Ahad, 30 Ogos 2015

Learn Something from Someone Like Subirin

Assalamualaikum :)

Tinggal bapa hari je lagi nak masuk uni balik. Huuuu. Sedih pula rasa hati ini nak meninggalkan keluarga dan crush. Eh?

Btw,siapa Subirin? Subirin ini adalah seorang lelaki,ada mata,ada telinga dan juga ada mulut. Tak kurang dari orang lain. Serupa je. Dia pandai,rajin. Tapi dia ada satu kekurangan. Sikap dia.

Riak.
Cakap besar.
Dengki.

Itu adalah apa yang aku dengar dari classmate dia dan juga aku sendiri perhatikan. Bila dalam group whatsapp,dia akan conquer conversation sampai orang lain naik muak baca. Kadang-kadang dia ketawakan orang lain dan cakap dia lagi tahu benda tu. Adalah satu ketika tu,kawan dia bagitahu dia yang dia dapat B+,tapi dia pi balas balik “I beat you!” dengan nada yang lawa. Kalau kat Sarawak,lawa ni maksudnya sombong,bukan cantik yer kengkawan. Hehe.

Bagi aku yang tebal hati dan sentiasa bersangka baik ni,itu adalah cara dia untuk menaikkan moral kawan dia untuk bersaing lebih lagi. Tak ada salah dalam penggunaan I Beat You dia,walaupun kedengaran agak sombong dan angkuh. Kalau dia cakap macam tu kat aku pun,aku buat der je lah. Bukan boleh bagi markah aku naik pun kalau aku kecik hati kat dia. Baik tikam jauh-jauh,buang yang keruh,ambil yang jernih.

So,ada satu benda saja yang boleh buktikan dia ini tergolong dalam golongan istidraj atau tidak. Pada suatu hari yang hening,aku wasap dia. Aku tanya tentang macam mana cara nak pilih laptop yang okay sebelum beli. Aku buka conversation. First jangkaan aku adalah kalau aku tanya pun,mesti dia suruh google or paling tak pun,siggest then trus suruh survey kat kedai. Tapi rupanya tak…

Dia bagitahu every details yang ada untuk pilih laptop yang sesuai. For intro,dia kata yang jenama laptop tak effect sangat performance laptop. Sama ada acer or asus,both satisfying sebab boleh bertahan lama asal handle with care. Next,aku tanya kalau yang boleh hold kerja-kerja editing foto and video and audio secara advance,what should I consider. He straight away explain to me cari yang ada graphic card tinggi. Latest year pun kena consider juga sebab makin latest,makin improved. From 2013 and above,should be okay. Maksudnya withstand dengan kerja-kerja beratlah. Lastly,he suggest kalau dapat beli asus i5 pun dh okay,tapi kalau mampu beli i7,that’s better.

Macam biasalah,kalau orang lain dapatkan opinion dari dia,mesti cakap dia tunjuk pandai or whatsoever. Untuk aku yang kurang memahami kalau tak explain sedetail-detailnya,I sangat appreciate every words he said. Seriously.

What he did is right. He just want to help. But at the same time,he’s eager to help sebab tu dia explain panjang2 walaupun kengkadang part tu,kita tak perlu tahu pun. Orang kita ni pelik. Bila minta tolong,tak explain panjang lebar,tak faham,mengadu. Bila dah explain panjang lebar,cakap tunjuk pandai pulak kan. Lebih baik daripada terus cakap “surveylah sendiri kat kedai”.

This shows that he is orang yang tak kedekut ilmu. Kalau dalam pelajaran pun,ada yang datang tanya dia. I saw at the café last time. Walaupun cara dia agak kasar,tapi kau kesah ke kalau nak dapat ilmu? Lainlah kalau dia suruh kau buat benda tak senonoh. Lari jelah. Haha. Biar kita tebalkan muka,asal dapat ilmu yang dia ada. So,kepada sesiapa yang pernah ngumpat dia,kau terbalikkan otak kau sekali sekala. Tengok dia dari sudut yang lagi baik. Yang boleh datangkan peluang untuk kau. Mungkin sebab orang mengumpat nilah Allah berikan dia lebih banyak kekuatan dan petunjuk untuk dia cemerlang dalam pelajaran dan hidup.

Lastly,thanks for the advice,Subi!

p/s : dulu jarang giler jumpa pensyarah. Alasan? Sebab malas nak turun dorm bila mata cakap sedapnya nak tutup sambil baring atas tilam. Huhu -_-“


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Rabu, 26 Ogos 2015

Mualaf as Newborn Baby

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,bila tengok kat news harini,Stacy dah sah jadi saudara baru.

Beruntung sangat dia ni diberi hidayah oleh Allah SWT. Dah besar,dah matang,dah boleh fikir yang mana baik,yang mana buruk. Bila convert,suci bersih dari sebarang dosa.

Peluang untuk menebus kekurangan diri pada masa lampau dengan merebut seberapa banyak peluang kebaikan melalui amal ibadat kepada Allah SWT. Walaupun macam tu,banyak lagi benda yang dia harus belajar sepertimana yang terdapat dalam Rukun Islam.

Belajar sembahyang.
Belajar baca Al-Quran.
Belajar puasa.

Kalaulah seorang hamba Allah ni nak masuk Islam,dengan niat nak memperbaharui hidup. Bertaubat dan menyesal di jalan Allah. Dia belajar sembahyang,mengaji,Al-Fatihah dah hafal dengan impian bila dia mengucap dua kalimah syahadah nanti,dia sudah menjadi muslim yang benar-benar bertaqwa. Tapi tiba-tiba suatu hari,Allah tarik hidayah daripada dia. Mungkin sebab nikmat dunia ; perempuan,kekayaan etc.

Bukankah kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam ini lebih beruntung kerana Allah memilih kita untuk hidup di jalan nya sejak dari mula? Cuma ramai antara kita yang tidak menghargai.

Bukankah mereka yang dilahirkan sebagai bukan Islam itu masih bergelut untuk mencari kebenaran? Keliru dan ragu-ragu. Apatah lagi dengan fitnah yang berleluasa. Hanya yang beruntung dapat menemukan hidayah Allah dan menjadi hambaNya yang terpilih. Yang lain meninggalkan dunia dengan iman mereka bukan di jalan Allah. Bagaimana mereka hendak menghadapi pertanyaan dari Mungkar dan Naqir,wallahualam.

Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Kuasa Allah tidak terjangkau oleh kita.

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Isnin, 24 Ogos 2015

Beauty is Something That You Still Can See Even If I'm Wearing Hijab

Assalamualaikum

I simply believe that a true beauty is when you cover her body and hair (which with the correct styling plays a major role in beautifying a woman's entire look), and you still see a beautiful person, regardlessly. That...is true beauty. =)  __Felixia Yeap__ 

Mark her words. Mark my words too. I strongly believe in this too. 

When a guy asked me to send him a picture of me,in free hair style,aku terasa serta merta uncomfotable with his favour. Yes,kita dah kawan lama,since aku Form 3 lagi. I can give you picture ; just take and download any of my whatsapp profile picture or from my facebook,melambak. But that one favour,I'm so sorry,I can't. :(

You said that I'm a beautiful girl but somehow I feel like you are not satisfy enough with my appearance. Honestly,I'm not comfortable. Sorry if you feel bad about it. I really can't. Try to think,if I'm not giving you permission nak pergi ke church every Sunday morning and fellowship at the night. Instead.I want you to whatsapp me at that morning because I'm bored and I need friend. Won't you feel the same like I did when you asked me to take off my hijab?

I read your facebook feeds last time. It's seems like you are judgemental too about women who wear hijab but still commit bad things. I don't want you to be hipocrite. Islam itself means safe or selamat. Well,because Islam is agama rasmi for our country,of course it's goodness dan ajaran baik disebar extentively. I'm sure you know all religion teach good things. Not only Islam. Persetankan ekstremis and pelampau. I'm still good to you. Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga. I wish,one day you'll believe it's not about the religion,it's about themselves.  

Vice versa,I'm very happy if you're a good servant for your God. I'm glad to befriend with you,though. I still can wake you up every Sunday so that you won't be late to go to church. :)

It's just that,try to seek why I'm being ordered to wear this ; purposes,benefits and etc. Look at the positive side. I certainly believe it will change the way you define beauty in women instead of cuma tengok betapa cantiknya rambut yang di"rebonding" or di"perming". 

By the way,you're still my friend. Love you to the moon.



Much love,
@imsopipahhh xoxo

Jumaat, 21 Ogos 2015

Crush Baru

Assalamualaikum.

Tak lama lagi nak masuk kolej balik. Ini bermakna tak lama lagi habislah tempoh aku nak menghendap crush baru aku tiap hari. Eh?

Sejak bila ada crush baru? Eh?

Semacam trend pulak nak letak Eh? kat hujung ayat. Hipster tak suka benda mainstream. macam ni. Okayy,aku patut hentikan. Eh? Ermm,takleh. Kalau aku rasa nak tulis,aku tulis juga. Haha.  

Hurmm. Crush baru yerr.. Alaa,crush je pun. Janganlah gelabah k?

Adalah satu hari ni,teringin sangat nak makan burger. Aku pegilah kedai burger. Masa tu,ada satu kedai burger je yang bukak dan yang paling dekat. So,aku gigihkanlah kaki,naik skuter cabuk pegi beli bersama adik aku. Balik je dari kedai,adik aku ceritalah. Adik penjual burger tu HENSEM. Hmm,kalau setakat orang cakap hensem,aku tak caya selagi tak tengok dengan mata kepala sendiri. Dia sambung lagi,kereta Vios yang macam kereta sport kat depan parking tadi tu,dia punyalah. Aku ohhh kan saja sebab aku tak kenal. Aku kenal sorang je adik penjual burger tu,Muazzam. Schoolmate aku. Yang tu,memang aku kenallah. Tapi biasa-biasa je. Takdelah hensem.

Tak kenal maka tak cinta,kan…

So,ditakdirkan pada suatu hari,aku tolong orang basuh pinggan mangkuk majlis kenduri kawen jiran belakang rumah. Masa basuh pinggan tu,takde benda ajaib berlaku pun. Ditimpa hujan lebat,adalah. Giliran pekerja cuci pinggan mangkuk ni makanlah,benda istimewa berlaku dalam hidup aku. Tiba-tiba,datang seorang lelaki yang pergghh kacak smart hensem nak mampus hidangkan makanan. Kalaulah aku ini ibarat lilin,dialah apinya,yang mampu mencairkan dan membakar diriku. Hohohoii. Dah,geli nanti orang baca. Hehe. Tapi dia hidangkan makanan kat meja belah depan. Hatiku menggumam. Alaaa..kenapa tak hidangkan meja aku ni,cik abang? Huhu.

Tiba-tiba,adik aku mencelah. Dia cakap,kau nak tengok tak adik penjual burger yang aku kata hensem tu? Dalam hati aku,tolonglah tunjuk lelaki tadi. Jari telunjuk dia memang tepat ke arah lelaki itu. Hah! Sah! Hehe. Tapi kalau ye pun,apa aku boleh buat kan.. *muka sedeh

Takyah buat muka sedeh lah. Tak lama lepas tu,aku nak balik. Aku tengok dia lama-lama. Aku ingat dia tak sedar. Dia sedar rupanya. Tiba-tiba dia toleh pastu senyum. Yarabbi. Rugilah aku tak bekal epinefrin sebab masa tu aku tiba-tiba dapat heart attack yang teramat sangat. Haha. Nama dia Shahriezan.

Dan sejak dari hari tu..

Adik aku cakap aku gila bayang. Biarlah. Aku ambil tahu semua benda pasal dia. Taklah semua benda sebab aku tak jumpa fb,instagram,twitter. Pokoknya,semua media sosial dia. Mustahillah tak ada satu pun. Mungkin dia pakai nama macam Ottoman Taro ke,Chenta Fago ke,Bujang Kampung Gedong ke. Kalau betul nama macam tu,hummm. Sungguh tak professional nya. Haha. Jangan mengutuk orang,pipahhh. Astaghfirullahalazim.. Aku cuma tahu dia pakai kereta vios warna hitam 3 jalur putih tengah,no plat kete *rahsia* dan waktu dia turun kerja. Dia keja kat ladang. Ofis kot. 730 pagi. Dulu turun pukul 9 tapi sekarang dah kena brainwash ngan bos kot. Huhu.

So,aku akan berjalan dengan skuter cabuk aku semata-mata nak melihat dia turun keja. Haha. Teruk betul bunyinya tapi yelah,takkan aku nak pegi rumah dia cakap kat mak dia,makcik,saya suka anak makcik. Mana aku nak simpan muka? Huhu. Tapi takdelah tiap pagi. Dalam seminggu,3-4 kali ke. Sabtu Ahad kan cuti. Depend dengan duit juga,kalau aku ada duit,baru turun sebab alasannya nak beli roti canai. Padahal nak menghendap crush turun keja. Haha.

Aku tak nak ganggu dia atau sesiapa sebab aku masih belum bersedia untuk berkomitmen. Kalau aku bersedia pun,inilah inisiatif yang paling relevan sebagai aku,orang perempuan. Biarlah dia tak tahu. Komitmen ini satu beban kalau belum bersedia. Jadi,sebelum komitmen tu bertambah teruk dengan assignment yang melambak nanti,baik buat rilek dulu,mingle-mingle. Kalau betul dia jodoh,Alhamdulillah syukur Allah. Haha.

Kau rasa,kenapa Allah letak aku dalam Plant Sc.? Kenapa dia kerja kat ladang? Kau rasa,budak Plant Sc. boleh je praktikal kat ladang kan? Nampak tak permainannya di situ?

Haa. Aku tak tahu. Macam biasa,doa,tawakal dan husnuzon. Itu terbaik. Hehe. Adoyai,crush..crush.. :D

p/s : aku ingat lagi masa aku sekolah rendah darjah 6 dulu,orang lain sibuk baca yasin pagi jumaat,aku baca yasin sambil doa dalam hati moga abang penyelia asrama suka kat aku. Cuba kau tengok betapa perasan dan tak matangnya aku masa tu. Budak-budak baru nak naik dara lah katakan…naik daralah sangat..


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Sabtu, 15 Ogos 2015

Talking About Procrastination

I always believe in one thing
That chance or maybe chances will end one day
I always believe on that

However,somehow..
For a nonsense state of mind
Eventhough I know what I believe is certainly true
I let the time flies without doing anything
I want the chance but I don’t really want it

That at the end of the day
Regretful won’t make it come back
Talking about procrastination
It’s dangerous
Avoid it

Please




Much love,
@imsopipahhh xoxo

Ditawarkan Pengurusan Sumber Tumbuhan di UNIMAS

Assalamualaikum. :)

Nampaknya bukan mak bapak aku je hijau sekarang. Aku pun otw nak jadi hijau juga. Hahaha.

Bagi sesetengah orang,cerita ni dah basi dah. Dah jadi taik daki kemaik dah. Tapi aku tetap nak kasi tahu jugak. Hahahaha.

Al-kisahnya,aku dapat Pengurusan Sumber Tumbuhan dekat UNIMAS untuk first degree aku. Senang cerita,nama pendek dia,Plant Sc.

Pertama sekali,alhamdulillah.

Syukur kepada Allah SWT sebab berikan aku jalan ini. Thanks kepada parents,lecturers and my friends. Tak sangka jugak dapat course ni sebab..tak sangka lah. Hehe. Kecewa tu memanglah ada sebab tak dapat nursing kan,tapi tak boleh lah nak diturutkan sangat hati lara duka sedih. Terima saja apa adanya. Haha.



Tapi seperkara ini memang betul. Kata-kata itu adalah doa.

Sebab apa?

Sebab..ceritanya macam ni. Masa aku mula-mula masuk asasi dulu,ada English placement test. Aku masuk kelas advance. So,my very first class tu,lecturer suruh pergi ke depan and introduce ourself. Tiba giliran aku,tahu aku cakap apa?

Hi. My name is Nur Afifah Binti Ismail. I came from Serian,Sarawak. If I am a flower,I might be a rose because rose has thorns. I would like to take my degree in Plant Sc because I like flowers. 

Hah? Nampak? Suka bunga konon. Bunga kat luar rumah macam hidup segan mati tak mau,ni nak tanam bunga. Pigi raahhh,pipah. Haha. So,inilah yang aku dapat. Bila ayah aku tanya,ni biotech kan? Hmm yelah ayah,biotech sangat. Plant Sc,ayah. Pastu tanya boleh tukar course tak. Aku cakap boleh tapi susah. Banyak prosedur. Dia cakap masuk course macam ni,pointer kena dapat tinggi-tinggi. Kalau tak,susah dapat kerja. Hmmm,yelah..

Aku ada senior yang dapat course ni. So,takdelah susah sangat. Boleh minta pandangan dan pendapat. :) Tapi aku belum minta lagi. Haha. Aku tak nak serabutkan kepala dulu. Settle borang pun dah kelam kabut,ni kan pulak nak tanya-tanya orang bagai. Settle satu,baru buat lagi satu.

Sebenarnya,aku lagi suka zoology sebab banyak lecturer asasi dapat rujuk. Tapi takpelah. Dapat ni pun jadilah. Aku nak cuba dulu. Mana tahu,memang sesuai dengan diri aku. Allah SWT dah aturkan jalan ini untuk aku,apa salahnya aku turutkan saja,ye dak? Husnuzon...hehe.

Next plan aku? Aku tak boleh lah hidup tak ada target ni. Mesti karam di lautan. So,next plan,sambung master or phd dekat oversea. Edinburgh ke,Michigan State ke,Reading ke..kan? Boleh travel-travel. Huhooo!

Okayy,itu saja cerita aku kali ni. Sapa dapat Plant Sc UNIMAS intake 15/16 tu,high five sikit. Kita geng! Lagi satu,sapa Kolej Allamanda? Kita pun geng!

WELCOME TO UNIMAS,PEOPLE!

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Hidup Ini Memang Palat

Assalamualaikum.

Baru aku perasan,kalau aku rasakan sedih,barulah aku akan mencari tempat untuk aku meluahkan sesuatu. Di sini,sudah bertahun-tahun. At least menaip dan mencarut-carut sorang diri. Tiada orang akan judge. Lagi pula,what can you do? Komen. Komenlah kat bawah. Aku hanya akan baca dan lupa. Begitu juga kau. Baca dan hanya mampu tersenyum. Adakalanya membara dalam hati.

Aku sangat positif orangnya. Sudah berkali-kali aku katakan ini. Pada diri sendiri,bahkan juga orang lain. Tapi ada satu sisi hidup aku yang suram yang sebaliknya mampu menjelmakan perasaan “positif” itu.

Isolated.

Isolated daripada orang lain. Selama ini,aku hadir dalam hidup rakan-rakan aku. Hadir tetapi tidak pernah rapat sangat-sangat-sangat-sangat sampai mati hidup kembali pun tetap bersama. Sebab aku tidak mahu ambil pusing sangat hal orang. Kawanan perempuan ini kan selalunya sangat suka mengambil tahu hal orang. Sekali sekala kami bercerita,aku turut sama join tapi tidaklah terlalu fanatik. Jika ada perkembangan terbaru,aku pastinya bukan orang pertama. Yalah,bukannya boleh aku gunakan untuk buat kultur tisu atau bina robot yang boleh dapatkan berita terkini.

Sebab itulah perasaan isolated sentiasa hadir. Mungkin sebab aku lebih selesa bersendirian kalau ada sesuatu yang membingungkan. Adakalanya,jalan-jalan seorang diri lebih menghiburkan. Biarpun kedengaran menyedihkan. Aku tidak suka dianggap lemah. Kadang-kadang aku tahu,remeh je sesuatu tu untuk diluahkan sedangkan aku cukup tahu apa yang perlu aku lakukan. Tapi aku luahkan juga sekadar untuk memuaskan hati. Nasihat yang aku dengar lebih kurang sama je dengan apa yang aku fikirkan. Mungkin pandangan kedua itu tujuannya untuk aku yakinkan diri bahawa itu yang perlu dilakukan. Tapi disebabkan itu juga lah,aku dianggap lemah dan tak sado. Aku bukan lemah,bukannya tak tahu apa yang perlu dilakukan. Mungkin kau ada sesuatu yang lebih amazing untuk dikatakan pada aku,barangkali itu yang aku tunggu-tunggukan.

Aku pernah terfikir untuk join military. Mereka gelak. Aku memang lah suka main-main,tapi kau ingat yang ini main-main? Ini betul-betul. Yer,aku lembik. Suka termenung. Tapi kau tak tahu betapa dalam hati aku ini menanggung kesedihan yang teramat sangat,kesan daripada deraan mental dan hati sebelum ini. Alang-alang nak kuat,biar betul-betul kuat. Kena maki pun hadap juga. Nangis? Nangis lah puas-puas. Biar sampai tak ada hati dan perasaan lagi nak menangis. Especially sebab lelaki. Coi.

Baguslah jugak. Biar aku sedar dunia sikit kan. Lambat kawen pun dah tak kisah sekarang,asal impian aku tercapai. Nak travel tak ada orang nak larang. Nak buka wedding photography service n pelamin,tak ada orang nak jeles sebab pekerja mostly lelaki. Nak sambung belajar tak ada benda nak dirisaukan. Nak buka restoran pun,tak ada orang nak ganggu sebab kalau dah kahwin,nak settle kewangan bersama lagi. Pening. Mak aku cakap,ingat senang kawen awal? Okay,aku admit. Tak senang. Apa lagi kalau tak kerja.

Itulah. Palat,palat juga. Tapi at the end of the day,aku ada Allah SWT. Nak stress sangat buat apa? Kalau yakin qada’ dan qadar,benda baik jadi jugak. Mungkin dalam cara yang tak pernah kau terfikir sekalipun.


np : james bay – let it go (sedih siot lagu ni..)

Much love,
@imsopipahhh xoxo