Rabu, 13 November 2013

AZHAEL Muncul Hero Drama #AFMasuk.

Assalam :)



Yaww. Walaupun aku ni tak minat AF dan tahu sikit-sikit jer pasal AF,tapi tetap aku nak update jugak pasal perkembangan AF ni. Maklumlah,rating program musim baru ni tak berapa nak naik sebab faktor x nya dah hilang dan entah kenapa,Malaysia ni macam dah ketandusan bakat-bakat nyanyian.

So,at least,peranan aku kat sini nak menyibuk sal ni lah idea yang paling ummph untuk aku update entri hari ni.

Well,aku hari tu terkejut jugak dengan AZHAEL ni sebab dorang punya performance memang di tahap yang memuaskan tiap kali aku tengok. Tup tup,dorang yang jadi feveret ni jugak yang keluar. Alah,ni drama olahan ASTRO. Memang tak lari dari unsur saspen yang stereotaip macam ni. Mesti ada punyer.

Diumumkan masa rancangan Meletop,duo AZHAEL ni masuk. Dah agak dah. Dorang kan banyak peminat wanita. So,tak mustahil untuk dorang masuk balik. Lagipun,aku rasa peserta yang sebelum ni yang tersingkir pun tarafnya tak boleh nak saingi AZHAEL dari segi performance. Sekali lagi,aku tumpang gembira jugak lah sebab AZHAEL ni muncul jadi hero drama #AFMasuk.

Pada pandangan warga marhaen seperti aku,ada jugak peserta yang boleh diibaratkan macam cinderella tak jadik. Dah memang sah-sah kan dia tak menepati standard,untuk apa bagi orang harapan kan? Nak puji dia bagai,tapi kalau persembahan dia tak improve dengan banyak,tak sapa jugak nak pandang lepas ni. Bukannya dia tak pandai nyanyi,cumanya dia kenalah banyak buat persediaan dan persiapan sebelum masuk pertandingan ni. Pengajaran yang dekat situ actually nak polish bagi lebih mantap. Bukannya baru nak belajar asas yang sampai sekarang pun lepas tapi nyawa-nyawa ikan saja.

Bagi saya jugak,kalau nak improve industri seni kat Malaysia,artis-artis dan orang-orang seni kena banyak merantau ke negara-negara lain. Belajar,dan bawak balik ke Malaysia untuk diperkembangkan. Ambil yang positif lah. Yang boleh disesuaikan dengan budaya dan norma-norma ketimuran.

Negara kita ni luas sebenarnya. Tapi takkan itu jer bakat yang kita ada? Potensi mungkin masih banyak tapi kita tak meneroka jauh ke dalam nun di pedalaman. Why not kita cuba kan? Buat uji bakat dekat kampung-kampung. Ni tak,talent casting kat Sarawak,buat kat satu tempat saja. Bukan semua orang mampu,ye dak? Kalau niat betul-betul nak kembangkan industri seni Malaysia,buat uji bakat dekat funfair pun dorang sanggup. Kalau niat nak untung,buat batuk kat tepi tangga sajer ler..

P/s : Masalah rakyat kita ni mudah sangat jati diri nak koyak kalau dah pegi merantau. Datang balik tempat sendiri buat perangai tak elok pun,tak ada faedah jugak..hrmm..susahnyer..


1 ulasan:

  1. Kamek sik ikut gilak perkembangan AF towk. Kat rumah sikda Astro. Hahaha.

    BalasPadam