Ahad, 28 Oktober 2012

Bubbly Segmen 2012: Exchange Link Jom?

Assalam :-3

As usual,nothing's good happened today and it was damn boring. So boring. LOL. But now,I will definitely join a segment. Eh,merapu pulak tengah malam ni ha! Ingatkan petang tadi nak join segmen ni taw tapi disebabkan kekeliruan tentang tarikh tutup,akhirnya aku terlepas peluang nak jadi peserta pertama..huh!Geeram!! Takpe2..ok,kali ni program belia anjuran cik F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A ni bertujuan untuk meningkatkan follower!! Yeay!!

Macam biasa...

Picit banner kuat2 kalau nak join!
U noe what? I like segmen yang simple..yang tak perlukan like,o apa semua bagai kan? Tapi its ok..it's just my personal opinion..yang still nak buat macam tu,teruskan,,kalau aku jadi korang pun,of course aku akan buat benda sama untuk tarik lebiih ramai follower di samping pakej promote yang 1000 in 1 kan?? Cuma problema nya adalah aku yang malas nak join sebab aku adalah seorang blogger yang AGAK malas. Huhu. Not to jeopardize myself in shame,ok?

Ok,sekarang aku nak bagi epal beracun kat dorang..kot-kot lah kalau pengsan nati dapat jumpa nenek sihir segmen ni..hehe,sory tuan punya segmen! Gurau jerk.hehe..
Orang 1 --> Aimi Syahirah, Orang 2 --> Twinkle-twinkle, Orang 3 --> Eiydah, Orang 4 --> E'raz Fadli, Orang 5 --> Angel Love Soldier, Orang 6 --> Hatimi Taruddin, Orang 7 --> Nakhoda Nurani, Orang 8 --> Sa Michaisi, Orang 9 --> Revciless , Orang 10 --> Witch Vera
Ok,siap! :)


Sabtu, 27 Oktober 2012

Janji Oh Janji~

Assalam :(

Sebab nilah aku tak nak berjanji sebab bila aku berjanji,aku tahu janji tu takkan tertunai sebagai janji tetapi sebagai satu hutang yang perlu aku bawa sampai akhirat nanti sebab aku ni jenis yang tak suka menepati janji yang ditaburkan apatah lagi janji tu adalah janji kosong semata-mata macam aku belajar konsep jual dan beli dalam silibus matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 yang cakap bahawa kita tak boleh berjanji nak jual sesuatu barang yang tak ada depan mata. Ah! Apa pulak kaitan itu semua dengan janji? Pokoknya,jangan jadi macam aku.

Rasa macam sentiasa diperhatikan je..

Projek Novel Aku : Perancangan atau Angan-Angan?

Assalam :)

Buat entri lagi..memang kelas lah Miss Rawrer kite hari ni kan?? Ada-ada jer idea nak post kan kat blog ni..tapi post apa? Post angan-angan taik kucing semata-mata..nak juga gedik share kat orang kan?? Aku kesah apa? Asalkan aku rasa lega..selagi mende ni bersarang dalam hati macam tu aje,emm,takkan kemana lah aku hari ni..sehari tak poret,tak buka blog,rasa tak lengkap hidup ni tau..aheehe..

Entri hari ni pasal apa ek? Ok.Pasal novel. Dan projek novel aku.

Projek novel aku ni baru dalam plan. Tak taulah Plan A ke,Plan B ke,Plan C tapi yang pastinya,dalam PLAN. Novel APA? Novel ni bukan macam novel Adam & Hawa,bukan macam novel Gerhana Cinta Edika tapi novel ni lebih kepada "pulp-fiction".



Lebih kurang macam gini...

Sebab apa "pulp-fiction"? (Kalo tak tau "pulp-fiction",sila tanya Cik Google atau Wiki sebab dia pakar semua mende) Sebab aku nak sesuatu yang dapat memberikan pembaca satu kelainan dalam pembacaan sebab bahasa yang aku gunakan tak menggalakkan dan akan melanggar peraturan dan undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang selalunya kedai buku Popular labelkan sebagai bahan bacaan bertaraf Bahasa Melayu Rendah. Ya. CEO Popular,jangan merajuk. Ini gurauan semata-mata :)

Ok,berbalik kepada cerita plan novel ni. Novel ni akan ada jalan cerita yang agak luar biasa. Seperti biasa,hiperbola dalam percakapan menyerang lagi. Jangan hairan. Kalau korang rasa macam tu lah. Kalau tak,diam je. Ia mengisahkan tentang seorang ejen perisik yang mengidap penyakit ganjil iaitu pertumbuhan fizikal terbantut tetapi mental tetap sihat. Senang kata,seorang ejen perisik yang miliki kecantikan semulajadi tetapi tidak memiliki paras kewanitaan yang sempurna kerana pertumbuhan fizikalnya terhenti pada tahap macam fizikal budak perempuan sekolah menengah. Dia diberi tugasan untuk menyamar di sebuah sekolah untuk menangkap penjenayah yang paling dikehendaki. Crime apa,nanti aku fikir lagi lah. Konflik cerita aku belum bayangkan dalam-dalam lagi. Mungkin mengambil masa. Aku akan update lagi.

Setakat ni? Amacam? Menarik? Belum habis lagi.

Tajuk novel ni nanti cuma satu perkataan sahaja. Dan mungkin novel ini 2 in 1. Situasi peristiwa yang sebenar secara kasarnya dan perlambangan peristiwa tersebut kepada beberapa nilai kemanusiaan. Macam tu lah kot. Jumlah perkataan around 60 thousands. Sasaran adalah satu bab,satu hari. Aku kena belajar banyak daripada sir Aloy Paradoks sebab dia pakar bikin novel dalam masa kurang lebih sebulan.

Aku kena bikin sinopsis,Bab 1 dan Bab 2 untuk penilaian. Harap ini kenyataan. Bukan mimpi dalam mimpi. Bukan khayalan. Apatah lagi angan-angan. Syarikat FIXI,cerewet dengarnya.

Segmen : Jom Usha!

Assalam :D

Lari dari kewajipan untuk basuh pinggan mangkuk kejap..haha..biarkan mereka yang marah-marah kat dapur sebab kerja disegerakan asal pagi ni I da buat satu entri suda..hehe,,ok,kali ni,aku nak join satu segmen nih.ingatkan tadi nak join segmen dari cik F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A..tapi tengok2,dah expired..tak pelah..nak join yang ni je..senang je caranya..maka,dengan sukacitanya aku nak ikut segmen ni,untuk tambah follower dia,follower aku dan follower korang semua!

Firstly,of corse la..

Siap! Senang je kan??So,kite publish,kite linkkan. Dah. Hope ada follower yang ke 200 aku dapat hari ni. Sapa lah agaknya orang bertuah tu? Rasanya-rasanya ada habuan lah follower aku yang ke 200 tu sebab hari ni aku baik hati sangat. :)




Jejaka Pujaan #1 : Ryu Deok Hwan

Assalam :)

Wahaha..ok..bermula dari saat ni..akan ada satu segmen yang dinamakan "JEJAKA PUJAAN". Segmen ni bertujuan untuk suka-suka jer..Hehe..Dalam hati memang ada rasa nak dia jadi teman hidup tapi ah! Tak mungkinlah kan?? Tapi kalau benar pon,,amiin! Hehe.

Untuk yang pertama ni,namanya Ryu Deok Hwan. Bermata sepet dengan ketinggian 1.6 meter. Pendek je kan? Jejaka ni,of course lah from Korea tapi tak bermakna I minat K-Pop ok? Lahir pada 12 Jun 1987 ~ emm,beza 9 tahun je dari I..hehe..tak kesah doe..parent I beza 10 tahun..tak nampak macam beza 10 tahun kot..Tapi pokoknya,ini ialah jejaka pujaan aku yang pertama..cekidout!

Ni muka freshie lagi nih..

Aww! Lee Min Ho!

Aku jeles!!!!Kang ku super impose kan gambar ratu kat sebelah tu taruk
muka aku kang..

Rasakan keseksian kelelakian ku..
Apa komen anda?? Mungkin anda tak kenal lelaki ni sapa..tapi anda boleh saksikan lelaki ini di channel Astro 393,ONE HD dalam siri drama The Great Doctor (Isnin-Selasa,9.10 malam) dan di channel Astro 729,KIX HD dalam siri drama Quiz From God (Khamis,9.00 malam).








Jumaat, 26 Oktober 2012

#Rawrer2 Ku Sayang : Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Assalam :)

Hari ni kite raya!!!!! Yeay! Dan alhamdulillah,raya hari ni,walaupun tak meriah macam raya fitri tu..tapi sekurang-kurangnya kite raya! Ye dak?? Hehe..
Kalau raya..mesti makan~makan kan? So? Apa menu hari ni?
Haa..korang nak tahu aku masak dan makan apa hari ni?? Tat-taradaaaa.... 
  • Ketupat (wajib ADA!)
  • Nasi Impit
  • Popia basah
  • Kari daging
  • Kuah Kacang
  • Sate Ayam & Daging (YUM!)
  • Kuih Sarang Semut (Sekarang musim rumah bersemut!Huh!)
  • Kuih Saddam (Hapa ke pelik nama kuih ni kan?)
  • Kuih Buah-Buahan
  • Air milo,teh panas,sirap Grenadine,Mountain Dew,air kosong jer.. 


Tak banyak..tapi emm..kenyang giler dibuatnya..haha..bes banget! Tapi yang tak bes nya bila sampai bab lepas makan kene cuci pinggan mangkuk daaa..Toing!

Walau bagaimana gembira happy go lucky sekalipon aku hari ni,,tapi yang sedeynya tak dapat upload gambar yang sebenar..ambik dari Incik GOOGLE jadilah kan?? Hehe.. So? Korang makan apa hari ni??Raya ke tidak?? Ke tak raya?? Kalau raya,sambut kat mana? Rumah nenek? Sorang-sorang? Kat sawah bendang yang aman menghijau?? Hehe..feel free jerk komen kat bawah ni..Percayalah! Blog aku bebas word verificaton~senang~selamat~cepat! Ok?? Akhir kata "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"


Selasa, 23 Oktober 2012

Kisah Kain Felt,Bisnis dan Masa Depan..Haha!

Assalam :)

Berapa hari dah tak dok update?? 17..ari ni 23..5 hari! Weyh! Dekat seminggu tu!! Banyak dah ketinggalan berita blog ni gimana..aduh.tapi tak pe..

Kain felt..emm,actually sebelum ni aku mana penah dengar tapi..sejak kawan-kawanku mula lah dok sibuk nk beli keychain kain felt ni..owh..benatang ni..Hah? Woh? Cantik giler seh! Pergh! Gerek ah!

Caner nak buat ah??

Bukan setakat keychain je actually..banyak yang boleh dorang buat..bookmark~pin kecik~hiasan~biasanya barangan aksesori lah..memang cantik ah..tapi kalau aku jual,memang RM10 aku jual satu..hehe..dasar otak bisnis melampau.. :p

Aku tak tau nak buat caner..tapi aku akan try cari cara..kalau dapat..aku akan tunjuk hasil nya..tapi aku takkan buat tuto lah sebab benda ni aku ingat nak buat niaga..cari duit lebeh..dapat jugak aku kumpul duit sementara masa masih ada..hehe..perancangan tu..tapi kalau nak buat tuto,boleh gak sebab ilmu kan?? Tak leh kedekut lah..Untuk yang dah tau buat,buat lah..Yang tak tau..jum lah beli keychain tu kat kite ye? Tak mahal..Beli 1 harga RM100..(baik tak yah jual!)

Tapi aku memang terpikat giler lah. Kreatif ek,orang zaman sekarang ni.Aku jer yang tak maju-maju jer lagi ni. Orang lain dah tahu seabad yang lalu mende ni tapi aku..hampeh lah..baru tahu berita! Tulang ikan kaloi kat bawah tanah dah nak hancur lebur jadi petroleum,baru tau..alahai!

Meniaga ni pun sebagai usahawan aksesori kain felt sebagai kerja tetap nanti pun untung gak..kalau aku kreatif..................ah! Hehe ^_^




Cantik an-an-an???




Rabu, 17 Oktober 2012

17/10/96 - Wordless Wednesday #1

Assalam :3

Entahlah. Aku tak tau nak cakap apa hari ni. Tenung gmbar je kot. Tiba-tiba pulak jatuh cinta kat dia ni.













Selasa, 16 Oktober 2012

SEGMEN: UPKAN FOLLOWERS SECARA MENDADAK

Assalam :)

Kebelakangan ni,aku hapy jer memanjang ek? Baguih la..itu satu petanda yang baik,kan?? Hehe..ok2..kali ni,aku nak masuk satu lagi segmen blogwalking sebab aku dah ditag oleh seorang teman blogger iaitu Hatimi Taruddin yang dengan suka hati beruk dia tag aku dengan nama Eppy row the boat yer?? Haaa..nasib bek aku join taw! BTW,thanks sebab tag. Blogger ni pon pandai amek hati orang bila nak suoh orang lain join jugak ke,aku yang terlebiih mesra??? 

Alaaaaahhh! Lupakan semua tu! Aku nak join nih. Tak nak basa-basi,bak kata bibik tempe sebelah rumah aku.



Klik banner kat atas ni kalau nak join..kalau tak nak,sudah..tak follower banyak ke?Rugi wyh..Sebut jer fasal follower..follower..aku tersentap sikit sebab aku ni blogger cipisan jerrrr...


Aku suka kalau budak dua orang ni kena sengat lebah jugak!






Ahad, 14 Oktober 2012

Adik Mendiang Michael Jackson,Janet J Memeluk Islam?

Assalam ;)

Jikalau berita ini benar,maka syukur alhamdulillah..Penyanyi Pop,Janet Jackson dikatakan telah memeluk agama Islam dan telah bertunang dengan seorang jutawan dari Doha,Qatar.


Untuk maklumat lanjut,sila tekan SINI!


Vote Yuna Untuk MTV EMA 2012 - Best Asia Act!

Assalam :)

Aku hari ni ada berita baik untuk korang semua!KSMY! Jom ramai-ramai vote Yuna untuk MTV EMA 2012 - Kategori Best Asia Act!

Why we should vote Yuna?? (dah macam manifesto parti la pulak.. :p)
  • Sebab dia adalah penyanyi Malaysia yang sangat talented..kalau tak,masakan Pharrell William,pemenang Anugerah Grammy, sedar bakat dia and nak pulak ambik dia bekerja bawah dia..
  • Sebab dia freshkan selera dan luaskan skop muzik Malaysia yang selama ni berada di takuk lama.
  • She has great voice!!! 
  • Come on! Sampai bila? Korea dah naik. Bagi lah peluang kat negara sendiri pulak!! Pliss..aku merayu sangat kat hangpa semua..tolong lah undi dia..aku percaya Yuna can be the next superstar!!


Klik link ni untuk vote!! --->  http://asia.mtvema.com/artists/yuna

Sharekan post ni kat mana-mana,facebook ke,twitter ke,myspace ke..suroh dorang vote..ok?
Any new update aku akan postkan kemudian..yang penting korang sebarkan dulu,k??

PLISS-PLISS-PLISSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sabtu, 13 Oktober 2012

Tutorial : DIY Pop-Up Card Bunga Lotus

Assalam :)

Entah kenapa..sampai sekarang..aku tak minat dengan image Assalamualaikum yang aku jumpa..ntah lah..aku rasa lebih ikhlas kalau aku tulis assalam kat atas ni dengan tangan aku sendiri bila setiap kali nak buat post..emm..(mukadimah hari ni..)

Hehe..DIY POP-UP CARD!! Suka tak?Suka tak??

Ok,actually tak susah pon..untuk orang yang rajin..untuk orang yang malas memang sentiasa susah ler jawab nya..first tadi online ingat nak cari tutorial letak cute icon dalam post tapi semuanya nak kena download..berukband aku nih,kalau download,memang padah lembap nak mampos ler..esh,aku pon nak try buat banyak-banyak pop-up card ni lepas ni..so,dengan baik hatinya aku share cara nak buat malam ni,ok??

Bahan-bahan nya :





  • Pre-regular kertas putih yang dah dilukis detail bunga lotus
  • 1 keping kertas biru,orange terang dan kuning terang (keras)
  • 2 keping kertas putih (keras)
  • Pensel
  • Pembaris besi
  • Pisau khas (X-Ecto knife ~ kalau tak de,pakai cutter biasa pun boley..)
  • Gunting
  • Gam  

Cara - caranya :

  • Tekap pre-cut regular kertas putih yang dah dilukis detail bunga lotus tadi kat atas kertas mengikut warna. (Tengok jer gambar,k?)






  • Lepas tu,lipat bahagian kelopak yang perlu dilipat mengikut garis yang telah dilukis dan gamkan bersama.


  • Then,dia akan jadik satu petal ring yang macam ni kan? Yang "anther" bunga tu,korang jangan kacau. Biarkan dulu.


  • Ukur cluster petal kat atas kertas biru dan potong tempat selit cluster petal tadi dan lipat dua kertas biru tebal tadi.


  • Okey,lepas tu,ambik cluster base yang korang dah lipatkan tadi,selitkan kat dalam temapt letak dia yang korang dah potong tadi. Same goes to petal lapisan dalam yang kaler kuning terang tadi. Gamkan kat bahagian belakangnya. 




  • Untuk anther nya pulak,letakkan base nya dalam tempat potong kat kertas biru.Lepas tu,ambik anther yang satu lagi,slide kan ke dalam pecahan anther yang pertama dan masukkan base nya dalam tempat letak yang telah dipotong. Kat belakang nya,korang gamkan lah.Hope korang faham la er. Ayat ku ni berbelit jer.



  •  Gunakan kertas putih yang tebal tadi untuk cover luar kad korang. Kertas ni kenalah lagi besar dari kertas biru tebal tadi. Kat setiap penjuru kad,korang potong diagonal line untuk bagi penjuru yang biru tadi masuk kat dalam tu. (tengok gambar..asyik tengok gambar je dari tadi kn?)


  • So? Tadaa! Dah pon siap..korang letak la apa2 untuk tambah kreativiti dalam kad korang tu..

Macam bes je kan?? Tak delah korang rasa boring kat kad yang bukak just tengok tulisan kan?? So,apa lagi??

SELAMAT MENCUBA!!