Selasa, 31 Julai 2012

Rahsia Matematik! : Akronim Trigonometri

Assalam :)


Tengah malam yang indah dan sejuk dan dingin ni,aku tak ada mood nak belajar apa lagi buat homework.So,apa lagi??Kongsi tips la dengan korang. Orang cakap,tak boleh kedekut ilmu,nanti bangsa tak maju. Hehe~


Ok.Rahsia matematik. Haa..apa??Rahsia trigonometri.Aku faham.Aku faham.Duduk dan bertenang.Masalah remaja zaman sekarang ini ialah susah nak ingat teori trigo,bukan??Aku dah agak dah..Jangan nak menafikan.ok?So,go on lh!!


Firstly...


SAYA TAKUT HANTU,KALAU SAYA HANTU,TAK TAKUT SANGAT.

Haa??Apa benda ni kan??Cuba korang try baca dulu.Hehe.Ok.Sekarang,aku bagi korang formula yang korang bagai nak beranak hafal,tak lekat-lekat pulak..




Sinus = Tentangan/Hipotenus  
Saya = Takut/Hantu 

Kosinus = Sebelahan/Hipotenus

Kalau = Saya/Hantu

Tangen = Tentangan/Sebelahan
Tak = Takut/Sangat


Sekarang dah  faham??Hehe..Senang je kan??So,amalkan lah.Kalau tak faham jugak,boleh komen kat bawah,ok??Harap-harap faham lah.Kepada calon PMR dan SPM,memang berguna sangat.OK??Selamat ketemu lagi. :)

Ahad, 29 Julai 2012

Mati

baru enak tawa senda
baru sebentar tadi bukan?
maksud ku pagi hari ini yang indah.
tidak..
pagi ini tadi mungkin masa lalu yang hampir dilupakan
mungkin tengah hari yang ceria.
tidak..
tengah hari ini tadi juga sudah ku tinggalkan sekian lama rasanya
jadi apa?
tak mengapalah
umumnya aku katakan 
itu berlaku hari ini
tetapi
bila jarum hitam dalam jam Paul Smith
atau apa-apa saja jenama
yang tidak mungkin bisa ditemukan
saat jasad asing dari nyawa
tiba pada satu titik waktu
yang misteri
tupp! 
aku hitam,dalam kelam
apa?
seketika mungkin aku akan katakan
ahh,black out barangkali!
di mana aku?

sekarang..
sunyi sebentar.
tidak mengapa,aku sabar orangnya.

kemudian
kabur 
tapi terang,bercahaya
aku memang buka mata
tapi mustahil
rasa seperti aku baru buka mata
setelah bebas dari alam 9 bulan
tapi tetap aku senyum.
kerna ku kira black out sudah nyah
jauh-jauh.

*pause..ketawa.tapi..

apa semua itu?
aku melihat aku
sekujur aku yang rebah 
menyembah lantai mozek batu marmar
menggenggam erat..
hati seorang pria??

ku pandang kiri,kanan
di sana
picu masih hangat berasap
dalam tangan gadis 
yang hidup 
berdarah hitam pekat kebencian
bernafas dengan setiap hela adalah dendam
puasnya terpancar
didefinisi dengan sinis bibirnya

ah!
sial.
bangun wahai aku! 
aku.hati.dan perempuan itu.
sedang mencari rasa damai
namun buntu 
lantaran aku
telah dia matikan 
terlebih dahulu.

maka.
tangis tak terasa sudah.
rupanya..
enak tawa tadi.
cuma sesi imbas kembali.
sesi imbas kembali
sesi imbas kembali
manis hidup aku
sebelum final touch nya
adegan pahit itu.

sekarang
harus aku terima
bahawa mati
yang tidak aku impi
sudah aku lewati.


*filem Hollywood sudah selalu buat macam ni bukan??
Khamis,5.34 p.m.





3 Juta Tahun

Aku tak kuat jika kau pergi dari ku kerana aku masih perlu kamu walaupun kau tinggalkan aku sudah 3 juta tahun aku masih menunggu kerana aku tahu kau untukku dan bila kau semakin terlena dalam tidurmu sehingga 3 juta tahun itu hampir,aku pasti kau akan sedar bahawa aku yang kau cari dalam mimpi itu dan usah kau menangis,aku masih di sini dan aku tak akan berganjak walau 1 mikrometer sekalipun kerana aku tetap menunggumu.bila kau sudah sedar dan tahu aku ada,peluklah aku segera,nescaya aku akan menangis untuk membuat mu terharu dan kau akan memelukku lebih erat dari sebelumnya sehingga aku lah akhirnya yang terlena untuk 3 juta tahun yang berikutnya dan tak mungkin bangkit lagi kerana aku kelemasan dalam peluk mu itu.Biasanya aku berbicara tanpa arah yang jelas.Maaf ya? :)