Sajak : Di Celah Mana Harus Sabar Disimpan
By Eppy Ismail - 9:08 PTG
Assalam :)
Di Celah Mana Harus Sabar Disimpan
Bunga Ibrahim
Di celah mana harus sabar disimpan
Adakah sekadar disisip dalam helaian iman
Atau di puncak bukit kesungguhan?
Adakalanya sisi untuk kesabaran
Berada di sempadan rasa untuk bertahan
Biar duka memakan rasa
Biar marah menancap jiwa
Tetap senyuman perlu dilempar
Perisai hubungan sesamanya
Adakalanya sabar cuma bayangan kejahilan
Untuk berselindung di balik nama
Pangkat,kemuliaan dan gelaran
* Sajak ini sebenarnya campuran daripada rasa kesabaran dan kemarahan. Mereka tiba di suatu persimpangan dan akhirnya mencipta perasaan yang bercampur-baur. Terciptanya bait-bait ini kerana aku marahkan seseorang pada suatu malam. Tapi dalam hati saja. Tak berani ku katakan pada orangnya.
1 67 komplen
cantik dan indah sajak ni....
BalasPadam