SPM 2013 : Day 1

By Eppy Ismail - 12:01 PG

Assalam :)

6 November 2013.

gementar memang rasa lain macam. hari tu kertas BM. tambahan pula,kertas satu perlu buat karangan. aku memang suka buat karangan tapi kalau nak buat yang kaw-kaw kena ambik masa berjam-jam jugak. 1 jam setengah tak kiralah. tapi yang penting,aku kena buat karangan.

masuk dalam bilik 2. aku duduk dekat dengan tingkap yang rongak cerminnya. memang sangat refreshing lah kalau angin masuk berderu-deru. boleh timbul idea. tapi paper1 memang nervous ah sebab ni paper penting ni. kalau tak skor karangan,apatah lagi yang kertas 2. alamatnya,tak dapat a lah aku. target nak dapat a+. kang nanti dapat a-. punahlah harapan.

bila cikgu pompuan berspectackles letak kertas bm kat atas meja aku,aku try lah selak walaupun belum dibagi tau nak selak. bapak aku suruh selak kalau dia tengah toleh kat tempat lain,so aku selak lah. bapak punya ajaran memang tersangatlah bagus. dia guru sejarah. ideanya,supaya dapat fikir jawapan lagi cepat. betul jugak kan. kalau pengawas tu bermata empat sekalipun,dia takkan ada mata lima sebab dekat belakang kepalanya tak ada mata melainkan 2 mata asli dan 2 mata pembantu depan mata asli.

ah!

kenapalah aku tak tengok betul-betul masa revision dengan tutor tv semalam!
sebiji sama keluar. aku tengok sepintas lalu jer. ish. menyesal tak sudah.

tapi sebenarnya aku tak menyesal mana pun sebab exam first term keluar benda yang sama juga. sebiji. so,aku tak hairan sangat.

yang paling aku gembira,bahagian b. aku pilih soalan no 3. isi-isi dah ad dekat soalan. tinggal nak tambah 1 2 isi je lagi. apa lagi,dengan tun mahathir,dengan george soros,dengan zopfan,dengan afta,dengan akta rasuah. aku masuk sekali. aku tak kisah sebab yang aku fikir masa tu macam mana nak manifestasikan sebaik-baik mungkin maklumat-maklumat yang aku ada untuk buat karangan tu nampak mantap.

overall,aku tak risau sangat pasal kertas BM sal aku yakin,aku dah buat yang terbaik. tawakal je lah. tapi aku takut kalau gred aku jatuh ke gred a or a-. tu jer. btw,sekali lagi,tawakal.

nervous?

nervous dah hilang dah. masuk paper psv n kertas 2 bm,aku dah rasa cam ujian masa sekolah biasa. mungkin allah bagi aku ketenangan nak jawab soalan. alhamdulillah.

aku ada sebut pasal paper psv. macam mana? ok. aku ingatkan soalannya susah nauzubillah. alih-alih,dia tanya pasal jalinan,bentuk,ruang,kontra,penegasan,harmoni,tokoh. tu jelah. boleh lah tu kot. setakat 35/50,insyaallah boleh.

tapi kan,kertas 2 psv manyak susah woo. kalau tak susah,haram lah dia nak bagi kertas soalan seminggu sebelum exam kan?

untuk day 1,semuanya ok saja. balik rumah,sakit belakang sebab duduk tegak berjam-jam. hah..


  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen