Jumaat, 21 Ogos 2015

Crush Baru

Assalamualaikum.

Tak lama lagi nak masuk kolej balik. Ini bermakna tak lama lagi habislah tempoh aku nak menghendap crush baru aku tiap hari. Eh?

Sejak bila ada crush baru? Eh?

Semacam trend pulak nak letak Eh? kat hujung ayat. Hipster tak suka benda mainstream. macam ni. Okayy,aku patut hentikan. Eh? Ermm,takleh. Kalau aku rasa nak tulis,aku tulis juga. Haha.  

Hurmm. Crush baru yerr.. Alaa,crush je pun. Janganlah gelabah k?

Adalah satu hari ni,teringin sangat nak makan burger. Aku pegilah kedai burger. Masa tu,ada satu kedai burger je yang bukak dan yang paling dekat. So,aku gigihkanlah kaki,naik skuter cabuk pegi beli bersama adik aku. Balik je dari kedai,adik aku ceritalah. Adik penjual burger tu HENSEM. Hmm,kalau setakat orang cakap hensem,aku tak caya selagi tak tengok dengan mata kepala sendiri. Dia sambung lagi,kereta Vios yang macam kereta sport kat depan parking tadi tu,dia punyalah. Aku ohhh kan saja sebab aku tak kenal. Aku kenal sorang je adik penjual burger tu,Muazzam. Schoolmate aku. Yang tu,memang aku kenallah. Tapi biasa-biasa je. Takdelah hensem.

Tak kenal maka tak cinta,kan…

So,ditakdirkan pada suatu hari,aku tolong orang basuh pinggan mangkuk majlis kenduri kawen jiran belakang rumah. Masa basuh pinggan tu,takde benda ajaib berlaku pun. Ditimpa hujan lebat,adalah. Giliran pekerja cuci pinggan mangkuk ni makanlah,benda istimewa berlaku dalam hidup aku. Tiba-tiba,datang seorang lelaki yang pergghh kacak smart hensem nak mampus hidangkan makanan. Kalaulah aku ini ibarat lilin,dialah apinya,yang mampu mencairkan dan membakar diriku. Hohohoii. Dah,geli nanti orang baca. Hehe. Tapi dia hidangkan makanan kat meja belah depan. Hatiku menggumam. Alaaa..kenapa tak hidangkan meja aku ni,cik abang? Huhu.

Tiba-tiba,adik aku mencelah. Dia cakap,kau nak tengok tak adik penjual burger yang aku kata hensem tu? Dalam hati aku,tolonglah tunjuk lelaki tadi. Jari telunjuk dia memang tepat ke arah lelaki itu. Hah! Sah! Hehe. Tapi kalau ye pun,apa aku boleh buat kan.. *muka sedeh

Takyah buat muka sedeh lah. Tak lama lepas tu,aku nak balik. Aku tengok dia lama-lama. Aku ingat dia tak sedar. Dia sedar rupanya. Tiba-tiba dia toleh pastu senyum. Yarabbi. Rugilah aku tak bekal epinefrin sebab masa tu aku tiba-tiba dapat heart attack yang teramat sangat. Haha. Nama dia Shahriezan.

Dan sejak dari hari tu..

Adik aku cakap aku gila bayang. Biarlah. Aku ambil tahu semua benda pasal dia. Taklah semua benda sebab aku tak jumpa fb,instagram,twitter. Pokoknya,semua media sosial dia. Mustahillah tak ada satu pun. Mungkin dia pakai nama macam Ottoman Taro ke,Chenta Fago ke,Bujang Kampung Gedong ke. Kalau betul nama macam tu,hummm. Sungguh tak professional nya. Haha. Jangan mengutuk orang,pipahhh. Astaghfirullahalazim.. Aku cuma tahu dia pakai kereta vios warna hitam 3 jalur putih tengah,no plat kete *rahsia* dan waktu dia turun kerja. Dia keja kat ladang. Ofis kot. 730 pagi. Dulu turun pukul 9 tapi sekarang dah kena brainwash ngan bos kot. Huhu.

So,aku akan berjalan dengan skuter cabuk aku semata-mata nak melihat dia turun keja. Haha. Teruk betul bunyinya tapi yelah,takkan aku nak pegi rumah dia cakap kat mak dia,makcik,saya suka anak makcik. Mana aku nak simpan muka? Huhu. Tapi takdelah tiap pagi. Dalam seminggu,3-4 kali ke. Sabtu Ahad kan cuti. Depend dengan duit juga,kalau aku ada duit,baru turun sebab alasannya nak beli roti canai. Padahal nak menghendap crush turun keja. Haha.

Aku tak nak ganggu dia atau sesiapa sebab aku masih belum bersedia untuk berkomitmen. Kalau aku bersedia pun,inilah inisiatif yang paling relevan sebagai aku,orang perempuan. Biarlah dia tak tahu. Komitmen ini satu beban kalau belum bersedia. Jadi,sebelum komitmen tu bertambah teruk dengan assignment yang melambak nanti,baik buat rilek dulu,mingle-mingle. Kalau betul dia jodoh,Alhamdulillah syukur Allah. Haha.

Kau rasa,kenapa Allah letak aku dalam Plant Sc.? Kenapa dia kerja kat ladang? Kau rasa,budak Plant Sc. boleh je praktikal kat ladang kan? Nampak tak permainannya di situ?

Haa. Aku tak tahu. Macam biasa,doa,tawakal dan husnuzon. Itu terbaik. Hehe. Adoyai,crush..crush.. :D

p/s : aku ingat lagi masa aku sekolah rendah darjah 6 dulu,orang lain sibuk baca yasin pagi jumaat,aku baca yasin sambil doa dalam hati moga abang penyelia asrama suka kat aku. Cuba kau tengok betapa perasan dan tak matangnya aku masa tu. Budak-budak baru nak naik dara lah katakan…naik daralah sangat..


Much love,
@imsopipahhh xoxo

4 ulasan:

  1. kalau betul dia jodoh... hamboi ayat... hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..lawak pulak bila sendiri baca balik..malu pun ada..

      Padam
  2. anak joni..kenal2...kenja ehh..ahahaha...padah ngan nya lok

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam