Selasa, 12 November 2013

Kalaulah Lemak Boleh Di"Bluetooth"kan..

Assalam :)

Minggu ni minggu lemak sedunia ker? Aku pun naik hairan sebab majoriti blog yang aku follow sebut sal lemak. Kalau tak lemak pun,makanan yang ada unsur-unsur lemak. Hermm. Dahlah belum sarapan lagi nih. Perut pun dah berkocak-kocak minta isi sesuatu.

Bercakap pasal lemak ni,aku ada masalah sebenarnya. Lemak dekat bahagian perut dan paha. Macam mana nak buang? Sedang aku borak-borak dengan teman-teman yang agak XXL saiznya,tiba-tiba bukak citer sal lemak ni..

Awek XXL : Kau kurus eh. Jeles ler aku tengok. Tengok aku ni. Macam buah cempedak kena bungkus jer bila pakai baju. Dah tak muat. Kau bayangkan baju besar-besar semuanya mahal. Aku bukannya mampu nak beli. Kalau lah aku boleh bluetooth lemak dengan kauuuuuuuu.....

Ewah! Sedap mulut cakap! Memang lah aku kesian kat dia,tapi aku sendiri pun ada masalah lemak ni. Kalau boleh,nak jugak cari cenggei or mamat yang superthin macam kertas nak bagi lemak.



Lagi satu,dia cakap aku kurus? Memang lah,tengok dari mata kasar.
Cuba kau tengok timbangan aku berapa. Ntah sekarang dah naik sampai 60kg. Hari tu 55kg. Latest. Tak makan nasi selang seminggu tu. Haiishh..lemak-lemak.

Perut berlipat-lipat jer. Mr. IJ14 cakap buat sit up selalu (tapi tak buat sebab MALAS). Haha!
Nak pegi slimworld,london apa tah nama kedai tu..tak mampu! lainlah kalau nak buat persiapan nak kawen,nak nampak kurus,pegi situ.  Tapi nak kena kumpul duit lah macam ni. Susah kalau berat badan naik tapi tak nak turun ni. Gerrrr..



Nak nampak kurus badan jer,tak nak nampak bagi kurus muka. Muka biar tembam tak pe. Ha! Satu lagi. Kalau aku bersenam,muka nak kena ikut hilang jugak lemaknya. Aku tak nak. Nak muka maintain mcam sekarang. Barulah bes nak posing-posing. Nak nampak gigi pun boley. Kalau kurus,malu je nak senyum nampak gigi cause ada masalah gigi terkedepan sikit. Nak pakai braces,aku rasa tak payah lah kot sebab Allah dah bagi aku kelebihan yang macam ni. Dari sudut sainsnya,aku dah rungkai sendiri. Kalau tak ada gigi yang macam ni,bibir bawah aku mesti jatuh punya. Kalau jatuh,mencebik macam naga nak makan orang je memanjang nanti. Aku tak nak....

Jadi,kalau ada teknologi yang macam ni satu hari nanti,bagi tau ek? Kihkihkih.. :)


3 ulasan:

  1. kalu boleh bluetooth dh lame wat kan...hehehe

    BalasPadam
  2. kite same laa..luar kurus,dalam..mak aii hehe
    btw thanks follow my blog..

    BalasPadam