Mualaf as Newborn Baby

By Eppy Ismail - 12:03 PG

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,bila tengok kat news harini,Stacy dah sah jadi saudara baru.

Beruntung sangat dia ni diberi hidayah oleh Allah SWT. Dah besar,dah matang,dah boleh fikir yang mana baik,yang mana buruk. Bila convert,suci bersih dari sebarang dosa.

Peluang untuk menebus kekurangan diri pada masa lampau dengan merebut seberapa banyak peluang kebaikan melalui amal ibadat kepada Allah SWT. Walaupun macam tu,banyak lagi benda yang dia harus belajar sepertimana yang terdapat dalam Rukun Islam.

Belajar sembahyang.
Belajar baca Al-Quran.
Belajar puasa.

Kalaulah seorang hamba Allah ni nak masuk Islam,dengan niat nak memperbaharui hidup. Bertaubat dan menyesal di jalan Allah. Dia belajar sembahyang,mengaji,Al-Fatihah dah hafal dengan impian bila dia mengucap dua kalimah syahadah nanti,dia sudah menjadi muslim yang benar-benar bertaqwa. Tapi tiba-tiba suatu hari,Allah tarik hidayah daripada dia. Mungkin sebab nikmat dunia ; perempuan,kekayaan etc.

Bukankah kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam ini lebih beruntung kerana Allah memilih kita untuk hidup di jalan nya sejak dari mula? Cuma ramai antara kita yang tidak menghargai.

Bukankah mereka yang dilahirkan sebagai bukan Islam itu masih bergelut untuk mencari kebenaran? Keliru dan ragu-ragu. Apatah lagi dengan fitnah yang berleluasa. Hanya yang beruntung dapat menemukan hidayah Allah dan menjadi hambaNya yang terpilih. Yang lain meninggalkan dunia dengan iman mereka bukan di jalan Allah. Bagaimana mereka hendak menghadapi pertanyaan dari Mungkar dan Naqir,wallahualam.

Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Kuasa Allah tidak terjangkau oleh kita.

Much love,
@imsopipahhh xoxo

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen