Sabtu, 15 Ogos 2015

Ditawarkan Pengurusan Sumber Tumbuhan di UNIMAS

Assalamualaikum. :)

Nampaknya bukan mak bapak aku je hijau sekarang. Aku pun otw nak jadi hijau juga. Hahaha.

Bagi sesetengah orang,cerita ni dah basi dah. Dah jadi taik daki kemaik dah. Tapi aku tetap nak kasi tahu jugak. Hahahaha.

Al-kisahnya,aku dapat Pengurusan Sumber Tumbuhan dekat UNIMAS untuk first degree aku. Senang cerita,nama pendek dia,Plant Sc.

Pertama sekali,alhamdulillah.

Syukur kepada Allah SWT sebab berikan aku jalan ini. Thanks kepada parents,lecturers and my friends. Tak sangka jugak dapat course ni sebab..tak sangka lah. Hehe. Kecewa tu memanglah ada sebab tak dapat nursing kan,tapi tak boleh lah nak diturutkan sangat hati lara duka sedih. Terima saja apa adanya. Haha.



Tapi seperkara ini memang betul. Kata-kata itu adalah doa.

Sebab apa?

Sebab..ceritanya macam ni. Masa aku mula-mula masuk asasi dulu,ada English placement test. Aku masuk kelas advance. So,my very first class tu,lecturer suruh pergi ke depan and introduce ourself. Tiba giliran aku,tahu aku cakap apa?

Hi. My name is Nur Afifah Binti Ismail. I came from Serian,Sarawak. If I am a flower,I might be a rose because rose has thorns. I would like to take my degree in Plant Sc because I like flowers. 

Hah? Nampak? Suka bunga konon. Bunga kat luar rumah macam hidup segan mati tak mau,ni nak tanam bunga. Pigi raahhh,pipah. Haha. So,inilah yang aku dapat. Bila ayah aku tanya,ni biotech kan? Hmm yelah ayah,biotech sangat. Plant Sc,ayah. Pastu tanya boleh tukar course tak. Aku cakap boleh tapi susah. Banyak prosedur. Dia cakap masuk course macam ni,pointer kena dapat tinggi-tinggi. Kalau tak,susah dapat kerja. Hmmm,yelah..

Aku ada senior yang dapat course ni. So,takdelah susah sangat. Boleh minta pandangan dan pendapat. :) Tapi aku belum minta lagi. Haha. Aku tak nak serabutkan kepala dulu. Settle borang pun dah kelam kabut,ni kan pulak nak tanya-tanya orang bagai. Settle satu,baru buat lagi satu.

Sebenarnya,aku lagi suka zoology sebab banyak lecturer asasi dapat rujuk. Tapi takpelah. Dapat ni pun jadilah. Aku nak cuba dulu. Mana tahu,memang sesuai dengan diri aku. Allah SWT dah aturkan jalan ini untuk aku,apa salahnya aku turutkan saja,ye dak? Husnuzon...hehe.

Next plan aku? Aku tak boleh lah hidup tak ada target ni. Mesti karam di lautan. So,next plan,sambung master or phd dekat oversea. Edinburgh ke,Michigan State ke,Reading ke..kan? Boleh travel-travel. Huhooo!

Okayy,itu saja cerita aku kali ni. Sapa dapat Plant Sc UNIMAS intake 15/16 tu,high five sikit. Kita geng! Lagi satu,sapa Kolej Allamanda? Kita pun geng!

WELCOME TO UNIMAS,PEOPLE!

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan