Sabtu, 13 Oktober 2012

Tutorial : DIY Pop-Up Card Bunga Lotus

Assalam :)

Entah kenapa..sampai sekarang..aku tak minat dengan image Assalamualaikum yang aku jumpa..ntah lah..aku rasa lebih ikhlas kalau aku tulis assalam kat atas ni dengan tangan aku sendiri bila setiap kali nak buat post..emm..(mukadimah hari ni..)

Hehe..DIY POP-UP CARD!! Suka tak?Suka tak??

Ok,actually tak susah pon..untuk orang yang rajin..untuk orang yang malas memang sentiasa susah ler jawab nya..first tadi online ingat nak cari tutorial letak cute icon dalam post tapi semuanya nak kena download..berukband aku nih,kalau download,memang padah lembap nak mampos ler..esh,aku pon nak try buat banyak-banyak pop-up card ni lepas ni..so,dengan baik hatinya aku share cara nak buat malam ni,ok??

Bahan-bahan nya :





  • Pre-regular kertas putih yang dah dilukis detail bunga lotus
  • 1 keping kertas biru,orange terang dan kuning terang (keras)
  • 2 keping kertas putih (keras)
  • Pensel
  • Pembaris besi
  • Pisau khas (X-Ecto knife ~ kalau tak de,pakai cutter biasa pun boley..)
  • Gunting
  • Gam  

Cara - caranya :

  • Tekap pre-cut regular kertas putih yang dah dilukis detail bunga lotus tadi kat atas kertas mengikut warna. (Tengok jer gambar,k?)






  • Lepas tu,lipat bahagian kelopak yang perlu dilipat mengikut garis yang telah dilukis dan gamkan bersama.


  • Then,dia akan jadik satu petal ring yang macam ni kan? Yang "anther" bunga tu,korang jangan kacau. Biarkan dulu.


  • Ukur cluster petal kat atas kertas biru dan potong tempat selit cluster petal tadi dan lipat dua kertas biru tebal tadi.


  • Okey,lepas tu,ambik cluster base yang korang dah lipatkan tadi,selitkan kat dalam temapt letak dia yang korang dah potong tadi. Same goes to petal lapisan dalam yang kaler kuning terang tadi. Gamkan kat bahagian belakangnya. 




  • Untuk anther nya pulak,letakkan base nya dalam tempat potong kat kertas biru.Lepas tu,ambik anther yang satu lagi,slide kan ke dalam pecahan anther yang pertama dan masukkan base nya dalam tempat letak yang telah dipotong. Kat belakang nya,korang gamkan lah.Hope korang faham la er. Ayat ku ni berbelit jer.



  •  Gunakan kertas putih yang tebal tadi untuk cover luar kad korang. Kertas ni kenalah lagi besar dari kertas biru tebal tadi. Kat setiap penjuru kad,korang potong diagonal line untuk bagi penjuru yang biru tadi masuk kat dalam tu. (tengok gambar..asyik tengok gambar je dari tadi kn?)


  • So? Tadaa! Dah pon siap..korang letak la apa2 untuk tambah kreativiti dalam kad korang tu..

Macam bes je kan?? Tak delah korang rasa boring kat kad yang bukak just tengok tulisan kan?? So,apa lagi??

SELAMAT MENCUBA!!






2 ulasan:

  1. hurmm...menarik... tapi kena tunggu betol betol free la baru bley wat xtiviti nih... ^_^

    BalasPadam