Jumaat, 29 November 2013

Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Daku)



Jangan!
Jangan sentuh daku!
Aku belum kuat
Memecah rekah bibirmu
Yang semakin hampir
Mencipta gempa
Menggelorakan liur sesama kita
Yang pabila reda
Bertarikan dari retakan
Menjijikkan..


Jangan!
Jangan sentuh daku!
Aku belum gagah
Mencantas selirat tanganmu
Yang menjalar laju
Menjerut lama-lama
Melemaskan aku dalam asmara
Yang jahanam


Sudah aku kata!
Jangan sentuh daku!
Kalau kau keras seperti batu
Nikahi aku

Sudah aku kata!
Jangan sentuh daku!


**tajuk sajak diambil sempena tajuk buku karya Jose Rizal,Noli Me Tangere. Tajuknya sangat catchy,jadi terlintas pula di fikiran untuk bereksperimentasi dengan tajuk itu tapi dengan idea yang berbeza.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan