Projek Novel Aku : Perancangan atau Angan-Angan?
Assalam :)
Buat entri lagi..memang kelas lah Miss Rawrer kite hari ni kan?? Ada-ada jer idea nak post kan kat blog ni..tapi post apa? Post angan-angan taik kucing semata-mata..nak juga gedik share kat orang kan?? Aku kesah apa? Asalkan aku rasa lega..selagi mende ni bersarang dalam hati macam tu aje,emm,takkan kemana lah aku hari ni..sehari tak poret,tak buka blog,rasa tak lengkap hidup ni tau..aheehe..
Entri hari ni pasal apa ek? Ok.Pasal novel. Dan projek novel aku.
Projek novel aku ni baru dalam plan. Tak taulah Plan A ke,Plan B ke,Plan C tapi yang pastinya,dalam PLAN. Novel APA? Novel ni bukan macam novel Adam & Hawa,bukan macam novel Gerhana Cinta Edika tapi novel ni lebih kepada "pulp-fiction".
Lebih kurang macam gini...
Ok,berbalik kepada cerita plan novel ni. Novel ni akan ada jalan cerita yang agak luar biasa. Seperti biasa,hiperbola dalam percakapan menyerang lagi. Jangan hairan. Kalau korang rasa macam tu lah. Kalau tak,diam je. Ia mengisahkan tentang seorang ejen perisik yang mengidap penyakit ganjil iaitu pertumbuhan fizikal terbantut tetapi mental tetap sihat. Senang kata,seorang ejen perisik yang miliki kecantikan semulajadi tetapi tidak memiliki paras kewanitaan yang sempurna kerana pertumbuhan fizikalnya terhenti pada tahap macam fizikal budak perempuan sekolah menengah. Dia diberi tugasan untuk menyamar di sebuah sekolah untuk menangkap penjenayah yang paling dikehendaki. Crime apa,nanti aku fikir lagi lah. Konflik cerita aku belum bayangkan dalam-dalam lagi. Mungkin mengambil masa. Aku akan update lagi.
Setakat ni? Amacam? Menarik? Belum habis lagi.
Tajuk novel ni nanti cuma satu perkataan sahaja. Dan mungkin novel ini 2 in 1. Situasi peristiwa yang sebenar secara kasarnya dan perlambangan peristiwa tersebut kepada beberapa nilai kemanusiaan. Macam tu lah kot. Jumlah perkataan around 60 thousands. Sasaran adalah satu bab,satu hari. Aku kena belajar banyak daripada sir Aloy Paradoks sebab dia pakar bikin novel dalam masa kurang lebih sebulan.
Aku kena bikin sinopsis,Bab 1 dan Bab 2 untuk penilaian. Harap ini kenyataan. Bukan mimpi dalam mimpi. Bukan khayalan. Apatah lagi angan-angan. Syarikat FIXI,cerewet dengarnya.
4 67 komplen
First time dengar pulp-fiction... it's ok dik... buat tau! mase muda2 ni lah keluarkan idea yg aktif je membina dlm kepala. Dah buat, do share ye! ;)
BalasPadam@Khalilah MNor ouh ~ thank u sangat kak! insya-allah.pasti di-share dan masih dalam pembikinan. mybe ini adalh salah satu azam sy sebelum hjung thun ni.doakan sy ye,kak? :)
BalasPadammenarik...mmg best citer2 penyiasatan ni..watak "si bantut" tu dah mcm best.... mengingatkan aku pada watak HAGU dalam anime Honey and Clover... hehe teruskan ye adik EPPY...
BalasPadam@Hatimi Tahirruddin hehe..ok2..insya-allah,akan diteruskan..thank u bg komen.. ;)
BalasPadam