stood still in rainy days. The boy however keep his mouth shut up. He never had an urge to attack me verbally.
     A few days later,I decided to go to his house to collect PIBG'S donation from his family. Before I was able to reach upon the door,suddenly a little boy rushed toward the door. I tiptoed behind the banana tress beside the house. On the spur of the moment,I watched a touching situation. The little boy who ran toward the door took off his uniform as quick as quicksilver . Another boy was wearing the uniform back eventhough it was very dirty to go for school in the evening session. A bolt from the blue,the boy who wearing the slack uniform was the boy who always came late to school,the boy that I hated so much! Tears suddenly burst from my eyes and I left the house guilty.
     Back to school,as he arrived,he gave me his palm to be canned. I lamented him by hugging him without compromise. I asked for his apology for all my actions toward him before. Abruptly,for the first time, I saw a smile spread across his face. Both of us officially learnt to give and take. He told me that his family was very poor. That's why he needed to get extra works to do to survive his family. His wages still can't occupy the family needs as his little brother also go to school. So,he premiered his little brother to wear new and clean school uniform before he did. At last,I adopted him and beared all his school expenses until he graduated from university.
     Today,I can prance for joy. I had raised a boy successfully without corroding his moral attitudes. As I sit in front of the crowd today,there is a man sitting against me as I give him one more precious advice.
     "Take care of my daughter real good as you treat you family and I before because I know you are the best one,Ibrahim. If you dare to win,you should also dare to lose and you proved it right," The man replied. "Okay,but isn't that is Dato' Lee Chong Wei's quote?" We laughed then and nodded before the marriage solemnisation of my daughter,Afifah and him.


Sekitar Hari Graduasi dan AMC SMK Gedong,Serian 2013

Assalam :)

Yuna cakap,"Dalam setiap gambar,ada lagu," Saya pula cakap,"Dalam setiap gambar,bukan ada lagu saja. Macam-macam ada,"





sory lah..gambar tak banyak..saya tak ambik gambar..ni pun source dari facebook kawan saya *allaraznirr haidah *suki nur syukriah . our friendship will last forever. 5 Science - bunch of crazy besties! :)


SPM 2013 : Day 1

Assalam :)

6 November 2013.

gementar memang rasa lain macam. hari tu kertas BM. tambahan pula,kertas satu perlu buat karangan. aku memang suka buat karangan tapi kalau nak buat yang kaw-kaw kena ambik masa berjam-jam jugak. 1 jam setengah tak kiralah. tapi yang penting,aku kena buat karangan.

masuk dalam bilik 2. aku duduk dekat dengan tingkap yang rongak cerminnya. memang sangat refreshing lah kalau angin masuk berderu-deru. boleh timbul idea. tapi paper1 memang nervous ah sebab ni paper penting ni. kalau tak skor karangan,apatah lagi yang kertas 2. alamatnya,tak dapat a lah aku. target nak dapat a+. kang nanti dapat a-. punahlah harapan.

bila cikgu pompuan berspectackles letak kertas bm kat atas meja aku,aku try lah selak walaupun belum dibagi tau nak selak. bapak aku suruh selak kalau dia tengah toleh kat tempat lain,so aku selak lah. bapak punya ajaran memang tersangatlah bagus. dia guru sejarah. ideanya,supaya dapat fikir jawapan lagi cepat. betul jugak kan. kalau pengawas tu bermata empat sekalipun,dia takkan ada mata lima sebab dekat belakang kepalanya tak ada mata melainkan 2 mata asli dan 2 mata pembantu depan mata asli.

ah!

kenapalah aku tak tengok betul-betul masa revision dengan tutor tv semalam!
sebiji sama keluar. aku tengok sepintas lalu jer. ish. menyesal tak sudah.

tapi sebenarnya aku tak menyesal mana pun sebab exam first term keluar benda yang sama juga. sebiji. so,aku tak hairan sangat.

yang paling aku gembira,bahagian b. aku pilih soalan no 3. isi-isi dah ad dekat soalan. tinggal nak tambah 1 2 isi je lagi. apa lagi,dengan tun mahathir,dengan george soros,dengan zopfan,dengan afta,dengan akta rasuah. aku masuk sekali. aku tak kisah sebab yang aku fikir masa tu macam mana nak manifestasikan sebaik-baik mungkin maklumat-maklumat yang aku ada untuk buat karangan tu nampak mantap.

overall,aku tak risau sangat pasal kertas BM sal aku yakin,aku dah buat yang terbaik. tawakal je lah. tapi aku takut kalau gred aku jatuh ke gred a or a-. tu jer. btw,sekali lagi,tawakal.

nervous?

nervous dah hilang dah. masuk paper psv n kertas 2 bm,aku dah rasa cam ujian masa sekolah biasa. mungkin allah bagi aku ketenangan nak jawab soalan. alhamdulillah.

aku ada sebut pasal paper psv. macam mana? ok. aku ingatkan soalannya susah nauzubillah. alih-alih,dia tanya pasal jalinan,bentuk,ruang,kontra,penegasan,harmoni,tokoh. tu jelah. boleh lah tu kot. setakat 35/50,insyaallah boleh.

tapi kan,kertas 2 psv manyak susah woo. kalau tak susah,haram lah dia nak bagi kertas soalan seminggu sebelum exam kan?

untuk day 1,semuanya ok saja. balik rumah,sakit belakang sebab duduk tegak berjam-jam. hah..


Jumaat, 8 November 2013

Sajak : Di Celah Mana Harus Sabar Disimpan

Assalam :)

Di Celah Mana Harus Sabar Disimpan
Bunga Ibrahim

Di celah mana harus sabar disimpan
Adakah sekadar disisip dalam helaian iman
Atau di puncak bukit kesungguhan?

Adakalanya sisi untuk kesabaran
Berada di sempadan rasa untuk bertahan
Biar duka memakan rasa
Biar marah menancap jiwa
Tetap senyuman perlu dilempar
Perisai hubungan sesamanya

Adakalanya sabar cuma bayangan kejahilan
Untuk berselindung di balik nama
Pangkat,kemuliaan dan gelaran

Sajak ini sebenarnya campuran daripada rasa kesabaran dan kemarahan. Mereka tiba di suatu persimpangan dan akhirnya mencipta perasaan yang bercampur-baur. Terciptanya bait-bait ini kerana aku marahkan seseorang pada suatu malam. Tapi dalam hati saja. Tak berani ku katakan pada orangnya. 

Rabu, 2 Oktober 2013

akronim susunan gelombang elektromagnet (fizik)

Assalam :)

teknik ini diambil dari blog http://zmd94.wordpress.com/. aku rasa sangat bagus untuk calon-calon yang tengah speeding untuk last preparation. so,untuk lebih banyak akronim,klik link di atas. aku cuma ambil untuk sharing dan tolong korang. kalau nak berjaya,kena sama-sama kan?

barulah malaysia maju.

teknik ni namanya teknik BeDAK. menurut pengasasnya,lebih kurang macam bedak badan.
ok,bedak badan kan,korang tau kan?


susunan ini dari atas ke bawah. maksudnya,dari gelombang yang panjang ke gelombang yang pendek.

Radio waves (Ra)
Microwaves (M)
Infrared (In)
Visible light (Vis)
Ultraviolet (Ul)
X-rays (X)
Gamma rays (Rays)
FORMULA : RaMIn VisUl XRays

kalau nak lagi mudah,ingat jer,RAMIN BISUL kena XRAYS. 

mungkin durian akan runtuh dari langit.

Assalam :)

semalam aku bercakap pasal duit,duit,duit.

hari ni,aku terima satu berita baik.

tiba-tiba,sorang pegawai dari Jabatan Penerangan Sarawak call aku. sebelum ni,memang aku ada join tulis esei kenegaraan bertemakan 50 tahun sarawak merdeka dalam malaysia. so,mereka call nak minta soft copy esei aku. hati ni memang lah agak berdebar sebab macam ada petanda nak menang,kan? harap-harap macam tu lah.

nyibuk jap sebab masa ambik gambar ni,aku n team menang
besar!


harap-harap aku menang. korang. doakan yer?
saguhati pun jadilah. kalau juara,alhamdulillah.

kalau dapat cash sebagai hadiah,mungkin aku akan ;

of course,first and foremost,beli hadiah untuk si dia.
second,nak tukar screen lappy aku yang pecah.
simultaneously,aku nak tukar software window basic ke windows 8. (kalau memory cukup)
bakinya,aku simpan buat sambung belajar.
pilihan terbaik nak simpan dekat asg. boleh buat saham banyak.

ngehehe. what a surprising day lah. :)

Isnin, 30 September 2013

10A SPM : Ada Berani?

Assalam :)



Kalau saya dapat 10A SPM tahun ni,amacam?
Ada berani?
Adalah berani..Berani cakap saja.
Buat nya susah.

Tapi kalau betul lah.
Saya cuma gembira tentang ;

1. Saya orang pertama dapat streeet A dalam sejarah sekolah.
2. Dapat imbuhan mencurah-curah.
3. Yang penting,saya tak nak masuk science side lagi.
4. Saya nak kerja besar,gaji tinggi tapi cuti banyak. Ada ker?
5. Interview universiti nak masuk Islam Finance. Biarpun tak glamer macam doktor,yang penting hidup bahagia. Tak stress memanjang. Sebab dah jumpa kerja yang soulmate. 

Btw,ada ker budak streeet A dalam Malaysia ni nak keluar dari sains side (if they're sains side) bila smbung pgajian? Aku rasa takkanlah..Cuma sayalah 1 in a million. Sapa-sapa yang berada dalam landasan kereta api macam saya,tolong komen. Nak dengar korang punya choice apa. :)

bangkitnya semangat ngap sayot..di sekolah.

Assalam :)

Petang tadi. ribut kuat. susah mau cakap. ujar bapak,tempias dari taufan usagi di vietnam. sekarang ada pula ura-ura nak pergi ke serang thailand pula. badan bumi banyak angin dah sekarang. tapi manusia tak penah pula kasi sihat bumi. zalim kan kita??

bercerita pasal taufan,kat sekolah saya pun ada taufan juga. budak-budak lelaki khususnya. budak perempuan pun,segelintirnya sama juga. taufan minat bola. tambah-tambah,sekolah baru saja rangkul 2 kejuaraan bola dalam masa 2 minggu streeet. glamer lah coach dengan pemain. budak perempuan,apa lagi? cepat-cepat saja nak tackle. maklumlah,masuk newspaper.



sumber dari the borneo post

tapi,sejak kebangkitan ngap sayot dalam liga perdana dan liga malaysia baru-baru ni,saya perhatikan. ada satu perubahan mentaliti dalam kalangan penyokong terutamanya budak sekolah. yang dulunya sokong,kelantan,meh beralih tukar ke sarawak. yang dulunya sokong jdt,arsenal,liverpool,m.u bagai,meh beralih ke sarawak juga. biarpun bpl sedang hangat berlangsung di kaca-kaca tv pagi-pagi buta,seolah-olah bpl hilang sengat. bpl terus hilang dari buah mulut budak sekolah. yang mereka sibukkan sekarang ialah perlawanan lepas ni sarawak menentang siapa. seri,tak berbunyi. menang,sorak satu sekolah bagai sarawak menang piala dunia. kalah,tetap juga sokong player sarawak banyak advantages.

bla..bla..bla..

apa-apa pun,saya sokong sarawak. sebab saya sayang sarawak. negeri kelahiran saya.

sebenarnya,ini merupakan satu petanda positif kepada pembangunan bolasepak sarawak. bukti ini yang menunjukkan sarawak boleh setanding dengan kelab lain yang lagi gah nama,umpan semua player taraf star,tapi tak jadi apa-apa. saya bukan mengktiyik. tapi sekadar memberi kenyataan dan pandangan. saya boleh kira guna jari player sarawak yang bermain dalam skuad kebangsaan. kalau ada pun,mungkin di bangku simpanan. kadang kala,tak ada seorang pun. sedangkan sarawak negeri terbesar. nisbahnya mungkin 1:3 pemain dari malaya. puncanya sekarang jelas ada 2 sahaja ; samada pembangunan bolasepak sarawak masih belum cukup mantap atau pun terdapat unsur diskriminasi dalam selection pioneer. saya tak tahu. andaian semata-mata.



berbalik kepada budak sekolah,ada yang sanggup carter van atau kenderaan masing-masing untuk pergi ke stadium negeri sokong sarawak. tindakan berani mati. dari kediaman saya di sini,Gedong ke Kuching adalah dalam 60 km. kebanyakan mereka (boys) pergi dengan classmates. semangat kesukanan tinggi. memang patut dipuji. tapi tindakan ini memerlukan kebenaran ibu bapa. itulah persoalannya.

saya sangat suka melihat ekspedisi sokongan ini berlangsung di sekolah. walaupun para guru perempuan tidak suka budak-budak di bawah ajarannya bermain bola,tetapi apa gunanya bakat kalau tidak dibaja? akademik dan sukan boleh diseimbangkan jika "smart" itu ada dalam diri. walaupun akademik tak seberapa,tapi kalau achieve karier gaji 1 juta setahun main bola,apa salahnya. bak kata bapa saya,biar orang zaman sekarang berlatih bagai nak tercabut tulang kaki,patah sana,patah sini,kalau main bagus,tak sia-sia. betul ke tidak pepatah itu,saya pun masih mengkaji.

apa-apa pun,syabas dan tahniah kepada player SMK Gedong yang rangkul 2 kejuaraan bola dalam bulan ini. Syabas dan tahniah. kepada coachnya,anda memang sudah glamer dari zaman cikgu bujang dulu-dulu pun. Hehe.

Sajak : The Pity Mother

Assalam :)

The Pity Mother
(Adapted from novel The Curse)
By Andrea Neymar

No matter how her daughters are
Outspoken like an ambush fire
Or pleasant angd fair like flour
She firm with her loving desire
Like a moon that will always there for the stars

Poor mother
If the Alzheimer’s didn’t eat your memories
It won’t be hard for you to hug your only daughter
When she comes to you with a bunch of hidden miss in her

Hallucination is her pains
Every moments wandering in her head
Popping unexpected secret to Azreen’s the plain

Before she end it all with peaceful death

Sajak : The Isolated One

Assalam :)

The Isolated One
(Adapted from novel The Curse)
By Andrea Neymar

Forest is her life
Where medic skills used to survive
After being chased and ostracized
Although she is the long suffering-wife

She can’t sigh even if she wants
They called her wicked witch after a while
Reminding their son she is not a swan
But a monster waiting for prey from a mile

No one know the truth behind
Until a girl believe she’s her castle
Well,pretty wise and kind
Yes,a surprise she gives good counsel
Makes the girl bedazzled
With her,the isolated one
From her mankind

Sajak : Bukit Kutu

Assalam :)

Bukit Kutu 
(Adaptasi dari novel Kabus di Perbukitan,Bab 5)
Karya : Andrea Neymar

Sedar Faridah dari tidur
Namun terpana kerana ruang yang aneh
Seperti dalam filem lama
Dia tidak mengerti..

Datang Amah Siti
Pergi membawanya kepada Tuan Cecil Renking
Bercelana pendek putih
Seperti zaman 30-an
Tidak mungkin..

Bukit Kutu tempatnya kini
Di sebuah teratak namanya Smoke House
Di situ Iqbal dan Faridah terjerat
Ingin pulang namun masih keliru
Di mana..? Bagaimana..?

Terlena Faridah di pangkuan Iqbal

Ayu..
Kak Faridah
Tolong kakak cari jalan pulang
Ayu tak berdaya kak. Ayu sakit kanser. Akak baliklah.
Mengapa begini?! Bukit Kutu ini asing!
Tolong kakak pulang!!

Di luarnya
Dr. Susan berprasangka
Racauan Ayu itu
Telepati antara kembarnya,Faridah
Yang sangat istimewa
Tak terpisah ruang dan masa










Sajak : Air Mata dan Rambut Berguguran

Assalam :)

Air Mata dan Rambut Berguguran
(Adaptasi dari novel Kabus di Perbukitan,Bab 4)
Karya : Tangerine Putih 

Tidak ada mimpi                                                      
Hanya lena yang sunyi
Lewat hari-hari yang Ayu lalui
Hanya kemoterapi menemani
Berganda sakit menggenggam diri

Akan berganti Suhaila di sisi
Sunyi sepi pastinya kini
Andai dia masih di sini
Hikayat cinta pasti dibaca lagi

Ayu merenung ke dinding merah jambu
Hingga saat itu dia bertahan
Rawatan kelima dia sudah tak keruan
Baru sebentar sudah luruh rambut ke pangkuan
Air mata jatuh bercucuran

Walaupun ayahnya soldadu garang
Di matanya sebak bersarang
Tetap dia bertanya mengapa
Takdir memilih anak mudanya
Sedangkan ajal lebih dekat pada usianya

Namun,di dalam dilema itu
Masih tetap Ayu menanti
Bertanya di mana Faridah
Di dalam hati

karangan yang skema.

Assalam :)

Inilah contoh karangan yang skema. Memang sudah menjadi kebiasaan dan kemestian belajar BM yang perlu jadi orang skema bila dah tiba masa walaupun pecah fikiran nak cipta ayat,masih jugak rasa nak guna peribahasa,kosa kata yang haram jadah difaham orang bukan politik dan informasi yang even PM sendiri pun tak pernah nak ambik tahu..

AMARAN! KALAU TAK RETI NAK BACA HABIS,JANGAN BACA. NANTI TERMUNTAH DEPAN LAPPY,SAYA YANG MENANGGUNG DUSA...

Teknologi Hijau : Realiti Penyelamat Alam Sekitar
Oleh Nur Afifah Ismail

Gambar hiasan
“ Tanam padi tumbuh lalang”

     Memang tidak dinafikan,penggunaan sains dan teknologi serta kepesatan kemajuannya telah mendorong manusia untuk memanfaatkan alam sekelilingnya untuk terus menerus menghasilkan keperluan. Namun demikian,adakah kita sedar kesan negatif daripada aktiviti tersebut menyumbang kepada kemudaratan terhadap alam sekitar? Walaupun terdapat segelintir negara di dunia ini yang mengamalkan dasar teknologi hijau untuk mengurangkan kadar pencemaran,namun sehingga saat ini,majoriti rakyat di negara tersebut masih dapat diumpamakan seperti peribahasa di atas. Teknologi hijau membawa definisi penggunaan sumber yang lebih mesra alam dan kaedah ini dipercayai mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Protokol Kyoto yang dimeterai pada 16 Februari 2005 di Jepun merupakan permulaan kepada teknologi hijau ini dan seterusnya diikuti oleh pelbagai pendekatan lain dalam lingkungan yang sama. Persoalannya,sejauh manakah teknologi hijau mampu memelihara alam sekitar?

     Sejak kebelakangan ini,masalah perubahan cuaca yang sangat drastik di seluruh dunia sangat membimbangkan. Hal ini adalah disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh pelbagai sumber menyebabkan suhu dunia turut meningkat. Oleh yang demikian,salah satu cabang teknologi hijau yang telah dimanfaatkan ialah dasar meminimakan pelepasan gas karbon dioksida dan gas rumah kaca. Negara-negara maju seperti Jepun,Rusia dan Jerman telah bersepakat untuk mengurangkan jumlah pelepasan gas karbon dioksida melalui pembangunan teknologi hijau yang berkesan manakala negara-negara dunia kedua dan ketiga berperanan mengimbangi kitaran pelepasan gas karbon dioksida. Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC),dunia boleh mengurangkan kepekatan gas rumah hijau kepada tahap kurang daripada 450 bahagian per juta jika teknologi ini digunakan secara maksimum.  Oleh itu,alternatif ini sudah tentunya dapat menurunkan suhu dunia sekaligus mengelakkan fenomena seperti El-Nino umpama datang tak dijemput,pulang tak dihantar.

     Selain itu,kita dapat menyaksikan banyak pencemaran alam sekitar serta masalah pembaziran telah mengorbankan aset-aset berharga dunia akibat perbuatan tangan manusia.  Sehubungan dengan itu,amalan kitar semula merupakan satu langkah pragmatik dalam konteks teknologi hijau untuk memelihara alam sekitar. Dari segi pembuatan kertas,sebanyak 50 batang pokok ditebang untuk menghasilkan kertas dalam masa satu hari. Namun demikian,kita seharusnya bersyukur kerana program kitar semula bahan seperti kertas dapat menangani masalah ketandusan tanaman hijau. Di samping itu,di Australia,kerajaan negara tersebut juga telah melaksanakan dasar untuk menyekat penggunaan harian air penduduk daripada 100 liter sehari kepada 54 liter sehari. Hal ini dapat menjimatkan kos terutamanya dalam memulihkan air kumbahan. Maka,secara langsung,hal ini dapat memelihara kecekapan penggunaan tenaga melalui amalan kitar semula seperti yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Indah Water Konsurtium (IWK) di negara kita.

    Di samping itu,penggunaan sumber tenaga alternative dan boleh diperbaharui merupakan salah satu inisiatif jangka masa panjang untuk memelihara alam sekitar. Tenaga – tenaga boleh diperbaharui seperti biojisim,tenaga solar dan geoterma berperanan sebagai pengganti kepada tenaga – tenaga yang mempunyai sumber yang semakin berkurangan. Negara Jerman telah mendominasi petak hadapan dalam kelompok negara pengguna tenaga boleh diperbaharui. Mereka telah memperkenalkan aruhan tenaga elektrik melalui pembinaan kincir angina dan penggunaan lampu jalan menggunakan tenaga solar fotovoltaik (PV). Dengan ini,tahap pencemaran dapat dikurangkan sekaligus dapat mengharmonikan alam sekitar kerana tidak terdapat bahan pencemar seperti kloroflorokarbon (CFC) digunakan. Tidak cukup dengan itu,kebaikan penggunaan teknologi hijau terhadap alam sekitar juga telah terbukti apabila Iceland yang terletak di Kutub Utara telah membina salah satu loji geotermanya yang terbesar di dunia pada tahun 2011 bagi memenuhi keperluan tenaga penduduknya. Jelaslah bahawa penggunaan sumber alternatif dan tenaga boleh diperbaharui dapat membantu memelihara alam sekitar daripada menjadi seperti rangka hidup segan,mati tak mahu.

     Hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pembudayaan teknologi hijau dalam sistem pengurusan dapat memelihara alam sekitar daripada terus diratah tanpa belas kasihan. Sistem pengurusan yang mesra alam sudah semestinya dapat menghasilkan produk yang bebas daripada unsur-unsur pencemar dan selamat digunakan. Amalan seperti ini sudah tentunya turut menjamin kemandirian ekosistem kerana sistem pembuangan sisa dikendalikan secara sistematik dan terancang. Dengan mengambil contoh terdekat seperti yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia,Skim Amalan Ladang Baik Malaysia telah diperkenalkan untuk memastikan ladang – ladang di Malaysia mengamalkan aspek-aspek mesra alam dalam proses pembuatan. Selain itu,sisa-sisa buangan dapat digunakan sebagai baja kompos di samping dibuang ke saluran yang betul. Maka,sistem pengurusan yang berteraskan konsep mesra alam ternyata berupaya untuk menjaga alam sekitar daripada terus menjadi mangsa kekejaman kemajuan.

     Kesimpulannya,teknologi hijau bukan sahaja berkemampuan memelihara alam sekitar bahkan mampu menyumbangkan manfaat dari aspek lain seperti penjimatan dan kecekapan penggunaan tenaga. Namun demikian,semua pihak perlu berganding bahu untuk merealisasikannya,bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Sesungguhnya jika cita-cita murni ini tercapai,sudah tentu dunia akan lebih harmoni dan lestari. Terbukti,teknologi hijau bukan mimpi,tetapi penyelamat yang pasti.

Rabu, 5 Jun 2013

Wordless Wednesday : The Last Warrior

Assalam :)

#HospitalSerian #3.7kg #Warrior #feelingblessed #4June2013 #nameinprogress

Kalau kiut,sila komen :)

Lirik : Berlari

Assalam :)

manja dimanja
barang kenapa
selalu luka
semuanya sama

kejar dikejar
barang kenapa
tidak ku sedar
cintaku pudar

hambar..

berjalan di sisi kota,semuanya
peduli minta cerita sedih kita
matanya menjeling penuh tanda tanya
ada pula berpaling geleng kepala

lima tahun berlalu
kau kembali buatkan ku jatuh lagi
tapi tak mungkin kerna ku sudah jatuh hati lagi
dengan lelaki yang lebih membiarkan

ku berlari

p/s : inspired by my past. kini ku bahagia. mudahan sampai bila-bila. :)

Sabtu, 1 Jun 2013

puplum's fever.

Assalam :)

ni entry bergambar saja.tak tau nak ulas apa coz this is the best attire that i wear since i live for almost 17 years old in this world. hihi. rasa cam rugged giler kot jalan kat indian street pakai dressing macam ni. ah,aku kisah apa. baju aku,lantak lah kan. kalau korang nak,beli sendiri. jangan tengok saja,duit kan ada kalau diusahakan. insya-allah,di mana ada kemahuan,di situ ada highway. :)







To all Dayakian,Selamat Hari Gawai! Gayu Guru Gerai Nyamai.
Nak gi jugak Rainforest World Music Festival nanti-nanti.
Kalau tak sekarang. :)