Kesedihan Terlampau....

By Eppy Ismail - 5:35 PTG

Assalam :(

Hari ni,macam-macam aku rasa. Lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu yang QCC memang betul-betul mintak tukar sekolah.Tapi tak konfom lagi dapat ke idak. Hujung tahun nanti baru tahu. Tapi aku berdoa sangat yang dia takkan dapat pindah sekolah lain. Aku lagi setahun kat kat sini. Biarlah aku tengok dia lalu lalang depan aku,bak moto dia yang elegan tu mana-mana,aku tak kesah,asal aku dapat tengok muka dia. Cukup. Aku bersyukur sangat.

Memang.Sekarang,cuma dengan tengok dia saja,aku dapat tenang dan gembira. Walaupun dia memang dah agak tua dan dah berpunya,tapi bagi aku,aku dah cukup bahagia untuk menyukainya dalam hati. Bahagia. Dia pun seorang yang suka buat lawak walaupun tak selalu,senyum pun bajet. Kontrol macho. Tapi aku suka semua tu.



Sekarang,blog ni lah tempat aku meluahkan perasaan. Memang aku ada kawan,tapi aku tak rasa mereka cukup memahami aku sebab aku rasa perasaan aku sukar untuk ditafsirkan dan diterjemahkan. Sedaya usaha mana sekalipun aku luahkan,masih berbekas dalam hati. Aku masih tak puas hati.

Aku mahu lelaki yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar. Bukan setakat rupa,tapi aku mahu lelaki yang mengawal aku dengan cara yang lembut,dengan cara yang aku rasakan betul.Bukan dengan mengongkong dan penuh dengan perasaan hasad dengki dan cemburu. Aku benci semua tu. Aku rasa mahu menangis. Sebak dada aku.

Sekarang,aku cuma mampu berdoa agar segalanya akan baik-baik saja. Aku benar-benar berdoa. Kalau dia pergi,dunia aku akan kelam.Hati aku kusam. 

  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen